Wednesday, July 16, 2014

Ramadhan 1435 Hijrah

Berbulan-bulan aku tak update blog ni. Kalau in reality mesti dah bersawang. Heheheheh :) MashaAllah...Terkejut bila tak boleh akses blod sendiri. Berbaur rasa sedih sebab tak mahu buat blog yang baru kerana disini segalanya tertulis.... Rupa-rupanya silap masuk password. Alhamdulillah. Dlm dunia modern banyak sangat kene hafal password... Facebook la, Instagram la, email office la, email Yahoo dan Google la, macam-macam. Alhamdulillah....tadaaaaaaa!!!! Berjaya jugak update blog hari ni.... Banyak yg aku lalui dari kali terakhir mengadap blog. Sehingga hari ini, macam-macam cerita dalam hidupku. Tak tahu nak tulis dari mana. Yang jelas setiap saat, setiap detik, aku bahagia melalui kehidupanku bersama anak-anak yg semakin membesar dan usiaku yg semakin bertambah. Sesekali datang rasa sayu kerana tiap kali umur bertambah bererti semakin singkat kehidupan di dunia ini. Entah berapa lama lagi Allah bagi masa. Banyaknya dosa, kurangnya amalan dan bekalan. Astaghfirullahal'aziim.... Ampunilah dosa-dosaku ya Allah... Dunia siber bersatu dalam dunia nyata... Selagi kita mengambil kebaikan dari kecanggihan teknologi, selagi itu kita cenderung utk belajar dan melalui sesuatu yg positif dalam hidup kita. Sebagai Admin Anak Tanjong Malim, aku dipertemukan dengan wajah-wajah baru dlm hidupku. Menemaniku dalam dunia siber. Di ATM, kami berkongsi banyak kenangan manis dan indah yg sentiasa harum subur dihati. Tg Malim Tanah Bertuah, disini kasih tertumpah. Ada diantara kami telahpun bertemu dialam nyata dan persahabatan menjadi lebih akrab. Banyak yg aku pelajari dari mereka yg lebih berusia dariku. Mak tak sihat beberapa minggu sebelum Ramadhan. Berkali-kali terpaksa bawa mak ke hospital. Kalau saja aku bisa gambarkan apa yg aku rasa, pastinya diiringi oleh lelehan airmata. Melihat mak lemah tidak bermaya, sebak tak pernah hilang dari dadaku. Namun, kami ramai...kami masih ada 9 orang yg saling dapat memujuk hati yang lain untuk terus mengukir senyuman walau dlm kesedihan. Masih tertawa, masih bercanda. Masih terus bersemangat memastikan mak sihat dan bangun seperti biasa. Alhamdulillah, Allah angkat doa kami. Mak kembali sembuh walaupun tidak sekuat dulu. Barangkali hati mak keras. Allah jua beri padanya kekuatan. Terimakasih Ya Allah...Cukuplah Engkau tempat kami berlindung dan bermohon pertolongan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hari ini, 18 Ramadhan 1435 Hijrah. Separuh Ramadhan telahpun dilalui. Separuh kedua bakal ditempuhi. Hanya doa dan harapan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allahu Rabbi. Aamiin...

No comments:

Post a Comment