Tuesday, December 28, 2010

Selamat Harijadi Sufi - 6 tahun!!






Salam.

25hb Disember 2010,

Anak ibu yg paling kecik, paling comel, bijak (semua mcm IBU....hehehehe) "SELAMAT HARI JADI" semoga anak ibu, Muhmammad Sufi Firdaus sentiasa beroleh limpahan rahmat dari Allah di dunia & di akhirat. Dikurniakan nikmat iman & kesihatan. Menjadi anak yg soleh...yg doanya akan sampai kepada ibu, bila ibu dah kembali ke alam baqa' yer... InsyaAllah.

Hari jadi Sufi yg ke-enam tahun berlalu cepat sangat sayang sebab semua sibuk dgn majlis qeqah di Masjid Ar-Rahman, Ulu Bernam. Sufi makin membesar....makin banyak cakap, makin banyak kerenah tapi masih manja lagi dgn ibu. Kadang-kadang, ibu hilang sabar dgn Sufi. Tapi ibu nak Sufi tau, walaupun ibu marah Sufi, kasih sayang ibu tak pernah luak. Ibu sayang Sufi. Ingat tu sampai bila-bila tau.

Potong kek pun kita buat pd 27hb Disember 2010...lewat 2 hari, bukan ibu lupa tapi kita sibuk sangat kat rumah Tg Malim.

Tapi Sufi dah tak sabar-sabar nak masuk sekolah Darjah 1. Bila tengok Sufi pakai baju sekolah, lengkap dgn tali leher... u look so gorgeous, my dear!!! Gerenti anak ibu membesar jadi seorang jejaka yg tampan, digilai ramai anak-anak gadis!!! Hahahaha!! Tapi paras rupa tak sepenting hati yg mulia. Jadilah hamba Allah dicarta yg teratas.

Bila borak dgn Sufi, Sufi ada macam-macam angan-angan bila besar nanti. Kelakar ibu dengar. Tapi yg buat ibu tersentuh, nak sediakan rumah agam yg ada lif utk ibu! Hahaha! Nak bawa ibu jalan-jalan. InsyaAllah, mudah-mudahan panjang umur kita & dilapangkan rezki utk mencapai impian tu satu hari nanti....

So, my final word "MUUUUUUUUUAHHHHS!!"




No comments:

Post a Comment