Wednesday, August 12, 2009

X-File...The Truth is Outhere!

You are a type 1B Person

You have a need for other people to like and admire you, and yet you tend to be critical of yourself. While you have some personality weaknesses you are generally able to compensate for them. You have considerable unused capacity that you have not turned to your advantage. Disciplined and self-controlled on the outside, you tend to be worrisome and insecure on the inside. At times you have serious doubts as to whether you have made the right decision or done the right thing. You prefer a certain amount of change and variety and become dissatisfied when hemmed in by restrictions and limitations. You also pride yourself as an independent thinker; and do not accept others' statements without satisfactory proof. But you have found it unwise to be too frank in revealing yourself to others. At times you are extroverted, affable, and sociable, while at other times you are introverted, wary, and reserved. Some of your aspirations tend to be rather unrealistic.

Huah! Huah! Huah!!


I wish, I can make people laugh everday...

I Live In The PRESENT!

Hahhahahhahahahaha! Aku buat kuiz ni kat FB, now see the result! Nice onelah....

Most important in life is to enjoy and cherish every moment.. Appreciate everybody around you - your partner, children, family, relatives, friends even your enemies. Kenapa pulak kita nak kena appreciate musuh? Sebab..musuh ni banyak menguji kesabaran kita. Lantas, mengajar kita bersabar. Mengajar kita untuk lebih menghargai orang lain yang menyayangi kita dan belajar memaafkan orang lain.

Ok...mulakan hari anda dengan fikiran yang positif....Insya-Allah anda akan melalui semua yg memberangsangkan hari ini dan hari-hari seterusnya.

Tuesday, August 11, 2009

Our Children

Give them time, loves and support...They need you!

Nasz and Co

Hi Nasz...

Mama dengar Nasz dah beransur sihat...Alhamdulillah. Rajin-rajin makan ubat. Jangan marah-marah nurse..Kalau nak sihat, nak main dgn Sufi, kena makan ubat tau! True fighter never give up, kn???

Sejak hari Ahad sampai semalam, ramai adik-beradik berkampung kat hospital. Omak yang pada awalnya tak diberitahu apa-apa tentang Nasz akhirnya tahu juga bila terpaksa bawa Omak melawat Nasz di wad. As usual, Omak tak mampu menahan airmata tengok cucunya terbaring atas katil.

Ini Edlin, anak Rima, cucu pada Kakak (Khairul Bariah). Lin pangkat anak saudara pada Nasz. Lin panggil Nasz "Uncle Baby". Pesanan dari Lin utk Uncle Baby dari Sabah:
"Uncle Baby makan tau, jangan tak makan. Nanti sakit"!

Ini Nasz & Dicky (anak Ati)...ha! Nasz nak wrestling tak dgn Dicky? Mama tau Masz mesti nak lawan-lawan pakai seluar dalam hijau, kan?

Ha!!! Mama tau Nasz mesti nak tengok Sufi main guitar, atau shuffle sama-samakan?? InsyaAllah, Nasz akan sihat macam dulu. Balik rumah Tok Mak, pegi cari daun kari kat rumah Tok Udin Balam dgn Sufi.

Muuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! Luv you too!

Monday, August 10, 2009

Get Well Soon Nasz!!

Hi Nasz...

Nasz masuk hospital dari semalam. Asyik-asyik ambil darah, buat test itu dan ini...Masuk air tak tau dah berapa botol. Mama @ Ibu Itu (Nasz panggil ibu dia Ibu Ini dan aku Ibu Itu) harap Nasz cepat-cepat sembuh... Mama yakin Nasz akan sembuh coz you are a true fighter.

Hi Jun,

Aku tak tau apa nak cakap bila ko nangis bgtau aku doktor suspect Nasz H1N1 as the symtomps are identified & dah dikuarantinkan. Hati Nasz bengkak (6mm)...kalau aku dapat bgtau apa yg aku rasa.. Tapi aku tau apa yg ko rasa sebab akupun penah lalui pengalaman yg sama. Let's recall - Nyah penah melalui waktu yg amat membimbangkan bila Abby admitted due to dengue.. tak tau berapa lama Abby kat wad. Aku..tinggal sebulan lebih kat HUKM masa Firman kene coxsakie. Tiap kali doktor ambik darah, tiap kali tu Firman menangis sampai bibir dia yg kering tu merekah dan berdarah. Tiap hari aku ketakutan, takut kehilangan anak aku yg masa tu baru umur 6 bulan. Hari ni aku nak berkongsi dgn ko....bagaimana nak melalui saat-saat macam ni:

1. Jaga kesihatan ko baik-baik. Makan pada waktunya, jgn tak makan. Kalau ko sakit sape nak jaga anak?
2. Jaga Nasz baik-baik.
3. Kuatkan semangat! Semangat ibu akan mengalir pada anaknya.
4. Sembahyang dan doa banyak2 supaya Nasz dapat lawan penyakit tu dan cepat sembuh sebab doa ibu Allah makbulkan
5. Yakin Allah Maha Menyembuhkan
6. You are not alone!
Ingat, everybody care.. This is the time family bonding is most important!

My dear Naszrullah...get well soon.

Thursday, August 6, 2009

Alhamdulillah...anak-anak ibu beransur sembuh

Tengok anak-anak semakin sihat, aku rasa senang hati...balik lunch tadi, Sufi kejar aku kat tangga dgn muka yg ceria. Kemudian tengok pulak muka Tisya..nampak ceria jugak. Kemudian Zuri, tengah mandi tapi senyum kat aku! Firman..tido! Masih keletihan selepas demam dari hari Sabtu malam. Dalis pun nampak hepi bercerita tentang hal-hal yg berlaku kat sekolah. Alhamdulillah..anak-anak ibu dah beransur sihat... Aku teringat aku cakap pada Firman hari Selasa malam Khamis masa gi makan kat Kajang Utama.."setiap penyakit dan kesusahan, atau apa saja musibah yg Allah turunkan pada kita, pasti ada hikmah! Ibu tengok Firman makin hensem sebab dah kurus sikit!" Firman mengangguk sambil tersenyum.. Hmmm ..hensem anak ibu!

Waktu menjaga anak-anak yg sakit beramai2 serentak memang waktu yang menguji banyak kesabaran kita di segi mental dan fizikal. Apatah lagi dalam keadaan yg aku sendiri tak sihat sangat. Tapi aku kena kuatkan semangat. Apapun yang berlaku, aku masih mampu tersenyum. Masih ada selera nak makan...yang penting aku masih boleh ketawa dgn anak-anak!!!

Makin hari, semakin banyak yg aku lalui dalam hidup aku. Banyak perkara yang aku belajar... Berjumpa dan berborak dgn kawan-kawan lama di FB, berkongsi pengalaman hidup, cerita suka duka..cerita tentang anak-anak..flashback kisah lama..memang menyeronokkan. Buat aku ketawa sorang-sorang kat dalam ofis aku ni....

Hmmmm...hari ni dah hari Khamis. Cepat masa berlalu. Tak lama lagi datanglah Ramadhan..terasa sayu pulak hati.. teringat lagu.."Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dgn sempurna..". Omak, Nyah dan Kakak akan berangkat ke Tanah Suci pada 15hb. Ogos ni. Seronok dorang dapat berpuasa di sana seminggu. Doakan yang baik-baik untuk keluarga kita. Mohon dipanjangkan umur dengan nikmat iman, nikmat kesihatan dan segala yg terbaik disisi Allah swt. Mohon petunjuk agar kita semua selamat sejahtera di dunia dan di akhirat.

Bulan 9, Dalis exam UPSR..kemudian Taufiq ambik SPM bulan 11. Ibu doakan korang berjaya dalam peperiksaan. Dah tentu ibu nak korang berjaya dgn cemerlang. Berusahalah bersungguh-sungguh. Sembahyang dan doa banyak-banyak. Tawakal. Tapi apapun keputusan yg korang dapat, ibu terima.

Shopping baju raya?? Belum lagi...tak tau bila tapi dah nampak banyak duit nak kene keluar! Penat bershopping satu hal lagi dalam keadaan berpuasa. Nak cari tempat berbuka lagi...fuhhh!! Yang syok bulan puasa adalah sembahyang Terawih di masjid/surau. Saat berjemaah, dgn suara imam yang memecah kesunyian..terasa satu ketenangan yg tak dapat nak digambarkan. Sesekali terasa sayuuuuuuuuuuuu. Insaf! Saat makan/minum lepas terawih dgn macam-macam juadah, rasa macam tak kenyang!! heheheheeh!!

Monday, August 3, 2009

Magic Touch!

Pamerkanlah kasih sayang melalui sentuhan..kerana sentuhan yg penuh rasa kasih dan sayang dapat merawat dan menghiburkan....

Pulun cerita 1 minggu.........

Since last week...macam-macam hal yang jadi.. Starting from Monday, 27th July .. Health Ministry through Pusat Kesihatan KKB announced KYUEM has to be closed for a week. Teachers & students balik lebih awal, right after assembly. All the admin staff balik at 5.00pm including myself. Tuesday aku balik TM ambik Omak bawa ke rumah Nyah. Wednesday morning, 29th July aku bawa Tisya ke Hospital Serdang, buka cast. Patutnya nak balik petang tu jugak but was not feeling well...tak tau nak cakap. Aku tak jadi balik. Went out dgn Li..just the two of us. Anak-anak tinggal rumah Nyah. On Thursday afternoon, after Zohor prayer, went to visit Mak Cik Bedah kat Bt 16. Still not feeling well, so aku balik cepat ke TM. Lepas solat Maghrib terus ke Klinik Nabilah dgn Taufiq. Kata doktor, angin. Pastu aku balik LB. Layan kerenah anak-ank jap, pastu aku punn tido...dan tak sedar diri sampai pagi kul 5.30...

Friday 31st July, jam 12 kitorang gerak ke Teluk Intan, gi Klinik Homeopati jumpa Dr Jamalullail. Minta ubat untuk semua... Minta-minta anak-anak ibu sembuh cepat. So, my dearest children..no more hot milo..no more ice-blended milo... Kene banned!! Akupun kene banned Nescafe... apa nak minum? Teh O, teh susu, kopi cair....tu ajer options yg tinggal! Selesai urusan di klinik, solat Zohor dulu. Sempat singgah kat Menara Condong. Aaaahhhh la.. memang condong building ni! Yang kecik-kecik ni pantang suruh possing, kira jadi ajer. Taufiq, Dalis & Firman, ala-ala malu gitu. Nyampah!!!

Saturday, semua flat. Keletihan. Aku buat sarapan pagi cekodok pisang. Licin. Lunch, masak kari ayam, sayur campur & sambal belacan. Naleq punya!! Sunday, pagi-pagi aku dah dengar Firman batuk-batuk!! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Aku terus bawa Firman balik TM. Hantar Taufiq gi tusyen dulu. Doktor kata, kene monitor. Takut jangkit dgn adik-adik yg lain. What to do...dorang ni lagi kita kata jangan, lagi dia nak dekat-dekat! Aku gi belikan mineral water utk Firman makan ubat, belikan Yakult..pastu aku beli mee rebus. Makan kat rumah dgn Emin, Lila & Firman sementara tunggu kete aku siap dicuci. Lunch kat TM. Beli durian. Petang aku buat bubo durian. Dah lama tak makan...umpppph!! lazatnye!!! Taufiq habis tusyen terus pegi kenduri kawin rumah kawannya kat KKB. Balik bawa macam-macam makanan. Eloklah..tak payah aku masak for dinner lagi! Penat..layan kerenah anak-anak yg tak sihat. Aku tido awal, jam 10 malam... Kalau Bulan Bisa Ngomong...mesti bulan kata.."dahsyatlah dia ni tido tak sedar diri...". Aku cuma tersedar pagi ni hampir jam 5.30 am. A new story begins...