Tengok anak-anak semakin sihat, aku rasa senang hati...balik lunch tadi, Sufi kejar aku kat tangga dgn muka yg ceria. Kemudian tengok pulak muka Tisya..nampak ceria jugak. Kemudian Zuri, tengah mandi tapi senyum kat aku! Firman..tido! Masih keletihan selepas demam dari hari Sabtu malam. Dalis pun nampak hepi bercerita tentang hal-hal yg berlaku kat sekolah. Alhamdulillah..anak-anak ibu dah beransur sihat... Aku teringat aku cakap pada Firman hari Selasa malam Khamis masa gi makan kat Kajang Utama.."setiap penyakit dan kesusahan, atau apa saja musibah yg Allah turunkan pada kita, pasti ada hikmah! Ibu tengok Firman makin hensem sebab dah kurus sikit!" Firman mengangguk sambil tersenyum.. Hmmm ..hensem anak ibu!
Waktu menjaga anak-anak yg sakit beramai2 serentak memang waktu yang menguji banyak kesabaran kita di segi mental dan fizikal. Apatah lagi dalam keadaan yg aku sendiri tak sihat sangat. Tapi aku kena kuatkan semangat. Apapun yang berlaku, aku masih mampu tersenyum. Masih ada selera nak makan...yang penting aku masih boleh ketawa dgn anak-anak!!!
Makin hari, semakin banyak yg aku lalui dalam hidup aku. Banyak perkara yang aku belajar... Berjumpa dan berborak dgn kawan-kawan lama di FB, berkongsi pengalaman hidup, cerita suka duka..cerita tentang anak-anak..flashback kisah lama..memang menyeronokkan. Buat aku ketawa sorang-sorang kat dalam ofis aku ni....
Hmmmm...hari ni dah hari Khamis. Cepat masa berlalu. Tak lama lagi datanglah Ramadhan..terasa sayu pulak hati.. teringat lagu.."Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dgn sempurna..". Omak, Nyah dan Kakak akan berangkat ke Tanah Suci pada 15hb. Ogos ni. Seronok dorang dapat berpuasa di sana seminggu. Doakan yang baik-baik untuk keluarga kita. Mohon dipanjangkan umur dengan nikmat iman, nikmat kesihatan dan segala yg terbaik disisi Allah swt. Mohon petunjuk agar kita semua selamat sejahtera di dunia dan di akhirat.
Bulan 9, Dalis exam UPSR..kemudian Taufiq ambik SPM bulan 11. Ibu doakan korang berjaya dalam peperiksaan. Dah tentu ibu nak korang berjaya dgn cemerlang. Berusahalah bersungguh-sungguh. Sembahyang dan doa banyak-banyak. Tawakal. Tapi apapun keputusan yg korang dapat, ibu terima.
Shopping baju raya?? Belum lagi...tak tau bila tapi dah nampak banyak duit nak kene keluar! Penat bershopping satu hal lagi dalam keadaan berpuasa. Nak cari tempat berbuka lagi...fuhhh!! Yang syok bulan puasa adalah sembahyang Terawih di masjid/surau. Saat berjemaah, dgn suara imam yang memecah kesunyian..terasa satu ketenangan yg tak dapat nak digambarkan. Sesekali terasa sayuuuuuuuuuuuu. Insaf! Saat makan/minum lepas terawih dgn macam-macam juadah, rasa macam tak kenyang!! heheheheeh!!
alhamdulillah anak2 sis sumer dah sihat.. saya pun, if anak2 tak sihat, mmg risau sgt2.. takleh tido malam dibuatnya.. tc
ReplyDeleteTerimakasih...memang, rasa tido pun tak lena tp
ReplyDeletemakan tetap kenyang!! Mudah2an bln Ramadhan nanti sume sihat walafiat. Dapat mengerjakan ibadat puasa dgn sempurna