Showing posts with label Me and Kids - Our Diary. Show all posts
Showing posts with label Me and Kids - Our Diary. Show all posts

Saturday, February 5, 2011

Pagi bersama Hafiz AF7 @5 Februari 2011


Anak-anak paling gembira dapat bertemu Hafiz AF7 sewaktu kami bersarapan pagi di Aman Gado-gado, Tg Malim. Pada mulanya malu-malu tapi akhirnya berposing sakan dgn Hafiz. Tapi ternyata Hafiz seorang yg friendly & sporting. Thanks so much kerana tidak mengecewakan anak-anak ketika diminta bergambar.


Monday, January 31, 2011

Lavendar Ward, Room 708 - KPJ Tawakkal Kuala Lumpur

Lavendar Ward, Room 708 - KPJ Tawakal, KL

29 Januari, 2011

Dalis masuk ward, diagnosed to have 'twisted ovarian cyst' dibawah jagaan Dr Zarin Zain & rujuk kepada pakar sakit puan, Dr Siti Zaleha. Ujian darah, kencing telahpun dilakukan tetapi masih menanti test results. Ultra sound & CT scan juga telah dijalankan. Hasil imbasan menunjukkan nothing is peculiar as the size of the cyst is about 3cm x 3.5cm x 3.24cm. Menurut Dr Siti, with that kind of size she should not feel any pain, in fact she should not even aware that the cyst is developed in her abdomen. Tapi bila Dalis rasa sakit, they suspect it will be due to other reason which yet to be found out. Kene tunggu results. What make me feel reliefed, when the doctor said 'nothing look peculiar'. Alhamdulillah...

Meanwhile, Firman, Zuri, Tisya & Sufi tinggal TMalim with the arrangement yg mak akan balik TM to accompany them but things did not happened as plan.At the other end, Kakak pula masuk ward di Hospital Universiti, diagnosed to have lung infection which caused phenomia. Therefore, she has breathing difficulties. So, anak2 tinggal dgn Lila. While Lila is at work, they will need to take care of themselves. It breaks my heart bila ingat anak-anak yg kecik2 ni but it is a relief knowing that anak2 aku adalah survivors. InsyaAllah, aku percaya pd perlindungan Allah, dan mudah-mudahan malaikat-malaikat Allah sentiasa bersama anak-anakku....

30 Januari 2011,

Second day @ Tawakal. My childhood friend, Chew Siew Wai came to fetch me for capati at mamak restaurant. So I took Dalis along sebab Dr Siti kata she is free to go out as no more doctor visits. Selesai pekene capati, my friend took me to Rumah Bakti Ulu Klang to fetch my eldest Taufiq from his friend's place. He somehow make it easier for me... I have two kids with me now!

In the afternoon, few members of the family arrived. Mak, Nyah, Kjun, Erman, Ein, Dadar, Abby, Amad, Qilah & Nazrul. Maka, riuh-rendahlah suasana di bilik 708. Lepas Kjun & Erman balik, at night Dayah pula balik with Ice. Omak, Nyah & family still around. Si pesakit keluar lagi makan kat McDonald dgn Dadar, Abby & Taufiq.

At night, Naufal, Aker & Nini pulak sampai. Havoc tak sudah lagi. They stayed until almost 1.00am!! Anyway, aku rasa this is the kind of things that some people would be very uncomfortable but as for me... no problem at all!

Tido time... I see all my three babies are around me - Taufiq, Dayah & Dalis. And I am missing 4 others... Hopefully, if operation is unnecessary, aku boleh balik TM & fetch them all.... Good night anak-anak.... I love you all so much that no word can ever describe the feelings...

31 January 2011

Finally, Dalis is diagnosed to have problems in her intestine that is more like constipation that she did not realize. This had caused intestine cramp. So, it's not really the cyst. Syukur Alhamdulillah. Therefore, operation is unnecessary. Doctor Al-Amin, is the surgeon that is taken care of Dalis. He prescribed Dalis with a medicine that will flush away the patches of stool along the intestine & will do the clean up . Unexpected but thanks to Allah as the doctor managed to find out the real problem.

1 February 2011

Cuti Hari Wilayah. Ana & Nor sampai sebelah pagi. Then, hantar Hidayah ke stesen LRT Titiwangsa. Kemudian balik semula ke wad, Dr Zarin buat lawatan & beritahu yg Dalis will need to undergo MRI. Pada aku buat je la apa2 yang patut agar segala kemungkinan dapat dipertimbangkan demi mengenalpasti punca kesakitan Dalis. Do whatever necessary tests, biar puas hati. Lepas tahu pasal ni, aku terus gi sarapan pagi di Restoran Haslam dgn Ana, Nor, Taufiq & Dalis. Seorang kawan, Azhar Sani datang melawat, siap bawa muffin lagi. Tapi oleh kerana kami tidak ada di Ward, nurse cadangkan dia ke Haslam. Hehehe! Funny...

Jam 3 petang, I made my way to TMalim to fetch the little ones. Then, straight back to Tawakkal. Ramai dah ada - Kayom, Hayyu, Eim, Harun & Ajim. Thanks all for coming.

At night, gi makan dgn anak-anak bersama Ajim & Harun. Ajim belanja!! Adoiii!!

Tidor time - I see 6 of my kids are all around me except Hidayah. Here we are...enjoying our time together in good or pain. Good night kids!

2 February 2011

Dr Zarin visited Dalis & informed that MRI is at 2.00pm. So, let get ready as time now is 1.50pm. Ya Allah, lancarkanlah segala urusan pemeriksaan. Semoga, tidak ada apa-apa yg serius & merbahaya It took 2 hours to run the test.... Visits from old frens Maizura & Suria. Thanks for coming!

3 February 2011

Dr Zarin sahkan tidak ada apa-apa yg serius. Cyst tidak memberi apa-apa tindakbalas kesakitan pd Dalis, syukur alhamdulillah. Semua berakhir dgn selamat. Selainnya berserah & berusaha agar kesihatan dapat dikekalkan. Dalisdischarged dari hospital dgn KEJUTAN!!! Kejutan apa? Biarlah rahsia.....

Yg penting, semua sihat termasuk kakak keluar dari hospital sehari sebelum Dalis!

Thursday, January 6, 2011

Anak-anak kembali ke sekolah! Sessi 2011

Muhammad Sufi Firdaus - Tahun 1 Ilmu

Nur Batrisya - 2 Ilmu

Nur Zuriati - 4 Ilmu

Mohd Firman Firdaus - Ting. 1 Digital
&
Nur Firdalis - Ting. 2 Digital

Cute!!




Sufi Firdaus - Selamat memulakan alam persekolahan, anak ibu!

Salam pd semua anak-anak ibu yang masih bersekolah.....

Sekarang dah masuk sessi persekolahan 2011. Ibu sentiasa doakan semoga anak-anak ibu berjaya dalam pelajaran untuk mendapatkan ilmu dunia & akhirat. Mudah-mudahan saat korang tak ada disisi ibu..di sekolah atau dimana saja, para malaikat Allah sentiasa menjaga korang semua dari segala perkara yg tidak baik.

Belajar dgn ikhlas supaya dapat ilmu yang berkat. Keputusan peperiksaan bukan sukatan utk berjaya menjadi insan yg cemerlang. Kerana hidup ini, lebih dari BM, BI, Sejarah, Sains, Matematik dan sebagainya. Bina sahsiah diri agar kita disayangi kemanapun kita pergi. Jalankan tanggungjawab dgn sempurna walaupun hakikatnya tidak ada manusia yg sempurna dalam dunia ni.

Ingat pesanan ibu...

Salam Sayang,
IBU

Tuesday, December 28, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah!!!


20hb Disember 2010

MERDEKA utk Hidayah sebab habis exam SPM!!! Tahniah, tahniah! Semoga ucapan 'Tahniah' berterusan sampai masa result SPM keluar nanti ye, Hidayah. Insya-Allah... Anak-anak ajak tengok wayang - Hantu Kak Limah Balik Rumah!!!

Seingat aku, confirm sangat, the last time aku tengok wayang dgn anak-anak, masa tu Taufiq & Hidayah kecik lagi. Cerita Jurassic Park. Masuk ajer panggung, anak-anak sibuk main, yg aku sibuk tidur!! Last-last Taufiq kejutkan aku "Ibu, ibu bangun. Wayang dah habis". Hahahaha!

So, demi menunaikan permintaan anak-anak dan aku sendiri nak release stress serta menikmati perkembangan Kg Pisang, dari Man Laksa, ke Zombi Kg Pisang ke Hantu Kak Limah Balik Rumah kamipun beramai-ramai ke Mines @ Seri Kembangan nak tengok hantu Kak Limah! Senang bila ank-anak dah besar-besar, suruh dorang ajer buat semua, ibu tukang bayar...walaupun duit kat purse menunjukkan kadar kesusutan..... :(. Duit wayang kene RM63. Macam nak terjojol bijik mata aku...what to do, demi anak-anak....i do! hehehe! Sebelum wayang start kul 4.30pm, kitorang pekene McDonald dulu....RM58 melayang! Takper....demi anak-anak tersayang. Sebelum masuk panggung...beli pop corn. Pop corn ni macam wajib pulak nak bawa masuk panggung. Beli yg large 4 dah RM28!!! Ya ampuuuuuuun.....baik aku beli kacang No1 - Salted Peanut kat Esso Ulu Bernam, RM2.20 jer sepeket. Dgn RM28, berapa peket aku boleh beli???? Tapi...demi anak-anak...tu jer yg ibu mampu.

Adegan masuk dlm panggung yg paling kelakar. Firman, bukan tak penah masuk panggung tapi masa kecik jadi ingatan tentang apa dan macamana suasana dlm panggung memang dia tak ingat. Apatah lagi pd Zuri, Tisya & Sufi... Masuk ajer dlm panggung, Firman cakap dgn lontaran suara yg power sambil tepuk tangan macam nak menari indang "Fuyyyyyyyoooooo, besarnya TV"!! Hahahahaha!! Macam-macam perasaan ada masa tu. Gelihati, sakithati...malu toksah cerita la... Kitorang duduk sederet 8 orang! Aku kat tengah. Sufi & Tisya di kiri kanan aku.

Anak-anak memang terhibur habis. Aku???????? Bukan takat terhibur, dah macam orang gila gelak tak de cover punya. Sampai Sufi, cakap - "Ibu, slow lah sikit, ibu gelak kuat sangat". Adoiiiiii....aku tak boleh control. Mau cramp perut aku kalau tahan ketawa. Cerita tu memang best.

Lagi best aku dapat entertain anak-anak & catatkan satu kenangan manis dlm diari hidup dorang..... Selagi kita hidup, kita akan bersama & bersatu walau susah, walau senang!

Selamat Harijadi Sufi - 6 tahun!!






Salam.

25hb Disember 2010,

Anak ibu yg paling kecik, paling comel, bijak (semua mcm IBU....hehehehe) "SELAMAT HARI JADI" semoga anak ibu, Muhmammad Sufi Firdaus sentiasa beroleh limpahan rahmat dari Allah di dunia & di akhirat. Dikurniakan nikmat iman & kesihatan. Menjadi anak yg soleh...yg doanya akan sampai kepada ibu, bila ibu dah kembali ke alam baqa' yer... InsyaAllah.

Hari jadi Sufi yg ke-enam tahun berlalu cepat sangat sayang sebab semua sibuk dgn majlis qeqah di Masjid Ar-Rahman, Ulu Bernam. Sufi makin membesar....makin banyak cakap, makin banyak kerenah tapi masih manja lagi dgn ibu. Kadang-kadang, ibu hilang sabar dgn Sufi. Tapi ibu nak Sufi tau, walaupun ibu marah Sufi, kasih sayang ibu tak pernah luak. Ibu sayang Sufi. Ingat tu sampai bila-bila tau.

Potong kek pun kita buat pd 27hb Disember 2010...lewat 2 hari, bukan ibu lupa tapi kita sibuk sangat kat rumah Tg Malim.

Tapi Sufi dah tak sabar-sabar nak masuk sekolah Darjah 1. Bila tengok Sufi pakai baju sekolah, lengkap dgn tali leher... u look so gorgeous, my dear!!! Gerenti anak ibu membesar jadi seorang jejaka yg tampan, digilai ramai anak-anak gadis!!! Hahahaha!! Tapi paras rupa tak sepenting hati yg mulia. Jadilah hamba Allah dicarta yg teratas.

Bila borak dgn Sufi, Sufi ada macam-macam angan-angan bila besar nanti. Kelakar ibu dengar. Tapi yg buat ibu tersentuh, nak sediakan rumah agam yg ada lif utk ibu! Hahaha! Nak bawa ibu jalan-jalan. InsyaAllah, mudah-mudahan panjang umur kita & dilapangkan rezki utk mencapai impian tu satu hari nanti....

So, my final word "MUUUUUUUUUAHHHHS!!"




Thursday, July 15, 2010

Registration Day at Kolej Komuniti Selayang


13 Julai 2010,
Syukur Alhamdulillah, Taufiq dapat sambung belajar ke Kolej Komuniti Selayang.. Ibu tak menaruh harapan besar agar Taufiq berjaya dalam pelajaran sebab yang penting berjaya dalam hidup. Jadi manusia yg berguna utk sesama manusia terutama keluarga yg bakal dibina nanti.

Untuk itu, ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan tu amat penting. Setiap usaha yg gigih akan dibalas dgn kejayaan. Ibu yakin Taufiq boleh lakukan dan boleh berjaya dgn cemerlang berbekalkan bakat dan daya kreativiti yg tinggi, kursus Multimedia Grafik (Animasi) memang pilihan yg terbaik utk Taufiq. Doa ibu akan sentiasa mengiringi Taufiq.

Hari pendaftaran Taufiq adalah hari yang paling memenatkan kita tapi ibu rasa hepi jer sebab Taufiq dapat masuk kolej IPTA di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Inilah langkah pertama Taufiq utk menempa kejayaan. Buat bersungguh-sungguh. Ingat tanggungjawab Taufiq - sebagai anak, abg pada 6 adik, pelajar, bakal menjadi seorang ketua keluarga. Semua tanggungjawab ni terhimpun menjadi satu - sebagai hamba Allah. Ingat, setiap pekerjaan yg baik itu satu ibadat. Jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu.

Sekarang Taufiq kena hidup berdikari. Ingatkan diri sendiri utk melakukan hal-hal yg baik. Jaga pergaulan, tata tertib, adab sopan supaya kehadiran kita di dunia ni tidak menyusahkan orang lain.

Tapi kelakar, macam-macam jadi pada hari Pendaftaran. Ada yg ingat Taufiq pelajar OKU sebab diam tak bercakap. Dorang ingat Taufiq bisu. Hehehehe! Tu la...jgn blur sangat. Bina keyakinan & jatidiri sebab Taufiq bukan budak sekolah lagi. Dah masuk kolej pun. Nak enjoy bukan tak boleh but must draw a line. Berdisiplin. Ibu takkan halang Taufiq utk enjoy sbb kalau ibu halang, Taufiq akan rugi masa remaja Taufiq...just go ahead tp ingat...waktu ni, komitmen penting. Prioriti adalah pelajaran. Sampingan baru enjoy bersama kawan-kawan sbb semua yg berlaku hari ini akan jadi kenangan manis hari esok.

Ingat pesanan ibu...ibu takkan dapat ganti Taufiq dgn org lain...siapapun Taufiq, Taufiq tetap anak ibu tapi jangan kecewakan harapan ibu... I love you so much my dear son...Take care!!

Monday, April 5, 2010

Fuyyyyyyyoooooo! Taufiq masuk PLKN!!

29hb Mac 2010...

Merupakan hari lahir yg paling bersejarah setakat ini pd anak aku Mohd Taufiq Firdaus sebab telah terpilih utk mendaftar di kem Khidmat Negara, Geo-Kosmo...tak jauh cuma di Kg Gesir Tengah, Sg Selisek, Kuala Kubu Bharu. Huhuhuhu!! Panggilan percuma sepanjang hari 'ditaja' oleh Maxis terpaksa dipindahkan 'hak' kepada ibu & Dalis....bertuah, bertuah! Terima kasih Maxis, terima kasih Taufiq, terimakasih kepada semua penyokong-penyokong saya!!! Hahahahaah! Dengan bangganya aku bekalkan Taufiq dgn sabun cuci kain "BIO-ZIP". Yes!!! Hehehehe!


4hb April 2010..

Aku terima panggilan dari Taufiq suruh datang melawat dia sebab kawan-kawan lain dah terima visitors. Hohoho!!! Baru ingat ibu, ye. Selama ni merayap tinggalkan ibu, tak ingat ibu langsung..anyway...it was a good sign. Thanks Allah.

Akupun pergi beli KFC dinner plate utk anakku tersayang yg berada di Kem PLKN. Macam ibu si Tanggang yg bawa lepat pisang untuk anaknya.....


Satu masuk pintu pagar, aku terpikir camner lah nak cari anak aku...camnerlah rupa anak aku..rupa dia ke rupa soljar??? hahahaha! Tiba ada sorang budak botak tersenyum-senyum datang kat aku. Macam kenal??? Eheh! Memang confirm aku kenal. Anak aku!!! Hehehe! Inilah muka Taufiq selepas menjalani proses transformasi!!!

Ish! Ish! Ish!! Anak-anak saperla ni??? Yg di depan sekali kalau tak silap, namanya Abang Botak Abang Gondol!! Huahuahua!!!


Inilah rakan-rakan 'seperjuangan' Taufiq di Kem PLKN... Semuanya budak baik. Alhamdulillah... mula-mula aku ingatkan sorang dua ajer yg memerlukan 'kasih sayang' tiba-tiba segerombolan ikut aku dari belakang!! Anyway...aku suka anak ramai tapi pandai-pandai jaga diri sendiri!! Kahkahkah!!

Budak-budak ni tinggal jauh - ada yg datang dari Utara, Perak & Sabah. Sian-sian. Aku cuma beli KFC Dinner Plate..pandai-pandailah berkongsi. Lagipun oklah tu, sbb budak-budak ni dah dapat makan 6x sehari!

Aku lupa nama budak-budak ni tapi kalaulah jadi dorang ikut aku balik 27hb April ni, kene buat roll-call & sign agreement, tak lari dari kem PLKN!

Mudah-mudahan, semua menjalani proses transformasi yg positiv. Enjoy & have fun. Think positive!

Luv u Taufiq!! Muuuuuuuuahhh!!!

Wednesday, December 9, 2009

Bintang, Matahari & Pelangi...

"Each one of us is a star. Sometimes we shine together. Sometimes we twinkle alone. Sometimes, when we least aware, we have made someone's wish comes true"!

Mudah-mudahan kehadiran aku pernah membuat orang lain rasa gembira..pernah membuat orang lain tersenyum, pernah membuat orang lain ketawa! Barangkali juga, aku pernah membuat orang lain menangis kerana kecewa dgn sikap aku. Tapi percayalah, mungkin itu perkara terakhir yg aku fikirkan atau mungkin tak terlintas langsung atau keadaan pada ketika itu menjadikan aku seorang yg gagal..gagal mengerti perasaan orang lain!

Alangkah indahnya malam, jika di langit bertaburan berjuta bintang yg bercahaya memagari sang bulan yg terang. Dalam berjuta bintang itu ada sebutir bintang berkerdipan lantas menghiasi kegelapan malam untuk siapa saja yg merenung ke langit. Dan sebutir bintang yg mempersonakan itu adalah AKU!!! Hehehehe!

Aku mahu menjadi mimpi indah yg menghiasi tidur kalian. Seperti seorang Sang Puteri dari kayangan...hadir disisi kalian, melemparkan senyuman yg paling manis dan memikat setiap mata yg memandang!

Aku mahu menjadi penawar utk setiap kedukaan kalian...membuat kalian lebih mengerti bahawa meskipun hidup ini penuh onak, ranjau & duri, namun dicelah-celah itu ada bunga-bungaan yg berwarna-warni, harum, indah & berseri. Jika dipetik & diletakkan di dada, dekat dgn sekeping hati yg ikhlas, nescaya hidup ini akan menjadi lebih sempurna.

Di malam hari, akulah sebutir bintang yg paling indah mempesonakan. Di siang hari, akulah mentari yg terbit di ufuk timur...perlahan-lahan naik ke langit lalu memancarkan sinarnya. Menghidupkan flora & fauna. Merimbunkan dedaunan. Menambah kehijauan alam. Menyimbah cahaya. Menjadikan air laut yg kebiruan itu berkilauan...menghasilkan panorama yg cukup hebat. Memikat mata, merangsang jiwa!

Selepas hujan turun membasahi bumi, aku mahu jadi pelangi. Yg menyebarkan 7 barisan warna yg menjadi lingkaran cantik di langit. Sungguh mengkagumkan setiap mata yg memandang.

Ya Allah, jadikanlah aku bintang, jadikan aku mentari & jadikanlah aku pelangi utk anak-anakku. Jadikanlah AKU seorang IBU yang dapat menjalankan amanahMu!! Peliharalah aku di bawah lindunganMu agar aku dapat melindungi anak-anak. Sesungguhnya aku tak kisah kalau aku tak dapat menjadikan impian orang lain satu kenyataan, tapi jadikanlah aku seorang insan, seorang ibu yg dapat menyempurnakan impian anak-anakku. Aku mohon restuMu ya Allah!

Jadikan anak-anakku, hambaMu yg sentiasa mensyukuri niqmatMu. Jadikan mereka bintang, jadikan mereka mentari, jadikan mereka pelangi, jadikan mereka apa saja untuk membahagiakan orang lain. Utk semua kejadian itu, permudahkanlah kehidupan anak-anakku di dunia & di akhirat.

Friday, November 20, 2009

19 Nov 2009

Aku di SK Lembah Beringin bersama anak-anak Dalis, Firman, Zuri, Tisya & Sufi. Tisya graduated from pre-school. Dalis dapat result UPSR - 3A 2B. Syukur Alhamdulillah... Try harder for PMR, lagi-lagi SPM. Tapi yg penting bg ibu, anak-anak ibu berjaya menghadapi setiap ujian hidup. Sentiasa tabah & kuat untuk berjuang. Belajar dari kesilapan, bina jatidiri & banyakkan memohon hidayah dari Allah supaya setiap keputusan yg kita ambil tidak akan tersasar dari landasan agama.

Taking a day off today....sebab cuaca mendung & hujan, semua anak-anak tertidur. Sambil masak lunch, aku sedar sunyinya rumah..... Tapi bila semua bangun nak makan, riuh rendah balik dgn suara anak-anak, lebih riuh lagi ..... suara aku! hehehe! Dapat tido sekejap melepaskan penat, merehatkan minda...jam 5.15pm dapat call dari Taufiq suruh ambik dia kat Kerling. Paper habis kul 4.30pm. Dayah temankan aku gi ambik Taufiq.

20 Nov 2009

Hari ini hanya Dalis & Tisya je yg pergi sekolah. Yg lain ada kat rumah. Semua anak-anak ada kat keliling aku...a time like this will always be the sweet moment!

Friday, November 6, 2009

Happy Birthday..my dazzling princess HIDAYAH


4th Nov..2009,

Time flies so fast. Rasanya Hidayah masih lagi dalam perut yg aku carry from Kelsall Place ke Beckett's Park, dari Kelsall Place ke Hyde Park, ke Headingley ke Beckett's Park.. Ingat lagi waktu Hidayah 4 bulan dalam kandungan aku masih lagi panjat dahan pokok kat Beckett's Park ambik gambar dgn kawan2. It was so lucky that nothing happened. Every month aku buat check-up kat Leeds Infirmary, Clarendon Wing, Leeds sampailah balik Malaysia for good 31st July 1993.

Today..my dazzling princess is already 16 years old. Ibu harap setiap impian Dayah akan menjadi kenyataan. Cepat atau lambat bukan persoalan. Semoga Dayah dipanjangkan umur dalam keberkatan, dikurniakan niqmat iman & kesihatan sepanjang hayat. Dilapangkan pintu-pintu rezki. Sentiasa ingat bahawa manusia diciptakan utk beribadat kpd Allah swt.. Jadilah anak yg solehah.

Ibu doakan Dayah tabah menghadapi dugaan hidup. Sentiasa kuat semangat untuk belajar & berjaya dalam hidup. Dayah selalu kata nak dapatkan Degree pastu kawin dulu baru sambung Master & PHd. Do it. Work hard for it.

Tuesday, September 15, 2009

Kad Selamat Hari Raya dari Firman & Tisya

Woww! Sekeping kad Raya dari sentuhan tangan & kreativiti anak aku Firman! Nak tau apa isi kandungan kad ni? Hmm...tersentuh hati aku:

Mudah-mudahan Allah jadikan Firman anak yg soleh untuk ibu dan ayah! Insya-Allah, apa juga yg kita mohon dari Allah, pasti Allah makbulkan apatah lagi kalau kita mohon perkara yg baik. Ibu sentiasa doakan Firman. Semoga ibu dapat lalui hari-hari tua dgn kasih sayang yg melimpah ruah dari kesemua 7 orang anak-anak ibu. Terimakasih ye Firman, bg ibu kad Selamat Hari Raya! Semoga Raya ni menjadi Hari Raya yg terindah untuk kita semua!

Ini pula kad raya dari anak Tisya....


I love you too, my dear princess. Terharu ibu dapat kad raya ni. Tisya simpan dalam almari pakaian ibu..for surprise la tuh!!

Heheheheheh!! Comelnya gambar tu, Tisya! Itu gambar Tisya ke gambar Ibu? Kalau gambar ibu kene lukis gambar tu besar!! 20 tahun sudah, memang confirm itu gambar ibu! Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak.

Kad-kad Raya yg Firman & Tisya bagi kat ibu ni memang ekslusif! Tak ada di pasaran. Hasil kerjatangan anak-anak ibu. Ibu updload kat blog ni supaya bila korang besar nanti, masih selamat tersimpan dlm blog ibu. Boleh tengok semula & tunjuk pada cucu-cucu ibu pulak. Bestkan! Thanks so much. I love you all....

Yg lain kalau nak bagi ibu kad Raya, masih boleh diterima. By Hand ajer. Kalau nak sorok-sorok kat mana-mana nak surprisekan ibu, make sure remindkan ibu pegi ke tempat tu! Hehehehe!

Thursday, August 6, 2009

Alhamdulillah...anak-anak ibu beransur sembuh

Tengok anak-anak semakin sihat, aku rasa senang hati...balik lunch tadi, Sufi kejar aku kat tangga dgn muka yg ceria. Kemudian tengok pulak muka Tisya..nampak ceria jugak. Kemudian Zuri, tengah mandi tapi senyum kat aku! Firman..tido! Masih keletihan selepas demam dari hari Sabtu malam. Dalis pun nampak hepi bercerita tentang hal-hal yg berlaku kat sekolah. Alhamdulillah..anak-anak ibu dah beransur sihat... Aku teringat aku cakap pada Firman hari Selasa malam Khamis masa gi makan kat Kajang Utama.."setiap penyakit dan kesusahan, atau apa saja musibah yg Allah turunkan pada kita, pasti ada hikmah! Ibu tengok Firman makin hensem sebab dah kurus sikit!" Firman mengangguk sambil tersenyum.. Hmmm ..hensem anak ibu!

Waktu menjaga anak-anak yg sakit beramai2 serentak memang waktu yang menguji banyak kesabaran kita di segi mental dan fizikal. Apatah lagi dalam keadaan yg aku sendiri tak sihat sangat. Tapi aku kena kuatkan semangat. Apapun yang berlaku, aku masih mampu tersenyum. Masih ada selera nak makan...yang penting aku masih boleh ketawa dgn anak-anak!!!

Makin hari, semakin banyak yg aku lalui dalam hidup aku. Banyak perkara yang aku belajar... Berjumpa dan berborak dgn kawan-kawan lama di FB, berkongsi pengalaman hidup, cerita suka duka..cerita tentang anak-anak..flashback kisah lama..memang menyeronokkan. Buat aku ketawa sorang-sorang kat dalam ofis aku ni....

Hmmmm...hari ni dah hari Khamis. Cepat masa berlalu. Tak lama lagi datanglah Ramadhan..terasa sayu pulak hati.. teringat lagu.."Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dgn sempurna..". Omak, Nyah dan Kakak akan berangkat ke Tanah Suci pada 15hb. Ogos ni. Seronok dorang dapat berpuasa di sana seminggu. Doakan yang baik-baik untuk keluarga kita. Mohon dipanjangkan umur dengan nikmat iman, nikmat kesihatan dan segala yg terbaik disisi Allah swt. Mohon petunjuk agar kita semua selamat sejahtera di dunia dan di akhirat.

Bulan 9, Dalis exam UPSR..kemudian Taufiq ambik SPM bulan 11. Ibu doakan korang berjaya dalam peperiksaan. Dah tentu ibu nak korang berjaya dgn cemerlang. Berusahalah bersungguh-sungguh. Sembahyang dan doa banyak-banyak. Tawakal. Tapi apapun keputusan yg korang dapat, ibu terima.

Shopping baju raya?? Belum lagi...tak tau bila tapi dah nampak banyak duit nak kene keluar! Penat bershopping satu hal lagi dalam keadaan berpuasa. Nak cari tempat berbuka lagi...fuhhh!! Yang syok bulan puasa adalah sembahyang Terawih di masjid/surau. Saat berjemaah, dgn suara imam yang memecah kesunyian..terasa satu ketenangan yg tak dapat nak digambarkan. Sesekali terasa sayuuuuuuuuuuuu. Insaf! Saat makan/minum lepas terawih dgn macam-macam juadah, rasa macam tak kenyang!! heheheheeh!!

Monday, August 3, 2009

Pulun cerita 1 minggu.........

Since last week...macam-macam hal yang jadi.. Starting from Monday, 27th July .. Health Ministry through Pusat Kesihatan KKB announced KYUEM has to be closed for a week. Teachers & students balik lebih awal, right after assembly. All the admin staff balik at 5.00pm including myself. Tuesday aku balik TM ambik Omak bawa ke rumah Nyah. Wednesday morning, 29th July aku bawa Tisya ke Hospital Serdang, buka cast. Patutnya nak balik petang tu jugak but was not feeling well...tak tau nak cakap. Aku tak jadi balik. Went out dgn Li..just the two of us. Anak-anak tinggal rumah Nyah. On Thursday afternoon, after Zohor prayer, went to visit Mak Cik Bedah kat Bt 16. Still not feeling well, so aku balik cepat ke TM. Lepas solat Maghrib terus ke Klinik Nabilah dgn Taufiq. Kata doktor, angin. Pastu aku balik LB. Layan kerenah anak-ank jap, pastu aku punn tido...dan tak sedar diri sampai pagi kul 5.30...

Friday 31st July, jam 12 kitorang gerak ke Teluk Intan, gi Klinik Homeopati jumpa Dr Jamalullail. Minta ubat untuk semua... Minta-minta anak-anak ibu sembuh cepat. So, my dearest children..no more hot milo..no more ice-blended milo... Kene banned!! Akupun kene banned Nescafe... apa nak minum? Teh O, teh susu, kopi cair....tu ajer options yg tinggal! Selesai urusan di klinik, solat Zohor dulu. Sempat singgah kat Menara Condong. Aaaahhhh la.. memang condong building ni! Yang kecik-kecik ni pantang suruh possing, kira jadi ajer. Taufiq, Dalis & Firman, ala-ala malu gitu. Nyampah!!!

Saturday, semua flat. Keletihan. Aku buat sarapan pagi cekodok pisang. Licin. Lunch, masak kari ayam, sayur campur & sambal belacan. Naleq punya!! Sunday, pagi-pagi aku dah dengar Firman batuk-batuk!! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Aku terus bawa Firman balik TM. Hantar Taufiq gi tusyen dulu. Doktor kata, kene monitor. Takut jangkit dgn adik-adik yg lain. What to do...dorang ni lagi kita kata jangan, lagi dia nak dekat-dekat! Aku gi belikan mineral water utk Firman makan ubat, belikan Yakult..pastu aku beli mee rebus. Makan kat rumah dgn Emin, Lila & Firman sementara tunggu kete aku siap dicuci. Lunch kat TM. Beli durian. Petang aku buat bubo durian. Dah lama tak makan...umpppph!! lazatnye!!! Taufiq habis tusyen terus pegi kenduri kawin rumah kawannya kat KKB. Balik bawa macam-macam makanan. Eloklah..tak payah aku masak for dinner lagi! Penat..layan kerenah anak-anak yg tak sihat. Aku tido awal, jam 10 malam... Kalau Bulan Bisa Ngomong...mesti bulan kata.."dahsyatlah dia ni tido tak sedar diri...". Aku cuma tersedar pagi ni hampir jam 5.30 am. A new story begins...

Thursday, July 9, 2009

Tisya @Orthopedic Clinik, Hospital Serdang

8hb Julai 2009

Aku bawa Tisya gi Hospital Serdang, follow-up appointment kat Klinik Ortopedik. Dayah temankan aku sebelum aku hantar dia balik semula ke sekolah.

Apa kata pakar tulang? Tulang Tisya masih dalam proses 'pembinaan semula'. Ada angling, possibly sebab Sufi tersepak tangan Tisya waktu buat aksi lipat kat rumah, sehari sebelum appointment dengan doktor. Tapi kata doktor, tak risau pasal tulang budak boleh membentuk semula dengan cepat and should not be any problem in the future. Minta-minta macam tu lah...

Next appointment is on 29th Jul 2009 (Rabu). Ibu harap by then tangan Tisya dah sembuh 100%. Lepas ni, jangan lagi main monkey bar lah. Main congkak ajer kat rumah!! hehehehe!

Friday, June 26, 2009

3 Rejab...

Hari ni aku puasa lagi..qada' dan sunat 3 Rejab. Mudah-mudahan Allah menerima ibadat kita semua yang berpuasa di bulan Rejab dan beroleh ganjaran yang dijanjikan. InsyaAllah....

Zuri, Tisya & Sufi tak pegi sekolah semalam sebab kawan-kawan lain ada lawatan ke Zoo Negara. Jadi dorang tinggal kat rumah bertiga. Tapi gambar kat bawah ni gambar yang diambil kat Zoo juga! Tahun 2008. So colourful kan??

Bila aku balik lunch, rumah memang berantakan! Macam kena lamggar garuda. Entahlah..sabar jelah.. Yang penting dorang selamat dan tak buat apa-apa yg merbahaya. Balik petang, selepas solat Asar akupun terus masak untuk berbuka puasa. Ayam masak bercili. Beberapa ketul, aku goreng biasa untuk makan dengan sambal belacan dan ulam petai. Rebung masak lemak semalam dah licin... Eloklah. Aku nak anak-anak belajar makan lauk kampung. Ada yang dorang boleh terima, ada gak yg dorang reject! Sebelum buka puasa, aku sempat goreng pisang nangka! Beriye-iye anak-anak aku makan.. Hmm dorang ni pun macam aku gak. Suka makan goreng pisang nangka. Hari ni apa pulak aku nak masak??

Haii..semalam yang merunsingkan aku - Taufiq. Bukan semalam ajer..tiap hari sebenarnya. Banyak yang merisaukan... terutama pasal pelajaran. Dah penat aku bagi nasihat, dah penat aku marah. SPM makin dekat. Taufiq tak tekun belajar. Ada jer alasan dia yang boleh buat angin aku naik satu badan. Dah penat aku bagi motivasi, dah penat aku bagi sokongan... Menghadapi kerenah Taufiq memang satu cabaran yang besar untuk aku. Apatah lagi terpaksa sorang-sorang mengendalikan kerenah dia ni. Kadang-kadang, aku rasa aku makin tak kenal anak lelaki aku ni. Aku tak tau apa sebenarnya prioriti dalam hidup dia sebab tak satu perkara pun dia buat serius dan bersungguh-sungguh. Sedih tak usah cerita.
Kadang-kadang aku wish ada seseorang yang mampu memberi nasihat pd Taufiq sehingga betul-betul menyedarkan dia pada tanggungjawab dia....sampai ke satu tahap, aku rasa nak surrender. Tak kuasa lagi nak marah, tak kuasa lagi nak nasihat. Fikirlah sendiri... Tapi, boleh ke aku putus asa? Boleh ke aku mengaku kalah? Rasanya, selagi aku boleh bercakap selagi tu aku akan terus berleter menasihatkan anak-anak aku.

Doa aku cuma satu, mudah-mudahan dia berjaya dalam SPM dan dapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya, keluarga dan berjaya dalam hidup....

Wednesday, June 24, 2009

1 Rejab...

Hari ini jadual aku bermula dari jam 5am. Bangun bersahur (makan nasi dan sambal tumis petai + ikan bilis, minum milo panas!!) , pastu solat Suboh dan buat sarapan pagi untuk anak-anak. Roti telur! Hari ni 1 Rejab. Aku ingat lagi kalau arwah Udin masih hidup, mesti dia sibuk bagitau semua orang suruh puasa sunat. Setau aku, dia tak pernah miss puasa pada tarikh 1 Rejab. Mudah2an Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Amin..

Lepas siap sarapan, akupun gi gosok baju Sufi dan Tisya. Alamak!! Taufiq terjerit2 panggil aku rupa2nya dah ketinggalan bas! Aduh....satu hal pulak aku nak kena hantar ke KKB. Tapi nak buat camner? Takkan tak payah gi sekolah! Akupun cepat-cepat siap dan gerak dari rumah ke KKB pukul 6.30am. Gelap lagi. Ikut Kerling. Lagi gelap!! Sampai KKB pukul 7am.

On the way balik, aku terfikir nak balik LB atau TM?? Banyak kali soalan ni kat kepala aku. Tapi disaat aku dah decide nak balik LB, tiba2 aku terlepas simpang ke LB. So, laju jela aku teruskan ke TM. Sampai TM, ingat nak tido jap tapi tak dapat. Aku rasa penat sangat nak patah LB balik gi keje. Beberapa minggu ni memang aku kepenatan. Dengan uruskan anak2, prepare utk Awards' Day...tak cukup tido lagi bila keluarga berkumpul... Apalagi, aku terus je ambil half day EL suka2 aku! Akupun mandi dan siap2 terus gi pasar. Dah lama aku tak gi pasar. Sebulan kot! Aku ingat hari ni nak masak gulai lemak rebong. Ayam goreng kampung. Sambal belacan dan ulam petai!! Fuhhhh! Berselera makan!

(Semalam aku makan macam2. Goreng pisang nangka, jambu air cicah sambal kicap, jus durian belanda, kari daging, sambal ikan bilis + petai. Aku ingat habislah perut aku meragam. Alhamdulillah...selamat. Tak de apa2 sehinggalah ke hari ini)

Kepada Omak dan semua adik beradik aku yang berpuasa sunat 1 Rejab hari ni, Selamat Berbuka Puasa. Semoga ibadah kita mendapat berkat Ilahi. Amin...

Thursday, June 11, 2009

Dari LB ke Jln TAR ke Mid Valley ke LB

10 Jun 2009

Pagi ni aku bergerak dari Bukit Beruntong ke LB bersama Dalis, Firman dan Zuri. Sambil driving tu sempat bg 'ceramah motivasi' pada anak-anak. Bukan sengaja aku nak marahkan anak-anak pagi ni tapi sikap anak-anak ni betul-betul menguji kesabaran aku. Akukan ibu! Self management and time management skills are very crucial to run your life. Selesai uruskan anak-anak, baru aku ke office. Check emails. Ini mesti. To stay connected. To As usual, breakfast dengan kawan-kawan di Dining Hall. Hari ni makan kuih-muih tradisional. Hmmmm... Sedap.

Lunch break, Pak Sidek hantar aku dan Asiah ke SSF, Jalan TAR. So unfortunate...kenapa ye, bila kita beriye-iye nakkan sesuatu tu, susah sangat nak dapat. Tapi bila tak nak, bersepah-sepah sana sini!! Dari SSF ke kedai-kedai lain kat Jln TAR ke Semua House, ke SOGO, ke Mid Valley - MPH, Jusco - yang dapat cume ribbon dan wrapping paper aje. Akhirnya sampai balik LB at nearly 8pm. Masih ada barang yang tak dapat! Sepanjang tu aku terpaksa bertelefon dgn anak-anak for updates. Sempat telefon semuanya dari Taufiq sampailah Tisya. Dengan Sufi tak dapat cakap pasal dia sibuk main.

Malam, sampai ajer kat rumah, aku packkan barang-barang untuk Zuri dan Firman tido di surau malam ni. Start kereta terus ke surau hantar beg dan terus ke Cafe sebab Dalis dah lapar nak makan...Aku pekena milo ais tabur ajer. Tak makan. Rasa sikit nasi goreng pataya yang Dalis order.

Tuesday, June 9, 2009

Pagi di LB, Petang di TM, Malam di BB!


9 Jun 2009, Selasa @ Lembah Beringin

Pagi ni, sarapan pagi cekodok ajer.. Lepas sediakan sarapan anak-anak, aku siap dan hantar Dalis pegi sekolah. Kelas tambahan dan motivasi. Kemudian jalan kaki dengan Firman dan Zuri ke Surau As-Saad. Aku daftarkan dorang untuk Kem Aulad. Program 3 hari untuk meningkatkan jati diri anak-anak. Mudah-mudahan anak-anak yang terlibat dgn program ni dapat manfaat dan iktibar dari aktiviti yang dijalankan. Malam esok, Zuri dan Firman akan tido di surau.. Aku suka program-program bina insan seperti ini sebab selain dari mengenali orang lain, bekerja secara kumpulan - kita dapat macam-macam pengalaman dan pelajaran yang kita tak belajar secara formal di sekolah. Tak masuk dalam silibus KBSR pun!

Lepas hantar dorang, baru aku teruskan jalan kaki ke office.... Hmmm.. merah punch card aku..8:01. Ahhh!! Apa aku kisah! Aku selalu balik lambat.. Kul 5.30 ke atas. Tak caya tengok punch card aku!

Hari ni dah diumumkan - Lembah Beringin tak de elektrik dari jam 7.30am - 10pm. Tapi di KYUEM, generator akan bekalkan elektrik sampai jam 2pm je. Anak-anak yang tinggal di rumah - Dayah, Tisya dan Sufi waktu aku telefon tadi masih tido dan letrik ada. Elokla.. Sarapan dorang aku dah sediakan atas meja. Cekodok for life! Air teh O. Malam tadi baru lagi kita pekena Nescafe Hot One kan? Aahhhh! Ada lagi sorang anak aku, Taufiq kat TM. Baru malam tadi balik dengan Syakir dari KL. Mesti tengah tido..

Aku, as usual breakfast di Dining Hall. Actually, tak la lapar sangat tapi breakfast time ni bagi aku masa untuk bersosial dengan kawan-kawan lain yang bukan satu department dgn aku. Untuk merapatkan silaturahim. Maklumlah di KYUEM ni bukan setakat jadi rakan sekerja aje, malah jiran sekampung! All under ONE 'roof'. Macam-macam topik yang dibualkan. Every day different topic but interesting.

Yaaaaaahooooo!! Aku baru dapat email dari HM, due to no electricity supply, hari ni office close awal i.e 2pm. Boleh la aku balik rumah. Layan anak-anak, kemas rumah. Petrol aku dah nak kering. Mesti gak balik TM hari ni refill petrol. Esok, Pak Sidek akan hantar aku dan Zamira ke SSF (tak tau lagi Jln TAR atau Sg Buloh) untuk shopping barang-barang bungkus hadiah-hadiah Award's Day nanti. Senang lagi pakai driver. Tak payah aku drive and penat -penat cari parking. Unfortunately, there will be Award's Day Briefing at 4pm. Jadi, Rog aku tak dapat la attend. BTW, Shida and Asiah will be there.

As far as my work is concerned, ..dah selesai. Awaiting for the next intake. The Juniors will be migrated to Seniors. Current Seniors are leaving. September, most of them will already be in the UK. Hmmm..terkenang time aku gi UK dulu. Mudah-mudahan anak-anak akupun akan menjejakkan kaki ke luar negara untuk sambung belajar. Nak bawa anak-anak pegi bercuti..nampaknya tak de la..tapi kalau ada rezki lebih dan lapang..Alhamdulillah. Tak dapat aku bayangkan, kecoh London anak-anak aku buat! Boleh terbalik patung-patung wax kat Madamme Tussaud tu!
Since petang dah tak ada keje, aku balik TM dengan Dayah, Tisya dan Sufi. Ambik Taufiq dan Syakir kat Sri Pinang bawa gi Man Gado-gado. Alaaaahai! Gado-gado pulak habis. Aku terpaksa order mee curry dan anak-anak order nasi ayam. Selesai makan balik LB, ambik Dalis kat sekolah, tunggu Firman dan Zuri balik dari motivasi dan bergerak ke Bukit Beruntung, rumah Kayom.
Malam di Bukit Beruntong....
Anak-anak semua kepenatan tapi seronok berkumpul.. Akhirnya yang kecik-kecik tido, yang dah besar masih berjaga. Selesai makan, dah kekenyangan semua dah nak tido tapi bukan awalpun..dekat pukul 2 pagi. Aku pun tak sabar-sabar nak tido mengenangkan esok pagi terpaksa bangun awal dan bergerak balik ke LB nak anta Dalis gi sekolah, Firman dan Zuri gi motivasi dan aku masuk keje kul 8am. Ntan-ntah, punch card aku merah gak...Heheheheh!

Monday, June 8, 2009

Dinner @ Chop and Steak, Serdang - 7 June 2009












Muka-muka yang dah penat dan tak sabar-sabar nak makan. Dayah dan Dalis, as usual. Always control ayu dan anggun. Aku pun apa kurangnya. Hot mama! Penat camnerpun dalam gambar mesti vogue! Hehehehe! Saat besama dengan anak-anak memang memenatkan mental dan fizikal tapi waktu bersama dengan dorang nilah, aku rasa hidup aku meriah sangat. Walaupun anak tekak aku dah nak terpelanting masuk dalam pinggan steak dan telan balik dalam perut tapi aku rasa puas dan seronok tengok dorang makan penuh selera.

Kalau korang ditempat aku, agak-agak korang mampu tak hadapi keadaan ni? Melayan kerenah dorang setiap sorang? Tiap kali nak makan, apatah lagi di kedai makan, mesti ada jer yang nak buat sessi lawatan ke tandas. Ini yang paling boring.. Dari dorang kecik, inilah yg kena aku hadapi. Punyalah tegang perut makan. Penuh dan padat. Zuri, Tisya and Sufi, action jer lebih nak Chicken Chop sorang satu, akhirnya tak larat. Aku tak kisah kalau tak habis. Selalunya aku tapau. Buat apa biarkan kat kedai. Kan ke mambazir.

Bila aku tengok anak-anak aku makan penuh selera dan bersemangat, aku rasa seronok. Seronok aku dapat entertain dorang. Aku dapat bagi dorang makan. Aku nampak dorang enjoy the meals and aku nampak dorang kekenyangan!
Hmmm!! Tengok mulut Tisya!

Wednesday, May 27, 2009

A Special Thoughts, Special Gift on Mother's Day

25th May 2009...

5.30pm Just had a session with the CEO. Dropped by at Admin to check if there is anything in my pigeon hole. Oh yes! Something for me. A gift. The wrapping paper looked so familiar. Later I found out, it's from my one and only Hidayah..all the way from SEMTEG, Gombak!

A mother's day gift! A cute teddy bear key chain. What a lovely thoughts and just the right gift for the right person. Don't you think the teddy looks just as cute as me??...hahahaha!


It happens once in a blue moon... Thanks so much! After a whole day of tiring schedule, at least this surprise made my day. Adding more flavour.



A very sincere thoughts written on a piece of paper...touchy and funny. I guess, I should reply it right here in my blog.

Untuk Hidayah dan semua anak-anak ibu yang ibu sayang..

Taufiq, Dalis, Firman, Zuri, Tisya dan Sufi,

Dayah, terima kasih sebab bg ibu hadiah bear ni. Ibu tau, bear ni comel secomel orang yang terima hadiah ni! Ibu tak kata sorang, Dayah pun bgtau ibu benda yang sama.. Terima kasih atas semua doa Dayah. Mudah-mudahan semua doa tu dimakbulkan oleh Allah swt.

Ibu nak korang semua tahu, apa yang ibu buat untuk korang semua dah jadi amanah yang dipertanggungjawabkan Allah pada ibu. Kalau ibu bebel dan marahkan korang sampai satu kampung dengar suara ibu...semua tu pun amanah yang kena ibu pikul. Kalau ibu tak marah, tak nasihat, esok di hari akhirat Allah akan soal ibu - "Kenapa tak jalankan amanah yang Aku bagi pada engkau?" Soal duit, soal masa itu bukan persoalan. Ibu pergi kerja, ibu cari duit merata-rata - untuk siapa duit tu semua? Dah tentu untuk ibu, untuk korang dan rezki sesiapa yang Allah dah tentukan. Tapi, sebagai manusia biasa..memanglah ibu mengeluh - penat, tak de duit dan macam-macam keluhan lagi yang selalu korang dengar. Mungkin skrip ibu pun korang dah hafal. Tak kiralah Dayah ke, siapa-siapa ke - korang boleh minta apa je yang korang nak tapi yang tentukan boleh dapat atau tidak, cepat atau lambat adalah IBU dan izin ALLAH! Kalaulah korang tau.. ibu selalu wish ibu dapat penuhi setiap permintaan korang lagi-lagi bila korang minta nak makan itu dan ini. Ibu cuba nak sempurnakan. Bila ibu tak dapat, jauh disudut hati ibu, ibu rasa kecewa sangat. Korangpun mesti kecewakan? Tapi takpe...lambat laun bila usia kita berubah, kehendak kitapun akan berubah..Dulu masa ibu umur 9 tahun, ibu nak sangat jam tangan Mickey Mouse sebab ibu nampak kawan ibu pakai. Ibu minta pada Tok Mak tapi sampai sudah ibu tak dapat. Lama-kelamaan kehendak untuk memilikki jam Mickey Mouse tu hilang..dan ibu tak kisah langsung tak dapat jam tu!

Ibu nak korang semua tau, sampai bilapun, ibu tak minta korang balas setiap pengorbanan ibu untuk korang, cukuplah sekadar menghargai dan menyedari hakikat bahawa setiap yang ibu lakukan adalah memenuhi amanah Allah, dan tugas korang pun memenuhi amanah Allah. Jadilah anak-anak yang baik, kenang budi dan jasa ibu ayah atau siapa-siapa jer yang pernah memudahkan kita dari sebarang kesulitan yang pernah kita lalui. Jangan pernah lupa doakan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan ayah selepas setiap kali korang habis sembahyang. Doa anak yang soleh sampai hingga ke liang lahat. InsyaAllah... Anak-anak ibu akan membesar jadi makhluk Allah yang taat.

Makin meningkat usia ibu, ibu makin perlukan sokongan korang semua dalam apa aspekpun.. Apatah lagi bila ibu lalui detik-detik yang sukar. Selagi kita lakukan sesuatu pekerjaan tu dengan jujur dan ikhlas tanpa rungutan, InsyaAllah, semua tu satu ibadat yang akan dapat ganjaran dari Allah. Allah tak mungkir janji. Ibu akan tunggu saat Dayah buat ibu "jadi ibu yang terpaling happy di dunia".

Bila memohon pada Allah, mohonlah minta yang TERBAIK sebab kita tak tau apa sebenarnya yang terbaik untuk kita. Barangkali sesuatu yang kita hendak sangat tu bukan sesuatu yang terbaik untuk kita... yang kita tak nak tu mungkin something really good for us. Kita tak tau. Ibu selalu minta- nak itu, nak ini dari Allah. Semua Allah makbulkan tapi pengalaman hidup buat ibu sedar bukan semua yang ibu dapat tu terbaik untuk ibu. Namun, berbalik pada Qada dan Qadar.. satu ketentuan yang kita tak tahu. Dugaan menjadikan kita lebih dewasa dan supaya kita lebih dekat dengan Allah. Untuk bersujud..untuk bermohon...untuk berserah..untuk menangis..untuk apa saja. Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambanya. Kemudian, dari pengalaman ibu belajar dan ibu nak sampaikan pada korang semua, berdoalah...

Ya Allah,

Berikanlah kepada aku segala yang terbaik untukku, keluargaku, agamaku, dunia
dan akhiratku..Amin

Percaya pada Allah, Malaikat-malaikatNya, Rasul-rasulNyaNya, KitabNya, Qiamat, Qada & Qadar... kerjakan suruhan-suruhanNya - ucapkan 2 kalimah syahadat, solat 5 waktu, berpuasa Ramadhan, keluarkan zakat dan tunaikan haji bila berkemampuan.. Mohon perlindungan Allah dari kemungkaran.. Ingat, 2 nikmat Allah yang patut disyukuri adalah iman dan kesihatan.

Ibu ajar korang puasa seawal usia belum mencecah 5 tahun dan semua mampu habiskan puasa sebulan walaupun baru belajar puasa! Cuma..korang kena rajin sembahyang sebab sembahyang tu tiang agama. Bila tiada tiang untuk berpaut, kita senang hanyut dan lemas! Kalau lakukan kesilapan, betulkan semula. Kalau sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan. Sayangi semua orang disekeliling kita. Nescaya kita akan disayangi juga. Maafkan siapa saja yang menyakiti hati kita kerana dengan memaafkan, kita senang mendapat hidayah Allah. Mudahkan urusan orang lain kerana Allah akan permudahkan urusan kita.

Ibu sayang korang semua... Taufiq, Hidayah, Dalis, Firman, Zuri, Tisya dan Sufi. Korangpun kena saling menyayangi. Perasaan kasih sayang adalah anugerah Allah yang tak terhingga untuk hambaNya. Ambik berat tentang adik-beradik tak kira sampai bilapun. Itu darah daging kita. Sebusuk-busuk daging, dicuci, dimamah juga. Sesiapa yang buat silap, nasihatkan, maafkan dan bantu dia betulkan kesilapan dia. Jangan hindari orang tu selamanya. Pada saat kita marah, mungkin kita akan jauhkan diri tapi jangan lama-lama. Cepat-cepat kawal kemarahan dan bila kemarahan tu reda, dekati orang tu semula dengan sentuhan yang penuh kasih sayang. Mungkin ibu bukan ibu yang terbaik di dunia tapi dengarlah nasihat ibu ye....