Thursday, July 15, 2010

Registration Day at Kolej Komuniti Selayang


13 Julai 2010,
Syukur Alhamdulillah, Taufiq dapat sambung belajar ke Kolej Komuniti Selayang.. Ibu tak menaruh harapan besar agar Taufiq berjaya dalam pelajaran sebab yang penting berjaya dalam hidup. Jadi manusia yg berguna utk sesama manusia terutama keluarga yg bakal dibina nanti.

Untuk itu, ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan tu amat penting. Setiap usaha yg gigih akan dibalas dgn kejayaan. Ibu yakin Taufiq boleh lakukan dan boleh berjaya dgn cemerlang berbekalkan bakat dan daya kreativiti yg tinggi, kursus Multimedia Grafik (Animasi) memang pilihan yg terbaik utk Taufiq. Doa ibu akan sentiasa mengiringi Taufiq.

Hari pendaftaran Taufiq adalah hari yang paling memenatkan kita tapi ibu rasa hepi jer sebab Taufiq dapat masuk kolej IPTA di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Inilah langkah pertama Taufiq utk menempa kejayaan. Buat bersungguh-sungguh. Ingat tanggungjawab Taufiq - sebagai anak, abg pada 6 adik, pelajar, bakal menjadi seorang ketua keluarga. Semua tanggungjawab ni terhimpun menjadi satu - sebagai hamba Allah. Ingat, setiap pekerjaan yg baik itu satu ibadat. Jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu.

Sekarang Taufiq kena hidup berdikari. Ingatkan diri sendiri utk melakukan hal-hal yg baik. Jaga pergaulan, tata tertib, adab sopan supaya kehadiran kita di dunia ni tidak menyusahkan orang lain.

Tapi kelakar, macam-macam jadi pada hari Pendaftaran. Ada yg ingat Taufiq pelajar OKU sebab diam tak bercakap. Dorang ingat Taufiq bisu. Hehehehe! Tu la...jgn blur sangat. Bina keyakinan & jatidiri sebab Taufiq bukan budak sekolah lagi. Dah masuk kolej pun. Nak enjoy bukan tak boleh but must draw a line. Berdisiplin. Ibu takkan halang Taufiq utk enjoy sbb kalau ibu halang, Taufiq akan rugi masa remaja Taufiq...just go ahead tp ingat...waktu ni, komitmen penting. Prioriti adalah pelajaran. Sampingan baru enjoy bersama kawan-kawan sbb semua yg berlaku hari ini akan jadi kenangan manis hari esok.

Ingat pesanan ibu...ibu takkan dapat ganti Taufiq dgn org lain...siapapun Taufiq, Taufiq tetap anak ibu tapi jangan kecewakan harapan ibu... I love you so much my dear son...Take care!!

No comments:

Post a Comment