Thursday, August 20, 2009

Fadhilat Solat Terawih sepanjang Ramadhan Al-Mubarak

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T

Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.

Malam 4 :
Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Maamur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.

Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.

Malam 11 :
Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukkan.

Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.

Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 :
Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 :
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18 :
Seru Malaikat : Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 :
Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.

Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 :
Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :
Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.

Malam 26 :
Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 :
Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.

Malam 28 :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.

Malam 29 :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 :
Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ; "Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kauthar

No comments:

Post a Comment