Wednesday, May 27, 2009

A Special Thoughts, Special Gift on Mother's Day

25th May 2009...

5.30pm Just had a session with the CEO. Dropped by at Admin to check if there is anything in my pigeon hole. Oh yes! Something for me. A gift. The wrapping paper looked so familiar. Later I found out, it's from my one and only Hidayah..all the way from SEMTEG, Gombak!

A mother's day gift! A cute teddy bear key chain. What a lovely thoughts and just the right gift for the right person. Don't you think the teddy looks just as cute as me??...hahahaha!


It happens once in a blue moon... Thanks so much! After a whole day of tiring schedule, at least this surprise made my day. Adding more flavour.



A very sincere thoughts written on a piece of paper...touchy and funny. I guess, I should reply it right here in my blog.

Untuk Hidayah dan semua anak-anak ibu yang ibu sayang..

Taufiq, Dalis, Firman, Zuri, Tisya dan Sufi,

Dayah, terima kasih sebab bg ibu hadiah bear ni. Ibu tau, bear ni comel secomel orang yang terima hadiah ni! Ibu tak kata sorang, Dayah pun bgtau ibu benda yang sama.. Terima kasih atas semua doa Dayah. Mudah-mudahan semua doa tu dimakbulkan oleh Allah swt.

Ibu nak korang semua tahu, apa yang ibu buat untuk korang semua dah jadi amanah yang dipertanggungjawabkan Allah pada ibu. Kalau ibu bebel dan marahkan korang sampai satu kampung dengar suara ibu...semua tu pun amanah yang kena ibu pikul. Kalau ibu tak marah, tak nasihat, esok di hari akhirat Allah akan soal ibu - "Kenapa tak jalankan amanah yang Aku bagi pada engkau?" Soal duit, soal masa itu bukan persoalan. Ibu pergi kerja, ibu cari duit merata-rata - untuk siapa duit tu semua? Dah tentu untuk ibu, untuk korang dan rezki sesiapa yang Allah dah tentukan. Tapi, sebagai manusia biasa..memanglah ibu mengeluh - penat, tak de duit dan macam-macam keluhan lagi yang selalu korang dengar. Mungkin skrip ibu pun korang dah hafal. Tak kiralah Dayah ke, siapa-siapa ke - korang boleh minta apa je yang korang nak tapi yang tentukan boleh dapat atau tidak, cepat atau lambat adalah IBU dan izin ALLAH! Kalaulah korang tau.. ibu selalu wish ibu dapat penuhi setiap permintaan korang lagi-lagi bila korang minta nak makan itu dan ini. Ibu cuba nak sempurnakan. Bila ibu tak dapat, jauh disudut hati ibu, ibu rasa kecewa sangat. Korangpun mesti kecewakan? Tapi takpe...lambat laun bila usia kita berubah, kehendak kitapun akan berubah..Dulu masa ibu umur 9 tahun, ibu nak sangat jam tangan Mickey Mouse sebab ibu nampak kawan ibu pakai. Ibu minta pada Tok Mak tapi sampai sudah ibu tak dapat. Lama-kelamaan kehendak untuk memilikki jam Mickey Mouse tu hilang..dan ibu tak kisah langsung tak dapat jam tu!

Ibu nak korang semua tau, sampai bilapun, ibu tak minta korang balas setiap pengorbanan ibu untuk korang, cukuplah sekadar menghargai dan menyedari hakikat bahawa setiap yang ibu lakukan adalah memenuhi amanah Allah, dan tugas korang pun memenuhi amanah Allah. Jadilah anak-anak yang baik, kenang budi dan jasa ibu ayah atau siapa-siapa jer yang pernah memudahkan kita dari sebarang kesulitan yang pernah kita lalui. Jangan pernah lupa doakan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan ayah selepas setiap kali korang habis sembahyang. Doa anak yang soleh sampai hingga ke liang lahat. InsyaAllah... Anak-anak ibu akan membesar jadi makhluk Allah yang taat.

Makin meningkat usia ibu, ibu makin perlukan sokongan korang semua dalam apa aspekpun.. Apatah lagi bila ibu lalui detik-detik yang sukar. Selagi kita lakukan sesuatu pekerjaan tu dengan jujur dan ikhlas tanpa rungutan, InsyaAllah, semua tu satu ibadat yang akan dapat ganjaran dari Allah. Allah tak mungkir janji. Ibu akan tunggu saat Dayah buat ibu "jadi ibu yang terpaling happy di dunia".

Bila memohon pada Allah, mohonlah minta yang TERBAIK sebab kita tak tau apa sebenarnya yang terbaik untuk kita. Barangkali sesuatu yang kita hendak sangat tu bukan sesuatu yang terbaik untuk kita... yang kita tak nak tu mungkin something really good for us. Kita tak tau. Ibu selalu minta- nak itu, nak ini dari Allah. Semua Allah makbulkan tapi pengalaman hidup buat ibu sedar bukan semua yang ibu dapat tu terbaik untuk ibu. Namun, berbalik pada Qada dan Qadar.. satu ketentuan yang kita tak tahu. Dugaan menjadikan kita lebih dewasa dan supaya kita lebih dekat dengan Allah. Untuk bersujud..untuk bermohon...untuk berserah..untuk menangis..untuk apa saja. Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambanya. Kemudian, dari pengalaman ibu belajar dan ibu nak sampaikan pada korang semua, berdoalah...

Ya Allah,

Berikanlah kepada aku segala yang terbaik untukku, keluargaku, agamaku, dunia
dan akhiratku..Amin

Percaya pada Allah, Malaikat-malaikatNya, Rasul-rasulNyaNya, KitabNya, Qiamat, Qada & Qadar... kerjakan suruhan-suruhanNya - ucapkan 2 kalimah syahadat, solat 5 waktu, berpuasa Ramadhan, keluarkan zakat dan tunaikan haji bila berkemampuan.. Mohon perlindungan Allah dari kemungkaran.. Ingat, 2 nikmat Allah yang patut disyukuri adalah iman dan kesihatan.

Ibu ajar korang puasa seawal usia belum mencecah 5 tahun dan semua mampu habiskan puasa sebulan walaupun baru belajar puasa! Cuma..korang kena rajin sembahyang sebab sembahyang tu tiang agama. Bila tiada tiang untuk berpaut, kita senang hanyut dan lemas! Kalau lakukan kesilapan, betulkan semula. Kalau sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan. Sayangi semua orang disekeliling kita. Nescaya kita akan disayangi juga. Maafkan siapa saja yang menyakiti hati kita kerana dengan memaafkan, kita senang mendapat hidayah Allah. Mudahkan urusan orang lain kerana Allah akan permudahkan urusan kita.

Ibu sayang korang semua... Taufiq, Hidayah, Dalis, Firman, Zuri, Tisya dan Sufi. Korangpun kena saling menyayangi. Perasaan kasih sayang adalah anugerah Allah yang tak terhingga untuk hambaNya. Ambik berat tentang adik-beradik tak kira sampai bilapun. Itu darah daging kita. Sebusuk-busuk daging, dicuci, dimamah juga. Sesiapa yang buat silap, nasihatkan, maafkan dan bantu dia betulkan kesilapan dia. Jangan hindari orang tu selamanya. Pada saat kita marah, mungkin kita akan jauhkan diri tapi jangan lama-lama. Cepat-cepat kawal kemarahan dan bila kemarahan tu reda, dekati orang tu semula dengan sentuhan yang penuh kasih sayang. Mungkin ibu bukan ibu yang terbaik di dunia tapi dengarlah nasihat ibu ye....

Monday, May 25, 2009

Our Outing to Sg Kelah Hot Springs

Hehehehehehehe!!!! Hahahahhaha!!! What an enjoyable and fun outing to Sg Klah, Hot Spring on 26th April 2009! Padan muka budak-budak yang tinggal kat rumah. Tapi we always be good mother..tak pernah slip off the mind yang anak-anak kena bagi makan dulu sebelum kita keluar rumah. So we bought 32 keping roti canai for breakfast anak-anak from restoran Jalal. sebelum tu kita dah pekena nasi lemah and kuih muih kat Kedai Haji Din dulu..best part was - our breakfast was sponsored by Mak Erah, adik arwah abah!!




Sambil makan kami bincang mana nak pegi. Entah macamana Hot Spring jadi pilihan. So we went to Hot Spring dua kereta. Omak, ha, 7 anak perempuan Omak berkumpul! Kasi pecah itu Hot Spring. Nasib baik kami tak bawa swimming suit. Kalau tak lagi panas swimming pool kat situ!Kami gi melawat ke villa dan hotel. Wow!! Very impressive. Very little that I know Sg Kelah can be this outstanding today! Hahahaha! That's why, jangan under estimate...

The creative touch..fuh!!! Omak betol-betol terpesona sampai dia simpan dalam kepala idea-idea yang mencetuskan ilham untuk rekacipta dia yang terbaru dalam seni hiasan dalaman rumah. Heheheeh! Sorry la Omak, anak-anak Omak cuma mampu pandang dan puji. Tapi Omak pandang, dan terus skru idea tu kat kepala dia. Maka hasilnya...dalam rumah adalah hasil ilham yang dapat dari Hot Spring Sg Kelah! On the way back, kami singgah gerai tepi jalan minum air, makan kacang, goreng pisang...

That was an enjoyable outing.

Saturday, May 23, 2009

My Pretty Girl, Zuri


Allah selamatkan Zuri (2x)
Allah selamatkan Nur Zuriati
Allah selamatkan Zuri.
Happy Birthday to my dear Zuri
Muuuuuuuuuaaaahhhhhhhhssssss!
I love you so much!
We all love you so much!

Hari ni Zuri meningkat usia - 8 tahun. Masa lahir dulu, kepala Zuri bulat aje. Mata bulat, badan bulat. Birth weight Zuri adalah yang paling berat sekali antara adik beradik yang lain i.e 3.7kg. Zuri lahir di Naluri Medical Centre di Wangsa Maju at 2.40pm. She was so sweet, fair and cuddly.. Ibu sempat makan gulai lemak rebung dan udang sementara tunggu contractions datang.

Everytime lahirkan baby baru, for sure that will be the happiest moment in my life. It's like getting a new life. For me, I have something important to look forward to each day, each moment. To care and cherish the love that is blooming in me..

Zuri is wonderful person. Umur 1 tahun, Zuri dah boleh cakap dengan jelas. Ibu ingat lagi, masa ibu tengah dukung Zuri sambil menangis, Zuri cakap pada ibu "Kenapa ibu nangis? Jangan menagis lagi!" Ibu senyum tapi waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya perasaan ibu. Tapi hari ni, ibu bahagia tau Zuri. Bahagia sebab walaupun korang tu bising, nakal dan ibu kena menjerit marahkan korang macam tarzan tapi tiap hari korang menyerikan hidup ibu. Kalau ibu ditakdirkan Allah tak de anak-anak, mesti hidup ibu sunyi.

Ini post paling manja ke?! Agak-agak bila besar nanti, Zuri jadi apa ye? Kawin dengan siapa? Ibu ingat dan selalu ingat Zuri kata "bila besar nanti biar Zuri jaga ibu. Bila Zuri pergi kerja, Zuri hantar ibu pegi nursery dulu!" Hahaha! Nursery ke, atau Old Folks Home? Hahahah! Zuri..zuri. Zuri ni senang nak menangis. Macam Tisya juga. Sentimental person. Zuri rajin hafal sifir. That makes her very good in multiplication. Sampai kadang-kadang aku dah malas nak dengar sebab tak dapat nak focus my mind to something more important. ..yup..I shouldn't say that. Tapi aku hanya manusia biasa yang ada kelemahan. Lagi-lagi banyak sangat yang aku kena fikirkan. Beratur dalam kepala ni.


Sekarang, Zuri dah mula patah gigi-gigi susu bahagian depan. Dah rongak! Tapi bagi ibu, Zuri tetap comel walaupun tak ada gigi. Mesti lepas gigi kekal tumbuh, Zuri nampak lebih cantik dan menawan. Ibu dulupun masa kecik lalui pengalaman yang sama Zuri. Kene ejek dek kawan-kawan.


Zuri pandai mengaji. Sekarang dah mula baca Quran. Ibu bangga dgn Zuri. Zuri tekun belajar mengaji. Kalau ibu baca yasin lepas solat Maghrib, mesti Zuri duduk sebelah ibu dengar ibu mengaji dan ikut ibu baca. Walaupun tak lancar tapi good initiative. Ibu sayang Zuri. Sayang sangat. Jangan lupa, nanti jaga ibu tau.

Wednesday, May 20, 2009

Happy Birthday, Firman mi amor

The most romantic Firman Firdaus! The 'gebu-est'! The loving type.

21st May 2009

Today is your birthday, my dear. You are now 11 years old. Happy Birthday To You.

Selamat hari jadi Firman. Semoga panjang umur dan sihat walafiat. Dilapangkan rezeki dan mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Ibu sayang sangat dengan Firman. Kasih sayang ibu macam air laut yang luas. Nanti bila Firman besar, jaga ibu ye! Hari ni ibu tak ke Tg Malim untuk beli kek harijadi Firman. Weekend nanti, kita balik rumah Tok Mak, kita celebrate birthday Firman ek!

Time flies so fast. I could still remember those times we shared in Paed Ward, HUKM. You were admitted due to Coxsakie... You suffered so much, mi amor. Only Allah knows.. But He gave you the strengths...

Pengalaman yang menakutkan. Tiap kali Firman menangis, tiap kali tu ibu peluk dan pujuk Firman, dan tiap kali tu jugaklah ibu rasa takut. Bila Firman menangis, bibir Firman yang kering akan merekah keluar darah. Tidur kita selalu terganggu sebab student2 doktor datang nak check itu dan ini. Untuk kajian, untuk belajar, untuk macam-macam. Kenapa ibu rasa takut?? Sebab..ibu takut kehilangan Firman. Tapi kita sama-sama kuatkan Firman. Kita lawan semuanya dengan kekuatan yang Allah bagi pada kita. 1 bulan lebih kita duduk hospital. Akhirnya Firman boleh keluar. Firman makin sihat, berat badan Firman bertambah dan bertambah dan terus bertambah sampailah hari ni!! Sekarang Firman dah hampir sebesar ibu!!

Firman tak nakal. Tak senakal Sufi. Firman pelembut tapi ada kalanya garang dengan adik-adik. Tu sebab ibu marah. Firman caring tapi bila terbaring, ibu tumbuh taring! Malas tolong buat kerja rumah. Ibu ingat lagi Firman bagitau ibu, Firman nak kawin 2. "1 buat kerja kat rumah Firman, 1 lagi tolong buat kerja kat rumah ibu". Jodoh, pertemuan, ajal maut kat tangan Tuhan. Kalau memang jodoh Firman dengan 2 orang isteri, ibu terima. Yang penting dalam hidup kita adalah sifat bertanggungjawab. Kalau kita jalankan tanggungjawab kita dengan ikhlas dan sempurna, Insyaallah, Allah akan beri ganjaran dan permudahkan semua urusan kita. Rezeki kita akan bertambah... Doalah.. Allah takkan tolak doa kita. Tapi Firman kena ingat, apa yang Allah bagi pada kita, sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Selalunya manusia ni binasa kerana dia yang binasakan diri sendiri. Jaga solat. Jaga ibadat. Nescaya Allah akan jaga kita. Lindungi kita. Ingat pesan ibu.

Hari ni Firman makin hensem.. 2 tahun lagi Firman pun meningkat ke alam remaja. Mesti ramai aweks yang pandang Firman 2x kan?? "Fulamak! Siapa mamat yang hensem tu?" "Putih gebu pulak tu"! "Anak siapa tu?" "Nak berkenalan boleh??" Hehehehe! Firman jawablah, "Aku dari keturunan Rawa + Bugis". Kenapa aku hensem? Sebab, IBUKU CANTIK SEKALI!


Hmmmm.... Ibu nak Firman belajar rajin-rajin supaya jadi orang berjaya. Firman ada banyak cita-cita sampai Firman pening kepala nak pilih yang mana satu. Tak payah pening.. Satu hari akan datang, kerjaya tu memang dah ada untuk Firman. Just grab it and give your commitment all out..>>>>>>"I believe I can fly......." <<<<<<>
Ibu nak anak-anak ibu berjaya jadi MANUSIA. Bukan setakat berjaya jadi Lawyer, Majistret, Doktor! Siapapun Firman, Firman tetap anak ibu. Yang ibu kena nasihat, tegur dan marah. Walaupun masa tu isteri Firman ada 4! Huah!Huah!Huah! Oh...ibu ingat, Firman kata cukup 2. Kalau 3 - pening kepala! Ibu nak Firman tau, ibu akan sentiasa ada di sisi Firman. I will always be there for you in whatever circumstances. That is why Allah created a MUM.
A mother is a bank where we deposited all our hurts and worries....

Tuesday, May 19, 2009

Mi Amor, Sufi Firdaus..

Sufi Firdaus, lahir pada 25 Dis 2004 di Hospital Putrajaya, Putrajaya. Sufi mula tersenyum pada aku ketika usia dia 14 hari... Senyuman Sufi sentiasa menghiburkan aku. Dan dia memang suka tersenyum sampailah sekarang dan biarlah sampai bila-bilapun supaya semua orang akan senang dengan kehadiran dia. Ketika ini Sufi adalah yang paling nakal tapi selalu buat aku ketawa. Selalu jugak buat aku marah. Alhamdulillah, Sufi sekarang 5 tahun dan bersekolah di Pra sekolah SK Lembah Beringin. Satu kelas dgn Tisya. Tisya selalu mengadu tentang betapa nakalnya Sufi dalam kelas.

Gambar ni aku ambik kat dalam bilik aku. Cukup susah nak ambik gambar Sufi sebab dia tak boleh duduk diam... This is the best shot yang aku dapat. Being the youngest, he is still very dependent on the brothers and sisters. Hidayah selalu kata, seronok jadi Sufi sebab by the time Sufi in secondary school, Taufiq dan Hidayah Insyaallah dah kerja and can satisfy his needs. Hmmm...could not agree more. Namun bagi aku setiap orang akan melalui pengalaman masing-masing. Begitu juga Sufi. Begitu juga anak-anak yang lain. Yang pasti, setiap pengalaman menjadi kenangan yang akan kekal di sanubari.

Apa harapan aku pada Sufi??
Aku lalui banyak dugaan ketika mengandungkan Sufi. Aku lalui semua dengan tabah. Aku tahu Allah sentiasa mendengar permintaan aku. Harapan aku sebagai ibu, Sufi akan jadi lebih tabah dari aku. Tiap kali aku selesai solat, Sufi selalu minta aku doakan untuk dia sambil dia tampung tangannya juga.. Aku akan riba Sufi sambil berdoa:
Ya Allah,
Jadikanlah anakku Sufi anak yang soleh
HambaMu yang beriman dan bertaqwa kepadaMu
Berikanlah kepada Sufi segala yang terbaik
RahmatMu didunia dan di akhirat
Amin..
Kemudian Sufi akan bangun dari ribaan aku sambil tersenyum-senyum.. Pastu Firman, Zuri dan Tisya pun akan suruh aku lakukan yang sama untuk dorang juga. Dulu-dulu Taufiq, Hidayah dan Dalis pun macam tu jugak. Tak sedar waktu berlalu begitu pantas. Anak-anak dah membesar. Dan aku makin tua...hehehehe!
Terkenang aku pada permintaan aku pada Allah agar dikurniakan anak bongsu laki-laki supaya tak terlalu manja dan dapat menemani aku dengan kudrat seorang laki-laki. Allah Maha Mendengar.. Mudah-mudahan bila anak-anak semua dah besar, dorang akan jaga aku dan ambil berat tentang aku. Hmmm, lagi seronok kalau korang bawa ibu jalan-jalan! Hehehe! Agak-agak aku melompat tak sambil tepuk tangan macam Omak??




7 Little Angels

From top-left: Mohd Taufiq Firdaus, Mohd Firman Firdaus, Muhammad Sufi Firdaus
From bottom-left: Nur Zuriati, Nur Hidayah, Nur Firdalis, Nur Batrisya

Bilaku pandang
Kelopak mata
Kulihat mentari
Kaulah bintang ku sayang padamu
Permata hatiku

Pertama kali dakap tubuhmu
Rasa gementar alam semesta
Sayang oh indahnya..
Bila disisi degup jantungmu jelas kedengaran
Kau beri embun, kaulah penawar
Aduhai manja

Pertama kali kucup pipimu
Bumi bergegar di genggamanku
Sayang bagai syurga

Aku sedar tanpamu nyawa
Aku panas tanpamu salju
Aku rasa racun yang terbisa

Kau penawar
Kau permata mama....

Lagu ni adalah lagu yang selalu aku nyanyikan bila dodoi anak-anak aku tido masa dorang baby. Saat dorang dalam dakapan aku, adalah saat yang paling tenang sekali. Terasa besarnya nikmat kurniaan Allah padaku....

Semoga bila aku tua nanti dan resah untuk tidur, ada anak-anak yang dakap erat tubuh aku, dengan penuh kasih-sayang dan dodoikan aku sampai aku terlena diulit mimpi indah...





Friday, May 15, 2009

Suburkan Cintaku.....PadaMu..


"Ya Allah, dengan izinMu,
Telah banyak yang aku lalui
Hingga pernah resah jiwa ini
Hingga pernah gelisah hati ini
Cinta dunia pernah merantai hati
Walau tidak pernah kuzahiri
Dalam sederap langkah perjalanan hidupku

Jika dulu telah Engkau izinkan

Aku merasai kehangatan kasih dalam alpa

Jika dulu Engkau benarkan

Aku menikmati rindu Adam kepada Hawa

Jika dulu Engkau biarkan

Aku di dalam bahagia yang sementara

Cukuplah wahai tuhanku!
Kerana di sebalik semua itu Aku pernah kehilangan cintaMu

Pernah gersang jiwaku
Pernah tandus imanku!
Derita itu merobek ketenanganku
Hatiku yang telah retak semakin retak

Solatku tiada lagi khusyuknya

Rukukku tiada lagi ikhlasnya

Sujudku bersama fikiran yang melayang entah ke mana

Tahajjudku sudah tiada serinya

Munajatku sudah hilang air matanya!

Imanku longlai untuk berkata-kata!

Dan Ya Allah

Setelah semua itu aku lalui
Dengan penuh susah, jerih dan payah
Kugagahi jua langkah lemah ini
Berbekal harapan yang tidak pernah mati
Akhirnya kutemui cintaMu yang hakiki
Manisnya kurasai
Bahagia dan ketenangan abadi!
Bersama setiap sedutan nafas
Beriramalah tasbih, tahmid dan takbir
Hati ini bahagia dengan mengingatiMu
Hati ini derita bila melupaiMu
Engkaulah Kekasih dan cinta hatiku
Sekalipun tidak
Aku berasa kecewa kerana dikecewakan
Bahkan hati yang retak kembali pulih
Hati yang merana kembali damai
Hati yang sirna kembali menyinar!
Syukurku padaMu tuhan!
Atas segala kurniaan
Nikmat rasa cinta yang cuma sedikit padaMu ini,
Jangan Engkau lenyapkan,
Jangan Engkau kuburkan
Tapi, suburkanlah cintaku padaMu tuhan!
Biarkan hati ini
Terus mengharap, berpaut dan bergantung padaMu
Kurniakan kepadaku
Sekeping hati yang kuat
Agar ia terus hidup di
dalam cahayaMu
Selamanya!"

Thursday, May 14, 2009

Being a Likeable Person


The world is full of potential friends for you
You just have to meet them and make them feel that they like you.
Friendship is a two-way street and
you have to believe that you are a likeable person
that people will want to get to know.
It doesn't matter if you're not fashionable or smart...
you can win friends and influence people.

First it starts with liking yourself.
That can be easier said than done, of course.
But find one thing you like about yourself.
Then smile about it.
Smiling at people makes them feel important
and everyone likes to feel important.
People who smile more
are more likely to have friends
because they are more likely to look friendly
and like they are fun to know.
It's a self-fulfilling prophecy.

Next, stay true to yourself.
Once you've decided what it is that you like about yourself,
keep it that way.
Yes, you should be flexible and adapt to accommodate people.
But don't sell your soul to the devil in the process.
Don't do things that you don't feel are right for you.
If you do, you won't attract the kinds of friends you want:

ones you can be yourself with and with whom you can relax and have fun.
If you can be confident in your looks,
your ideas and your opinions
you will soon have people interested in getting to know you better.

Still Loving You..Dalis

Anak aku nombor 3..Nur Firdalis. Born 9th Jan 1997. Aku sempat makan biskut cream crackers celup dalam air nescafe sebelum pergi klinik nak bersalinkan Dalis. Just a day before Ramadhan and the whole month aku tak puasa! Pastu bagai nak ghak aku mengqada' semula puasa yg tinggal.

Sekarang Dalis 12 tahun. She looks bigger, taller and mature than her age. Taller than me. Hehehe!! Semua anak-anak akan lebih tinggi dari aku. Nanti akulah jadi yang "paling comel"!
















She will sit for UPSR exam this year.. I always hope she could do well and pass the exam with flying colours. She intends to further her study to Sekolah Integrasi, Gombak next to Hidayah's school. Eloklah tu... yang penting sekarang usaha untuk berjaya dengan cemerlang, pastu kat mana-manapun boleh pergi, Dalis!! Tapi bila Taufiq, Dayah dan Dalis tak ada tahun depan mesti aku penat pasal dorang ni semua bibik-bibik aku. Hehehehe!! Yang tinggal Firman, Zuri, Tisya dan Sufi. Somehow, Ibu prefer korang semua duduk asrama. Lebih berdisiplin. Cukup solat 5 waktu. Banyak masa untuk buat ulangkaji, lebih berdikari dan kuat jati diri!

Aku selalu cakap .. "Kita adalah apa yang kita fikirkan". Kalau kita sentiasa berfikir negatif, maka negatiflah jadinya. So, think positive. This is meant for all of you especially Dalis. Dalis selalu rasa tak boleh buat itu, tak boleh buat ini..of course you can!! Why??? Because part of you is ME, my dear Dalis. Remember 5w - WE WERE WHAT WE WISH! But your wish must be upon a realistic goal. Don't wish upon a star. You will never get one! Believe me!

Aku selalu marahkan Dalis.. Sebab? Akukan ibu! Dah jadi tanggungjawab aku untuk tegur, marah dan nasihatkan dia demi kebaikan dia. Aku nak anak-anak perempuan aku jadi wanita yang sempurna. Cukup package! Walaupun ibu selalu marah Dalis, tapi makin ibu marah anak-anak ibu, korang makin dekat dengan ibu. Macamanapun korang, dah tentu ibu tak boleh tukar korang dengan anak orang lain. Still loving you... Huah!Huah!Huah! Tiba-tiba aku teringat, back 1996 masa aku pregnantkan Dalis, aku mengidam nak beli kaset Scorpion. So, akupun belilah... Lagu yang aku suka dengar "STILL LOVING YOU"!! So my dear Dalis, I love you so much, so much that words cannot say!

3 tahun lebih umur Dayah, baru aku pregnantkan Dalis. Sampai ke tahap aku terfikir, barangkali Allah hanya bagi aku 2 anak je..Taufiq dan Hidayah. Bila mengandung Dalis, aku happy sangat. Everything happens for a reason. Masa aku ada Taufiq dan Hidayah je, aku tak de kereta. Sorong Dayah dalam push-chair dan Taufiq tegak kat besi push chair dan aku akan "push" dorang jalan kaki ke rumah K. Pah. Penah jatuh masa lintas jalan bila Taufiq buat aksi ganas! Nasib baik tak ada kereta. Masa tu aku janji pada diri aku, aku akan belajar bawa kereta, supaya tak perlu jalan kaki lagi. Biar aku dapat lesen, boleh drive, barulah ada anak lagi.
Alhamdulillah...Allah tu makbulkan doa aku. See, what I said is True. Everything happens for a reason! Bila aku dah ada lesen, dah confident nak drive... Dalis muncul dalam hidup kami! 7 bulan umur Dalis, aku pregnantkan Firman. Makin panjang barisan askar aku....
Baru-baru ni Dalis jadi Juara Mendeklamasi sajak kat sekolah. Tajuk sajaknya - Balada Seorang Gadis Kecil ciptaan Zubir Ali. Tahniah!Tahniah! Ini bakat turun temurun ni!
Dalam diri kita, ada ruyong yang kita kena pecahkan. Baru dapat sagunya... Setiap insan dikurniakan kebolehan. Setiap insan ada keistimewaan tersendiri. Yang penting...keyakinan diri.






You're here for many reasons....


When Life Pushes You Down Push Back
That’s What You Are Here For.
You’re Capable, You’re Creative,
You’re Full Of Life And Energy.
You Have What It Takes
To Move Yourself Forward
Don’t Let Anything Stop You

Take Strength From Meeting The Challenges,
And Move Ahead.
The Struggles You Face Are Just What You Need
To Fulfill Your Potential For Greatness.

A Year From Now,
When You Look Back At Today,
You’ll See That The Problem
You’re So Concerned With Right Now,
Was Another Valuable Lesson
Waiting To Be Learned
God Will Not Give You
A Burden You Can’t Handle.
If You Ever Find Yourself
In A Mess Which Seems
Impossible To Resolve
Take It As Compliment From Allah Swt