Friday, January 9, 2015

9 Januari 2015

Ya Allah ,

Di hari yang penuh keberkatan ini kami menadah tangan kepada Mu memanjat doa. Kami telah bangun pada subuh hari mentaati Mu.

Ya Allah,

Yang maha berkuasa, Pencipta segala urusan malam dan siang dan segala yang terjadi pada keduanya adalah di atas kehendak Mu jua.

Ya Allah,

Jadikanlah permulaan hari ini suatu keberkatan, penuh kebaikan dan pertengahannya suatu kemenangan dan penghabisannya suatu kejayaan yang hakiki.

Ya Allah,

Sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha Mu. Kecantikan itu adalah dari Mu jua. Keharmonian, ketenangan dan kekuatan . Semuanya atas kekuasaan Mu jua..

Ya Allah,

Jika rezeki ku masih di langit, maka Kau turunkan lah. Jika di dalam bumi, keluarkan lah. Jika sukar Kau permudahkan lah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, dekatkan lah.

Ya Allah,

Limpahkan lah kepada kami segala yg. telah engkau limpahkan pada hamba Mu yang soleh.

Ya Allah,

Sesungguhnya aku memohon pada Mu akan perkara-perkara yang menyebabkan turunnya Rahmat Mu dan Hidayah Mu. Segala Dorongan yang membawa keampunan Mu. Keselamatan dari noda dan dosa-dosa ku. Keuntungan dari segala kebaikan dan pengorbanan ku. Keuntungan akan pembalasan syurga Mu. Dan keselamatan dari api neraka Mu.

Ya Allah,

Terima lah segala amalan-amalan kami. Kabulkan lah doa-doa dan usaha-usaha kami. Ya Allah, pada Mu kami bersujud dan berserah.

Ya Allah

Jadikan Syurga FirdausMu tempat tinggal terakhir kami yg kekal.

Aamiin Ya Rabbal'alaamiin.

Saturday, September 20, 2014

Teluk Kemang 130914 - 150914

Sesekali ke pantai mencari ilham untuk terus mensyukuri nikmat Tuhan yg tidak akan pernah terhitung. Luasnya langit Ilahi. Banyaknya buih di lautan. Saujana mata memandang. Bersihnya pepasir ditepian pantai.... Udara yg segar dan  nyaman. Bayu lembut membelai pipi...

Ya Allah, lindungilah kami. Kiranya suatu hari nanti kami kehilangan arah dan tujuan, yakinkanlah kami bahawa takdirMu adalah yg terbaik dan yg terindah buat kami lebih dari apa yg kami impikan.

Wednesday, September 17, 2014

17 September 2014....

Ya Allah, yakinkanlah aku bahawa takdirMu adalah yang terbaik dan terindah buatku lebih dari apa yang aku impikan.

Wednesday, July 16, 2014

Ramadhan 1435 Hijrah

Berbulan-bulan aku tak update blog ni. Kalau in reality mesti dah bersawang. Heheheheh :) MashaAllah...Terkejut bila tak boleh akses blod sendiri. Berbaur rasa sedih sebab tak mahu buat blog yang baru kerana disini segalanya tertulis.... Rupa-rupanya silap masuk password. Alhamdulillah. Dlm dunia modern banyak sangat kene hafal password... Facebook la, Instagram la, email office la, email Yahoo dan Google la, macam-macam. Alhamdulillah....tadaaaaaaa!!!! Berjaya jugak update blog hari ni.... Banyak yg aku lalui dari kali terakhir mengadap blog. Sehingga hari ini, macam-macam cerita dalam hidupku. Tak tahu nak tulis dari mana. Yang jelas setiap saat, setiap detik, aku bahagia melalui kehidupanku bersama anak-anak yg semakin membesar dan usiaku yg semakin bertambah. Sesekali datang rasa sayu kerana tiap kali umur bertambah bererti semakin singkat kehidupan di dunia ini. Entah berapa lama lagi Allah bagi masa. Banyaknya dosa, kurangnya amalan dan bekalan. Astaghfirullahal'aziim.... Ampunilah dosa-dosaku ya Allah... Dunia siber bersatu dalam dunia nyata... Selagi kita mengambil kebaikan dari kecanggihan teknologi, selagi itu kita cenderung utk belajar dan melalui sesuatu yg positif dalam hidup kita. Sebagai Admin Anak Tanjong Malim, aku dipertemukan dengan wajah-wajah baru dlm hidupku. Menemaniku dalam dunia siber. Di ATM, kami berkongsi banyak kenangan manis dan indah yg sentiasa harum subur dihati. Tg Malim Tanah Bertuah, disini kasih tertumpah. Ada diantara kami telahpun bertemu dialam nyata dan persahabatan menjadi lebih akrab. Banyak yg aku pelajari dari mereka yg lebih berusia dariku. Mak tak sihat beberapa minggu sebelum Ramadhan. Berkali-kali terpaksa bawa mak ke hospital. Kalau saja aku bisa gambarkan apa yg aku rasa, pastinya diiringi oleh lelehan airmata. Melihat mak lemah tidak bermaya, sebak tak pernah hilang dari dadaku. Namun, kami ramai...kami masih ada 9 orang yg saling dapat memujuk hati yang lain untuk terus mengukir senyuman walau dlm kesedihan. Masih tertawa, masih bercanda. Masih terus bersemangat memastikan mak sihat dan bangun seperti biasa. Alhamdulillah, Allah angkat doa kami. Mak kembali sembuh walaupun tidak sekuat dulu. Barangkali hati mak keras. Allah jua beri padanya kekuatan. Terimakasih Ya Allah...Cukuplah Engkau tempat kami berlindung dan bermohon pertolongan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hari ini, 18 Ramadhan 1435 Hijrah. Separuh Ramadhan telahpun dilalui. Separuh kedua bakal ditempuhi. Hanya doa dan harapan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allahu Rabbi. Aamiin...

Monday, October 7, 2013

Cinta Allah, Cinta Yg Agung

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, dan kenyataan yang tidak sesuai harapan. Jangan sekali-kali menyerah. Percayalah, semua ini terjadi kerana cintaNya. Apa yang telah menjadi rezki kita di dunia - wang, harta, jodoh, anak-anak, kedudukan - pasti akan Allah sampaikan. Tetapi APA YANG MEMANG BUKAN MILIK KITA, IA TIDAK AKAN BISA KITA MILIKI, meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya. Wahai jiwa yang sedang gundah, bacalah ini dari Allah : “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui “

Pemergian ke Rahmatullah, Allahyarhamah Salmah binti Arbaayah

Pada hari Rabu 25 September 2013, Acik Kutam, adik kepada arwah abah yg bongsu telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 8 malam... Al-Fatihah. Ramai ahli keluarga berkumpul mengiringi pemergianmu. Ya Allah, lapangkanlah kuburnya, cucurilah rahmatMu ke atas rohnya, dan tempatkanlah Allahyarhamah dalam golongan mereka yg beriman dan beramal soleh kepadaMu. DaripadaMu kami datang, kepadaMu jua kami dikembalikan. Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kajang di belakang Sekolah Agama Persekutuan pada 26 September 2013 sebelum masuk waktu solat fardhu Zohor. Mudah-mudahan Allahyarhamah tenang disana...

Saturday, September 21, 2013

*** Terukir di Bintang ***

21 September 2013...3.41pm (Sabtu) Saat aku menulis catatan ini, rumah ini begitu hening sekali tanpa anak-anak. Hanya aku sendirian bertemankan kenangan dan harapan. Sesekali saat sepi begini, adalah saat yg paling tenang utk mengenang kembali setiap peristiwa suka-duka yg pernah menjadi sebahagian dari kisah kehidupanku. Saat sepi begini adalah saat paling indah bersama Penciptaku, utk mensyukuri setiap limpah kurniaNya yg takkan pernah terhitung. Sesekali saat sepi begini membuat aku lebih istiqamah utk melihat jauh ke dalam diri ini, siapa aku ketika ini, apakah tujuan hidupku, dimana tahap imanku, dan tentang hidup sesudah mati. Seminggu yang lalu, 14 September 2013 kami sekeluarga berkumpul dlm majlis tahlil mengenang pemergian arwah Abah dan juga Udin yg telah pergi meninggalkan kami. Tidak ada duka yg lebih hebat selain dari melihat mereka pergi saat itu.....hanya doa yg dapat kami iringi agar roh keduanya sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam golongan mereka yg beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. Saat berkumpul begini memberi kami kesempatan untuk solat berjemaah dan juga membaca Yasiin. Alhamdulillah, segala yg dirancang berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan Allah memberkati majlis ini. Menghitung hari-hari yang berlalu, terasakan terlalu singkat. Anak-anak membesar dgn cepat. Kini, Taufiq, Hidayah dan Dalis bukan lagi penghuni tetap dirumah ini. Masing-masing punya tanggungjawab untuk diselesaikan. Punya impian utk dicapai. Rendalah mimpi-mimpi kalian dalam kesungguhan agar segala impian akan menjadi kenyataan. Yang tinggal dirumah hanya Firman, Zuri, Tisya dan Sufi. Semakin hari, Ibu semakin tidak perlu sediakan masakan yg banyak, mahupun minuman. Tapi perbelanjaan kian besar untuk menampung pembelajaran Taufiq, Hidayah dan Dalis. Aku tidak pernah mampu mengadakan segalanya utk mereka, hanya setakat yg terdaya. Itupun aku sudah bersyukur kerana dapat melihat mereka melepasi setiap peringkat pendidikan. Terimakasih ya Allah atas rezekiMu. Terimakasih kerana mendakap aku dalam kasih-sayangMu. Terimakasih kerana memberi aku kekuatan, kesabaran dan kecekalan untuk melakukan segalanya sendirian. Aku tidak tahu...masih panjangkah perjalananku, aku tidak tahu dimana terhentinya perjalanan ini, namun aku hanya mampu berdoa agar aku akan kembali padaMu saat semua tugasku telah selesai. Wallahualam..perancanganMu adalah rahsia kehidupan dan pastinya yang terbaik. Menerima kehidupan ini apa adanya, aku tahu perjalananku masih panjang. Masih banyak yg mesti aku perjuangkan demi anak-anak. Cuma, jauh disudut hati ini, aku tidak pernah berhenti berdoa agar anak-anak selalu memahami kekuranganku, menghargai pengorbananku dan tidak pernah lupa disini aku selalu ada untuk mereka dalam apa keadaan sekalipun. Meskipun jarak dan waktu memisahkan, meskipun aku tidak setiap hari menanyakan khabar mereka, aku selalu berharap agar anak-anak faham, doaku selalu mengiringi mereka setiap detik. Tika Allah mengangkat aku menjadi seorang IBU, tiada lain yg Allah mahukan dariku selain dari menjaga amanah ini sebagai anugerah dariNya... Omak...... Semakin hari semakin banyak yg Omak lupa. Tapi ingatan omak pada masa muda sangat segar. Siapa pernah lupa pada hari-hari yg membahagiakan...siapa pernah lupa pada zaman kegemilangan.... Album adalah tanda kenangan yg sangat Omak sayang. Biarpun berkali-kali tunjuk dekat setiap orang yg datang, setiap anak-anak dan cucu, Omak tak pernah jemu bercerita tentang kenangan silam. Setiap gambar ada cerita... Hehehehe... Dialah Ratu Hatiku...Cantik dari dulu sampai sekarang. Sentiasa bergaya... Sentiasa kuat dan bertenaga melakukan kerja-kerja yg dia minat. Namun usia tetap menjadi halangan pada kekuatan fizikal...kudratnya semakin berkurangan. Yang kuat adalah semangat. Hanya Allah saja yg mampu berikan yg terbaik untuk Omak. Kehidupan ini adakalanya menyedihkan....tatkala menyaksikan hukum alam, yg kecil menjadi remaja, yg remaja menjadi dewasa, yg dewasa menjadi tua, yg tua semakin uzur dan yg hidup pasti menemui mati. Roda kehidupan ini tidak pernah berhenti berpusing. Terkadang bahagia tak kekal lama, duka datang bertandang. Yg indah hanya sementara, tiba-tiba derita menyingkap. Begitulah kehendak Tuhan. Hanya kerana kita manusia, selalu lupa. Lupa pada kehebatan Allahu Rabbi. Lupa utk bersyukur. Lupa untuk bersujud dgn tawaduk. Lalu, Tuhan mengirimkan hadiah utk hambaNya berupa musibah dan didalamnya terkandung hikmah. Subhanallah....Segala puji hanya padaMu ya Allah.... La tahzan pada masa-masa duka... Alhamdulillah pada semua yg membahagiakan... Untuk setiap langkahku dibumiMu ini, Cukuplah Engkau sebagai pelindungku, Ya Allah. Cukuplah Engkau bagiku.... Aku pasrah, aku redha, aku bertawakal kepadaMu atas segala kasih-sayangMu. Lembah Beringin semakin menginjak sore. Mentari mulai condong ke barat. Malam akan menjelma. Bulan akan dipagari bintang. Langit malam akan berseri. "TERUKIR DI BINTANG TAK MUNGKIN HILANG CINTAKU PADAMU"

Tuesday, September 3, 2013

♥ Aidilfitri 1413 Hijrah ♥

Hari Raya Aidilfitri, Syawal 1413 Hijrah.... Meraikan lebaran bersama anak-anak dan keluarga tersayang adalah saat-saat indah yg datang dan pergi dalam hidupku. Mereka mewarnai kehidupan ini... Syukur Alhamdulillah. Banyak nikmat Tuhan yg perlu disyukuri, tidak terhitung oleh jari, tidak terucap oleh lidah, tidak terluah oleh hati... Dalam kegembiraan menyambut lebaran, pastinya ada kerinduan menyapa di lubuk hati...rindu pada yg telah pergi. Hanya doa yg dipanjatkan pada Allahu Rabbi, mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh kalian yg kami sayangi. Aidilfitri tahun ini disambut dgn kesederhanaan, saat bersama terasa sangat singkat. Cepat masa beredar, 4 hari berlalu begitu sahaja. Sekelip mata, kembali melakukan rutin harian. Terasakan tidak banyak kesempatan utk berziarah sanak-saudara. Namaun kemeriahan bersama sentiasa mewarnai hari-hari kami di Aidilfitri...

Monday, April 22, 2013

Payahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi....

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam as. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadiannya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu? Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran. BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia) Pada suatu ketika, Allah swt menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi. Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail! Engkaulah kini yang AKU tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah swt. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia." Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya. JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN: 1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 2. Tanah Bukit Tursina 3. Tanah Iraq 4. Tanah Aden 5. Tanah Al-Kautsar 6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah 7. Tanah Paris 8. Tanah Khurasan 9. Tanah( Babylon ) 10. Tanah India 11. Tanah syurga 12. Tanah Tha'if Menurut Ibnu Abbas: 1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal. 2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat. 3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana disitu tempat sujud kepada Allah. 4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan. 5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian. 6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis. 7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak. 9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa. 10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia. 11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan. 12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya. 13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan. PROSESNYA KEJADIANNYA: 1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat". 2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut". 3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah". 4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna. 5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya adalah di: 1. Kepala : dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut. 2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera: 1. Mata alat penglihatan 2. Hidung alat penciuman 3. Telinga alat pendengaran 4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya. 5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya. Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II) Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan. By Cahaya Keinsafanku in CINTA ALLAH CINTA ABADI (Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT)