Monday, November 15, 2010

Secebis coretan...untuk yang telah pergi... Al-Fatihah





Barangkali, aku bukan anak dari darah daging mereka sendiri, namun pemergian Allahyarham Hj Baharuddin b Jaafar pd bulan Ogos 1990 & Allahyarhamah Hjh Insah bt Buyong pada 31/10/2010 tetap aku rasakan kerana mereka telah ku anggap sebagai ibu & ayah sejak 20 tahun yg lalu....

Mengenali mak, sejak aku masih bersekolah - melihat mak mengayuh basikal pergi menoreh getah...seringkali aku terserempak, mak pasti akan melemparkan senyuman manisnya, dgn tahi lalat di atas bibir, menambah seri pd wajahnya keibuannya...

Aku ingat lagi, pernah bersama-sama mengayuh basikal dgn mak pergi ke hospital TM masa Azman masuk wad. Disitu aku lihat, gigihnya seorang isteri membantu suami & menguruskan keperluan rumahtangga demi suami & ank2 tercinta. Terlalu besar pengorbanan seorang ibu ini.

Biarpun aku lebih rapat dgn Allahyarham Hj Baharuddin b Jaafar pd waktu itu, yg tidak sempat ku panggil 'Abah' tp keakraban dgnnya membuatkan aku terasa seperti anaknya. Sering berkunjung ke rumah, kerana Allahyarham adalah kenalan rapat arwah abah. Tiap kali datang ke rumah, aku akan salam & cium tangannya, dan dia akan memeluk aku smbil berkata ''anak aku''!! Dia sentiasa riang, diwajahnya yg tenang itu sering terukir senyuman, gurauan & tawanya menghiburkan. Tiap kali berkunjung ke rumah dari usia aku 13 tahun sehinggalah sebelum aku berangkat ke UK melanjutkan pelajaran, setiap kali itu, dia pasti akan duduk disisiku, bertanya tentang pelajaran & bergurau....semuanya selalu buat aku ketawa. Katanya ''jadi ank pakcik ye''! Aku cuma senyum...(sebaris ayat inilah antara yg membuat aku bisa bertahan demi menunaikan permintaan seorang yg ku anggap sebagai 'ayah'). Dia adalah salah seorg yg paling berbangga dgn kejayaan aku dlm peperiksaan SPM!

Hampir tengah malam, 7/9/1989 - penerbangan aku ke United Kingdom. Seorang lelaki yg aku anggap ayah ini telah berusaha utk datang ke LTAS walaupun sudah agak terlewat ditemani anak lelakinya, Anuar. Hanya Tuhan yg tau besarnya hati aku ketika itu melihat dia datang & senyum padaku. Allah Maha Pengasih, masih ada kesempatan utk kami bertemu. Aku hulurkan tangan, kucium tangannya. Sebelum aku berangkat, dia memeluk aku smbil berkata, ''ingat, belajar rajin2. Bawa balik kejayaan''. Aku mengangguk. Kemudian dia hulurkan 4 helai duit RM10 untukku...katanya ''ini ajer yg ada dlm beg duit pakcik, ambiklah''! Ya Allah, hanya Engkau yg tahu betapa terharunya aku disaat itu...jumlah yg baginya kecil, tapi bagiku pemberian itu amat besar maknanya. Aku tatap wajahnya, kelihatan tenang sekali..dibibirnya terukir senyuman.

Rupa-rupanya, itulah pertemuan kita yg terakhir. Sekali lagi kita bertemu, kita telah terpisah antara dua alam - nyata & roh. Tiada lagi wajah tenang yg mengukir senyuman manis padaku..tiada lagi gurau sendanya yg buat aku tertawa tapi terus terkenang kata-katanya ''pakcik suka dengar Keyah ketawa''. Dia pergi menemui Penciptanya.... Ya Allah, Engkau himpunkan dia dlm golongan para solihin & limpahilah rahmatMu ke atas rohnya. Seorang ayah yg telah menggunakan seluruh kudratnya utk membesarkan anak-anak yg ramai.

Rentetan pemergian mak pula bermula dgn kesihatan yg sering terjejas, kerosakan fungsi buah pinggang, kemudian hilang selera makan mengakibatkan kekurangan gula dalam darah. Mak semakin lemah..tp wajah mak tetap tenang..tiap kali bertemu, mak pasti memohon kemaafan..begitu juga aku.. Sebagai anak, pastinya aku terharu, tiap kali ucapan itu kudengari dr seorang ibu..

30hb Oct 2010, 8.00pm.....

Tanpa kuketahui, inilah malam terakhir buat mak di alam yg fana' ini, aku, ibuku, anak-anak kecuali Taufiq & Firman mengunjungi mak. Tidak bermaya, terbaring diatas katil, separa sedar. Biarpun dipanggil berkali2, amat sukar utk mak membuka mata. ''Ya Allah, berilah sedikit kekuatan pada ibuku ini agar dpt mendengar suaranya utk seketika...'' bisik hati kecilku. Ku pandang ke wajah mak, walaupun matanya tertutup rapat namun kelihatan bercahaya, cantik & tenang sekali seolah-olah bukan dlm kesakitan. Bibir mak kemerahan. Tiba-tiba mak tersedar.. 'Haus' katanya. Kusandarkan tubuh mak didadaku, kurangkul tubuh mak dalam pelukanku. Ita menyuap mak makan bubur nasi, air laici & air masak! Ku urut-urut dada mak, khuatir jika tersedak. Aku lihat mak mengunyah buah laici. Kelihatan sedap sekali! Terdengar mak berkata 'dah'. Lalu, aku baringkan semula di atas katil, dan tinggikan kepala mak.

Disisi mak, aku duduk smbil memerhati wajahnya dekat-dekat. Tiba-tiba mak membuka mata, membesarkan biji matanya memandang tepat ke wajahku dan berkata ''mak minta maaf''!! Dengan pantas aku terus menjawab ''ye, mak. Kyah pun sama''. Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah memperkenankan doa hambaMu utk mendengar suaranya......aku tatap wajah mak, kulihat airmata mak bergenang. Kemudian mak pejamkan mata. Airmatanya menitis. Mak diam. Terus diam... Aku genggam tangan mak. Lembut sangat.

Sebelum meninggalkan rumah antara jam 9 - 9.30pm, aku pergi temui mak semula. Matanya pejam. Ku kucup dahi mak 2 kali. Kutatap wajah mak yg kelihatan sedang dlm tidur yg lena...''ya Allah, letakkan ibu ku ini dibawah jagaan para malaikatMu. Mak, kyah balik dulu...'' bisik hati kecilku. Anak2 mencium wan...

Rupa-rupanya, mak dalam perjalanan untuk pergi...

31 October 2010, 8.15am,

Aku dgr berita yg menyedihkan...mak telah kembali mengadap penciptaNya. Walaupun sedih dgn pemergian mak namun aku redha. Tidak ada kekesalan sedikitpun kerana Allah telah beri kesempatan terakhir buat kami berdua untuk saling bermaafan. KepadaMu kupanjatkan kesyukuran. Alhamdulillah, rahmatMu tidak terhingga bagiku..

Ya Allah,

Tuhan yg maha pengampun. Ampunilah dosa-dosa kedua-duanya. Sayangilah mereka sepertimana mereka telah menyayangi anak-anak mereka. Lindungilah mereka dari azab kubur & api neraka sepertimana mereka pernah melindungi anak-anak mereka. Engkau terimalah segala amal ibadat mereka dan himpunkanlah mereka dlm golongan hambaMu yg beriman. Limpahilah rahmatMu ke atas mereka.

Ayahandaku Allahyarham Hj Baharuddin b Jaafar & Bondaku Allahyarhamah Hjh Insah bt Buyong, mudah2an kalian sempat mengampunkan dosa-dosa anak-anakmu ini. Doaku akan sentiasa mengiringi kalian. Sejahteralah hendaknya kalian disana....

AL-FATIHAH....