1.Khairul Bariah - DOB: 23hb June 19XX. Ini kakak aku yang sulong. Kami semua panggil kakak. Pengamal madu, jamu, herba-herba flora dan fauna. Koleksi makanan-cendawan Forever Young, bunga ros, bunga kekwa! Tu sebab dia awet muda. Stamina masih kuat. Fuh!! Korang tak tengok dia tolak kereta Iswara dia! Bionic woman!! Tapi kakak ni sentimental and romantic. Tengok rumah diapun korang dah boleh tau. Rumah dia redup ajer dengan pohon-pohon hijau. Ada satu pokok dalam pasu kat rumah dia, nama pokok tu "Gelombang Cinta".... Kakak ngajar muzik kat 'sekolah untuk cikgu-cikgu'. Ha..dah ada cucu.
2. Hairani - Lahir pada 29hb April 1957. Kami adik beradik panggil Nyah. Agaknya masa omak lahirkan Nyah, cakerawala berpusing pada kedudukan yang macamana ye?? She is one of a kind! Dialah partner aku menari "Joget Jauh Pandangan". She hardly remember names! Nama orang boleh bertukar-tukar jadi macam-macam. Sekali pandang, orang kata Sharifah Aini. 2x pandang, confirm bukan. Sebab trade mark hidung Rawa memang terserlah! Hahahaha!
Kakak, Nyah dan Omak, jika diizinkan Tuhan akan berangkat ke Tanah Suci pada 15th August buat Umrah. InsyaAllah. Mudah-mudahan berkat ibadat, selamat pergi dan selamat kembali.
3. Khirruddin - lahir pada 7hb Mac 1959. Pulang ke rahmatullah pada 2 Mac 2007. The eldest son in the family. Funny and jovial. Over-protective brother sampai orang kampung takut nak kacau adik-beradik perempuan dia. Penah dapat gelaran DIN BUNTIL sebab seluar-seluar dia made from buntil-buntil beras... (nanti aku upload gambar dia). Aku tak simpan gambar dia dlm hp aku..sebab hati aku rasa sayu bila tengok nanti. Best is..biar wajah dia dalam ingatan aku je la..Satu-satunya orang yang panggil aku Kariyah. Hari ni... takde lagi orang yg panggil aku dgn nama tu...
4. Khairiati - lahir pada 18 Nov 1960. Gelaran yang diiktiraf ialah "Kaki Kicik". Kaki kicikpun tapi power oii! Kalau gi shopping, orang semua dah surrender, dia ligat lagi. Sampai berbijik betis kita, dia masih penuh semangat bershopping siap high heels lagi. Dulu masa muda-muda..alahai....kecik dan kemetot ajer tapi sekarang..wow!! Kalau timbang ikut kilo, banyak dapat. Bukan Ati sorang ajer. Semua anak-anak abah dan Omak "membesar bagai johan". Agaknya penangan makan hasil tepung gandum - apam, cekodok, lempeng, lepat dan macam-macam lagi! Maklumla, adik-beradik ramai..jadi tepung la makanan ruji yang dapat menampung semua perut. "Cekodok for life!"
5. Khairommin Alfishah - Lahir pada 23 Februari 1963. Adik beradik lain panggil Keyom. Tapi aku panggil Kayom. Taiko Bukit Beruntung!! Sekali dia "hahh", berasap terus. Daun serai daun gaharu, belum try, belum tahu! Dulu, badan dia macam papan lapis tapi sekarang dah berlapis-lapis! Taik lalat diapun makin berisi dan ada macam-macam kegunaan. Kalau korang nak tau, dalam taik lalat tu la ilmu dia disimpan. Selain tu, kalau nak tau dia demam atau tak, boleh rasa taik lalat dia panas..dan kalau dia nak berkomunikasi, dia boleh guna taik lalat tu sebagai blutooth atau infra-red!!! Huah!Huah!Huah! Tapi bila dia menyakat orang, aku rasa nak ajer tarik taik lalat tu dan paku kat pokok!
6. Khairur Rohimin - Lahir pada 12hb Mac 1964. Ini abang aku yang kedua. Panggil Emin. Dulu waktu dia muda-muda, dan suka enjoy sana sini, abah panggil Tok Siak. Akhirnya, doa abah makbul. Sekarang dia Pengerusi Masjid Ar-Rahman Ulu Bernam. Alhamdulillah... Dulu waktu muda, dia ala Lionel Ritchie - pun Jaguh Breakdance tapi sekarang Jaguh angkat berat..kategori gas 12 - 14kg! Sepanjang aku duduk Lembah Beringin ni, gas aku ditaja oleh Rohimin Gas. Jimat duit aku. Masa aku tak de transport nak berulang-alik ke TM, dialah yang selalu ambik dan anta aku dan anak-anak aku LB-TM-LB. Terima kasih Min.
7. Khairul Lila - lahir pada 28hb June 1965. Jaguh Breakdance 1980an! Jaguh Roller Skating! Dulu setakat nak spinning, no problem. Tapi hari ni, tak larat dah badan dah berat. Ohhh ye! Bukan takat spinning kepala, spinning lidah pun boleh, beb! Kah!kah!Kah! Lila mesti marah aku pasal pecahkan rahsia dia kat blog aku. What to do eh!! Hari ni, dunia dah maju. Lila dah jadi jaguh kayuh basikal laju kat Pekan T.Malim. Ada lagi...jaguh tarik hama resdung! Ha, apa tu? Lu pikirlah sendiri!
8. Khairiyah - akulah! Lahir pada 23hb April 1968. Tahun ni aku dah 41 tahun. Omak, Abah, adik beradik dan family dan kawan-kawan rapat panggil aku Keyah.. Aku dilahirkan dalam keluarga yang besar, ditemukan jodoh dengan orang dari saiz keluarga yang besar, dikurniakan bilangan anak yang besar! Hidup aku tak pernah sunyi. Dirumah dah tentu bising, di tempat keje, students pulak buat bising. Tapi itulah kehidupan aku. Masa aku kerja di IIC, aku terpaksa commute Serdang - Bt Caves setiap hari. Waktu dalam kereta, waktu kenderaan merangkak-rangkak di jalan raya, that was the only time to be alone..driving, listening to radio and layan macam-macam benda dalam otak.. Bila dah penat drive and rugi bazirkan petrol, aku singgah Esso, get me a nice maggi hot cup! Hmmmm..jadilah.
9. Khairizon - lahir pada 10th July 1971. Panggilan Kejun @ Kincut!! heheheh! Jangan marah. Abah panggil dia Seri Dewi Malam sebab masa dia keci-kecik dulu, bila siang comot ajer merayap sana sini main guli (Jaguh Kampung Main Guli) dah malam baru mandi, berbedak cantik-cantik, baju lawa-lawa dan tido... Selain tu, Kejun pun Jaguh Tikam sampai Tanabalan takut kalau Kjun datang kedai dia.. Mesti menang. Kalau pasal cari barang-barang murah, dialah orangnya! Masa kecik-kecik juga, dia ni takut dengan polis. Jadi aku dan Lila selalu takutkan dia sampai menyorok belakang pintu. Aku penah ikat Kejun kat tiang (masa tu Hari Raya), kononnya dia kuda aku tapi bila orang gila datang, aku lari masuk rumah tinggalkan dia!! Dia main rentap aje tali gaun yg aku ikat kat tiang sampai koyak baju tu!! Hehehhe!
10. Khairul Erman - lahir sama hari dengan aku. 23 April 1975. Masa tu aku cakap pada mak nak kek besar untuk harijadi aku 7 tahun. Alih-alih mak pun beranak..Lahirlah si Erman ni. Masa kecik dulu comel tapi sekarang comot! Waaakakkakakaka! Cutting badan sebijik macam arwah abah. Lebih samseng dari Shariff Dol, samseng Kampung Dusun. Dalam hidup dia, aku tak tau berapa kali dia accident motor. Aku pun penahlah accident masa naik motor dengan dia!
Anak-anak Omak dan Abah semuanya "Supermen and Superwomen"... Despite of what we had been through, we are still together..enjoying our days. Kami lalui banyak kepayahan tapi setiap kepayahan kami lalui dengan tabah dan hiasi dengan hilai tawa. Kami membesar dalam satu rumah. Rumah Sri Pinang menyimpan banyak sejarah suka duka kami semua. Hari ni kami berada dirumah masing-masing - Kakak di Bangi, Nyah di Pantai Bharu, Ati di Tegal, Kayom di Bukit Beruntong, Emin di Tg Malim, Lila (tuan rumah - Sri Pinang), aku di Lembah Beringin, Kjun di Bukit Idaman, dan Erman di Damansara. Tapi kami selalu berjumpa. Bila berjalan, kami convoi ramai-ramai. Kalau korang nak tau, berkumpul dengan keluarga is an effective mental therapy. Don't lead a lonely life. Be with your family. Appreciate each other. (pesanan ini ditaja oleh ROHIMIN GAS)
Inilah keluarga Pak Anjang aku..yang selalu aku kagumi semonjak dari kocik lagi...Apatah lagi rumah Sri Pinang inilah tompat aku bermain.......Memang botol aku sendiri teraso kehilangan Abg udin...............pak Anjang yang sentiasa mempunyai cerita2 yang menarik...
ReplyDeleteAku sentiasa berdoa akan kebhagiaan keluarga Pak Anjang aku ni.....May God Bless all of you...
Hai Aa, Terimakasih kerana mendoakan kami.. Mudah-mudahan kita semua bahagia hingga ke hujung nyawa
ReplyDeleteItulah nikmet Tuhen. Aku pulo onom boleh (sixteen) dan yang sulong pulo. bayangken lah macom mano..... abah motong gotah jo campor2 tanom jagoung..
ReplyDeleteOndek...aku kalau donga ughang adik beradik ramai..rasa kombang-kompeh dada dek seronok tau kilan. Betapa bosanya pengorbanan omak-abah kita membosakan anak-anak seramai itu ye!Mesti litak masak & cuci pinggan bila keluarga berkumpul. Aku dan Aa Aa dari keluarga yang bosa gak. tapi Raobidor..kauu lg hebat!!
ReplyDeleteMacom mano rayoo? Kami setongah jo pulang, tapi itu pun dah ponuh dari anjung sampei ke dapo. Nak cari tompek lending pun susah. Tapi itulah nikmet berkeluargo godang. Sekali hadop 'breakfast' pagi rayo ompek iko ayom selosei. Itu olun lai yang nak dijamu kek urang...
ReplyDeleteAyam 7 ekor! Selosai. Daging tiga boleh kilo selosai. Gula 20 kilo selosai!! Sendawa bedegogah! Kepala lutuit dah nak tanggal..litak masak, cuci pinggan, komeh rumah! Sedara mara berkumpul! Ughang rawa kalau dapek bughak mana ingek apa2! Longuh rahang dek golak!!
ReplyDelete