Thursday, January 6, 2011

Anak-anak kembali ke sekolah! Sessi 2011

Muhammad Sufi Firdaus - Tahun 1 Ilmu

Nur Batrisya - 2 Ilmu

Nur Zuriati - 4 Ilmu

Mohd Firman Firdaus - Ting. 1 Digital
&
Nur Firdalis - Ting. 2 Digital

Cute!!




Sufi Firdaus - Selamat memulakan alam persekolahan, anak ibu!

Salam pd semua anak-anak ibu yang masih bersekolah.....

Sekarang dah masuk sessi persekolahan 2011. Ibu sentiasa doakan semoga anak-anak ibu berjaya dalam pelajaran untuk mendapatkan ilmu dunia & akhirat. Mudah-mudahan saat korang tak ada disisi ibu..di sekolah atau dimana saja, para malaikat Allah sentiasa menjaga korang semua dari segala perkara yg tidak baik.

Belajar dgn ikhlas supaya dapat ilmu yang berkat. Keputusan peperiksaan bukan sukatan utk berjaya menjadi insan yg cemerlang. Kerana hidup ini, lebih dari BM, BI, Sejarah, Sains, Matematik dan sebagainya. Bina sahsiah diri agar kita disayangi kemanapun kita pergi. Jalankan tanggungjawab dgn sempurna walaupun hakikatnya tidak ada manusia yg sempurna dalam dunia ni.

Ingat pesanan ibu...

Salam Sayang,
IBU

No comments:

Post a Comment