Tuesday, June 9, 2009

Pagi di LB, Petang di TM, Malam di BB!


9 Jun 2009, Selasa @ Lembah Beringin

Pagi ni, sarapan pagi cekodok ajer.. Lepas sediakan sarapan anak-anak, aku siap dan hantar Dalis pegi sekolah. Kelas tambahan dan motivasi. Kemudian jalan kaki dengan Firman dan Zuri ke Surau As-Saad. Aku daftarkan dorang untuk Kem Aulad. Program 3 hari untuk meningkatkan jati diri anak-anak. Mudah-mudahan anak-anak yang terlibat dgn program ni dapat manfaat dan iktibar dari aktiviti yang dijalankan. Malam esok, Zuri dan Firman akan tido di surau.. Aku suka program-program bina insan seperti ini sebab selain dari mengenali orang lain, bekerja secara kumpulan - kita dapat macam-macam pengalaman dan pelajaran yang kita tak belajar secara formal di sekolah. Tak masuk dalam silibus KBSR pun!

Lepas hantar dorang, baru aku teruskan jalan kaki ke office.... Hmmm.. merah punch card aku..8:01. Ahhh!! Apa aku kisah! Aku selalu balik lambat.. Kul 5.30 ke atas. Tak caya tengok punch card aku!

Hari ni dah diumumkan - Lembah Beringin tak de elektrik dari jam 7.30am - 10pm. Tapi di KYUEM, generator akan bekalkan elektrik sampai jam 2pm je. Anak-anak yang tinggal di rumah - Dayah, Tisya dan Sufi waktu aku telefon tadi masih tido dan letrik ada. Elokla.. Sarapan dorang aku dah sediakan atas meja. Cekodok for life! Air teh O. Malam tadi baru lagi kita pekena Nescafe Hot One kan? Aahhhh! Ada lagi sorang anak aku, Taufiq kat TM. Baru malam tadi balik dengan Syakir dari KL. Mesti tengah tido..

Aku, as usual breakfast di Dining Hall. Actually, tak la lapar sangat tapi breakfast time ni bagi aku masa untuk bersosial dengan kawan-kawan lain yang bukan satu department dgn aku. Untuk merapatkan silaturahim. Maklumlah di KYUEM ni bukan setakat jadi rakan sekerja aje, malah jiran sekampung! All under ONE 'roof'. Macam-macam topik yang dibualkan. Every day different topic but interesting.

Yaaaaaahooooo!! Aku baru dapat email dari HM, due to no electricity supply, hari ni office close awal i.e 2pm. Boleh la aku balik rumah. Layan anak-anak, kemas rumah. Petrol aku dah nak kering. Mesti gak balik TM hari ni refill petrol. Esok, Pak Sidek akan hantar aku dan Zamira ke SSF (tak tau lagi Jln TAR atau Sg Buloh) untuk shopping barang-barang bungkus hadiah-hadiah Award's Day nanti. Senang lagi pakai driver. Tak payah aku drive and penat -penat cari parking. Unfortunately, there will be Award's Day Briefing at 4pm. Jadi, Rog aku tak dapat la attend. BTW, Shida and Asiah will be there.

As far as my work is concerned, ..dah selesai. Awaiting for the next intake. The Juniors will be migrated to Seniors. Current Seniors are leaving. September, most of them will already be in the UK. Hmmm..terkenang time aku gi UK dulu. Mudah-mudahan anak-anak akupun akan menjejakkan kaki ke luar negara untuk sambung belajar. Nak bawa anak-anak pegi bercuti..nampaknya tak de la..tapi kalau ada rezki lebih dan lapang..Alhamdulillah. Tak dapat aku bayangkan, kecoh London anak-anak aku buat! Boleh terbalik patung-patung wax kat Madamme Tussaud tu!
Since petang dah tak ada keje, aku balik TM dengan Dayah, Tisya dan Sufi. Ambik Taufiq dan Syakir kat Sri Pinang bawa gi Man Gado-gado. Alaaaahai! Gado-gado pulak habis. Aku terpaksa order mee curry dan anak-anak order nasi ayam. Selesai makan balik LB, ambik Dalis kat sekolah, tunggu Firman dan Zuri balik dari motivasi dan bergerak ke Bukit Beruntung, rumah Kayom.
Malam di Bukit Beruntong....
Anak-anak semua kepenatan tapi seronok berkumpul.. Akhirnya yang kecik-kecik tido, yang dah besar masih berjaga. Selesai makan, dah kekenyangan semua dah nak tido tapi bukan awalpun..dekat pukul 2 pagi. Aku pun tak sabar-sabar nak tido mengenangkan esok pagi terpaksa bangun awal dan bergerak balik ke LB nak anta Dalis gi sekolah, Firman dan Zuri gi motivasi dan aku masuk keje kul 8am. Ntan-ntah, punch card aku merah gak...Heheheheh!

No comments:

Post a Comment