Saturday, September 25, 2010

1 SYAWAL 1431H

Akulah, Khairiyah Harun - Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin pada semua yg mengenaliku. Dulu, kini & selamanya....

Hehehehe...Omak sampai mengantuk & keletihan tengok kerenah anak cucu & cicit yg berkumpul. Ditambah lagi dia ikat kontrak percuma dgn MDHS, bersihkan keliling rumah termasuk kawasan awam bersebelahan....Omak tetap kuat di usia 77 tahun.

Cik Yah Muda & Cik Yah Tua!!! Kahkahkah!!
Really wish, umur aku panjang utk melalui pengalaman Omak bersama anak cucu cicit lebih-lebih lagi di suasana di Aidilfitri

My young man, the eldest Taufiq Firdaus

..Hidayah, my blooming rose

Firdalis....she grows faster & bigger than her age
Also, my blooming rose!

My 2nd young man..Firman Firdaus

Zuriati....my rose bud!! Hehehehe!

Another rose bud...Batrisya!

My youngest man of my life...Sufi Firdaus!

Siblings, SIL & Haidar

Ladies of the house!


Ramadhan 1431H berlalu meninggalkan banyak kenangan. Diantaranya yg tak pernah terduga akan berlaku...tidak sedikitpun pernah terlintas dalam ingatan. But one thing for sure 'Everything happens for a reason'.

Sedar-sedar 1 Syawal 1431H menjelma. Yang seronok dan memeriahkan suasana raya bila semua keluarga berkumpul. Ati & family sama-sama meraikan Hari Raya tahun ini. Lengkap. Cuma...Allahyarham Udin tak ada... Dah 4 kali raya Udin tak ada...tp dia tetap di hati, tetap di sanubari, tetap segar dalam ingatan kita semua. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah abah & Udin. Amin.

Macam-macam kerenah, macam-macam yg kita lalui sepanjang meniti Syawal bersama-sama. Dengan jumlah kepadatan dalam rumah hampir 50 orang! Kalaulah arwah abah masih hidup, pasti hati abah berbunga...bermula dari dia, membiak seramai ini!! Pasti Abah tersenyum menggigit lidah...!Hahahaha!

Gambar-gambar kenangan hari raya tahun ini, hampir 2000 keping kalau dicampurkan semua camera & hp camera yg ada...semuanya dalam FB.

Hanya sebahagian yg aku abadikankan disini, sbg tatapan..tanda mata dari keluarga Allahyarham Harun b Yahaya & Puan Hajah Naharowiah bt Tajuddin. Kepada sesiapa yg mengenali kami, terimalah ucapan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN!

Monday, August 2, 2010

Majlis Tahlil 31 Julai 2010 @ Sri Pinang

Majlis tahlil sempena menyambut Ramadhan kita sambut pada 31 Julai 2010. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah juga berkesempatan semuanya bersolat jemaah Maghrib & Isya' dan juga berjemaah Yasiin. Mudah2an majlis kita dilimpahi rahmat Allah swt. Ramai yg balik tapi ada beberapa ahli yg tak dapat hadir. Walaubagimanapun kehadiran 95%!! Syabas.

Menu tahlil kali ni: ayam masak merah, tomyam, sambal goreng kacang + ikan bilis, sambal belacan, ulam timun, telur dadar (maaf ada yg terhangus sikit, sardin roll, tembikai, air oren, air teh panas, air suam dan kek sempena menyambut harijadi Omak yg ke 77 tahun. Nasi putih yg aku masak 48 pot!!! 3 periuk besar punya + 1 periuk sederhana.

Semoga Ramadhan kali ni bakal jadi Ramadhan yg penuh makna buat kita semua.... Insya~Allah... Hanya beberapa hari saja lagi, Ramadhan akan membuka tirai. Mudah2an kali ni aku sihat & dapat menunaikan solat terawih bersama anak-anak di Surau As-Saad. Mudah2an semua anak2 dan ahli keluarga yg lain sihat walafiat utk menjalani ibadat puasa dan juga terawih... Sesekali terasa sayu...lumrah setiap kali Ramadhan muncul lagi-lagi di usia yg semakin meningkat. Syahdu jer....

Sunday, July 25, 2010

24/07/2010- Izam Pergi Untuk Selamanya

Tatkala hati terasa hiba, aku cuba menahan airmata dr menitis..namun dada terasa sakit menahan sebak... Tidak terdaya lagi utk terus bertahan, akhirnya deraian airmata mengalir deras membasahi pipiku dihadapan sekujur tubuh yg kaku....tiap kali sehelai selendang putih itu ditolak, setiap kali itulah satu persatu kenangan bersamanya muncul dlm ingatan...

Tidak pernah terlintas dlm ingatan, 1 hari kita akan tempuhi apa yg kita lalui hari ini... Disaat jenazah Allahyarham dikelilingi teman2 - Charlie, Megat, Lila, Fuad, Zuraini & aku- tiba2 secebis kenangan silam yg indah mengisi ruang fikiranku - dizaman sekolah ketika kita sama2 mencari kayu/buluh utk campfire/hari sukan...disaat kita sama2 mengelilingi unggun api, bernyanyi riang diiringi petikan gitar oleh arwah dgn lagu lucu yg paling popular di kalangan kita ketika itu...lepas mesyurat pandu putri/pengakap kita sama2 kayuh basikal minum ABC di gerai tepi jambatan Sg Bernam..dan banyak lagi....

Banyak yg kita kongsikan bersama dari zaman sekolah sehinggalah kita semua bergelar ibu & ayah.. Satu ikatan persahabatan yg takkan pernah aku lupakan. Tiap kali bertemu, pasti ada kisah2 lucu yg kita bualkan diikuti hilai tawa yg amat menghiburkan.Hari ini...semuanya tinggal kenangan yg tersulam rapi dlm diari kehidupan...tarikh hari ini pula mencatat kenangan sedih lantaran kita telah terpisah antara 2 alam.. Hidup & mati.

Sahabatku...

Kematian adalah tidur yang panjang. Bersemadilah engkau dgn tenang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu.

Ya Allah, ringankan azab kubur buatnya, terimalah amal ibadatnya, ampunilah dosa-dosanya...

Ya Allah, Engkau peliharalah ank2 & isterinya. Permudahkanlah semuanya utk mereka yg ditinggalkan ini. Jadikan ank2nya, anak2 yg soleh & solehah, yg akan selalu mendoakannya. Berilah kekuatan kpd isterinya utk meneruskan kehidupan ini demi meneruskan amanahMu. Peliharalah seorang ibu yg ditinggalnya..dlm kesejahteraan.

Amin.....

Thursday, July 22, 2010

My Picture Gallery.....


Amacam? Cantik? Cun? Hensem? Macho tak aku??? Hahahahahahhahaha!! This software is cool, man!!!

Thursday, July 15, 2010

Hidup & Kehidupan

Semakin usia meningkat, semakin bertambah pengalaman hidup..semakin banyak yg kita lalui membuat aku semakin sedar - banyak perkara yg berlaku di sepanjang kehidupan ini diluar perancangan kita. Tidak pernah terlintas dalam hati, tak pernah terlintas dalam fikiran bahawa suatu hari apa yg kita tempuhi hari ini akan menjadi sebahagian dari kisah hidup kita...semuanya tersirat..namun sudah tersurat...

Apalah yg mampu kita lakukan selain redha tapi berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keadaan, menjadikan segalanya berubah menjadi lebih baik. Dan, setiap yg baik itu harus kita syukuri justru nikmatnya adalah anugerah dari Allah swt.

Tapi..harus aku akui. Kehidupan ini terlalu kompleks. Kadangkala sukar untuk dimengertikan. Disaat kita rasa kita telah melakukan yg terbaik, masih ada insan yg tidak tahu menghargainya. Di saat kita tersilap mengatur langkah, ramai insan yg menunding jari. Disaat kita susah, ada yg mengambil kesempatan. Di saat kita berduka, mereka ceria...disaat mereka sedih, kita masih mampu membuat mereka tertawa.

Aku ni adalah insan pemikir...seringkali berfikir...bagaimana utk menghadapi dugaan, apa yg selayaknya aku lakukan utk mengatasi dugaan, kenapa ujian itu diturunkan, hikmahnya & macam-macam lagi yg bermain dalam kotak fikiranku.. Hanya pada ketika aku berfikir, aku akan diam...nak tau kenapa?? Sebab pd ketika itu aku menelan semua dugaan & cuba menghadamkan setiap dugaan itu satu persatu.... mana yg tak dapat ku telan, akan aku luahkan... Itulah aku!

Happiness is in our state of mind. Kalau kita rasa suatu keadaan tu amat mengecewakan maka kebahagiaan itu bukan milik kita. Tapi kalau kita menganggap sesuatu yg mendukakan itu adalah ujian dari Allah untuk memantapkan keperibadian kita & menganggapnya niqmat yg diturunkan oleh Allah kepada kita, kita akan menerima keadaan itu dgn rasa bersyukur. Dari situ akan terbit rasa gembira....

Registration Day at Kolej Komuniti Selayang


13 Julai 2010,
Syukur Alhamdulillah, Taufiq dapat sambung belajar ke Kolej Komuniti Selayang.. Ibu tak menaruh harapan besar agar Taufiq berjaya dalam pelajaran sebab yang penting berjaya dalam hidup. Jadi manusia yg berguna utk sesama manusia terutama keluarga yg bakal dibina nanti.

Untuk itu, ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan tu amat penting. Setiap usaha yg gigih akan dibalas dgn kejayaan. Ibu yakin Taufiq boleh lakukan dan boleh berjaya dgn cemerlang berbekalkan bakat dan daya kreativiti yg tinggi, kursus Multimedia Grafik (Animasi) memang pilihan yg terbaik utk Taufiq. Doa ibu akan sentiasa mengiringi Taufiq.

Hari pendaftaran Taufiq adalah hari yang paling memenatkan kita tapi ibu rasa hepi jer sebab Taufiq dapat masuk kolej IPTA di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Inilah langkah pertama Taufiq utk menempa kejayaan. Buat bersungguh-sungguh. Ingat tanggungjawab Taufiq - sebagai anak, abg pada 6 adik, pelajar, bakal menjadi seorang ketua keluarga. Semua tanggungjawab ni terhimpun menjadi satu - sebagai hamba Allah. Ingat, setiap pekerjaan yg baik itu satu ibadat. Jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu.

Sekarang Taufiq kena hidup berdikari. Ingatkan diri sendiri utk melakukan hal-hal yg baik. Jaga pergaulan, tata tertib, adab sopan supaya kehadiran kita di dunia ni tidak menyusahkan orang lain.

Tapi kelakar, macam-macam jadi pada hari Pendaftaran. Ada yg ingat Taufiq pelajar OKU sebab diam tak bercakap. Dorang ingat Taufiq bisu. Hehehehe! Tu la...jgn blur sangat. Bina keyakinan & jatidiri sebab Taufiq bukan budak sekolah lagi. Dah masuk kolej pun. Nak enjoy bukan tak boleh but must draw a line. Berdisiplin. Ibu takkan halang Taufiq utk enjoy sbb kalau ibu halang, Taufiq akan rugi masa remaja Taufiq...just go ahead tp ingat...waktu ni, komitmen penting. Prioriti adalah pelajaran. Sampingan baru enjoy bersama kawan-kawan sbb semua yg berlaku hari ini akan jadi kenangan manis hari esok.

Ingat pesanan ibu...ibu takkan dapat ganti Taufiq dgn org lain...siapapun Taufiq, Taufiq tetap anak ibu tapi jangan kecewakan harapan ibu... I love you so much my dear son...Take care!!

Saturday, July 10, 2010

Selamat Harijadi Omak yg ke 77 tahun >> 9 Julai 2010

Untuk Omak yg tersayang...
Dari kami semua - anak2, menantu2, cucu, & cicit...
Dari sudut hati yg paling dalam....jauuuuuuuuuhhhhh tapi ikhlas...
Kami ucapkan:

"SELAMAT HARI JADI...SEMOGA DILANJUTKAN USIA DALAM KEBERKATAN,
BEROLEH NIQMAT IMAN & KESIHATAN,
SENTIASA MENDAPAT RAHMAT ALLAH DI DUNIA & DI AKHIRAT,
BIARPUN BANYAK DUGAAN NAMUN SAMA-SAMA KITA MENGHADAPINYA.
AMIN"




Terimakasih kerana telah melahirkan kami 1o orang dalam susah dan payah, kemudian membesarkan, hantar kami semua pegi sekolah, layan kerenah kami semua, dan bila dewasa - omak sentiasa ada dgn kitorang, waktu senang apatah lagi diwaktu susah, suka & duka.... sama-sama kita menangis, sama-sama kita ketawa....
U are someone so special...
you are the TRANSFORMER, Omak!!!!!

Biarpun apa yg kami semua lakukan, tetap...hanya sebesar biji sawi dari pengorbanan dan jasa Omak pada kami semua. Segalanya amat kami hargai.. cuma kadang-kadang ada sesuatu yang terlalu istimewa dihati, sukar untuk dilafazkan dgn kata-kata kerana bahasa lidah tak sama dgn bahasa hati....lebih cantik dari lukisan yg paling indah....

Omak, stay hard working!! Hahahahaah!
Muuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaaaahhhhhhh 10000x!!



Hepi Besday LILA!!! >> 28 June 2010.


Hari jadi kauu yg ke berapa tang kuak??? Ompek puluh "TUTTTTTTTTTTTT"!! Ndo bulih disoboit! Yang pasti...A.W.E.T.


Iko muka yg dilahirkan dan muka yg melahirkan... lobeh ompek puluh tahun sudah...dokek nak separuh abad dah ko.....hahahahahah! Rahsia bolum pocah lagi...usah ghisau!!


Firman, macam tak sabar-sabar nk makan kek!!


Tisya pulak, syok sendiri. Perasan macam birthday dia pulak!!



Selamat Harijadi dari kami semua seisi keluarga Sri Pinang..
Semoga dilanjutkan usia dlm keberkatan & kenikmatan iman & kesihatan,
beroleh rahmat disisi Allah di dunia & di akhirat!
Amin.

Wednesday, June 23, 2010

Cerita Semasa...Omak & Restoran Jejantas!

Ondek....kojap je dah bulan Rejab, tak lama lagi Syaaban, lopeh tu Ramadhan. Puasa tahun lopeh bolum habis ganti lagi. Asik mengunyah jer... Ontah kenapa, poghuit aku ko...sobu ajer.. Macam tak der berisi! Padahal, cukuit makan. Tapi nak gantipun idaklah pulak banyak..adalah tiga ompek hari lagi...janganlah pulak kilan nak mengumpek aku. Ontok-ontok je la...kang kone tulah orang Rawa kang, moh...jonuh nak botah!!! Berhari-hari nanti hangek-hangek pijar badan kilan. Domom. Poneng kepala...bebayang badan. Ghosei kei la dek kilan. Aku ndo sote do...Hehehehe!

Kakak, Nyah, Abby, Nana & Yus - seghonok la kilan ye. Melalak naik kapal teghobang. Dah lopeh kilan ke Chieng Mai. Bolilah souvenir banyak-banyak, bawak balik bagi pada kami yang tinggal ko ha! Sianla dokek kami ko. Tak pogi kemana-mana. Omak, Lila, Emin anak beranak kat tanjung je la. Aku & anak-anak kat lombah. Keyom anak beranak, Kjun anak beranak lagi toghuk, dokek ateh bukit duduk er. Hahahaha!! Erman? Ontah...baru pindah, ndo ku tau mana ghumahnya. Selamat je la kilan sume ondak-ondaknya...bebotah..

Bulan dopan 9 Julai harijadi Omak..gonap 77 tahun! Op pantang....mcm Boeing dah nombornya!! Hehehe! Dokek mana kita nak celebrate harijadi Omak tahun ko? Ada ke sape2 antara kilan yg nak sponsor aku? Aku bulan Julai ko sengkek. Macam-macam nak ku bayar... Rohimin Gas takde ke nak taja aku? Yussoff Taiyoob bulan puasa jer hidupnya. Hahahaha!! Hadiah apa pulak nak bagi? Omak dah ada 2 handphone....tapi tu la...dibueknya perhiasan dalam lemari...Botul la omak ni. Dibagi jubah, moh dibawaknye menjuluk buah...(dulu la...kang marah pulak omak kalau dia tau aku tulis ko..hehehehe). Meng kalau sekarang..agak ar..dipakainye pogi mengait daun mangga...bakar sampah. Cuci longkang. Cuci simen dopan rumah. Tapi hadiah terbaik aku rasa, bagi je la sedozen clorox!! Mesti dia seghonok! Hahahaha!!! Putih longkang keliling rumah dibueknya. Berkilat lantai rumah aku. Semeghobak bau clorox dalam rumah sampai poneng kepala aku membaunya. Loya tokak. Mengkalik poghuit! Jangan marah Omak yer...hehehe...Ampun Paduka Ratu...... Tapi aku tabik dokek omak ko. Kuek. Kadang-kadang kami yg muda-muda ko pun tak laghek. Dia lincah ajer kulu-kilir. Kami yg menengok, litak badan rasanya... Nantilah kita bincang, nak bagi Omak present apa.

Tapi Omak dah tua-tua ko, tokak orang putih. Berselera jer dia makan western food. KFC, Pizza Hut, burger, nuggets, sausage...fuhhhhhhh....ligek dia mengunyah! Tingek pulak aku...satu hari tu, omak cakap dokek aku..."aku ndo ponah naik ke restoran jejantas ko ha..camner gak ar ye?" Akhirnya...hari Ahad sudah, lopeh hantar Dayah, aku menyinggah restoran jejantas. Kupimpin tangan omak kuek-kuek takut dia jatuh... Walaupun bawak omak ke tompek biasa tu jer, tapi kombang-kompeh hati aku sobab dapek tunaikan hajat omak. Sambil tu, omak bebughak la dongan aku..."ooo..camni rupa er tompek ko...ondek...ramainya ughang. Kete banyak. Nak cari parking pun payah. ooo..ada kodai rupa er ye K'yah dokek ateh ko. Macam-macam kodai ada..." Aku pulak, terpikir..setakat makan dokek kodai-kodai luar tu, macam biasa ajer. Tompek yang paling cantik, paling sesuai, yang bulih buek Omak sodar dia dah ada dokek restoran jejantas - KFC. Aku cari tompek, yg botul2 Omak bulih nampak jalanraya. Tapi paneh la pulak potang tu...cahaya matahari silau dibueknya. Omak ajak aku cari tompek lain tapi totap bulih nampak kete lalu lalang dokek hi-way PLUS tu.

Akupun order dinner plate. Satu set ajer sobab sebonarnya poghuit dah konyang. Regular fries. Teh tarik untuk Omak. Beriye kami bebughak sambil makan. Beriye omak makan ayam KFC sambil minum teh tarik. Just the two of us.....omak makan sekotul ayam, aku makan sekotul ayam. Sekotul lagi, aku cakap kat Omak, bawalah balik. Songkeh rasa poghuit kami walaupun makan sekotul sughang. Sobab apa? Botul-botul menikmati makanan. Tak beghoboit-ghoboit. Makan dongan ponuh sopan...ponuh sentuhan kasih sayang...... Lopeh habis makan, aku pogang tangan omak kuek-kuek ke kereta. Lopeh hajat omak. Syukur Alhamdulillah. Nanti, kita pogi lagi ye Omak ye....

Jadi aku rasakan kilan - harijadi Omak kali ko, jom kita makan steak. Hehehehe...sobab akupun ondak gak!!!

Thursday, June 17, 2010

Update Stories.....

17th June @5.50am

Hmmm....lama aku tak berkesempatan nk update blog.. Too busy with other activities - family gatherings, office work, keje rumah tak payah citer..family affair - uruskan anak-anak, Erman kawin, Izwan bertunang, meeting dgn kawan2 NCUK for Reunion Dinner etc. Tak masuk uruskan anak-anak yg kurang sihat dalam cuaca yg tak memuaskan. Berkounikasi cara masa kini i.e FB dgn kawan2 lama & baru, saudara mara. Kalau boleh 1 kampung!!! Hehehe! Basically, allmost every weekend ada jer activities but that makes my life full of energy.

Taufiq dah tamat PLKN. Now at home. Tunggu masa nak daftar masuk Kolej Komuniti. Alhamdulillah, dapat tukar dari Segamat ke Selayang, course Multimedia Grafik (Animasi). I believe he can do it. InsyaAllah. Ibu akan sentiasa doakan Taufiq berjaya dalam pelajaran & berjaya dalam hidup dgn cara tersendiri. Usaha bersungguh-sungguh dan yakin bahawa kejayaan adalah teman setia usaha yg tekun.

Hidayah, tahun ni kene kurangkan social activities to focus on study. Belajar rajin-rajin. Jangan menakal kat hostel. Dalis, masih duduk rumah, tak jadi duduk hostel. Bagus juga. At least, aku ada 'bibik' kat rumah! ahahaha! Firman, this year UPSR. Hopefully he will make it. Success with flying colours. Zuri, Tisya & Sufi - 3 serangkai. Sentiasa ada energy nak main. Lari sana, lari sini. Tak penat ke korang?

Kehidupan di LB.... hmmmm.... so far so good. Di sini rezki aku. Tapi aku rasa tenang. Kehidupan yg tak hectic jauh berbeza dari waktu di KL dulu. Cuaca pagi yg segar, pohon yg menghijau dan udara yg tak tercemar mendatangkan kedamaian...

Abah...semoga rohmu beroleh rahmat disisi Allah. Biarpun tahun berganti tahun, abah tetap segar dalam ingatan aku. Dalam ingatan kami semua. Al-Fatihah..

Omak, sentiasa sibuk dgn keje2 diluar rumah. Bakar sampah, kemas keliling rumah, basuh simen depan rumah, kait daun mangga (????). Tapi, Alhamdulillah...untuk usia 77 tahun, omak sihat & masih bertenaga. Aku harap, kalau panjang umur, aku sihat & berkudrat macam Omak jugak.

Kakak, dah terima 2 menantu. Bakal dapat cucu yang kedua. Ish!Ish!Ish! Dah tua kakak! Hehehe! Tak per, usia jer...teruskan makan cendawan Forever Young. Jgn masuk dalam washing machine lagi!

Nyah, tak lama lagi bakal jadi Ibu Mertua bila Izwan kawin. Kemudian, jadi nenek. Camner ye kalau Nyah jadi nenek? Tak per kot, pasal ada baby sitter bertauliah kat rumah. Sia-sia Abby ambil Early Childhood Education kalau tak praktikkan!

Udin....semoga rohmu beroleh tempat yg baik disisi Allah. Al-Fatihah. Naufal & Syakir semakin dewasa. Dah mula berdikari. Bekerja. Daniel, tinggal dgn nenek & mami.

Ati, penduduk tetap Indonesia tapi pendatang kerap Malaysia!!! Hahahaha!

Keyom - taik lalat semakin membesar...strong signal, clear reception!

Emin - Business bagus..Alhamdulillah...gas kat rumah aku tak penah putus. Ditaja oleh Rohimin Gas. Hehehehe!

Lila - jaga omak kat rumah TM. Nasib baik Lila ada. Tapi sementara Lila gi keje, Omak bertemankan pohon mangga...hehehehe...pokok mangga dari rendang, dah jadi flat-top dah jadi mcm rambut Pekan "batu belah batu bertangkup"

Kjun - ikat kontrak jadi Kemboja Bergerak...hahahaha! tapi time dia collect duit tu yg kitorang paling tak tahan...

Erman...sudah bernikah! Dgn...aku tak penah tau nama penuh tp nama kosong Ein. Semoga kekal sehingga ke hujung nyawa...