24 April 09
Hantar Dalis ke sekolah ada program Motivasi. According to Dalis, there will be Owl Session at nite. Minta2 Allah lindungi anak aku. Dayah is not coming back this weekend because there will be Coral Speaking competition. Mudah2an menang. Back to Tg Malim after work. Buat groceries shopping dulu kat Grand Union dengan Lila. Pastu terus gi beli burger kat Taman Bahtera. 17 biji. Dah kira cukup-cukup. Untuk aku anak beranak, Emin anak beranak, Lila dan Omak. Tiba-tiba time nak makan Id dan Im pulak sampai. Aku terus makan burger laju-laju (heheheh...tak nak kongsi sebab perut aku lapar sangat!). Jadi Lila dan Omak terpaksalah beralah dan berkongsi dengan budak-budak berdua ni.
Dah jam 12 lebih malam tu Kakak, Nyah, Ati, Keyom, Abby, Hayyu dan Dadar pulak balik. Apalagi..mulalah sesi berborak sampai dekat pukul 3am. Aku terus masuk tidur pasal esok keje. ZZZZzzzzzzz.
25 April 09
Aku gerak dari Tg Malim- Lembah Beringin. It's my working Saturday la.. Punyalah mengantuknya mata aku. Kat ofis, aku terpikir apalah agak2nya kakak2 aku masak kat rumah??? Semakin terasa lapar perut aku. Rasa ni sampai aku luahkan kat FB. Raja Azli suggestkan nasi goreng kampung pedas minum dgn cendol!! fuh!!! sodap gak tu.
Habis keje, lepas solat zohor, ambik Dalis kat sekolah, terus balik TM. Sampai rumah, kakak2 aku belum balik lagi. Keluar dari pagi tadi. AM-PM!!! Jadi...sad but true...nothing for lunch! Isk!Isk!Isk! Kjun dah sampai, so she made fried rice for the kids. Yang kelakarnya blaus aku sama dgn blaus Kjun except color. Aku orange, Kjun hitam. Best part is, kombinasi warna yang sama. Dia pakai skirt orange blaus hitam, aku skirt hitam blaus orange. Camne pulak ada 'taste' yang sama hari ni ye!
Nite activity...
Buffet dinner kat depan rumah. Perhaps, I should say dinner + supper because the time show 10.00pm!! Selesai dinner, start macam2 game. Mula-mula cap kelicap cap cap. Aku tak main tapi yang kelakar bila tengok 3 orang warga tua yang main sekali. Kakak, Nyah dan Keyom. Entah apa2 yang dorang buat lagi2 Nyah. Merepek2 ajer stepnye. Nyah sampai ada step anjing nak terkencing! Kakak kene denda buat aksi berenang kuak katak, kuak lentang ntah apa-apa kuak lagi. Tapi she go for it!! Cayalah. Take five!!! To revive each and everyone's energy Kakak lead "kamate kamate kora kora" (hakka dance), semua ikut tapi berterabur asal jadi. Yang kelakarnya bila Nyah tukar "lirik"... cukuplah kami aje yang tau. Pastu main "gajah menari". hehehehe... anak2 harun merdeka sebiji macam anak gajah yang comel! Final game is "penyakit berjangkit". Apal sebijik macam "BAB 1" yang giler. Kalaulah penyakit2 yang dorang buat ni wujud betul, memang menyeramkan. Mesti hiduppun macam zombi. Yang bestnya Hariz. Sakitnya ketawa. Comel bunyinya. Kjun, agak aku sakit "miang". Trade mark Kjun memang sama. Tak berubah. Dalis macam hantu ngensot. Menyeramkan. Akupun dah lupa jangkit kat sape. . Habis semua game, kitorang baca doa penamat. Macam2 ayat dari surah lazim termasuk Ayat Qursi. Aku beria2 tutup mata, penuh khusyuk dan tawaduk tiba-tiba bila ku bukak mata aku tengok semua dah berkumpul rapat mengadap dewan. Rupa-rupanya masa aku tutup mata tadi, ada insiden seram berlaku. Sewaktu ayat2 dibaca, Taufiq terasa ada sesuatu lalu belakang dia macam angin. Dia cepat2 ajak Abby bangun dari buai dan cabut lari kat kitorang. Jangan selubungi diri anda dalam misteri... makhluk Allah ada yang nyata dan ghaib. Jadi aktiviti selesai lebih awal dari yang dijangkakan. Pukul 1 am. Tidur kat living depan. Kipas yang dah berusia 35 tahun ni masih menyejukkan setiap ruang dalam rumah ni......ZZZzzzzzzzz. Sume tido...
No comments:
Post a Comment