Blog ini khusus utk anak-anak - Taufiq,Dayah,Dalis, Firman,Zuri,Tisya & Sufi.Juga buat Omak - Hjh Naharowiah bt Tajuddin,adik beradik-Kakak,Nyah,Ati,Kayom,Emin,Lila,Kejun & Erman. Ingatan yang tak pernah padam pd 2 org yg pernah berkongsi kasih sayang, suka duka..Abah, Harun b Yahaya (meninggal 2/11/1994) dan Udin (meninggal 2/3/2007).Al-Fatihah. Kpd semua-T/kasih kerana memberi kasih-sayang & waktu.
Wednesday, September 30, 2009
Student Grading @ Reporting Session Nov 2009
Ramadhan, walaupun balik jam 4 petang tapi sampai rumah, berehat jap, solat Asar, pastu dah nak masak untuk berbuka. Kat ofis lak, sambil buat keje sambil FB...terapi minda. Tak nak stress sangat dengan keje. One way of eliminating/handling stress is to divert your attention/focus to something else that you enjoy doing...and the answer is FB. Syawal pulak, sibuk dgn aktiviti2 kekeluargaan. Berkumpul dgn famili tersayang..again, another theraphy. Balik keje lepas raya, got stuck with teachers' reporting session pulak! Anta ambik anak-anak balik sekolah. All the daily chores...
What happened yesterday? today? What will happen tomorrow then?
Yesterday..."WAAAAAAAAAAAAAA"..feel like crying. Teachers giving me lots of hassle although technically it's their own mistake. No doubt! Aku? Bila Norman Foord masuk bilik & make noise..aku biarkan dia cakap/mumbling..aku bg senyum aku yg paling manis kat dia!! Huah!Huah!Huah! Then Dave Conquest, Dave Vroege, Mahathir, Khairullah, Ust Malike then received email from Linda Castaldo, then Cherry Beadsworth, then urgent meeting with Neil Sutherland, the Head Master...then this teacher, this teacher..bla bla bla...last sekali..Rubaiha from UEM Mercu. That was the last call. Akhirnya aku terpaksa sambung sikit lagi keje kat rumah. I realized yesterday I spent less time with the kids...
Today?? Today was so much better.. I managed to answer all the queries & fixed all errors with the help from my 2 friends at Maestro, Farith & Edward. I helped Dave Vroege to do his Student Grading..he is so impressed with Quickschools system..that's good! It makes life easier for teachers when comes to reporting. That's not all, Dave. Wait till all teachers put their effort to learn more and explore the system..plus committment during trainings, eventually you guys will appreciate the BEAUTY of Quickschools!! What happen then? Dave said.."Khairiyah..you are an Angle". You make my work so easy...Thank you, Dave. It's my pleasure! When I list down what I had done today, each and every one that I have answered & fixed their problems - Cherry Beadsworth, Mazura, Aizan, Rena (got a hugg from her), Murali, Colin Dant, John Highton - I feel so happy. This is why I love my job. I feel happy to make people happy and watching them smile!
Tomorrow??? Que sera-sera. What ever will be, will be..but hope for better things to happen.
Tuesday, September 15, 2009
Renungkan Untuk Seketika...
Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku.
Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian?
Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud?
Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian.
Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..
Dirujuk persoalan itu kepada yang arif.
Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah
“Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah” bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya.
Jawapan yang diberi hanya mententeramkan jiwaku buat seketika.
Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.
Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas.
Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.
Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening.
Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan.
Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali.
Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.
Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan.
Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir.
Sekali lagi aku mengucapkan kalimah:-
“Ashhadu allaa ilaa ha illallah
(Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah)
Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini.
Dan (juga) pada dirimu sendiri.
Maka apakah kamu tidak perhatikan?
(QS Adzariyat : 21)
Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan,ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku.
Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini…
Aku diperlihatkan apa yg membelenggu kotak fikirku selama ini.
ALLAH menjawap soalanku.
Ya Allah!
Betapa Engkau memuliakan kami (manusia) dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini..
Ampunkanlah aku, ampunkanlah aku…
Mulai Maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..
Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t, menanti hari bertemu di Mahsyar kelak.
Gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah…
Ya Allah!
Benar..
Akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku..
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur'an itu adalah benar!!!
(QS Fussilat : 53)
Subhanallah! Maha Suci Allah!
Ampunilah aku kiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu..
Ampunilah aku kiranya tangan ini pernah menyakiti orang-orang sekelilingku...
Ampunilah aku kiranya tangan ini pernah mengambil sesuatu yg bukan hak ku
Ampunilah aku kiranya tangan ini menyentuh bukan muhrim
Ampunilah aku kiranya tangan ini....
(Ya ALLAH, byk dosa yg tak mampu aku tuliskan dgn tgnku saat ini)
Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…
Iaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup
dari memperhatikan tanda-tanda kebesaran-Ku,
dan adalah mereka tidak sanggup mendengar?.
(QS Al Kahfi : 101)
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda.
( QS : Al Hijr : 75)
Dan apakah mereka (manusia) tidak memperhatikan segala sesuatu yang telah diciptakan Allah yang bayangannya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah,
sedang mereka merendah diri?
(QS An Nahl : 48)
Untuk Kami perlihatkan kepadamu (manusia)
sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang sangat besar
(QS Toha : 23)
Kad Selamat Hari Raya dari Firman & Tisya
Mudah-mudahan Allah jadikan Firman anak yg soleh untuk ibu dan ayah! Insya-Allah, apa juga yg kita mohon dari Allah, pasti Allah makbulkan apatah lagi kalau kita mohon perkara yg baik. Ibu sentiasa doakan Firman. Semoga ibu dapat lalui hari-hari tua dgn kasih sayang yg melimpah ruah dari kesemua 7 orang anak-anak ibu. Terimakasih ye Firman, bg ibu kad Selamat Hari Raya! Semoga Raya ni menjadi Hari Raya yg terindah untuk kita semua!
Ini pula kad raya dari anak Tisya....
I love you too, my dear princess. Terharu ibu dapat kad raya ni. Tisya simpan dalam almari pakaian ibu..for surprise la tuh!!
Heheheheheh!! Comelnya gambar tu, Tisya! Itu gambar Tisya ke gambar Ibu? Kalau gambar ibu kene lukis gambar tu besar!! 20 tahun sudah, memang confirm itu gambar ibu! Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak.
Kad-kad Raya yg Firman & Tisya bagi kat ibu ni memang ekslusif! Tak ada di pasaran. Hasil kerjatangan anak-anak ibu. Ibu updload kat blog ni supaya bila korang besar nanti, masih selamat tersimpan dlm blog ibu. Boleh tengok semula & tunjuk pada cucu-cucu ibu pulak. Bestkan! Thanks so much. I love you all....
Yg lain kalau nak bagi ibu kad Raya, masih boleh diterima. By Hand ajer. Kalau nak sorok-sorok kat mana-mana nak surprisekan ibu, make sure remindkan ibu pegi ke tempat tu! Hehehehe!