




Jumaat, 11/2/2011
Anak-anak abg, Emin - Hadi & Hafiz ditimpa kecelakaan jlnraya ketika menaiki motor membonceng. Kemalangan berlaku di Jln Changkat Asa, dlm perjalanan pulang dari membeli top-up menuju ke Masjid Ar-Rahman Ulu Bernam utk menunaikan solat Jumaat. Bermula dgn pemandu yg masuk simpang tak bagi signal & kenderaan lain yg HIT & RUN!! Mereka dibawa ke klinik kesihatan Tg Malim, oleh kenderaan Avanza & kemudian menaiki ambulan ke Hospital Slim River utk rawatan lanjut.
Hadi, mengalami luka2 ringan & bengkak dibeberapa anggota badan. Manakala Hafiz, mengalami kecederaan lebih kerana beberapa kali melambung & jatuh di atas kereta & terhempas atas jlnraya... Menyebabkan bengkak dikepala, mata & pipi sebelah kiri, luka2 & lebam2 di kebanyakan anggota badan... Hafiz ditahan di wad pemerhatian selama 4 jam kerana tidak mampu mengingati kejadian tetapi Alhamdulillah, masih kenal dgn ahli keluarga & teman-teman yg datang.
Keputusan x-ray samada Hadi, mahupun Hafiz tidak menunjukkan ada tulang yg patah tetapi paru2 Hafiz bengkak sedikit akibat dari hempasan kuat diatas jlnraya menyebabkan kesesakan nafas. Kedua-duanya dirawat sbg pesakit luar. Kini, berada dirumah tetapi dlm perawatan & jagaan rapi umi mereka, Badriza & tok, Hjh Kholijah & terus dikunjungi oleh ahli keluarga & teman-teman.
Diatas apa yg berlaku, syukur alhamdulillah.. kerana tidak ada kecederaan yg serius. Banyak dugaan yg kita lalui kebelakangan ini, lepas Erman, Dalis, kakak masuk hospital kemudian Hafiz & Hadi pula. Mudah-mudahan disebalik semua dugaan ini, kita menjadi lebih kuat. Lebih sabar. Lebih ingat padaNya. Lebih mengerti betapa pentingnya keluarga disisi. Mudah-mudahan kita tetap akan bersama dlm suka, dlm duka, dlm susah & payah.... InsyaAllah