Thursday, June 18, 2009

Muhasabah Diri.......

Sepanjang usia aku, aku sedar aku buat banyak kesilapan dalam hidup ni... Saat aku melakukan kesilapan demi kesilapan, aku sebenarnya sedar semua kesilapan tu namun entah kenapa aku biarkan kesilapan itu terus berlaku. Namun aku selalu berharap agar waktu dan keadaan akan memberi titik noktah. Bila demikian itu berlaku, aku lantas akan bersyukur. Kemudian merasa sesal yang teramat. Lalu terfikir, andai aku dapat pusingkan putaran masa ke belakang, aku berharap bahawa aku TIDAK PERNAH melakukan satupun dari kesilapan tu!

Kenapa semua ni boleh terjadi sedangkan kita punya pilihan??? Aku percaya, pada ketika itu desakan naluri memberi isyarat pada emosi bukan pada pemikiran yang waras! Yang nyata dan menyedihkan lagi, apabila setiap kesilapan itu memberi kesan pada orang lain samada kita sengaja atau tidak.....

Aku pasti telah menyakiti hati ramai orang terutama yang paling dekat dgn aku. Aku pasti telah membuat insan lain kecewa dan marah dgn sikapku. Setiap manusia mempunyai maruah diri tapi kadang-kala melakukan sesuatu yang tak tercapai dek akal! Pernahkah aku merancang untuk menyakitkan hati sesiapa? TIDAK! Tak pernah terlintaspun. Apatah lagi menyakiti hati orang-orang yang rapat dgn aku, yang pernah sama-sama berkongsi kasih-sayang dan kenangan dengan aku! Lebih-lebih lagi yang sama seperti aku - seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu, seorang kakak! Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Kini, disaat usiaku mencecah 41 tahun, kepada semua yang pernah aku sakiti, percayalah bahawa aku amat sesal dgn sikapku. Percayalah bahawa, aku tidak sempurna. Percayalah bahawa aku masih disini menanti kemaafan.. Percayalah bahawa aku juga seringkali disakiti. Sering dikhianati. Sering terpaksa menjadi gagah walaupun hakikatnya aku semakin hilang kekuatan. Semakin lemah sehingga aku tercari-cari kehadiran sesiapa saja yang dapat memberi aku perlindungan. Memberi kekuatan disaat aku semakin lemah. Memberi sentuhan kasih sayang disaat aku memerlukan belaian. Menenangkan aku dikala aku resah. Menghulurkan tangan disaat aku kehilangan arah.. Percayalah, bukan senang untuk 'survive' sendirian. Dalam usahaku untuk 'survive', harus aku akui - terlalu banyak dugaan dan rintangan yang aku lalui. Sekuat manapun aku, kadang-kala aku kecundang. Aku sering terpaksa berjuang.




Namun dalam lumrah kehidupan, setiap perkara baik dan buruk yang kita lakukan akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah swt justru Allah itu Maha Adil. Aku percaya Tuhan akan membalas setiap perbuatanku.

Sesungguhnya, aku mahu jadi seorang ibu yang baik kepada 7 orang anak-anakku.Aku mohon agar Allah swt menguatkan keimanan dan ketaqwaanku. Sesungguhnya aku tidak sempurna namun aku mohon diperelokkan keperibadianku. Jauhi aku dari pujuk rayu syaitan yg sentiasa mahu menyesatkan.
Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu
sebagaimana Engkau menyinari Bumi dengan cahaya MatahariMu.
Wahai Tuhan Yang Membuka,
wahai Tuhan Yang Mengetahui;
bukakanlah hatiku dengan pembukaan yang hampir.
Wahai Tuhan Yang Membuka. Wahai Tuhan Yang Mengetahui.

No comments:

Post a Comment