Blog ini khusus utk anak-anak - Taufiq,Dayah,Dalis, Firman,Zuri,Tisya & Sufi.Juga buat Omak - Hjh Naharowiah bt Tajuddin,adik beradik-Kakak,Nyah,Ati,Kayom,Emin,Lila,Kejun & Erman. Ingatan yang tak pernah padam pd 2 org yg pernah berkongsi kasih sayang, suka duka..Abah, Harun b Yahaya (meninggal 2/11/1994) dan Udin (meninggal 2/3/2007).Al-Fatihah. Kpd semua-T/kasih kerana memberi kasih-sayang & waktu.
Monday, December 31, 2012
Adeos 2012.....0la 2013
Telah berlalu hari-hari yang indah...telah pergi hari-hari yg duka.... telah ditempuhi segala dugaan dan ujian sepanjang 2012. Pahit atau manis, semuanya menjadi kenangan yg akan terus tersimpan dalam lipatan sejarah. Memori tidak akan berulang tapi akan terus tercatat tanpa pena, bersatu dalam hati dan minda..... Suka atau duka, tiada lagi tangisan, tiada lagi tawa tapi mengenang kembali setiap episod kehidupan itu, pastinya bibir mengukir senyuman kerana segalanya telah dilalui dgn tenang, sabar dan penuh kecekalan tidak terhitung lagi kebahagiaan yang mengisi sanubari.
Hari ini, 31 Disember, adalah hari terakhir 2012. Akan tertutup tirai 2012 menjelang 12:00am nanti... 2013 bakal membuka tirainya... Saat ini, aku tertanya-tanya apakah yang ada disebalik tirai itu?? Impian, harapan, hasrat, keinginan semuanya pasti mengharapkan segala yg manis, indah dan ceria. Namun kalau semuanya cantik dan indah lagi sempurna, itu bukan dunia. Itu adalah syurga!Hakikatnya...pasti ada duka, pasti ada kecewa, pasti ada ujian & dugaan yg harus ditempuhi dgn semangat waja.
Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat kurniaMu, tidak kira bahagia atau kecewa, kerana dari kebahagiaan aku belajar utk menikmati anugerahMu yang terhebat dan dari kekecewaan aku belajar untuk menjadi seorang yang hebat. Tidak ada sesuatupun berlaku tanpa izin restuMu.. Namun, dari zatMu yang hebat.. aku sentiasa bermohon perlindunganMu dari hati yg tidak pernah bersyukur, dari jiwa yang sempit, dari dosa dan noda. Aku mohon hidayahMu sepanjang perjalanan hidupku agar aku tidak tersasar dari landasan agamaMu. Sampai saat ini, terlalu banyak dosa-dosaku, terlalu sedikit amalanku, terlalu rapuh imanku, terlalu lemah tubuhku.... Astagfirullahal'aziim3x!! Kuatkanlah keimananku Ya Rabb, agar aku bisa kekal teguh mencari redhaMu...kerana pada penghujung kehidupan ini, aku mengharapkan JannahMu sebagai tempat tinggalku... Disitu aku mahu bertemu setiap orang yang aku sayangi... Perkenankanlah ya Allah, perkenankanlah Ya Rahiim, perkenankanlah Ya Rahmaan...
Ya Allah, Tuhan Maha Pencipta sekelian alam semesta...
DibumiMu tempat aku berpijak, didada langitMu aku menadah tangan,berkatilah setiap kebaikan yang aku kerjakan untuk Ibuku, anak-anakku, keluargaku, saudara-maraku dan sahabat-sahabatku agar aku bisa membahagiakan setiap dari mereka... Lapangkanlah rezekiku agar aku dapat berkongsi dgn mereka apa yang aku perolehi dariMu... Kurniakan kepada aku tubuh badan yang sihat, hati yang cekal dan minda yg cergas agar dari kesemuanya aku dapat berjuang untuk diriku dan untuk setiap insan yang aku sayangi... Demi Tuhanku, sesungguhnya hidup dan matiku adalah keranaMu. Tidak ada selainMu... Cukuplah Engkau bagiku....
Ya Allah, andai nanti ada hari-hari yg duka mengisi episod perjalanan hidupku, bekalkanlah aku kekuatan untuk terus bertahan. Titipkanlah kesabaran padaku. Tunjukkan aku penyelesaian yang terbaik agar segala duka akan bertukar bahagia dgn sekelip mata... Jadikanlah aku hambaMu yang redha, yg sentiasa tersenyum menghadapi musibah, yang mampu bangkit dari rebah, yang sentiasa mengucap SYUKUR ALHAMDULILLAH!!
Ya Allah,
Semalam telahpun aku tempuhi.... Hari ini telah aku lalui sebahagiannya, esok masih misteri... Namun aku percaya, dengan mengingatiMu, segalanya akan menjadi indah. Ketenangan takkan pernah hilang dalam gundah. MencintaiMu tanpa jemu... Mengharap redhaMu dalam setiap langkah perjalananku....
Aamiin.... Aamiin... Aamin Ya Rabbal'alaamiin.....
Subscribe to:
Posts (Atom)