Monday, April 5, 2010

Fuyyyyyyyoooooo! Taufiq masuk PLKN!!

29hb Mac 2010...

Merupakan hari lahir yg paling bersejarah setakat ini pd anak aku Mohd Taufiq Firdaus sebab telah terpilih utk mendaftar di kem Khidmat Negara, Geo-Kosmo...tak jauh cuma di Kg Gesir Tengah, Sg Selisek, Kuala Kubu Bharu. Huhuhuhu!! Panggilan percuma sepanjang hari 'ditaja' oleh Maxis terpaksa dipindahkan 'hak' kepada ibu & Dalis....bertuah, bertuah! Terima kasih Maxis, terima kasih Taufiq, terimakasih kepada semua penyokong-penyokong saya!!! Hahahahaah! Dengan bangganya aku bekalkan Taufiq dgn sabun cuci kain "BIO-ZIP". Yes!!! Hehehehe!


4hb April 2010..

Aku terima panggilan dari Taufiq suruh datang melawat dia sebab kawan-kawan lain dah terima visitors. Hohoho!!! Baru ingat ibu, ye. Selama ni merayap tinggalkan ibu, tak ingat ibu langsung..anyway...it was a good sign. Thanks Allah.

Akupun pergi beli KFC dinner plate utk anakku tersayang yg berada di Kem PLKN. Macam ibu si Tanggang yg bawa lepat pisang untuk anaknya.....


Satu masuk pintu pagar, aku terpikir camner lah nak cari anak aku...camnerlah rupa anak aku..rupa dia ke rupa soljar??? hahahaha! Tiba ada sorang budak botak tersenyum-senyum datang kat aku. Macam kenal??? Eheh! Memang confirm aku kenal. Anak aku!!! Hehehe! Inilah muka Taufiq selepas menjalani proses transformasi!!!

Ish! Ish! Ish!! Anak-anak saperla ni??? Yg di depan sekali kalau tak silap, namanya Abang Botak Abang Gondol!! Huahuahua!!!


Inilah rakan-rakan 'seperjuangan' Taufiq di Kem PLKN... Semuanya budak baik. Alhamdulillah... mula-mula aku ingatkan sorang dua ajer yg memerlukan 'kasih sayang' tiba-tiba segerombolan ikut aku dari belakang!! Anyway...aku suka anak ramai tapi pandai-pandai jaga diri sendiri!! Kahkahkah!!

Budak-budak ni tinggal jauh - ada yg datang dari Utara, Perak & Sabah. Sian-sian. Aku cuma beli KFC Dinner Plate..pandai-pandailah berkongsi. Lagipun oklah tu, sbb budak-budak ni dah dapat makan 6x sehari!

Aku lupa nama budak-budak ni tapi kalaulah jadi dorang ikut aku balik 27hb April ni, kene buat roll-call & sign agreement, tak lari dari kem PLKN!

Mudah-mudahan, semua menjalani proses transformasi yg positiv. Enjoy & have fun. Think positive!

Luv u Taufiq!! Muuuuuuuuahhh!!!

Thursday, April 1, 2010

Ada aku kisah? Tau tak per....Lu pikirlah sendiri!!!

"Ada aku kisah? Tau tak per....Lu pikirlah sendiri"!!! Ini sebenarnya sebuah novel yang akan diterbitkan oleh seorang penulis yg nama karyanya "SUCI" tidak lama lagi. Perhatian pada semua yg berminat untuk membaca novel ini, sila buat tempahan sekarang. Sebuah novel yang akan membuat anda ketawa, menangis, gelihati, geram, sakit hati, sakit mata, sakit badan......dan akhirnya akan sebut "PADAN MUKA"!! Hahahahahha!

Setelah membaca novel ini, kepada produksi-produksi yg berminat untuk menjadikan cerita ini sebagai tele-novela dalam slot Samarinda, anda tidak perlu khuatir kerana kami juga boleh menyediakan pelakon-pelakon sebenar yang sudah sememangnya mempunyai bakat lakonan semula jadi, nak pegang award tak tentu lagi!!!! Huahuahua!! Pejabat Urusan kami di Sri Pinang. Pengarah Urusan ialah Puan Hajah Naharowiah bt Tajuddin. Walaupun pihak pengurusan kami mempunyai FACEBOOK, kami lebih senang FACE-to-FACE!!

Nantikan, kemunculan novel ini di pasaran!!