Showing posts with label My Life is My Message. Show all posts
Showing posts with label My Life is My Message. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Rindu & Waktu.....


Pada ketika sinar mentari memberi bahang menghangatkan tubuhmu....
Pada ketika hujan turun dan tempiasnya menepis pipimu....
Pada ketika sang pelangi menghiasi langit menarik pandanganmu..
Pada ketika malam sang rembulan menerangi kegelapanmu....
Pada ketika kamu tiba-tiba tersenyum tanpa sebab...
Mengertilah...semua itu sebahagian dari rinduku...

Usah ragu..
Meskipun hati kita tidak pernah bersapa & mata kita tidak pernah bertemu.....
Hanya bertamu dalam mimpi....

Pesanan ini terkhusus buatmu:
Demi putaran waktu dan musim yg silih berganti....segala kejadian alam ini hanya berlaku dgn kehendak & kekuasaan Allah s.w.t. Rinduku jua milikNya.....

Kasih,
Panjatkan doa ini kepadaNya yg telah menciptakan kau dan aku...

"Ya Allah...setiap nafas yg ku hela, setiap degup jantung, setiap denyut nadi...kekalkanlah aku utk terus mengingatiMu..MenyintaiMu...Menyerah diri padaMu..."

~Ameen~

Tuesday, December 20, 2011

Hai! Hai! Hai!

Lama dah tak menjenguk ke blog aku ni...kot dah bersawang agaknya! Hehehe! So much to do...so much to take care of...yet life goes on... The more I thought I become weaker..the stronger I be.. thanks Allah for your loves & strenghts all the way through.


Eh! Eh! Tiba-tiba hujan pulak kat LB...hehehe! Tak jadi la gi swimming petang ni dgn anak-anak. Ada good excuse! Boleh baring-baring, rehat-rehat, makan-makan - bubor durian ada...kek pisang ada...buat nescafe panas! phewwwwwwwwww!!! terbaekkkk!

Anyway, I do enjoy my every moment of my life.... hope you do too.

Take care...

Saturday, April 23, 2011

It's my BIRTHDAY!!!!

Alhamdulillah.....dah pun memasuki usia 43 tahun rupanya.... Rasa seperti 26 jer.....hahahah!!!

Ya Allah, aku redha atas apapun yg Engkau berikan padaku selama ini. Segala kenikmatan hidup yg buat aku rasa gembira. Mahupun, segala dugaan yg buat aku bersedih..tp tetap bersyukur kerana nikmatMu tidak terhingga...memberi aku segala kekuatan & ketenangan utk menghadapi tiap ujian Mu. Mudah-mudahan, Engkau berikan aku umur yg panjang dalam keberkatan iman & kesihatan. Beroleh rahmatMu di dunia & di akhirat. Ameen. Senyum & tangis mengajar aku menjadi manusia sejati....yg mengerti bahawa hidup ini tidak akan lengkap tanpa keduanya. Syukur Alhamdulillah.......

Kepada semua yg mengucap selamat kepadaku, moga anda juga dilimpahi rahmat yg sama.

Kepada ibuku yg tersayang,

Terimakasih atas segala yg telah engkau curahkan kepadaku dari sejak lahir sehinggalah ke hari ini...ketika aku menjejaki usia ini. Kasih sayang & perhatianmu tidak pernah kurang. Rasanya, walau sebesar biji sawipun, tidak terbalas jasa & budimu.

Ya Allah, aku tidak akan pernah berhenti bermohon, berikanlah segala yg terbaik utk ibuku. Sayangi & lindungilah ibu ku selalu sebagaimana dia sentiasa menyayangi & melindungiku & anak2 ku seluruh kudratnya yg semakin dimamah usia. Terimalah segala doa & ibadatnya ya Allah...Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala yg berlaku di langit & dibumi & diantaranya....

Thursday, January 27, 2011


byk gak yg salah ni...i know myself better man!
*cepat bertindak membuat keputusan tp cepat menyesal - tak dinafikan kdg2 emosi mendahului akal, tp lepas tu selalunya menyesal. Andai dapat ku undurkan waktu...hahaha!
*berkawan & pandai menyelesaikan masalah org lain - tidak juga sbb sekadar memberi pendapat, selainnya terpulang pd mereka sendiri utk mempertimbangkan
*sgt berani & tiada perasaan takut - tak sangat, perasaan takut tu ada cuma 'jgn biarkan diri anda diselubungi misteri'!
*sopan santun??? - ye ker??? Hehehe!
*emosi cepat terusik & cuba kawal perasaan - this is totally wrong!
*kelam kabut membuat keputusan - certainly wrong. it takes me almost a decade to make a decision
* pendendam? Not me!
*cemburu?? didn't decribe me at all!

Wednesday, January 26, 2011

There are times....


There are times in your life you feel something is missing...despite of all happiness you feel everyday..around you.

There are times in your life, you feel so guilty!

There are times in your life, you feel "aaaaaaaaaahhhhh, I don't care"

There are times in your life, you feel you need a break!!!!!

There are times in your life, you feel you need someone to hug you tightly and say ''don't worry, dear. I always be with you no matter what"

Most of the time you feel "I AM SO LUCKY TO BE ALIVED & ENJOY EVERY MOMENT WITH THE LOVED ONES - NO MATTER WHAT"!!!

Thursday, January 13, 2011

Tribute to Mak Uteh!


Khusus buat Mak Uteh @ Hanim,

Al-Fatihah buat Pak Utih yg telah pergi meninggalkan kita.

Seingat aku, kali terakhir ambik gambar dgn Mak/Pak Uteh sebelum aku berangkat ke UK. Kali ni, pertemuan di majlis perkahwinan anak K. Yusma di Dewan Tun Razak, Tg Malim dapat abadikan sekeping lagi gambar kenangan dgn Mak Uteh setelah sekian lama menanti kesempatan.

Tinggal di STF, adakalanya memang membosankan... terutama bila hujung minggu. Selain dari kawan-kawan, aku hanya ada Pak/Mak Uteh jer kat JB masa tu. Yang selalu melayan kerenah aku. Tapi aku bersyukur sebab tiap hujung minggu Pak Uteh akan datang ke asrama ambik aku bawa balik ke Larkin...naik kete Volkswagon "Beetle'' Pak Uteh!!! Jadi taklah bosan sangat. Selalunya hujung minggu samada ke Singapore, atau balik Larkin atau outing dgn kawan-kawan ke Komtar, City Square atau Kimisawa.. Tiap kali balik Larkin, pasti Mak Uteh masak macam-macam untuk aku. Semuanya sedap-sedap. Makanan orang Rawa!! SODOP!!!

Banyak kenangan bersama Pak/Mak Uteh...macam-macam perkara yg kita bualkan... Ada jer cerita lucu Pak Uteh yang aku ingat sampai hari ni. Sesekali, aku rasa rindu Pak Uteh... dalam cerita lucu, banyak nasihat & pendidikan moral yang Pak Uteh sampaikan. Aku rindu semua tu...

Dulu...bila bulan Ramadhan, aku selalu dgr suara serak Pak Uteh mengaji selepas solat Asar, sementara menunggu tibanya waktu berbuka puasa.... Kini Pak uteh tak ada lagi. Mudah-mudahan roh Pak Uteh ditempatkan dikalangan para solihin.

Walaupun Mak Utih semakin dimamah usia, tapi Mak Uteh tetap terus tersenyum menguntum. Macam gadis pemalu gitu! Hahahaha!!! Mdah-mudahan Mak Uteh sihat. Ceria selalu dikelilingi anak-anak, cucu-cucu & cicit.

Mak Uteh, walaupun waktu & keadaan menjarakkan kita - Kyah, Mak Uteh & Pak Uteh..namun kasih-sayang, perhatian, keprihatinan Mak/Pak Uteh pada Kyah akan Kyah kenang sampai bila-bila... Terimakasih untuk semuanya. Alhamdulillah, suatu ketika dulu Allah temukan kita dalam hidup ini utk berkongsi kegembiraan & mengisi kesunyian masing-masing....

Tuesday, December 28, 2010

Some Friends Are Forever



Sometimes in life,
you find a special friend:
someone who changes your life
by being a part of it.

Someone who makes you laugh until you can't stop;
someone who makes you believe
that there really is
good in the world.

Someone who convinces you
that there is an unlocked door
just waiting for you to open it.
This is forever friendship....

When you're down, and the world seems dark and empty,
your forever friend lifts you up in spirit
and makes that dark and empty world
suddenly bright and beautiful.

Your forever friend gets you through
the hard times, the sad times,
the confused times.
If you turn and walk away,

Your forever friend follows.
If you lose you way,
your forever friend guides you and cheers you on.
Your forever friend holds your hand
and tells you that everything is going to be okay.

And if you find such a friend,
you feel happy and complete,
because you need not worry.
You have a forever friend for life,
and forever has no end.

Friday, December 24, 2010

SENYUMAN - 15 Fakta Menarik.


by Kayra Harun on Friday, July 9, 2010 at 4:24pm

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Saturday, December 18, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku....



~Ketika Allah Memilihmu Untukku..~


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap,
kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa
dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku
Aku bukanlah wanita sempurna,
seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku
Maka dari saat itu..
Dia ingin menyempurnakan kekuranganku
dgn kehadiranmu
Dan aku tahu, kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku
mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan menjadi satu..
Aibmu adalah aibku,
dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku
dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa
kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan
panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya
dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki
kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah
wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku,
karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja,
karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku
tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku
telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah,
akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita
nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih
menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita
akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi
generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi
dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah,
kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta,
kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda :"Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

Monday, November 15, 2010

Secebis coretan...untuk yang telah pergi... Al-Fatihah





Barangkali, aku bukan anak dari darah daging mereka sendiri, namun pemergian Allahyarham Hj Baharuddin b Jaafar pd bulan Ogos 1990 & Allahyarhamah Hjh Insah bt Buyong pada 31/10/2010 tetap aku rasakan kerana mereka telah ku anggap sebagai ibu & ayah sejak 20 tahun yg lalu....

Mengenali mak, sejak aku masih bersekolah - melihat mak mengayuh basikal pergi menoreh getah...seringkali aku terserempak, mak pasti akan melemparkan senyuman manisnya, dgn tahi lalat di atas bibir, menambah seri pd wajahnya keibuannya...

Aku ingat lagi, pernah bersama-sama mengayuh basikal dgn mak pergi ke hospital TM masa Azman masuk wad. Disitu aku lihat, gigihnya seorang isteri membantu suami & menguruskan keperluan rumahtangga demi suami & ank2 tercinta. Terlalu besar pengorbanan seorang ibu ini.

Biarpun aku lebih rapat dgn Allahyarham Hj Baharuddin b Jaafar pd waktu itu, yg tidak sempat ku panggil 'Abah' tp keakraban dgnnya membuatkan aku terasa seperti anaknya. Sering berkunjung ke rumah, kerana Allahyarham adalah kenalan rapat arwah abah. Tiap kali datang ke rumah, aku akan salam & cium tangannya, dan dia akan memeluk aku smbil berkata ''anak aku''!! Dia sentiasa riang, diwajahnya yg tenang itu sering terukir senyuman, gurauan & tawanya menghiburkan. Tiap kali berkunjung ke rumah dari usia aku 13 tahun sehinggalah sebelum aku berangkat ke UK melanjutkan pelajaran, setiap kali itu, dia pasti akan duduk disisiku, bertanya tentang pelajaran & bergurau....semuanya selalu buat aku ketawa. Katanya ''jadi ank pakcik ye''! Aku cuma senyum...(sebaris ayat inilah antara yg membuat aku bisa bertahan demi menunaikan permintaan seorang yg ku anggap sebagai 'ayah'). Dia adalah salah seorg yg paling berbangga dgn kejayaan aku dlm peperiksaan SPM!

Hampir tengah malam, 7/9/1989 - penerbangan aku ke United Kingdom. Seorang lelaki yg aku anggap ayah ini telah berusaha utk datang ke LTAS walaupun sudah agak terlewat ditemani anak lelakinya, Anuar. Hanya Tuhan yg tau besarnya hati aku ketika itu melihat dia datang & senyum padaku. Allah Maha Pengasih, masih ada kesempatan utk kami bertemu. Aku hulurkan tangan, kucium tangannya. Sebelum aku berangkat, dia memeluk aku smbil berkata, ''ingat, belajar rajin2. Bawa balik kejayaan''. Aku mengangguk. Kemudian dia hulurkan 4 helai duit RM10 untukku...katanya ''ini ajer yg ada dlm beg duit pakcik, ambiklah''! Ya Allah, hanya Engkau yg tahu betapa terharunya aku disaat itu...jumlah yg baginya kecil, tapi bagiku pemberian itu amat besar maknanya. Aku tatap wajahnya, kelihatan tenang sekali..dibibirnya terukir senyuman.

Rupa-rupanya, itulah pertemuan kita yg terakhir. Sekali lagi kita bertemu, kita telah terpisah antara dua alam - nyata & roh. Tiada lagi wajah tenang yg mengukir senyuman manis padaku..tiada lagi gurau sendanya yg buat aku tertawa tapi terus terkenang kata-katanya ''pakcik suka dengar Keyah ketawa''. Dia pergi menemui Penciptanya.... Ya Allah, Engkau himpunkan dia dlm golongan para solihin & limpahilah rahmatMu ke atas rohnya. Seorang ayah yg telah menggunakan seluruh kudratnya utk membesarkan anak-anak yg ramai.

Rentetan pemergian mak pula bermula dgn kesihatan yg sering terjejas, kerosakan fungsi buah pinggang, kemudian hilang selera makan mengakibatkan kekurangan gula dalam darah. Mak semakin lemah..tp wajah mak tetap tenang..tiap kali bertemu, mak pasti memohon kemaafan..begitu juga aku.. Sebagai anak, pastinya aku terharu, tiap kali ucapan itu kudengari dr seorang ibu..

30hb Oct 2010, 8.00pm.....

Tanpa kuketahui, inilah malam terakhir buat mak di alam yg fana' ini, aku, ibuku, anak-anak kecuali Taufiq & Firman mengunjungi mak. Tidak bermaya, terbaring diatas katil, separa sedar. Biarpun dipanggil berkali2, amat sukar utk mak membuka mata. ''Ya Allah, berilah sedikit kekuatan pada ibuku ini agar dpt mendengar suaranya utk seketika...'' bisik hati kecilku. Ku pandang ke wajah mak, walaupun matanya tertutup rapat namun kelihatan bercahaya, cantik & tenang sekali seolah-olah bukan dlm kesakitan. Bibir mak kemerahan. Tiba-tiba mak tersedar.. 'Haus' katanya. Kusandarkan tubuh mak didadaku, kurangkul tubuh mak dalam pelukanku. Ita menyuap mak makan bubur nasi, air laici & air masak! Ku urut-urut dada mak, khuatir jika tersedak. Aku lihat mak mengunyah buah laici. Kelihatan sedap sekali! Terdengar mak berkata 'dah'. Lalu, aku baringkan semula di atas katil, dan tinggikan kepala mak.

Disisi mak, aku duduk smbil memerhati wajahnya dekat-dekat. Tiba-tiba mak membuka mata, membesarkan biji matanya memandang tepat ke wajahku dan berkata ''mak minta maaf''!! Dengan pantas aku terus menjawab ''ye, mak. Kyah pun sama''. Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah memperkenankan doa hambaMu utk mendengar suaranya......aku tatap wajah mak, kulihat airmata mak bergenang. Kemudian mak pejamkan mata. Airmatanya menitis. Mak diam. Terus diam... Aku genggam tangan mak. Lembut sangat.

Sebelum meninggalkan rumah antara jam 9 - 9.30pm, aku pergi temui mak semula. Matanya pejam. Ku kucup dahi mak 2 kali. Kutatap wajah mak yg kelihatan sedang dlm tidur yg lena...''ya Allah, letakkan ibu ku ini dibawah jagaan para malaikatMu. Mak, kyah balik dulu...'' bisik hati kecilku. Anak2 mencium wan...

Rupa-rupanya, mak dalam perjalanan untuk pergi...

31 October 2010, 8.15am,

Aku dgr berita yg menyedihkan...mak telah kembali mengadap penciptaNya. Walaupun sedih dgn pemergian mak namun aku redha. Tidak ada kekesalan sedikitpun kerana Allah telah beri kesempatan terakhir buat kami berdua untuk saling bermaafan. KepadaMu kupanjatkan kesyukuran. Alhamdulillah, rahmatMu tidak terhingga bagiku..

Ya Allah,

Tuhan yg maha pengampun. Ampunilah dosa-dosa kedua-duanya. Sayangilah mereka sepertimana mereka telah menyayangi anak-anak mereka. Lindungilah mereka dari azab kubur & api neraka sepertimana mereka pernah melindungi anak-anak mereka. Engkau terimalah segala amal ibadat mereka dan himpunkanlah mereka dlm golongan hambaMu yg beriman. Limpahilah rahmatMu ke atas mereka.

Ayahandaku Allahyarham Hj Baharuddin b Jaafar & Bondaku Allahyarhamah Hjh Insah bt Buyong, mudah2an kalian sempat mengampunkan dosa-dosa anak-anakmu ini. Doaku akan sentiasa mengiringi kalian. Sejahteralah hendaknya kalian disana....

AL-FATIHAH....

Tuesday, October 12, 2010

My Life is My Message

Looking back at what had happened in our life so far, we would realize there were so many unexpected things filled up the journey, be it good or bad, yet there were no destinations. It goes on & on.That's our life!! Conclusion: Life is not a destination. It's a journey instead. And each moment we went through always be d moments to remember.. LIFE MAY NOT BE THE PARTY WE HOPED FOR BUT WHILE WE ARE HERE, WE MIGHT AS WELL DANCE!

I went through beautiful days in my life,those days had taught me to be cheerful,jovial, to laugh madly, to giggling naughtily.....But those painful episodes had taught me to struggle to death, be stronger, more patient, be more positive and to look at life from different perspective which I had never seen before.

I must admit, to overcome the difficult situations were not easy for me.. But then, I left with no options! That was the perfect time to develop a different approach - REVERSE PSYCHOLOGY! Converted problems into opportunities!! Turn around all the frustrations to be positive driven factors that motivated me to move forward & look forward!! In between demotivations, there would be a lesson to learn. I just have to train myself to be able to read between lines. What did I do then? I set a dream. I set a wish. I set a goal!! On your mark, get set, GO!! WHEN WE WAKE UP IN THE MORNING, WE HAVE TWO SIMPLE CHOICES. GO BACK TO SLEEP & CONTINUE TO DREAM OR GET UP & CHASE THOSE DREAMS. I chosed the later one.

Life is about survival. How you survive is completely your way. None could show you how because they were not in your shoes. I started to become a fighter. A true fighter. I fought against anything that blocking my way. My hope for success was stronger than my fear of failures. I strongly believed, God will not put a burden that you cannot handle! If there is a way, I find one. If there is no way, then I make one!! That's it. What most important is to look at life as a new door opening to a better future!

Wednesday, March 17, 2010

Tak tercapai akalku....

Kadang-kadang..apa yg berlaku dalam hidup ni terlalu sukar untuk dimengertikan. Antaranya sikap manusia, pendirian mereka, apa yg bermain difikiran mereka dan yg lebih sukar lagi untuk memahami perasaan mereka...! Justru kepentingan setiap manusia itu berbeza...apa yg penting bg seseorang, belum tentu penting bg yang lain. Apa yg berat bg seseorang, begitu ringan bg orang lain! Patutkah kita merasa kecewa atau mengingatkan diri kita bahawasanya lumrah alam sememangnya begitu?? Manusia diciptakan mempunyai otak yg kompleks..sukar dimengertikan! Barangkali, akal orang lain tak tercapai dek akal kita dan begitu juga sebaliknya.

Namun, aku harus sedar - baik atau buruk, kuat atau lemah - semuanya itu harus kita terima secara terbuka justru kejadian manusia ini, tidak ada yg sempurna. Terimalah hakikat, hadirnya pelbagai ragam manusia di dunia ini adalah untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Sunday, March 7, 2010

New Episode of Tele-Novela....

It's been a long time....since my last post to the blog entry....

Yup...busy catching up with long lost friends...busy with work, busy with FB especially! Hahahahhahahaha! I must agree...FB gather most of us together..it's a new way of communicating...depending on how you look at it...see it from the positive side.

Hmmmmm....every day is a new day...new adventure...new experience...new lesson...new page...new episode. I do enjoy my life with the kids in particular, family & friends.. You all make my life so interesting..We grow older & wiser...I choose to grow healthier..prettier, more radiant...hehehehehe!

I wish to take this opportunity to thank you someone for making my life happier & meaningful...

Friday, August 28, 2009

34 years Down the Memory Lane..........

BSc (Hons) Computer Science - Leeds Metroplolitan University, Leeds, UK
(1989-1993)

1st Year Degree - Northern Consortium United Kingdom (NCUK), Section 6, Shah Alam
(1988 -1989)

A Level - Sekolah Tun Fatimah, Johore Bharu, Johor
(1986-1988)

Form 1 - MES (Secondary), Tg Malim (1981)

Standard 6 - MES (1980)

Standard 5 - MES (1979)

Standard 4 - MES (1978)

Standard 3 - MES (1977)

Standard 2 - MES (1976)

Standard 1 - Methodist English (Primary) School - MES, Tanjung Malim (1975)

Thursday, August 20, 2009

Aku di masa lampau...


Hehehehehehehe!!! Masa belek-belek gambar-gambar lama, aku terpandang gambar ni..masa aku Tingkatan 1, 13 tahun. Aaaaaaaaayu gitu!! Hai....baiknya muka aku masa tu! Ala-ala malu-malu nak bergambar! Rambut aku panjang betul masa ni, macam re-bondingkan? Buatla camner pun, akhirnya lurus balik. Bila aku rasa teringin nak curly hair, malam-malam sebelum tido aku tocang rambut aku kecik-kecik. next morning bila aku bangun, tu dia! Kembang, kerinting yg halussssssssss! Jimat duit mak aku!

Gi sekolah aku mesti ikat rambut! Bila aku ikat tocang dua, bebasikal wrangler merah lalu depan balai bomba kat stesyen ketapi, mesti bomba sakat aku, terjerit-jerit panggil aku anak Red Indian! Bila angin tiup ekor rambut aku melayang-layang bawah ketiak, bomba tu jerit "fuhhhhhhh!! panjangnye bulu ketiak!!" Hahahahahhaha! aku nak ketawa tapi control ayu je la........

Halusnya aku masa ni. Berat cuma 36kg dgn ketinggian 140cm jer! Sekarang aku dah mencapai ketinggian 150cm! Berat pulak..."tutttttttttttt"! Biarlah rahsia! hehehehehe!




Ini muka sekarang, 27 tahun kemudian!! Banyak perubahankan tapi pipi tetap maintain....

Wednesday, August 12, 2009

X-File...The Truth is Outhere!

You are a type 1B Person

You have a need for other people to like and admire you, and yet you tend to be critical of yourself. While you have some personality weaknesses you are generally able to compensate for them. You have considerable unused capacity that you have not turned to your advantage. Disciplined and self-controlled on the outside, you tend to be worrisome and insecure on the inside. At times you have serious doubts as to whether you have made the right decision or done the right thing. You prefer a certain amount of change and variety and become dissatisfied when hemmed in by restrictions and limitations. You also pride yourself as an independent thinker; and do not accept others' statements without satisfactory proof. But you have found it unwise to be too frank in revealing yourself to others. At times you are extroverted, affable, and sociable, while at other times you are introverted, wary, and reserved. Some of your aspirations tend to be rather unrealistic.

Huah! Huah! Huah!!


I wish, I can make people laugh everday...

Tuesday, July 7, 2009

Nikmat Kesihatan

Kesihatan adalah satu dari nikmat Tuhan yang harus kita syukuri! Itulah sebab betapa pentingnya -menjaga diet yg seimbang, mengamalkan cara hidup yang sihat dan attitut mental yang positif...

Sebenarnya, aku tengah cuba mempraktiskan semua tu pada diri sendiri.. Dan, biarlah semua orang buat perkara yang sama. Sebelum lipid reading aku mencecah 5.5 (normal 5.0) aku suka sangat minum Milo Ais Tabur. Walla!! Sedap. Milo melekat-lekat kat lidah. Minum nescafe susu 2 cawan tiap hari. Walaupun aku makan sayuran tapi tak boleh kompromi dengan makanan yang berminyak. Tapi..kesannya, kesihatan dan keseimbangan zat dalam badan terjejas. Pilihan di tangan kita, nak sedap atau nak sihat?? Sedap tu ada alternatif. Tapi kesihatan tak de. Aku ada high blood pressure. Selain stress, puncanya adalah faktor keturunan. Keturunan darah 'bangsawan'. Hehehhehe!! Tapi tekanan darah aku terkawal sebab tiap hari makan ubat Atenolol 50mg seumur hidup. Persoalannya - aku tanya pada diri aku sendiri - Nak ke aku makan ubat tu seumur hidup sehingga ubat tu sendiri jadi racun yang merosakkan satu persatu organ dalam badan aku? Dah tentu aku tak nak. Ubat pun ada alternatif! So, aku memandang pada sudut lain di bidang perubatan. Aku mula berubat cara homeopathy melalui Dr Jamalullail di Kg Gajah, Teluk Intan. Syukur Alhamdulillah, setakat ini aku dah rasa keberkesanan ubat tu. Percayalah yang Allah takkan memberi satu penyakitpun melainkan menyediakan penawar bagi sakit tersebut.

Dalam menghadapi menyakit, banyakkan kesabaran. Cuba fikirkan, ada insan lain yang lebih teruk sakitnya dari kita. Think positive. Kenapa kita sakit??? Jawapannya:

1. supaya kita lebih prihatin pada kesihatan kita. Menjaga kesihatan adalah satu ibadat
2. kesakitan itu adalah penghapus dosa
3. menguji kesabaran dan keimanan kita pada Allah
4. kita lebih menghargai orang di sekeliling kita kerana kita tau mereka mengambil berat tentang kita
5. kita merasa insaf dan takut berbuat dosa kerana terasa kematian itu hampir dengan kita
banyak lagi.........fikirkan yang positif yang dapat membina semangat dan kekuatan pada kita!

Aku nak hidup dengan sihat walafiat sebab aku nak jalankan tanggungjawab aku pada nak-anak, aku nak lihat anak-anak membesar dan meneruskan kehidupan masing-masing di depan mata aku. Aku nak lihat cucu-cicit aku. Aku nak dorang semua kenal aku. Sayang aku. Peluk tubuh aku yang semakin lemah dengan penuh kasih sayang... Aku nak beribadat dengan tubuh badan yang sihat. Mudah-mudahan Allah makbulkan doaku ini.

Thursday, June 18, 2009

Muhasabah Diri.......

Sepanjang usia aku, aku sedar aku buat banyak kesilapan dalam hidup ni... Saat aku melakukan kesilapan demi kesilapan, aku sebenarnya sedar semua kesilapan tu namun entah kenapa aku biarkan kesilapan itu terus berlaku. Namun aku selalu berharap agar waktu dan keadaan akan memberi titik noktah. Bila demikian itu berlaku, aku lantas akan bersyukur. Kemudian merasa sesal yang teramat. Lalu terfikir, andai aku dapat pusingkan putaran masa ke belakang, aku berharap bahawa aku TIDAK PERNAH melakukan satupun dari kesilapan tu!

Kenapa semua ni boleh terjadi sedangkan kita punya pilihan??? Aku percaya, pada ketika itu desakan naluri memberi isyarat pada emosi bukan pada pemikiran yang waras! Yang nyata dan menyedihkan lagi, apabila setiap kesilapan itu memberi kesan pada orang lain samada kita sengaja atau tidak.....

Aku pasti telah menyakiti hati ramai orang terutama yang paling dekat dgn aku. Aku pasti telah membuat insan lain kecewa dan marah dgn sikapku. Setiap manusia mempunyai maruah diri tapi kadang-kala melakukan sesuatu yang tak tercapai dek akal! Pernahkah aku merancang untuk menyakitkan hati sesiapa? TIDAK! Tak pernah terlintaspun. Apatah lagi menyakiti hati orang-orang yang rapat dgn aku, yang pernah sama-sama berkongsi kasih-sayang dan kenangan dengan aku! Lebih-lebih lagi yang sama seperti aku - seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu, seorang kakak! Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Kini, disaat usiaku mencecah 41 tahun, kepada semua yang pernah aku sakiti, percayalah bahawa aku amat sesal dgn sikapku. Percayalah bahawa, aku tidak sempurna. Percayalah bahawa aku masih disini menanti kemaafan.. Percayalah bahawa aku juga seringkali disakiti. Sering dikhianati. Sering terpaksa menjadi gagah walaupun hakikatnya aku semakin hilang kekuatan. Semakin lemah sehingga aku tercari-cari kehadiran sesiapa saja yang dapat memberi aku perlindungan. Memberi kekuatan disaat aku semakin lemah. Memberi sentuhan kasih sayang disaat aku memerlukan belaian. Menenangkan aku dikala aku resah. Menghulurkan tangan disaat aku kehilangan arah.. Percayalah, bukan senang untuk 'survive' sendirian. Dalam usahaku untuk 'survive', harus aku akui - terlalu banyak dugaan dan rintangan yang aku lalui. Sekuat manapun aku, kadang-kala aku kecundang. Aku sering terpaksa berjuang.




Namun dalam lumrah kehidupan, setiap perkara baik dan buruk yang kita lakukan akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah swt justru Allah itu Maha Adil. Aku percaya Tuhan akan membalas setiap perbuatanku.

Sesungguhnya, aku mahu jadi seorang ibu yang baik kepada 7 orang anak-anakku.Aku mohon agar Allah swt menguatkan keimanan dan ketaqwaanku. Sesungguhnya aku tidak sempurna namun aku mohon diperelokkan keperibadianku. Jauhi aku dari pujuk rayu syaitan yg sentiasa mahu menyesatkan.
Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu
sebagaimana Engkau menyinari Bumi dengan cahaya MatahariMu.
Wahai Tuhan Yang Membuka,
wahai Tuhan Yang Mengetahui;
bukakanlah hatiku dengan pembukaan yang hampir.
Wahai Tuhan Yang Membuka. Wahai Tuhan Yang Mengetahui.

Monday, April 27, 2009

Ulangtahun ke 41.. (23 April 2009)

Putaran waktu yang begitu pantas.. Masih segar dalam ingatan aku, setiap memori pahit manis di usia awal usia remaja - 14 tahun!! Di usia ini, untuk pertama kalinya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Memang betul, cinta itu dari mata turun ke hati. Tatkala aku terpandang ke matanya, bagai ada sesuatu yang tak dapat diungkap dengan kata-kata, tapi terpahat di hati. Indah untuk dibelai, asyik untuk difikirkan dan amat teruja untuk diterokai! Setiap kali aku terpandang sepasang mata itu, aku jadi tak menentu!! Bila tidak bertemu, aku terasa rindu.. Bila bertemu, aku mahu memperlahankan waktu.. Akhirnya, ketentuan Allah mempertemukan jodoh kami pada 10hb Nov1990. Dikurniakan 7 orang permata hati.. Pernah satu ketika dulu aku mengimpikan anak-anak yang comel. Syukur padaMu ya Allah lantaran telah memakbulkan doa hambaMu ini.

Di usia 11 tahun (1979)??? Aku berada di Darjah 5. Bersekolah di SRK (English) Methodist, Tg Malim. Sentiasa sibuk dengan netball.

21 tahun..(1989)? Aku berada di Northern Consortium United Kingdom (NCUK), Seksyen 6, Shah Alam. Tahun pertama BSc Computer Science. Di sini, aku dipertemukan dengan kawan-kawan yang sehingga kini terus menjadi teman... dan yang paling rapat dengan aku - Zaini, Hakim, Mat, Mat Foock, Ana...banyak lagi! Kami suka lepak kat Tasik Shah Alam waktu petang, kongsi duit beli makanan ikan dalam bakul dan bagi ikan makan. Kami berbuka sama2, makan sama-sama, belajar sama-sama dan bergaduh pun sama-sama. Lagu yang kami selalu nyanyikan ialah Isabella. Sampai sekarang, tiap kali aku dengar lagu ni, aku teringat perjalanan kitorang naik bas ke pantai Port Dickson. Perhubungan yang rapat dengan awan-kawan di NCUK, buatkan kehidupan aku menjadi lebih bermakna. Hari ni kami masih berhubung. Masing-masing dah ada anak dan uban dah ada dicelah-celah rambut. Tapi ku akui, di usia ini kawan-kawan aku yang laki-laki nampak lebih handsome dan matang dengan uban atas kepala!

31 tahun..(1999)?? Ketika ini aku telah dikurniakan 4 orang anak. Taufiq, Dayah, Dalis dan Firman. Mengajar IT untuk program HND Accounting and Business. Bekerja dengan Accountancy and Business College of Dublin, di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Tmn Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur. Juggling dengan anak-anak kat rumah dan kelas. Semua dugaan aku hadapi dengan tenang di usia yang sewajarnya semakin matang.

41 tahun (2009)???
Di usia ini yang aku harapkan adalah kesihatan yang baik disamping kewangan yang stabil untuk membesarkan anak-anak, dan diberi ketabahan untuk membesarkan anak-anak agar mereka berjaya dalam hidup bukan saja pelajaran. Tahun ini, merupakan tahun yang amat memenatkan. Menguruskan anak-anak seramai 7 orang sendirian, bukan sesuatu yang mudah. Namun, kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Dia memberi pada aku kekuatan, satu nikmat yang amat aku syukuri.

Taufiq - di tingkatan 5. Bakal menduduki peperiksaan SPM. Sebagai ibu, aku cuba melakukan yang termampu. Aku terpaksa berulang-alik Lembah Beringin - Tg Malim, menghantar Taufiq tusyen. Aku tau Taufiq pun penat tapi..sabarlah Taufiq. Untuk tahun ini yang tinggal beberapa bulan je lagi. Belajarlah rajin-rajin. Berusahalah bersungguh-sungguh. Ibu doakan, Taufiq berjaya dalam peperiksaan dan yang paling penting berjaya dalam hidup. Menjadi seorang yang bertanggung jawab terutama sebagai abang yang sulung perlu menjaga kebajikan adik-adik.

Hidayah - di tingkatan 4. Sekarang di SMT Gombak mengambil kursus Kejuruteraan Am. Aku gembira melihat Hidayah gembira tinggal disini. Dalam hidup ini, perlukan pengorbanan...setiap hari Jumaat dua minggu sekali, aku ke Gombak ambil Hidayah dan hari Ahad hantar semula. Berpisah dengan anak bukan sesuatu yang mudah tapi aku redha demi kebaikan Dayah. Harus aku akui, perbelanjaan meningkat tapi yang aku inginkan anakku ini berjaya mengejar impiannya..yang tinggi...mahu hidup mewah dan membuka rumah agam untuk anak-anak yatim. Satu hasrat yang murni. Aku iringi dengan doa mudah-mudahan segala impiannya menjadi kenyataan.

Dalis - kini di tahun 6. Bakal menduduki peperiksaan UPSR. Dalis menghadiri tusyen di sekolah dan aku cuba membantu mana yang dapat. Silibus pendidikan hari ini jauh lebih sukar dari zaman aku bersekolah dulu. Itu harus aku akui. Aku pecaya Dalis boleh dapat kejayaan yang cemerlang kalau dia berusaha tekun. Tapi Dalis suka main dan tak serius. Ini merisaukan aku. Tapi aku tetap berdoa agar Dalis dapat keputusan cemerlang dalam UPSR nanti.



Firman - kini di tahun 5. Anak aku yang paling gebu. Tapi aku risau sebab Firman lemah dalam pelajaran. Boleh dikatakan semua kerja-kerja sekolah aku kena bantu. Aku tercari-cari cara untuk bersabar dengan kerenah Firman. Bila aku marahkan anak-anak, aku rotan yang kecik-kecik ni, sakitnya terasa kat badan aku sendiri.



Zuri - darjah 2. Petah berkata-kata. Pandai bercakap di usia 1 tahun lebih! Hafal sifir 1-12. Tapi malas buat keje sekolah. Bila bas sekolah nak sampai, masa tu baru nak tengok jadual waktu! Time peperiksaan, dia suka main tanda ajer jawapan tanpa berfikir. Malas nak baca! Betul-betul menghairankan. Zuri pernah cakap pada aku, biar dia yang jaga aku bila aku tua nanti. Sebelum dia pergi kerja, dia akan hantar aku ke 'nursery'! Aku ketawa tapi sedihpun ada. Nursery apa lagi untuk aku bila dah tua nanti selain dari nursery yang sebenarnya pusat jagaan orang tua-tua!!


Tisya - di usia aku 41 tahun, Tisya berusia 6 tahun. Masih di pra-sekolah tapi rajin menulis. Cepat merajuk. Sentiasa nak tidur disebelah aku, berebut dengan Zuri. Aku terpaksa suruh Zuri selalu beralah tapi kadang-kadang kedegilan Tisya menaikkan kemarahan aku. Zuri pulak nangis dan merajuk. Tiap kali aku masak, Tisya mesti datang ke dapur, kupas bawang putih, bawang merah. Satu hari nanti aku akan miss semua ni kan?!!

Sufi - diusia aku 41, Sufi 5 tahun. Di usia aku 51, Sufi baru 15 tahun! Macamana masa tu? Sekarang Sufi di pra-sekolah sekelas dengan Tisya. Semenjak masuk pra, Sufi dah pandai baca doa makan. Tiap kali mengadap makanan di meja makan, walaupun buka bungkusan burger, Sufi akan berdoa. Syukurlah, dia praktikkan apa yang dia belajar di sekolah. Tisya dan Sufi sampai rumah pukul 12, satu setengah jam lebih awal dari Dalis, Firman dan Zuri. Jadi, tiap hari kul 12 (kecuali Jumaat) aku kena balik rumah pukul 12 untuk bukakan pintu bagi dorang masuk. Mudah2an malaikat2 Allah memelihara keselamatan anak-anak di rumah.....

Kadang-kadang aku terfikir, macamana agaknya hidup aku tanpa anak-anak. Tentu hidup aku sepi. Bila anak-anak tidur, wajah anak-anak nampak tenang tapi hati aku sayu... Aku bukan manusia yang sempurna tapi aku mahu jadi ibu yang baik untuk anak-anak aku. Bila aku marah, aku nak anak-anak tau - aku mahu dorang jadi insan yang sempurna. Saat aku hidup dan bernafas inilah, saat paling berharga untuk aku menasihatkan anak-anak aku. Bila aku mati, yang tinggal hanya pesanan..

Ya Allah..walau dimanapun anak-anak aku berada, Engkau lindungilah anak-anakku. Lapangkan rezki mereka dan kurniakan kepada mereka rahmat kebaikan di dunia dan di akhirat.