Monday, August 2, 2010

Majlis Tahlil 31 Julai 2010 @ Sri Pinang

Majlis tahlil sempena menyambut Ramadhan kita sambut pada 31 Julai 2010. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah juga berkesempatan semuanya bersolat jemaah Maghrib & Isya' dan juga berjemaah Yasiin. Mudah2an majlis kita dilimpahi rahmat Allah swt. Ramai yg balik tapi ada beberapa ahli yg tak dapat hadir. Walaubagimanapun kehadiran 95%!! Syabas.

Menu tahlil kali ni: ayam masak merah, tomyam, sambal goreng kacang + ikan bilis, sambal belacan, ulam timun, telur dadar (maaf ada yg terhangus sikit, sardin roll, tembikai, air oren, air teh panas, air suam dan kek sempena menyambut harijadi Omak yg ke 77 tahun. Nasi putih yg aku masak 48 pot!!! 3 periuk besar punya + 1 periuk sederhana.

Semoga Ramadhan kali ni bakal jadi Ramadhan yg penuh makna buat kita semua.... Insya~Allah... Hanya beberapa hari saja lagi, Ramadhan akan membuka tirai. Mudah2an kali ni aku sihat & dapat menunaikan solat terawih bersama anak-anak di Surau As-Saad. Mudah2an semua anak2 dan ahli keluarga yg lain sihat walafiat utk menjalani ibadat puasa dan juga terawih... Sesekali terasa sayu...lumrah setiap kali Ramadhan muncul lagi-lagi di usia yg semakin meningkat. Syahdu jer....