Fuhhhhhhhhhh!!! Ada 31 ahli berdaftar No 1 Sri Pinang yg berkumpul kat rumah ni untuk berbuka puasa! 3 lagi ahli tak berdaftar!!! (jangan marah...) Hahahahah! Tambah nasi! Tambah nasi! Buat macam rumah sendiri ek! Jangan berebut-rebut. Dulukan tuan rumah. Bawa bersabar. Ada lagi yang tak balik...tapi tak per, less people more share!! Huah!Huah!Huah!
Hari ni bermulalah masak untuk berbuka puasa..kecoh kat rumah, kecoh kat pasar Ramadhan, kecoh kat pekan dan rumah pulak berantakan!! Tido tak cukup, rehat tak cukup, makanpun tak cukup! Kene berebut-rebut! Tapi bila dah kenyang, menyesal pulak berebut2 masa nak buka tadi.. Sampai terlupa nak abadikan gambar-gambar berbuka yg kalut dan kelam kabut!
Habis berbuka, sibuk pulak bersiap gi terawih.. ramai pulak kat masjid! Untuk pertama kali Zuri & Tisya ikut aku gi terawih! Terserlah keceriaan kat muka anak-anak aku ni! Yg laki-laki habis terawih (8 rakaat jer) terus gi kedai pekene air panas... Yang perempuan terus balik sebab nak borak!! heheheheheh!! Bukan borak kosong tapi berbincang menu apa untuk saho dan nak bagi makan 30+ orang ni! Bukan senang..penat pikir tau. Akhir sekali, menu paling senang, gi kedai mamak beli kuah kari ayam, rebus telur, masuk dalam kuah kari ayam. Maka jadilah...kari telur! Senangkan???
Hari Ahad lepas terawih semua bersurai! Tinggal aku and the gang ajer. Tapi bangun saho hari Isnin, kepla aku pulak pening yg teramat sangat. Gi klinik, tekanan darah, heart beat semua ok. Yg pastinya tido tak cukup. Aku dapat MC. So, sehari lagi berbuka puasa kat TM. Subuh tadi lepas saho baru aku & anak2 balik ke Lembah Beringin! Hari ni Insya-Allah, hari pertama berbuka di rumah sendiri! Menu apa ye???? Hmmm......chicken black pepper kot.....mix vege... teh susu panas, air sirap, dadih mango.......
Blog ini khusus utk anak-anak - Taufiq,Dayah,Dalis, Firman,Zuri,Tisya & Sufi.Juga buat Omak - Hjh Naharowiah bt Tajuddin,adik beradik-Kakak,Nyah,Ati,Kayom,Emin,Lila,Kejun & Erman. Ingatan yang tak pernah padam pd 2 org yg pernah berkongsi kasih sayang, suka duka..Abah, Harun b Yahaya (meninggal 2/11/1994) dan Udin (meninggal 2/3/2007).Al-Fatihah. Kpd semua-T/kasih kerana memberi kasih-sayang & waktu.
Showing posts with label Ramadhan Al-Mubarak. Show all posts

Tuesday, August 25, 2009
Friday, August 21, 2009
Ramadhan Datang Lagi....1430H
Ramadhan datang lagi....
Malam ni bermula terawih dan esok dah kene bangun pukul 4.30 untuk sediakan sahur..seperti tahun-tahun sebelum ni. Tahun ni, Insya-Allah tahun pertama utk anak ibu, Sufi belajar berpuasa. Tak kira sahur, apatah lagi berbuka, rumah aku dah tentu meriah dengan aksi anak-anak yg dah tak sabar-sabar nak berbuka. Masing-masing sibuk meletak kuih kat pinggan masing-masing. Takut nanti terlepas! Hehehe! Sape yg duduk kat jug air memang penat menuang air...
Dulu-dulu, masa aku kecik tak payah nak pikir apa nak masak utk berbuka. Kakak-kakak yg fikirkan. Bersahopun tak payah bangun awal, tunggu orang bangunkan. Dah basuh mukapun masih mengantuk. Aku tingat masa sekolah rendah, Omak sibuk bangunkan semua orang saho sambil bawa secerek milo panas. Udin, suka tido menerap supaya rambut afronye tak terpenyek. Tiba-tiba Omak sudah tercurah milo atas rambut afro da...hahahaha!! so, sebelum suboh ada orang kene basuh rambut sebelum bersaho.........
Kakak aku si Keyom pulak, punyelah ngantuk sampai senduk nasi bukan letak dalam pinggan tapi atas pinggan yg terlangkup! Waaaaaaaaakakaka! Macam-macam aksi waktu saho..dengan adik beradik yg ramai..
Sekarang, aku buka puasa dgn anak-anak yg ramai pulak! Memang mencabar tapi enjoy! Selalunya juadah "pasti ada" masa Ramadhan - kuih ketayap, kuih buah melaka, puding roti, lopez, & popia goreng. Senang & jimat belanja. Penah aku buat kuih buah melaka 50 biji, aku cuma dapat 3 bijik ajer!! Pastu aku buat 80 bijik, aku cuma dapat 5 bijik ajer. Up 2 ajer....... Waktu tinggal di Puncak Utama, juadah lepas terawih yg berlebihan tu, mesti dorang hantar kat rumah aku sebab ahli rumah aku yg ramai sekali kat Puncak Utama ni! Gerenti selesai! Alhamdulillah........rezeki, rezeki. Aku penah bawa anak-anak aku 7 orang + anak-anak arwah abang (Udin) gi pasar juadah kat Desa Serdang...tu dia...berderet kitorang jalan macam gerabak ketapi..aku cuma bagi RM2 sorang, dorang pilihlah apa makanan yg dorang nak beli! Bila sampai rumah, fuhhh!! penuh meja dgn macam-macam makanan/minuman! Enjoy betul masa tu, bukan tang makan tapi tang berjalan macam gerabak ketapi tadi!
Lepas berbuka, solat maghrib pastu terus ke surau solat Isya' & terawih!! Solat terawih ni..ada satu kenikmatan. Suara imam yg memecah kesunyian dalam masjid dgn bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, memang buat aku rasa aman & tenteram sangat.... makin banyak rakaat, rasa badan makin ringan. Tapi heran...berat tak berkurangan! Bulan puasa kalau turunpun adalah sekilo, tapi 1 Syawal dah naik balik 2kg! Haiiiii....camno tu??
Sejak tahun sudah aku & anak-anak berpuasa di Lembah Beringin. Keadaan tetap meriah lagi-lagi bila yg kecik-kecik mula puasa. Tahun sudah Tisya (5 thn masa tu) mula belajar puasa. Tahun ni tambah sorang lagi, Insya-Allah, anak aku yg paling kecik - Sufi!
Malam ni, family aku janji nak kumpul kat Tg Malim utk bersaho sama-sama. Boleh masak buka puasa sama-sama. Sure Heboh!!! Lauk apa nak masak ramai-ramai ni? Omak, Kakak & Nyah - selamat berpuasa di Tanah Suci! Ati & family di Indonesia, selamat berpuasa!

Thursday, August 20, 2009
Fadhilat Solat Terawih sepanjang Ramadhan Al-Mubarak
Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T
Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).
Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.
Malam 4 :
Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Maamur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.
Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.
Malam 11 :
Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukkan.
Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.
Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 :
Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 :
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.
Malam 18 :
Seru Malaikat : Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 :
Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.
Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 :
Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 :
Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.
Malam 26 :
Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 :
Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.
Malam 28 :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.
Malam 29 :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 :
Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ; "Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kauthar

Subscribe to:
Posts (Atom)