Monday, May 11, 2009

Jika Aku Jatuh Cinta Lagi.....

Ya Allah, jika aku jatuh cinta lagi..
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku
untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta lagi
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku padaMu...

Ya Allah, jika aku jatuh hati lagi..
izinkan aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam
jurang cinta selainMu...

Ya Rabbi, jika aku jatuh hati lagi..
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dariMu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu..
rindukankanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah, jika aku rindu
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku
merindui syurgaMu!

Friday, May 8, 2009

JIRO

Believe it or not....Jiro, a male honey bear was our pet from 1979 - 1987. He was a 'handsome' bear..know why? Listen to this story of Jiro..

Jiro ni dilahirkan kat dalam hutan banat Gua Musang, Kelantan. Ada 2 beradik. Kehadiran 4 ekor beruang di hutan tu (termasuklah mak dan bapak beruang) menakutkan penduduk disekitar kawasan tu. Dorang pun laporkan kat balai Gua Musang. Masa tu, abang ipar aku bertugas sebagai inspektor polis kat situ. Gerakan mengesan beruang 4 beranak ni pun dimulakan. Akhirnya, sampai di satu lokasi ni nampaklah beruang 4 ekor ni sedang bersantai. Si ibu tengah menyusukan seekor anak, seekor anak lagi sedang lena tidur tak sedar diri dan bapak beruang pun tengah tido, lagi tak sedar diri!!!! Abang ipar aku tak sampai hati nak tembak jadi tembak ke langit biar beruang-beruang tu sedar dan lari ke dalam hutan lagi. Dengar aje bunyi tembakan tu, si ibu yang tengah susukan anak lintang pukang lari sambil dukung anak tu, dan bapak yang tak sedar diri tadi pun bangun lari selamatkan diri sendiri!!


Namun terbukti, binatang pun sayangkan anak... Kasih sayang se'ekor' ibu ni membuat dia patah belakang semula, nak mendapatkan anak seekor lagi yang sedang tidur. Tapi pihak polis terus menembak ke langit supaya ibu beruang tak teruskan niat dia. Lalu.... tinggallah seekor beruang yang comel, yang baru beberapa hari dilahirkan, yang belum lagi membuka kelopak mata, yang belum sempat melihat ibu, bapak dan saudaranya...isk!isk!iak! Abang ipar akupun kesian dan ambiklah anak beruang ni bawa balik ke rumah. Lesen dari pihak Mergastua membolehkan kami menjaga Jiro walaupun dia adalah binatang liar. Kiranya, kisah Jiro ni versi terbalik cerita Tarzan la!


Beruang ni dinamakan JIRO sebab di bahagian dadanya ada bulu putih yang membentuk huruf "O" atau "zero". Jiro dijaga macam manusia. Menyusu menggunakan botol susu. Dimandikan, dishampoo, dijaga kebersihannya. Tidur dalam pelukan.... Bila Jiro buka mata, dihadapannya adalah manusia. Tak ada seekor haiwan pun. Dia membesar, berlari dan bermain dalam/luar rumah, dibawa kemana-mana berdukong. Kemudian 1981, abang ipar aku ditukarkan kerja ke Kuala Lumpur, Jiro pun dibawa pindah dalam kandang besi yang selesa tapi bukan ke Kuala Lumpur. Kediaman baru Jiro beralamat No 1 Sri Pinang, Ulu Bernam, Tg Malim. Rumah omak abah aku. Masa tu umur aku baru 13 tahun. Bertambahlah ahli keluarga kami. Bermulalah kisah dan pengalaman baru dalam hidup kami semua termasuklah penduduk-penduduk sekitar Ulu Bernam dan Tg Malim. Adake orang bela beruang??? It was fantastic indeed!


Kandang Jiro ditempatkan depan rumah. Dalam kandang Jiro ada pangkin kecil untuk tempat tidur dan tayar lama untuk Jiro main dan berbuai-buai. Macam budak kecik yang lain, Jiropun tak kurang nakal, suka main dan suka buat sepah. Abah selalu marah sebab ada kalanya Jiro "membuang" merata-rata dan menyusahkan kerja-kerja pembersihan. Dan..kerja akupun bertambah... Memandangkan aku sekolah sesi petang, aku kena buat kerja-kerja kemas rumah sebelah pagi. Kalau tak, mesti kena bebel dgn Omak. Sesudah solat subuh, aku akan sarapan pagi dulu. Kemas rumah, pegi tusyen. Sementara tu abah akan bagi Jiro makan. Buang najis2. Omak akan cuci keliling kandang Balik ajer dari tusyen aku kene mandi dan shampukan Jiro. Aku korek-korek lubang telinga dia yg bulat dan comel tu. Tapi tak lah aku masuk dalam kandang. Dari luar aje. Kalau abang aku, dia akan wrestling dulu dgn Jiro dalam kandang pastu, sama-sama mandi dalam kandang. Lepas shampu dan keringkan Jiro, bulu dia yang hitam tu akan nampak berkilat-kilat lagi-lagi bila kena sinaran matahari. Ultra-violet tak de kesanpun pada Jiro!!

Apa makanan ruji Jiro? Jiro hanya makan nasi campur susu. Satu periuk bagi, satu periuk dia boleh habiskan. Tapi jangan ada benda-benda asing yang termasuk dalam periuk nasi tu walaupun tulang ikan yang halus. Jiro takkan makan nasi tu. Satu lagi Jiro suka merokok. Kalau disuakan rokok yang dah berasap ke hidung Jiro, air liur dia akan meleleh-leleh sambil tangan dia mencapai-capai rokok kat tangan yang gatal yang sua-suakan kat dia! Bila dapat rokok, dia akan kepit rokok antara 2 kuku dia yang melentik panjang. Sambil berbaring dan silang kaki, dia akan dekatkan rokok tu ke hidung dia....ahhh...tangkap syahdu!!


Jiro takut tengok lembu. Tiap kali kereta lembu lalu depan rumah aku, Jiro akan terjerit-jerit dalam kandang dia. Agaknya dia jerit .."help! Help!" dalam bahasa Kelantan! Hehehe! Penah sekali, seekor anak ular, lalu kat kandang Jiro. Dia menjerit-jerit macam nak pecah rumah kitorang. Tapi Jiro ni penyayang dan berjiwa sentimental. Bila kami adik beradik berkumpul, Jiro nampak happy sangat, berlari dalam kandang dia sana sini. Yang laki-laki selalunya akan keluarkan Jiro dari kandang dan main kejar-kejar di halaman rumah. Tapi Jiro takkan keluar dari pagar keliling rumah aku. Dia akan kejar dan panjat dorang ni. Muka dia akan nampak cerah dan ceria. Aku tahu.. Bila sampai kat yang perempuan, Jiro akan gesel-geselkan kepala dan badan dia macam nak bermanja... Jadi Jiro ni beruang dalam kategori sentimental-rock!


Bila acara perpisahan tiba...bila siapa-siapa yang kerja kat KL dah mula salam-salam nak balik, Jiro akan duduk sambil 2 tangan tongkat dagu ngadap keluar kandang, menangis sampai meleleh-leleh air mata. Bunyi tangisan Jiro aku ingat lagi sampai hari ni. Masa tu muka dia tak ceria lagi. Nampak kedut aje. Basah pipi dia. Tercapai-capai tangan kita nak bersalam. Bila kita hulurkan tangan, Jiro akan sambut penuh manja... Hai..binatangpun ada hati dan perasaan.


Satu hari, kitorang renovate kandang Jiro nak bagi dia lebih selesa. Tambahkan awning. Jadi Jiro terpaksa dilepaskan. Aku ingat lagi, aku keluar dari bahagian dapur masa tu. Tiba-tiba aku nampak Jiro masuk rumah terus menghala ke bilik dan tegakkan badan dia, berdiri dengan 2 kaki sahaja. Sebaik terpandang kat cermin Jiro menjerit ketakutan sambil berlari laju keluar dari rumah. Aku ketawa tertonggeng-tonggeng sebab...aku rasa Jiro terkejut tengok muka dia kat cermin. Mungkin selama hari ni dia fikir wajah dia sehensem penjaga-penjaga dia... Maklumlah, Jiro lahir dan buka mata, dia dikelilingi oleh dunia manusia bukan sekumpulan beruang atau haiwan-haiwan lain kat hutan. Sian Jiro....


Hidup dalam kandang, walaupun badan terkurung tapi mata Jiro bebas melihat aktiviti sekeliling dia. Satu pagi tu, abang aku sidai kain. Bergantung dalam 4-5 helai seluar jeans kat sidaian. Entah macamana, rupa-rupanya kandang Jiro tak berkunci. Bila perasan kandang tak kunci mangga, Jiro dengan selambanya buka penyelak pintu dan terus keluar menuju ke sidaian kain. Tanpa berlengah, Jiro terus angkat satu-satu pakaian yang tersidai, sangkut kat bahu dia!!!! Angin abang aku naik satu badan. Rotan Jiro sebab kotorkan pakaian yang dah dicuci bersih, yang dahpun separuh kering. Aku tak sanggup nak tengok Jiro kena pukul. Aku lari masuk menyorok dalam tandas dan menangis sepuas hati aku!!


Antara makanan kegemaran Jiro yang lain ialah durian dan ais-kerim. Tiap hari adik aku balik sekolah dia akan beli ais kerim, makan dan tinggalkan sikit untuk Jiro. Bila dia turun aje dari bas bapak DJ Dave, Jiro akan capai periuk dia dan tampung. Adik aku akan letak ais kerim dalam periuk. Jiro akan hirup ais kerim tu penuh selera..


Banyak kenangan bersama Jiro.. masa gigi susu Jiro sakit nak patah, aku ingat lagi, dorang guna playar untuk cabut gigi Jiro! Pernah dawai dari tayar kereta permainan Jiro tersengkang kat tekak dia, abah dengan beraninya masukkan tangan dia dalam mulut Jiro, bengkokkan dawai tu dan keluarkan dari mulut Jiro. Tapi apa yg jadi pada abah??? Jiro yang kesakitan berpaut pada tangan abah sampai kuku-kuku Jiro yang tajam tu menembusi daging tangan abah sampai terkoyak. Dorang sama-sama menahan kesakitan. Tapi kasih sayang dan kesian abah pada Jiro mengatasi kesakitan. Akhirnya dawai dapat dikeluarkan, luka abah dirawat dan sembuh tapi tetap meninggalkan parut yang jelas.


Ada beberapa orang yang nak beli Jiro untuk macam-macam tujuan. Harga yang ditawarkan menjangkau ke 20K tapi abah tak nak. Kata abah..."ini anak aku jugak"! Jiro terus tinggal dengan kami semua.. sama-sama berkongsi kenangan dan pengalaman. Abah aku yang sebelumnya terkenal dengan gelaran Harun Merdeka, tiba-tiba bertukar menjadi "Harun Beruang". Harun and the Bear...

Jiro semakin membesar. Saiz Jiro lebih besar dari beruang-beruang lain yang tinggal di zoo walaupun usia dorang sama. Ini kata kurator Zoo Negara Kuala Lumpur yang kebetulan pak cik aku. Semakin besar, Jiro semakin kuat. Kunci mangga kat pintu kandang, dia patahkan dengan mudah aje. Orang-orang yang tinggal kat rumah berkurangan. Abah dah tak daya sangat. Aku pulak "tukang mandi beruang" dah pergi ke Johor Bharu sambung belajar. Akhirnya, selepas perbincangan keluarga, dengan hancur luluh, sedih, sayu dan pilunya Jiro terpaksa kami serahkan ke Zoo Air Keroh, Melaka.

"Perpisahan tanpa relaku...

Saat yang sayu dan menyayat hati bagi kami semua, adalah berpisah dgn Jiro. Lori dari Zoo Air Keroh datang ambik Jiro di Tg Malim. Jiro meraung dan menangis sepuasnya. Begitu juga Abah, Omak, Erman dan Kjun yang pada ketika ada itu di rumah. Gambar-gambar "hari ini dalam sejarah" ada diabadikan..nantilah aku cari dan uploadkan ke blog ni...




Ini dia, gambar Jiro di Zoo Air Keroh. Yang dihujung kiri sebelah bawah, ada seekor beruang yg terlopong tu.. tulah dia pasangan Jiro. Mukanya bengis. Tengoklah tu, duduk pun terkangkang. Tapi cuba tengok Jiro punya posing, cukup kacak dan bergaya!!! Jauh bermenung..agaknya memikirkan "manalah pergi kawan-kawan serumah aku dulu..." Jiro dikurniakan 3 orang anak di zoo. Kami selalu melawat Jiro, dan dia kenal suara-suara kami semua. Tiap kali datang melawat, Jiro ceria sangat tapi bila nak balik, dia akan menangis. Jiro tak dijaga seperti yang kami harapkan. Soal makan, tak dipedulikan. Badan Jiro susut... Jiro mati sekitar tahun 95-96. Abah pergi dulu sebelum Jiro....




Walau siapapun Jiro, dia pernah menghiasi hidup kami seisi keluarga....

"Engkau tiba, bagaikan pelangi
tak bercahya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini...
seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua...."

Thursday, May 7, 2009

Harun b Yahaya (07/05/1919 - 02/11/1994)

Hari ini merupakan hari lahir arwah abah. Tiap kali hari ni tiba, kami akan wish abah "Happy Birthday". Tapi abah akan bagi kami soalan "Botul ke hari ni hari jadi aku?? Ndo lah aku teringek!" Abah...abah...tiap-tiap tahun lupa hari jadi dia.

Tapi hari ni, semua tinggal kenangan.. Suara abah bertanya tidak kedengaran lagi... Bila ingatkan saat-saat bersama abah, tak kiralah - bergurau ke, bertengkar ke.. pasti menggamit rasa rindu. I miss you so much!! Aku tak pernah rasa abah telah pergi tinggal kami untuk selama-lamanya.
Bagi aku, abah hanya pergi ke satu tempat yang amat jauh, menghabiskan satu tidur yang panjang..... Aku dan semua ahli keluarga yang lain redha dengan pemergian abah. Tak sanggup mata memandang kesengsaraan abah, mendengar abah mengerang kesakitan akibat kanser tulang.
Oktober 1994.... Abah berada dalam wad di UH. Dihantar ke HKL untuk kimoterapi dan kemudian balik semula ke UH. Omak sentiasa ada disisi abah memberi perhatian dan penjagaan yang rapi. Tiap kali tengok muka abah, aku mohon pada Ilahi "Ya Allah, kiranya abah akan sembuh, maka aku mohon sembuhkanlah abah cepat-cepat. Kiranya abah takkan lagi sembuh, Engkau ambiklah dia cepat-cepat supaya aku tak tengok kesakitan abah depan mata aku" Aku lihat, abah pergi depan mata aku. Ucapan terakhir abah "Allahhhhhhhhhhhh" dan abah lepaskan nafas terakhir dengan tenang. Sepanjang malam aku dan beberapa adik beradik yang lain tidur disebelah jenazah abah untuk kali terakhir sebelum disemadikan. Aku tak pernah rasa kesedihan yang teramat seperti yang aku rasakan pada hari abah dikebumikan. Aku tahu, aku kehilangan seorang ayah..tapi kasih sayang, gurau senda, ketawa dan tangis abah kekal dalam ingatan aku. Takkan pernah padam! Lagi-lagi perangai abah yang suka bertengkar sampai kami panggil dia "Kitong" (kaki tongka - bahasa Rawa)
26 tahun mengenali abah..berkongsi macam-macam kenangan dengan abah - merupakan satu nikmat Allah pada aku dan kami semua. Tahun ini, tanpa aku sedar abah dah tinggalkan kami selama 15 tahun! Nama abah sentiasa disebut oleh isteri dan anak-anak cucu sampai hari ni, boleh kata setiap hari. Begitu juga saudara mara yang lain, yang sentiasa terkenangkan kemesraan abah melayani dorang semua. We love you so much, abah. You always be my HERO forever and ever.

Ya Allah, Engkau cucurilah rahmatMu ke atas roh ayahku. Ampunkanlah segala
dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Tempatkan dia di tempat orang-orang yang
beriman. Amin


This picture was taken during my engagement...


He was not perfect but he was a good father of 10 kids. Look hard on face but very soft in heart. He could easily burst out into tears even when he was laughing. Yes, we did quarrel many times but that made us much closer to each other. He was very sensitive towards the end... Despite of everything, I love you so much.

Abah...he holds our hands for a while, his hearts are forever....We love you so much....










Aku Anak Rawa...

Meh siko, copek kilan..donga cerita aku ko ha!!!



Kilan nak tau tak macom mane aku bulih termasuk dalam blog sekondak hati??
Ha!! Meh siko, donga cerita aku ko hah!! Sebolum tu aku nak cakap “Hidup Ghawa@Rawa”!!!
Asalnya aku mencari nama sebona Ubi. Sobabnya, cucu Wan Ubi (Rohana bt Abd. Manaf @ Ust Hj Abd Bar) nak buek kenduri tahlil untuk arwah ayah er. Ponek aku bertanya sana, siko, sinun.. Omak aku ndo ingek langsung. Kata Omak masa kawin dgn arwah abah, Wan Ubi dah meninggal. Wan Ubi meninggal masa umur 19. Tanya plak pada Acik aku (adik arwah abah yang bongsu), dia pun indo ingek lagi. Tanya lak pada Mak Ngah dokek Kg Kubu. Katanya Kamsiah. Aku pun bagitaula sepupu aku ko nama yg mak ngah bgtau aku. Dalam pada tu aku tepikir, ontah2 mana tau ada kisah tontang Raja Kemala kt internet.. Aku search aje, moh..keluar sekondak hati… camtu lah cerita er. Dari blog sekondakhati barula aku tau, nama Wan Ubi ni sebonar ar Hapipah.


Baguih botul blog ni ada. Akupun nak berkongsi dongan kilan semua cerita tontang keturunan Raja Kemala dan Rawa khususnya tontang susur galur keturunan Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop yg aku donga dari arwah Abah dan saudara-saudara tua yang telahpun menyahut panggilan Ilahi dan lain2 yg masih hidup dan tinggal disekitar Tg Malim, Ulu Bernam, Kalumpang dan kawasan2 yg sewaktu dongannya.


Nama aku, KHAIRIYAH HARUN - keturunan ke 6 dari Raja Kemala b Raja Yaakop. Arwah Abah, Harun b. Yahaya (dilahirkan pada 1919). Abah aku lobeh popular dongan gelaran Harun Merdeka (sobab ayah aku asik sobuit "MERDEKA" pada sape2 je yg dia terseghompak masa Malaya dah dokek nak merdeka!! Arwah Abah aku, dalam darah dia mengalir darah pejuang Ghawa bersungguh-sungguh berjuang menontang Jopun, Komunis dan juga British. Kawan2 seperjuangan Abah yang aku ingek sampai sekaghang - Pak Sako, Ahmad Boestamam dan Dr Burhanuddin Helmi.


Arwah abah aku adalah anak pada mailto:Tupat@Tupek@Arbaayah. Kalau cakap Ghawa, nama uci aku ko Tupek!! Wan Tupek anak pada Saemah bt Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop. Abah aku mewarisi banyak rupa Raja Kemala yang fizikalnya mirip org India, kulit er golap, dagu lokuk (fewitt!! Macam John Travolta) dan hidung bosar!, Kalau kilan nak tau trade mark ughang Ghawa ko, hidong er bosa! Tak caya, kilan tengok la hidung kilan sendiri dokek ceghomin. Terlotak aje!! Selain tu kaki tongka. Kalau apa2 yang tak setuju, siap sedia je la tengok ughang Ghawa ko datang sighok (marah). Kilan nak tau, asal keturunan Raja Kemala adalah dari Adiputra yang berketurunan Hindu Muslim. Adiputra ko ada sebilah koghih (keris) kepahlawanan yang dipanggil Keris Adipati.Aku tak tau iye atau idak, tapi aku donga keris ni ghaib dan sampai la sekarang tak jumpa2 lagi.


Makam Raja Kemala pulak lotak ar kat ateh Bukit Tanjung Pura, Sumatera Utara (SUMUT). Aku dah pogi ke Tg Pura sobab ramai lagi sedara mara ughang Ghawa yang ada dokek sana. Semua er hidong bosa!! Hahahah!! Masa aku datang, disambut macam puteri raja. Memang la aku Puteri Rawa. Menurut penduduk tempatan Tg Pura, kws bukit Tg Pura akan berasap pada waktu malam dan dari kws bukit tu selalu terdonga bunyi suara membaca Al-Quran. Bila pogi ke bukit tu, wangi aje… Kalau ikut sejarah, puak Raja Kemala adalah diantara ahli2 ulama dan kiyai2 yang tersohor. Wallahualam...mudah2an Allah s.w.t melotakkan ughang ni semua ditempat org2 yg beriman dan beramal soleh. Amin.


Raja Kemala - cara berpakaian er ala orang India, berkulit hitam manis, perwatakannya togeh (tegas) tapi ndo la plak bongih (bengis). Trade mark lelaki Ghawa selain hidong bosa, konengnya lontek! Kilan togak dopan ceghomin, tengokla koneng kilan. Kalau tak de maknanye dah kacuk la tu! Antara ilmu persilatan Ghawa ni silat ghimau. Silat ni bila nak mempertahankan diri dari musuh. Aku ponah tengok. Begoga tanah!! Nak tepancuit konceng rasa er! Tak cukup tanah nak lari! Untuk istiadat pulak, kita guna Silat Gayung Patani. Arwah Abah - guru silat di Ulu Bernam, sekitar tahun 70an. Aku ingek lagi. Masa tu aku kocik je. Aku tengok, lopeh maghrib aje ramai ughang berkumpul bawah pokok manggis belakang rumah aku. Mulalah poncak silek!! Akupun tau gak sikit2… silek puluit!! Silek dopan pengantin!! Huah!Huah!Huah!


Koghih peninggalan Dato' Mustafa yang telah membunuh banyak komunis dan ontah sape2 lagi disimpan dek arwah Abah. Dijaga dek Abah sebagai satu warisan keturunan yang botul2 berharga. Koghih tu memang haluih soni er.. Lopeh abah meninggal dunia pada tahun 1994, koghih itu toghuih kami simpan sampai kinin.. Apapun tanggapan ughang pada koghih tu, bagi kami adik beradik, koghih tu sentimental value…. Jangan kilan ingek koghih tu ade kuasa apa2. Yang ada pada koghih tu sebonarnya satu semangat yg kuek!! Semangat pahlawan dan pendekar Ghawa satu masa dolu! Aku tak bulih tengok koghih tu..naik satu semangek!! Bulih mati Bush tu kubuek!!! Ontahlah..payah nak ditoghangkan. Tapi…ndo kami podah nak bagi koghih tu pada sape2!! Jangen la kilan berangan nak ondak!!


Sobuit tontang Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop, dia ko ada 14 ughang anak. Dilantik jadi Tok Penghulu Pertama Ulu Bernam dan bersara pada 16hb Oktober 1897 sobab dia dah uzur sangek. Surat persaraan dari Government Secretary's Office, Selangor ini ada dalam simpanan arwah abah. Abah memang cukup2 hargai keturunan… Kinin, surat ni kakak aku Khairul Lila bt Harun yang simpan. Menurut surat tu bayaran pencen untuk Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop adalah $124 setahun dan dibayar mulai tahun 1898 sampai la moyang aku ko meninggal dunia pada tahun 1905. Kilan nak tau, Dato' Haji Mustafa b Raja Kemala b Raja Yaakop ni abg sedara pada pahlawan Pahang Mat Kilau. Datok Maharajalela (Kg Gajah) dan Dato' Peramu Pahang, Datuk Gajah – ughang-ughang ko semua kawan baik dia... Fuh!!!


Ondek..ughang Ghawa ko kalau dibagi beghandai memang lama pasal banyak bonde nak dibughakkan.. Itu tak masuk lagi kaki tangan semua naik..sama2 berbughak!! Nenek2 aku kek Tg Pura tu pun..kalau dapat beghandai..ponuh aksi!! Padenla aku pun sama!!


Aku ko duduk dokek Tg Malim. Kat Lombah Beringin. Seronok aku dapek balik kampong. Ponek dah koje dan duduk kat Kolumpo. Ni lah tompek koje pertama yang aku bulih bercucan Ghawa sobab kebanyakan cleaner ughang Ghawa. Tahun 1989 aku sambung belaja ke UK. Dokek Leeds. Kilan nak tau, pertama kali aku experience salji kat Leeds apa ku buek??? Bila salji dah tobal ateh kereta, dongan bangganye ake ukir atas salji tu, dokek ateh ceghomin dopan “RAWA”. Tulis nama aku dan pos gambar tu dokek ayah aku!! Ondek!! Kombang kompeh hidong bosa ayah aku tengok gambar tu!! Nanti aku selungkar album lama, aku pos gambar tu kt sekondak hati dan gambar suku sakek Raja Kemala yang lain..yang dah membiak!

Akhirnya, aku jumpa gak gambar tu. Gambar ni aku post kat blog aku tapi blog sekondak hati bolum lagi...

Jadi, aku nak posan pada kilan, banggalah sobab kita ada bahasa kita sendiri. Bila aku ada masa aku bughak lagi. Banyak lagi sebona er yang aku nak cerita tapi..aku kone buek koje. Kang kone buang koje lak aku! Jonuh la aku nak mencari duit kek mana plak!! Ok kilan…


Puteri Rawa,
KHAIRIYAH BINTI HARUN (keturunan6rajakemala@yahoo.com)
Kolej Yayasan UEM, Lembah Beringin
Mac 2009

Wednesday, May 6, 2009

Warkah Buat Ibu




Buat Omak yts,

Dari sudut hati yang paling dalam, Kyah mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala kesilapan yang pernah Kyah lakukan sepanjang 41 tahun ni.... Terimakasih kerana telah melahirkan, membesarkan dengan kasih sayang dan perhatian. Terimakasih kerana Omak jaga Kyah dan anak-anak Kyah. Sentiasa ada disisi Kyah walau dalam apa keadaan sekalipun - susah senang, suka duka. Kyah nak Omak tahu bahawa kasih sayang Kyah pada Omak takkan pernah padam walaupun kita selalu berselisih faham.. Kyah akan selalu mohon pada Allah agar Allah menyayangi Omak dan Abah, memelihara Omak dan Abah sebagaimana Omak dan Abah memelihara dan menyayangi Kyah. Moga Allah swt mengampunkan dosa-dosa Omak dan Abah....


Kadang-kadang, apa yang ada dihati tak dapat kita luahkan dengan kata-kata. Kerana bahasa hati itu tak sama dengan bahasa lidah. Namun Allah lebih mengetahui.. Disaat anak-anak Kyah lahir dan membesar, Omak sentiasa ada menemani Kyah. Omak sentiasa bersedia mendengar dan memahami setiap kisah duka Kyah. Kita menangis sama-sama. Bila Kyah cerita kisah lucu, kita sama-sama ketawa!! Kita sama-sama jalan ke tempat-tempat yang menghibur dan memberi ilham pada Omak. Pusat kraf tangan, Minlon, Semua House...yang terbaru, ilham yang Omak dapat dari Hot Spring Sg Klah! Kakak, Nyah, Ati, Kayom, Lila, Kyah dan Kjun. Tujuh anak perempuan Omak berkumpul dan buat kecoh kat sana. Tak de sorang pun yang mandi!! Hehehehe! Tapi anak-anak perempuan Omak walaupun dah banyak "isi" masih cantik berseri-seri!!
Segala jasa Omak membesarkan Kyah dan menjaga anak-anak Kyah takkan dapat Kyah balas walaupun sebesar biji sawi. Tapi percayalah, Kyah akan sentiasa mendoakan Omak dan bila-bila Omak memerlukan Kyah, Kyah pasti akan ada menemani Omak.
Kalaulah Omak tau..Kyah amat bersyukur, disaat Allah uji Kyah dengan dugaan yang cukup hebat, Omak ada disisi Kyah. Kyah terasa kuat. Semangat Omak dan mata anak-anak beri kekuatan pada Kyah untuk berjuang dan teruskan hidup. 76 tahun usia Omak sekarang, dah terlalu banyak dugaan yang Omak lalui tapi sentiasa tabah menghadapi semua. Syukur alhamdulillah.. Dalam hidup ini kita saling memerlukan. Disaat Omak berdukacita dan menangis, anak-anak Omak akan buat Omak ketawa semula. Disaat kami berdukacita, Omak akan tenangkan dengan nasihat yang berjela-jela...(hehehehe).

Kadang-kadang, Kyah tertanya-tanya, adakah usia kami 9 orang yang tinggal ni akan sepanjang usia Omak dan Abah. Berpeluang lihat anak-cucu lahir dan membesar... Tapi Kyah selalu mohon pada Allah mudah-mudahan Kyah dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk terus bersama anak-anak. Untuk terus mendoakan kesejahteraan anak-anak... untuk rasa hidup ini amat membahagiakan disamping insan-insan yang kita sayang dan yang menyayangi diri kita.

Kyah ucapkan "SELAMAT HARI IBU". Semoga Omak sentiasa beroleh kesihatan yang baik, tenang dan bahagia selalu disamping kami semua, anak-anak Omak dan 36 orang cucu. Mudah-mudahan amal ibadat Omak dirahmati Allah swt. Amin....

Kyah sayang Omak...



SELAMAT HARI IBU....



Kisah Seorang Ibu dan Anak

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk......mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari.......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...
RINDU MAK.....
RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya..

Mothers are made to be special


Their shoulders are strong enough to carry the weight of the world,
yet gentle enough to give comfort..

They are gifted with an inner strength to endure childbirth and
the rejection that many times come from their children..
They are given the hardiness that allows them to keep going
when everyone else gives up and to take care of their families
through sickness and fatigue without complaining..
They are given the sensitivity to love their children under all circumstances,
even when their child has hurt them very badly.
This same sensitivity helps them to make a child's boo-boo feel better and
helps them share a teenager's anxieties and fears..
They are given a tear to shed.
It's theirs exclusively to use whenever it's needed.
It's their only weakness.
It's a tear for mankind.

Tuesday, May 5, 2009

My eldest and handsome Taufiq

My son. UK born. Clarendon Wing, Leeds, United Kingdom. Now is 17 years old...

Waktu di Leeds, Taufiq lah kawan aku. Kemana aku pergi, dia sentiasa ada dekat aku. Wow..time flies so fast. Tahun ni Taufiq dah nak ambik SPM. Banyak perkara yang aku risau sebab Taufiq kurang tumpuan pada pelajaran. Dari tadika hinggalah sekarang aku dengar cikgu-cikgu complain benda yang sama .."dreaming in class"! Seorang pakar kanak-kanak bagitau aku "His imagination is beyond reality". Anyway, apapun perangai dia, Taufiq tetap anak aku. Kehadiran dia dalam hidup aku pada 29 Mac 1992, jam 12pm (UK time) adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Dia buatkan hidup aku menjadi lengkap walaupun pada waktu yang sama aku terpaksa bertungkus lumus belajar dan siapkan assignments yang berlambak.

Tahun ni tahun perjuangan buat Taufiq. Ibu tau Taufiq penat dengan jadual harian - bangun seawal jam 5.15am siap untuk ke sekolah, tusyen kat sekolah sampai petang, terus ambik bas ke Tg Malim untuk private tuition yang habis pukul 7pm. Hari Ahad pulak ada tusyen kat dewan sebelah rumah mak dari pukul 8am-1pm! Kalau ibu biarkan Taufiq to do self study, my dear sorry to say- I don't think you can do it. Tu sebab ibu suruh Taufiq attend ketiga-tiga tuition ni. I have to be to cruel to be good, son!

Apa yang ibu harapkan pada Taufiq?? Banyak. Ibu nak Taufiq berjaya dalam SPM. Dapat sambung belajar mengikut minat dan kecenderungan Taufiq. Most important, ibu nak Taufiq berjaya dalam hidup. Jadi anak lelaki sulong dan abang yang bertanggungjawab. Ingat, setiap tanggungjawab adalah amanah Tuhan. Jangan tinggal solat 5 waktu sebab solat tu tiang agama. Tanpa tiang, kita akan terumbang ambing dilambung ombak kehidupan. Akhirnya lemas. Manusia ni takkan lepas dari buat kesilapan. Ibupun banyak buat kesilapan dalam hidup ibu yang dah 41 tahun ni. Banyak yang dikesalkan. If I could turn back the clock, days and years.. I wouldn't commit all the mistakes. Despite of what had happened, it is important to realize our mistakes and weaknesses. Try the very best to transform ourselves to be a better person. Allah Maha Pengampun. Kalau kita bermohon pada Allah nescaya Allah akan makbulkan permintaan kita.

Ibu selalu ingat pada sesuatu yang bagi kekuatan pada ibu. Yang buat ibu jadi tabah.

"Bila Allah swt cepat makbulkan permintaan kita, maknanya Dia
sayang pada kita.
Bila Allah swt lambat makbulkan permintaan kita, maknanya Dia nak menguji kesabaran kita.
Tapi..bila Allah swt tidak makbulkan permintaan kita, maknanya Dia nak beri
sesuatu yang lebih baik untuk kita!"


Janji Allah tak pernah mungkar. Jadi, Taufiq mohonlah padaNya agar dikurniakan hati yang lapang dan jiwa yang tenang tiap kali Taufiq ulangkaji. Terangkan hati untuk terima pelajaran. Ibu sayang Taufiq dan adik-adik yang lain. Berapa kali dan seteruk manapun ibu marah, ibu nak korang semua tahu, jauh disudut hati ibu, korang semua adalah permata yang amat berharga yang ibu takkan tukar ganti dengan apapun. Jadilah hamba yang patuh pada perintah Allah. Jadi anak yang soleh dan abang yang boleh diharapkan oleh adik-adik seramai 6 orang ni.


Pelangi Lepas Hujan

5 Mei 2009

Syukur Alhamdulillah..hari ini aku masih bernafas untuk terus menjalankan tanggungjawab aku menguruskan anak2. Tapi bangun lewat sebab semalam tidur lewat bantu Dalis dan Zuri siapkan homework . Jadi, aku terpaksa hantar anak-anak ke sekolah.

Petang nanti aku ada meeting dengan Tan Sri di UEM mercu. Aku terpaksa tunggu anak-anak balik sekolah dan hantar ke rumah mak di Tg Malim. Malam ni, rencananya tidur rumah mak dan pagi-pagi esok direct from Tg Malim - Lembah Beringin. Taufiq ambik bas dari Tg Malim terus ke Kuala Kubu.

Aktiviti harian aku memang memenatkan... Memang kadang-kadang aku mengeluh walaupun aku tahu keluhan tandanya kita tidak redha. Namun jauh di sudut hati aku, aku sedar semuanya satu amanah yg perlu aku pikul hingga semua anak-anak boleh berdikari. Tapi perjuangan aku sebagai IBU takkan pernah selesai hingga ke hujung nyawa! Mudah-mudahan aku dikurniakan kesihatan yang baik, kegagahan dan kesabaran untuk menguruskan anak-anak, dan dilapangkan rezeki.

Selalunya makhluk Allah bernama manusia ini sering mengeluh..sedangkan kita telah mengakuinya didalam setiap solat 5 waktu "......sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku adalah kerana Mu Ya Allah...".

Pada anak-anakku Taufiq, Hidayah, Dalis, Firman, Zuri, Tisya dan Sufi..
Hidup ini akan sentiasa menguji kita. Disitulah keimanan kita akan diukur. Segala susah payah, pahit getir yang pernah kita lalui bersama adalah tanda kasih sayang Allah pada kita. Bersyukur pada nikmat dan redha pada dugaan-dugaan Allah kerana disebalik setiap dugaan itu ada hikmah yang tersembunyi. Namun redha pada dugaan tanpa usaha memperbaiki keadaan pun tak guna jugak! Sedar tak, manusia selalu minta panas tapi bila hujan kita hanya tahu mengeluh. Sedangkan yang kita tak tahu ialah sebenarnya selepas hujan tu, Allah nak bagi pelangi pada kita!!







Monday, May 4, 2009

Anakku Nur Hidayah

Dialah anak, dialah teman.. Dia sentiasa mendengar keluhan aku. Harus aku akui, Dayah seorang pendengar yang baik. Always there for me everytime I need a shoulder to cry on. Kadang-kadang aku rasa bertanggungjawab mematangkan Dayah sebelum waktu. Shall I take it as a compliment? or feeling guilty? Entahlah. Perhaps, it's 50-50. Dayah adalah sayap kanan aku. Bila Dayah ada, kerja aku senang sikit.

Semua anak-anak kena marah dengan aku dan Dayah tak terkecuali. Aku nak anak-anak tahu, sentiasa tahu yang aku telah ditugaskan oleh Allah untuk membentuk mereka menjadi dan memiliki keperibadian yang baik walaupun tidak sempurna - fizikal, mental dan spiritual.

Ketika ini, Hidayah tidak disisi aku lagi kerana dia sudah bersekolah di sekolah teknik dalam jursan Civil Engineering. Aku tak pernah rasa kehilangan sebab dia sentiasa ada dalam hati aku. Setiap nafas aku, aku doakan kesejahteraannya dengan harapan satu hari yang indah, Dayah akan mengecapi kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan. Aku tak pernah menangis walaupun terpaksa berpisah dengan anakku ini kerana waktu telah mengajar aku menjadi lebih kuat dan tabah. Bagi aku menghantar Dayah ke sekolah teknik adalah satu keputusan yang bijak demi masa depannya. Lagipun aku nak dia rasa dan alami sendiri kehidupan harian di hostel bersama kawan-kawan, makan di dewan makan, prep dan macam-macam lagi. Aku tak perlu risau tentang revision, homework etc.etc. She has to learn to develop her time management skills as well as self-confident. And...she is doing it fine so far!


4 Mei 2009
Tapi hari ini, aku terima e-mail dari Dayah, tertulis:

"hidayah Dayah" dazzling.shoyru@yahoo.com
To: "ibu moxX"
i miss u alot!!
i miss u alot!!
i miss u alot!!
i miss u alot!!
i miss u alot!!
i miss u alot!!
i miss u alot!!
i miss u alot!!
i miss u alot!!

Tiba-tiba naluri keibuan aku tersentuh. Air mata aku rasa bergenang... Ucapan yang ringkas tapi cukup untuk buat aku rasa terharu..