Showing posts with label Tentang DUA Bintang dan BERPULUH-PULUH bintang. Show all posts
Showing posts with label Tentang DUA Bintang dan BERPULUH-PULUH bintang. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Kemalangan kecil.....






Jumaat, 11/2/2011

Anak-anak abg, Emin - Hadi & Hafiz ditimpa kecelakaan jlnraya ketika menaiki motor membonceng. Kemalangan berlaku di Jln Changkat Asa, dlm perjalanan pulang dari membeli top-up menuju ke Masjid Ar-Rahman Ulu Bernam utk menunaikan solat Jumaat. Bermula dgn pemandu yg masuk simpang tak bagi signal & kenderaan lain yg HIT & RUN!! Mereka dibawa ke klinik kesihatan Tg Malim, oleh kenderaan Avanza & kemudian menaiki ambulan ke Hospital Slim River utk rawatan lanjut.

Hadi, mengalami luka2 ringan & bengkak dibeberapa anggota badan. Manakala Hafiz, mengalami kecederaan lebih kerana beberapa kali melambung & jatuh di atas kereta & terhempas atas jlnraya... Menyebabkan bengkak dikepala, mata & pipi sebelah kiri, luka2 & lebam2 di kebanyakan anggota badan... Hafiz ditahan di wad pemerhatian selama 4 jam kerana tidak mampu mengingati kejadian tetapi Alhamdulillah, masih kenal dgn ahli keluarga & teman-teman yg datang.

Keputusan x-ray samada Hadi, mahupun Hafiz tidak menunjukkan ada tulang yg patah tetapi paru2 Hafiz bengkak sedikit akibat dari hempasan kuat diatas jlnraya menyebabkan kesesakan nafas. Kedua-duanya dirawat sbg pesakit luar. Kini, berada dirumah tetapi dlm perawatan & jagaan rapi umi mereka, Badriza & tok, Hjh Kholijah & terus dikunjungi oleh ahli keluarga & teman-teman.

Diatas apa yg berlaku, syukur alhamdulillah.. kerana tidak ada kecederaan yg serius. Banyak dugaan yg kita lalui kebelakangan ini, lepas Erman, Dalis, kakak masuk hospital kemudian Hafiz & Hadi pula. Mudah-mudahan disebalik semua dugaan ini, kita menjadi lebih kuat. Lebih sabar. Lebih ingat padaNya. Lebih mengerti betapa pentingnya keluarga disisi. Mudah-mudahan kita tetap akan bersama dlm suka, dlm duka, dlm susah & payah.... InsyaAllah


Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Selamat Menyambut Tahun Baru kepada anak-anak & seluruh keluarga besar, anak-anak dan cucu cicit Allahyarham Harun b Yahaya @ Harun Merdeka. Juga buat semua yg mengenali keluarga kami secara dekat mahupun melalui blog ini.

Kepada semua ahli keluargaku,

Semoga tahun ini bakal mencatatkan kenangan-kenangan manis buat kita semua. Yang akan terpahat dalam memori sehingga ke akhir hayat.

Semoga hari-bari yang bakal kita lalui menjadi hari-hari yg indah untuk dikongsi bersama-sama, untuk dikenang tika berjauhan...untuk menjadi semangat ketika kekecewaan melanda...utk jadi hiburan dikala keseorangan...untuk dijadikan kekuatan melalui hari-hari datang dan pergi.

Ikatan kasih-sayang dalam hubungan kekeluargaan adalah anugerah terbesar yang telah Allah kurniakan kepada setiap keluarga. Mudah-mudahan anugerah ini dapat kita pupuk & jaga baik-baik. Saling prihatin, saling menghormati & saling faham memahami adalah tunggak kebahagiaan kita menjadi sebuah keluarga.

Tuesday, December 28, 2010

Majlis Qeqah


25 Disember 2010: Qeqah - Nyah & Family.

11 Disember 2010: Qeqah - Emin & Family

Dua tarikh yang cukup-cukup havoc kat Masjid Ar-Rahman, Ulu Bernam. Memang happening tapi yg tak biasa memang PENING! Gambar-gambar memang ada banyak, sampai tak larat nak upload. Update sikit-sikit yer....

Nantikan kemunculan kami!! SURE HEBOH datang lagi!!!


Monday, August 2, 2010

Majlis Tahlil 31 Julai 2010 @ Sri Pinang

Majlis tahlil sempena menyambut Ramadhan kita sambut pada 31 Julai 2010. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah juga berkesempatan semuanya bersolat jemaah Maghrib & Isya' dan juga berjemaah Yasiin. Mudah2an majlis kita dilimpahi rahmat Allah swt. Ramai yg balik tapi ada beberapa ahli yg tak dapat hadir. Walaubagimanapun kehadiran 95%!! Syabas.

Menu tahlil kali ni: ayam masak merah, tomyam, sambal goreng kacang + ikan bilis, sambal belacan, ulam timun, telur dadar (maaf ada yg terhangus sikit, sardin roll, tembikai, air oren, air teh panas, air suam dan kek sempena menyambut harijadi Omak yg ke 77 tahun. Nasi putih yg aku masak 48 pot!!! 3 periuk besar punya + 1 periuk sederhana.

Semoga Ramadhan kali ni bakal jadi Ramadhan yg penuh makna buat kita semua.... Insya~Allah... Hanya beberapa hari saja lagi, Ramadhan akan membuka tirai. Mudah2an kali ni aku sihat & dapat menunaikan solat terawih bersama anak-anak di Surau As-Saad. Mudah2an semua anak2 dan ahli keluarga yg lain sihat walafiat utk menjalani ibadat puasa dan juga terawih... Sesekali terasa sayu...lumrah setiap kali Ramadhan muncul lagi-lagi di usia yg semakin meningkat. Syahdu jer....

Saturday, July 10, 2010

Selamat Harijadi Omak yg ke 77 tahun >> 9 Julai 2010

Untuk Omak yg tersayang...
Dari kami semua - anak2, menantu2, cucu, & cicit...
Dari sudut hati yg paling dalam....jauuuuuuuuuhhhhh tapi ikhlas...
Kami ucapkan:

"SELAMAT HARI JADI...SEMOGA DILANJUTKAN USIA DALAM KEBERKATAN,
BEROLEH NIQMAT IMAN & KESIHATAN,
SENTIASA MENDAPAT RAHMAT ALLAH DI DUNIA & DI AKHIRAT,
BIARPUN BANYAK DUGAAN NAMUN SAMA-SAMA KITA MENGHADAPINYA.
AMIN"




Terimakasih kerana telah melahirkan kami 1o orang dalam susah dan payah, kemudian membesarkan, hantar kami semua pegi sekolah, layan kerenah kami semua, dan bila dewasa - omak sentiasa ada dgn kitorang, waktu senang apatah lagi diwaktu susah, suka & duka.... sama-sama kita menangis, sama-sama kita ketawa....
U are someone so special...
you are the TRANSFORMER, Omak!!!!!

Biarpun apa yg kami semua lakukan, tetap...hanya sebesar biji sawi dari pengorbanan dan jasa Omak pada kami semua. Segalanya amat kami hargai.. cuma kadang-kadang ada sesuatu yang terlalu istimewa dihati, sukar untuk dilafazkan dgn kata-kata kerana bahasa lidah tak sama dgn bahasa hati....lebih cantik dari lukisan yg paling indah....

Omak, stay hard working!! Hahahahaah!
Muuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaaaahhhhhhh 10000x!!



Hepi Besday LILA!!! >> 28 June 2010.


Hari jadi kauu yg ke berapa tang kuak??? Ompek puluh "TUTTTTTTTTTTTT"!! Ndo bulih disoboit! Yang pasti...A.W.E.T.


Iko muka yg dilahirkan dan muka yg melahirkan... lobeh ompek puluh tahun sudah...dokek nak separuh abad dah ko.....hahahahahah! Rahsia bolum pocah lagi...usah ghisau!!


Firman, macam tak sabar-sabar nk makan kek!!


Tisya pulak, syok sendiri. Perasan macam birthday dia pulak!!



Selamat Harijadi dari kami semua seisi keluarga Sri Pinang..
Semoga dilanjutkan usia dlm keberkatan & kenikmatan iman & kesihatan,
beroleh rahmat disisi Allah di dunia & di akhirat!
Amin.

Thursday, June 17, 2010

Update Stories.....

17th June @5.50am

Hmmm....lama aku tak berkesempatan nk update blog.. Too busy with other activities - family gatherings, office work, keje rumah tak payah citer..family affair - uruskan anak-anak, Erman kawin, Izwan bertunang, meeting dgn kawan2 NCUK for Reunion Dinner etc. Tak masuk uruskan anak-anak yg kurang sihat dalam cuaca yg tak memuaskan. Berkounikasi cara masa kini i.e FB dgn kawan2 lama & baru, saudara mara. Kalau boleh 1 kampung!!! Hehehe! Basically, allmost every weekend ada jer activities but that makes my life full of energy.

Taufiq dah tamat PLKN. Now at home. Tunggu masa nak daftar masuk Kolej Komuniti. Alhamdulillah, dapat tukar dari Segamat ke Selayang, course Multimedia Grafik (Animasi). I believe he can do it. InsyaAllah. Ibu akan sentiasa doakan Taufiq berjaya dalam pelajaran & berjaya dalam hidup dgn cara tersendiri. Usaha bersungguh-sungguh dan yakin bahawa kejayaan adalah teman setia usaha yg tekun.

Hidayah, tahun ni kene kurangkan social activities to focus on study. Belajar rajin-rajin. Jangan menakal kat hostel. Dalis, masih duduk rumah, tak jadi duduk hostel. Bagus juga. At least, aku ada 'bibik' kat rumah! ahahaha! Firman, this year UPSR. Hopefully he will make it. Success with flying colours. Zuri, Tisya & Sufi - 3 serangkai. Sentiasa ada energy nak main. Lari sana, lari sini. Tak penat ke korang?

Kehidupan di LB.... hmmmm.... so far so good. Di sini rezki aku. Tapi aku rasa tenang. Kehidupan yg tak hectic jauh berbeza dari waktu di KL dulu. Cuaca pagi yg segar, pohon yg menghijau dan udara yg tak tercemar mendatangkan kedamaian...

Abah...semoga rohmu beroleh rahmat disisi Allah. Biarpun tahun berganti tahun, abah tetap segar dalam ingatan aku. Dalam ingatan kami semua. Al-Fatihah..

Omak, sentiasa sibuk dgn keje2 diluar rumah. Bakar sampah, kemas keliling rumah, basuh simen depan rumah, kait daun mangga (????). Tapi, Alhamdulillah...untuk usia 77 tahun, omak sihat & masih bertenaga. Aku harap, kalau panjang umur, aku sihat & berkudrat macam Omak jugak.

Kakak, dah terima 2 menantu. Bakal dapat cucu yang kedua. Ish!Ish!Ish! Dah tua kakak! Hehehe! Tak per, usia jer...teruskan makan cendawan Forever Young. Jgn masuk dalam washing machine lagi!

Nyah, tak lama lagi bakal jadi Ibu Mertua bila Izwan kawin. Kemudian, jadi nenek. Camner ye kalau Nyah jadi nenek? Tak per kot, pasal ada baby sitter bertauliah kat rumah. Sia-sia Abby ambil Early Childhood Education kalau tak praktikkan!

Udin....semoga rohmu beroleh tempat yg baik disisi Allah. Al-Fatihah. Naufal & Syakir semakin dewasa. Dah mula berdikari. Bekerja. Daniel, tinggal dgn nenek & mami.

Ati, penduduk tetap Indonesia tapi pendatang kerap Malaysia!!! Hahahaha!

Keyom - taik lalat semakin membesar...strong signal, clear reception!

Emin - Business bagus..Alhamdulillah...gas kat rumah aku tak penah putus. Ditaja oleh Rohimin Gas. Hehehehe!

Lila - jaga omak kat rumah TM. Nasib baik Lila ada. Tapi sementara Lila gi keje, Omak bertemankan pohon mangga...hehehehe...pokok mangga dari rendang, dah jadi flat-top dah jadi mcm rambut Pekan "batu belah batu bertangkup"

Kjun - ikat kontrak jadi Kemboja Bergerak...hahahaha! tapi time dia collect duit tu yg kitorang paling tak tahan...

Erman...sudah bernikah! Dgn...aku tak penah tau nama penuh tp nama kosong Ein. Semoga kekal sehingga ke hujung nyawa...

Thursday, April 1, 2010

Ada aku kisah? Tau tak per....Lu pikirlah sendiri!!!

"Ada aku kisah? Tau tak per....Lu pikirlah sendiri"!!! Ini sebenarnya sebuah novel yang akan diterbitkan oleh seorang penulis yg nama karyanya "SUCI" tidak lama lagi. Perhatian pada semua yg berminat untuk membaca novel ini, sila buat tempahan sekarang. Sebuah novel yang akan membuat anda ketawa, menangis, gelihati, geram, sakit hati, sakit mata, sakit badan......dan akhirnya akan sebut "PADAN MUKA"!! Hahahahahha!

Setelah membaca novel ini, kepada produksi-produksi yg berminat untuk menjadikan cerita ini sebagai tele-novela dalam slot Samarinda, anda tidak perlu khuatir kerana kami juga boleh menyediakan pelakon-pelakon sebenar yang sudah sememangnya mempunyai bakat lakonan semula jadi, nak pegang award tak tentu lagi!!!! Huahuahua!! Pejabat Urusan kami di Sri Pinang. Pengarah Urusan ialah Puan Hajah Naharowiah bt Tajuddin. Walaupun pihak pengurusan kami mempunyai FACEBOOK, kami lebih senang FACE-to-FACE!!

Nantikan, kemunculan novel ini di pasaran!!

Sunday, March 7, 2010

Tarikh 7 Mac....

Hari ni sepatutnya, hari ulangtahun kelahiran Udin...tapi 2hb Mac hari tu genap 3 tahun pemergian arwah Udin mengadap Ilahi. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah... Sehingga ke hari ini, aku masih lagi merasakan dia tetap ada bersama kami..berkongsi setiap hari datang dan pergi...payah utk menerima kenyataan namun semuanya hakikat yg perlu ditempuhi.

Semoga anak-anak arwah - Naufal, Syakir & Daniel - manjadi anak2 yg soleh yang sentiasa mendoakan ayah. Ingat selalu jasa ayah membesarkan, berkorban utk kalian. Insya-Allah, doa anak2 yg soleh akan sampai padanya. Mama harap, kilan akan berjaya dalam hidup...

Monday, October 26, 2009

Umrah..d'Moment of Truth (M.O.T)

The Moment of Truth...the feel of being very close to Allah swt & Rasulullah saw. The feel that words cannot describe. Wish, i could be here too.. Anyway, pictures are from kakak's file. The picture flow is not in proper order..That's not important. But most important is :
Let's share this great & wonderful moments together!

Masjid Nabawi



Kakak...looking tired


Eanting time...




Wow! Kat manapun...nyah memang camni..

Merpati pun takut nk dekat bila Nyah dah draw 'line'... Hanya aku, Lila & Kejun yg tau maksud draw line ni!! heheheheheh!

MasyaAllah............ In the millions of crowd..there were 3 Harun's angles







Omak & unta lah!

Pose 2 beradik yg kehilangan ibu....




Seorang ustaz yg diduga utk sabar menjaga 3 orang yg macam2 ragam


Hotel Safir...this is very comfortable



Masjid Nabawi @nite


Fuhh.....gaya mesti ada!











Comelnya....muka Omak...bukan Nyah!


3 of many wonderful ladies in my life

Kakak, as usual..dgn jelingan seksi dia...

Dah biasa tgk camni...depan Tv pun boleh tido. Inikan pulak dlm fligt 7 hours!