Zuri, Tisya & Sufi tak pegi sekolah semalam sebab kawan-kawan lain ada lawatan ke Zoo Negara. Jadi dorang tinggal kat rumah bertiga. Tapi gambar kat bawah ni gambar yang diambil kat Zoo juga! Tahun 2008. So colourful kan??
Bila aku balik lunch, rumah memang berantakan! Macam kena lamggar garuda. Entahlah..sabar jelah.. Yang penting dorang selamat dan tak buat apa-apa yg merbahaya. Balik petang, selepas solat Asar akupun terus masak untuk berbuka puasa. Ayam masak bercili. Beberapa ketul, aku goreng biasa untuk makan dengan sambal belacan dan ulam petai. Rebung masak lemak semalam dah licin... Eloklah. Aku nak anak-anak belajar makan lauk kampung. Ada yang dorang boleh terima, ada gak yg dorang reject! Sebelum buka puasa, aku sempat goreng pisang nangka! Beriye-iye anak-anak aku makan.. Hmm dorang ni pun macam aku gak. Suka makan goreng pisang nangka. Hari ni apa pulak aku nak masak??
Haii..semalam yang merunsingkan aku - Taufiq. Bukan semalam ajer..tiap hari sebenarnya. Banyak yang merisaukan... terutama pasal pelajaran. Dah penat aku bagi nasihat, dah penat aku marah. SPM makin dekat. Taufiq tak tekun belajar. Ada jer alasan dia yang boleh buat angin aku naik satu badan. Dah penat aku bagi motivasi, dah penat aku bagi sokongan... Menghadapi kerenah Taufiq memang satu cabaran yang besar untuk aku. Apatah lagi terpaksa sorang-sorang mengendalikan kerenah dia ni. Kadang-kadang, aku rasa aku makin tak kenal anak lelaki aku ni. Aku tak tau apa sebenarnya prioriti dalam hidup dia sebab tak satu perkara pun dia buat serius dan bersungguh-sungguh. Sedih tak usah cerita.
Kadang-kadang aku wish ada seseorang yang mampu memberi nasihat pd Taufiq sehingga betul-betul menyedarkan dia pada tanggungjawab dia....sampai ke satu tahap, aku rasa nak surrender. Tak kuasa lagi nak marah, tak kuasa lagi nak nasihat. Fikirlah sendiri... Tapi, boleh ke aku putus asa? Boleh ke aku mengaku kalah? Rasanya, selagi aku boleh bercakap selagi tu aku akan terus berleter menasihatkan anak-anak aku.
Doa aku cuma satu, mudah-mudahan dia berjaya dalam SPM dan dapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya, keluarga dan berjaya dalam hidup....
Doa aku cuma satu, mudah-mudahan dia berjaya dalam SPM dan dapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya, keluarga dan berjaya dalam hidup....
No comments:
Post a Comment