
Tapi hari ini, bila kita lihat semula segala kepayahan yang pernah kita harungi, kita akan akui pada diri sendiri, setiap episod yang sukar itu telah mengajar kita menjadi lebih dewasa dan matang untuk menilai baik buruk sesuatu keadaan. Mengajar kita membena kekuatan dan jatidiri. Telah mengangkat keimanan kita kerana pada ketika itu, hanya Allah yg Maha Mendengar segala isihati kita dan padaNya jualah kita luahkan segalanya..
Pada ketika kesusahan dan kepayahan membelenggu hidup kita, ketika itulah sebenarnya masa kita sedar segala kesilapan dan kelemahan diri kita dan barulah kita cuba perbaiki diri kita dengan harapan segalanya tidak akan berulang lagi.
Dalam surah Al-Insyirah..antara lain menyebut "selepas setiap kesusahan itu ada kesenangan.." Percayalah pada janji Allah.
No comments:
Post a Comment