Tuesday, December 28, 2010

Some Friends Are Forever



Sometimes in life,
you find a special friend:
someone who changes your life
by being a part of it.

Someone who makes you laugh until you can't stop;
someone who makes you believe
that there really is
good in the world.

Someone who convinces you
that there is an unlocked door
just waiting for you to open it.
This is forever friendship....

When you're down, and the world seems dark and empty,
your forever friend lifts you up in spirit
and makes that dark and empty world
suddenly bright and beautiful.

Your forever friend gets you through
the hard times, the sad times,
the confused times.
If you turn and walk away,

Your forever friend follows.
If you lose you way,
your forever friend guides you and cheers you on.
Your forever friend holds your hand
and tells you that everything is going to be okay.

And if you find such a friend,
you feel happy and complete,
because you need not worry.
You have a forever friend for life,
and forever has no end.

Majlis Qeqah


25 Disember 2010: Qeqah - Nyah & Family.

11 Disember 2010: Qeqah - Emin & Family

Dua tarikh yang cukup-cukup havoc kat Masjid Ar-Rahman, Ulu Bernam. Memang happening tapi yg tak biasa memang PENING! Gambar-gambar memang ada banyak, sampai tak larat nak upload. Update sikit-sikit yer....

Nantikan kemunculan kami!! SURE HEBOH datang lagi!!!


Hantu Kak Limah Balik Rumah!!!


20hb Disember 2010

MERDEKA utk Hidayah sebab habis exam SPM!!! Tahniah, tahniah! Semoga ucapan 'Tahniah' berterusan sampai masa result SPM keluar nanti ye, Hidayah. Insya-Allah... Anak-anak ajak tengok wayang - Hantu Kak Limah Balik Rumah!!!

Seingat aku, confirm sangat, the last time aku tengok wayang dgn anak-anak, masa tu Taufiq & Hidayah kecik lagi. Cerita Jurassic Park. Masuk ajer panggung, anak-anak sibuk main, yg aku sibuk tidur!! Last-last Taufiq kejutkan aku "Ibu, ibu bangun. Wayang dah habis". Hahahaha!

So, demi menunaikan permintaan anak-anak dan aku sendiri nak release stress serta menikmati perkembangan Kg Pisang, dari Man Laksa, ke Zombi Kg Pisang ke Hantu Kak Limah Balik Rumah kamipun beramai-ramai ke Mines @ Seri Kembangan nak tengok hantu Kak Limah! Senang bila ank-anak dah besar-besar, suruh dorang ajer buat semua, ibu tukang bayar...walaupun duit kat purse menunjukkan kadar kesusutan..... :(. Duit wayang kene RM63. Macam nak terjojol bijik mata aku...what to do, demi anak-anak....i do! hehehe! Sebelum wayang start kul 4.30pm, kitorang pekene McDonald dulu....RM58 melayang! Takper....demi anak-anak tersayang. Sebelum masuk panggung...beli pop corn. Pop corn ni macam wajib pulak nak bawa masuk panggung. Beli yg large 4 dah RM28!!! Ya ampuuuuuuun.....baik aku beli kacang No1 - Salted Peanut kat Esso Ulu Bernam, RM2.20 jer sepeket. Dgn RM28, berapa peket aku boleh beli???? Tapi...demi anak-anak...tu jer yg ibu mampu.

Adegan masuk dlm panggung yg paling kelakar. Firman, bukan tak penah masuk panggung tapi masa kecik jadi ingatan tentang apa dan macamana suasana dlm panggung memang dia tak ingat. Apatah lagi pd Zuri, Tisya & Sufi... Masuk ajer dlm panggung, Firman cakap dgn lontaran suara yg power sambil tepuk tangan macam nak menari indang "Fuyyyyyyyoooooo, besarnya TV"!! Hahahahaha!! Macam-macam perasaan ada masa tu. Gelihati, sakithati...malu toksah cerita la... Kitorang duduk sederet 8 orang! Aku kat tengah. Sufi & Tisya di kiri kanan aku.

Anak-anak memang terhibur habis. Aku???????? Bukan takat terhibur, dah macam orang gila gelak tak de cover punya. Sampai Sufi, cakap - "Ibu, slow lah sikit, ibu gelak kuat sangat". Adoiiiiii....aku tak boleh control. Mau cramp perut aku kalau tahan ketawa. Cerita tu memang best.

Lagi best aku dapat entertain anak-anak & catatkan satu kenangan manis dlm diari hidup dorang..... Selagi kita hidup, kita akan bersama & bersatu walau susah, walau senang!

Selamat Harijadi Sufi - 6 tahun!!






Salam.

25hb Disember 2010,

Anak ibu yg paling kecik, paling comel, bijak (semua mcm IBU....hehehehe) "SELAMAT HARI JADI" semoga anak ibu, Muhmammad Sufi Firdaus sentiasa beroleh limpahan rahmat dari Allah di dunia & di akhirat. Dikurniakan nikmat iman & kesihatan. Menjadi anak yg soleh...yg doanya akan sampai kepada ibu, bila ibu dah kembali ke alam baqa' yer... InsyaAllah.

Hari jadi Sufi yg ke-enam tahun berlalu cepat sangat sayang sebab semua sibuk dgn majlis qeqah di Masjid Ar-Rahman, Ulu Bernam. Sufi makin membesar....makin banyak cakap, makin banyak kerenah tapi masih manja lagi dgn ibu. Kadang-kadang, ibu hilang sabar dgn Sufi. Tapi ibu nak Sufi tau, walaupun ibu marah Sufi, kasih sayang ibu tak pernah luak. Ibu sayang Sufi. Ingat tu sampai bila-bila tau.

Potong kek pun kita buat pd 27hb Disember 2010...lewat 2 hari, bukan ibu lupa tapi kita sibuk sangat kat rumah Tg Malim.

Tapi Sufi dah tak sabar-sabar nak masuk sekolah Darjah 1. Bila tengok Sufi pakai baju sekolah, lengkap dgn tali leher... u look so gorgeous, my dear!!! Gerenti anak ibu membesar jadi seorang jejaka yg tampan, digilai ramai anak-anak gadis!!! Hahahaha!! Tapi paras rupa tak sepenting hati yg mulia. Jadilah hamba Allah dicarta yg teratas.

Bila borak dgn Sufi, Sufi ada macam-macam angan-angan bila besar nanti. Kelakar ibu dengar. Tapi yg buat ibu tersentuh, nak sediakan rumah agam yg ada lif utk ibu! Hahaha! Nak bawa ibu jalan-jalan. InsyaAllah, mudah-mudahan panjang umur kita & dilapangkan rezki utk mencapai impian tu satu hari nanti....

So, my final word "MUUUUUUUUUAHHHHS!!"




Friday, December 24, 2010

SENYUMAN - 15 Fakta Menarik.


by Kayra Harun on Friday, July 9, 2010 at 4:24pm

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 ototmuka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Saturday, December 18, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku....



~Ketika Allah Memilihmu Untukku..~


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap,
kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa
dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku
Aku bukanlah wanita sempurna,
seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku
Maka dari saat itu..
Dia ingin menyempurnakan kekuranganku
dgn kehadiranmu
Dan aku tahu, kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku
mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan menjadi satu..
Aibmu adalah aibku,
dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku
dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa
kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan
panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya
dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki
kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah
wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku,
karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja,
karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku
tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku
telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah,
akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita
nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih
menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita
akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi
generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi
dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah,
kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta,
kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )


Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda :"Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)

ATENOLOL 50mg - Talian hayat!

What is Atenolol?

Atenolol 50MG is a popular drug to reduce workload on the heart and to make the heart beat regularly. This drug is very effective to treat the high blood pressure patient and to stop their chest pain. Atenolol is used to protect the patient during heart attack. Not only it works in the time of heart attack but also it prevents additional heart attack from occurring. Also it helps to reduce hypertension.

Description

Atenolol 50 mg is a drug from the group of beta blockers. Beta blockers or ß-blockers are a group or class of drugs used mostly in cardiovascular or heart diseases. In the year of 1976 this medicine was developed as an alternate for propranolol which was used for the treatment of hypertension. This medicine works by slowing down the heart beat and also reduces heart’s workload. Usually it does not pass through the blood-brain barrier like propranolol, Atenolol. This is the reason why Atenolol is used to avoid various central nervous system side effects.

Indications

Atenolol 50 mg is used for the treatment of cardiovascular diseases and sometimes used in conditions such as hypertension, coronary heart disease, arrhythmias, and angina or chest pain. It is an effective medicine to reduce the risk of heart attack or complications following myocardial infarction. Atenolol is used for the treatment of the symptoms of Graves Disease. For the hydrophilic properties, Atenolol is less suitable in migraine prophylaxis compared to the medicine “propranolol”. ATENOLOL is indicated in patients with mild or moderate hypertension.

Being a cardioselective drug Atenolol exerts better blocking action on myocardial ß1-receptors than on ß2 ones in the lung. The beta 2 receptors are responsible to keep the bronchial system open. If beta 2 receptors are blocked, it can result bronchospasm with serious lack of oxygen in the patient's body. For the cardioselective properties, the risk of bronchospastic reactions is reduced if atenolol is used in comparison to other nonselective drugs as propranolol. But this may also be encountered with Atenolol if the doses are high. Atenolol is given with extreme caution to asthma patients, who are mainly at risk. For the asthma patient the drug dose should be low. Incase of the occurrence of asthma attack, the inhalation of a beta2-mimetic antiasthmatic, such as hexoprenaline or salbutamol, will usually hold back the symptoms.

Doses

It is recommended that Atenolol should be taken before meals or at bedtime. To treat angina or high blood pressure the dose may be is 50 mg once daily.

Friday, December 17, 2010

PROMISE! PROMISE! PROMISE!


Promise Yourself EVERYDAY!


To be so strong that nothing can disturb your peace of mind.

To talk health, happiness, and prosperity to every person you meet.

To make all your friends feel like there is something in them.

To look at the sunny side of everything and make your optimism come true.

To think only of the best, to work only for the best, and expect only the best.

To be just as enthusiastic about the success of others as you are about your own.

To forget the mistakes of the past and press on the greater achievements of the future.

To wear a cheerful countenance at all times and give every living person you meet a smile.

To give so much time to the improvement of yourself that you have no time to criticize others.

To be too large for worry, too noble for anger, and too strong for fear,
and to happy to permit the presence of trouble.

Thursday, December 16, 2010

24 Things To Always Remember

Your presence is a present to the world.

You are unique and one of a kind.
Your life can be what you want it to be.
Take the days just one at a time.

Count your blessings, not your troubles.
You will make it through whatever comes along.
Within you are so many answers.
Understand, have courage, be strong.

Do not put limits on yourself.
So many dreams are waiting to be realized.
Decisions are too important to leave to chance.
Reach for your peak, your goal and you prize.

Nothing wastes more energy than worrying.
The longer one carries a problem the heavier it gets.
Do not take things too seriously.
Live a life of serenity, not a life of regrets.

Remember that a little love goes a long way.
Remember that a lot goes forever.
Remember that friendship is a wise investment.
Life’s treasure are people together.

Realize that it is never too late.
Do ordinary things in an extraordinary way.
Have hearth and hope and happiness.
Take the time to wish upon a start.

AND DO NOT EVER FORGET., FOR EVEN A DAY HOW VERY SPECIAL YOU ARE!

Hikmah Melihat Muka Orang Yang Kita Sayang Ketika Dia Sedang Tidur

Tatap & renungkan wajah insan yg kita sayang ketika dia sedang tidur... Betapa kasihnya kita pada mereka... ..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ... Lihatlah ibu anda... . Hmm... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA... ..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya ... "

Monday, December 13, 2010

Heart Attacks & Hot Water


Hot water will help to smoothen your stool too...

A survey says that most attack happens in early morning 4am to 7am...

This is a very good article which takes two minutes to read. I'm sending this to persons I care about.......I hope you do too!!!

Heart Attacks And Drinking Warm Water



This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about - Heart Attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating. For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by theintestinefaster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

Common Symptoms Of Heart Attack...

A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line.

You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are a sleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive.

Please share this article with everyone you love. Sharing is caring!

Monday, December 6, 2010

10 Steps To Success

1. Self-Belief:
Success begins in the mind. One has to be a believer, first, if one wishes to be an achiever. Never under-estimate yourself. You have no idea how often can you surprise yourself. So to begin with, let's get in the belief, "I Can."

2. Clarity of Vision:
There is no point running around without knowing where one wants to reach. you must get your job cut out. Greatest achievers in the world have been visionaries. Know exactly what you are best at and give it your best shot.

3. Setting the Right Goals:

The goals should be realistic .The goals should be achievable ,and yet challenging enough - neither too easy nor too difficult -something in the middle.

4. Be focused:

If the sun's rays are focused on a piece of paper with a lens, the intensity of the concentrated energy burns the paper. Focus on your objective will enhance the intensity of the effects of your efforts.

5. No Short Cuts to Success:
There are no short cuts to success. Divide your overall goals into smaller targets. Divide your monthly plans into weekly and weekly plans into daily plans and see how simple can things be.

6. Take Risks:
Without any risk no progress is possible. Life comes to a stable standstill. People who take chances are the people who get ahead in life. The only way to reduce risk is to take risks.

7. Take the Initiative:
People who take the initiative make the most of their lives. Proactive people do not wait for success to happen; rather they make it happen. As they say, 'JUST DO IT'.

8. Never Hesitate to Struggle:
No one has ever climbed a mountain just by looking at it. Struggle, hard struggle, is a key to success.

9. Own Responsibility:
Failure to hit the bull's eye is never the fault of the target. People, who own complete responsibility of their lives, are the people who make the most of it.

10. Never Give Up:
Many people who failed in life, where those who did not realize how close they were to success when they gave up. Success demands extra-ordinary amount of perseverance. Never, never, give up.

Monday, November 15, 2010

Secebis coretan...untuk yang telah pergi... Al-Fatihah





Barangkali, aku bukan anak dari darah daging mereka sendiri, namun pemergian Allahyarham Hj Baharuddin b Jaafar pd bulan Ogos 1990 & Allahyarhamah Hjh Insah bt Buyong pada 31/10/2010 tetap aku rasakan kerana mereka telah ku anggap sebagai ibu & ayah sejak 20 tahun yg lalu....

Mengenali mak, sejak aku masih bersekolah - melihat mak mengayuh basikal pergi menoreh getah...seringkali aku terserempak, mak pasti akan melemparkan senyuman manisnya, dgn tahi lalat di atas bibir, menambah seri pd wajahnya keibuannya...

Aku ingat lagi, pernah bersama-sama mengayuh basikal dgn mak pergi ke hospital TM masa Azman masuk wad. Disitu aku lihat, gigihnya seorang isteri membantu suami & menguruskan keperluan rumahtangga demi suami & ank2 tercinta. Terlalu besar pengorbanan seorang ibu ini.

Biarpun aku lebih rapat dgn Allahyarham Hj Baharuddin b Jaafar pd waktu itu, yg tidak sempat ku panggil 'Abah' tp keakraban dgnnya membuatkan aku terasa seperti anaknya. Sering berkunjung ke rumah, kerana Allahyarham adalah kenalan rapat arwah abah. Tiap kali datang ke rumah, aku akan salam & cium tangannya, dan dia akan memeluk aku smbil berkata ''anak aku''!! Dia sentiasa riang, diwajahnya yg tenang itu sering terukir senyuman, gurauan & tawanya menghiburkan. Tiap kali berkunjung ke rumah dari usia aku 13 tahun sehinggalah sebelum aku berangkat ke UK melanjutkan pelajaran, setiap kali itu, dia pasti akan duduk disisiku, bertanya tentang pelajaran & bergurau....semuanya selalu buat aku ketawa. Katanya ''jadi ank pakcik ye''! Aku cuma senyum...(sebaris ayat inilah antara yg membuat aku bisa bertahan demi menunaikan permintaan seorang yg ku anggap sebagai 'ayah'). Dia adalah salah seorg yg paling berbangga dgn kejayaan aku dlm peperiksaan SPM!

Hampir tengah malam, 7/9/1989 - penerbangan aku ke United Kingdom. Seorang lelaki yg aku anggap ayah ini telah berusaha utk datang ke LTAS walaupun sudah agak terlewat ditemani anak lelakinya, Anuar. Hanya Tuhan yg tau besarnya hati aku ketika itu melihat dia datang & senyum padaku. Allah Maha Pengasih, masih ada kesempatan utk kami bertemu. Aku hulurkan tangan, kucium tangannya. Sebelum aku berangkat, dia memeluk aku smbil berkata, ''ingat, belajar rajin2. Bawa balik kejayaan''. Aku mengangguk. Kemudian dia hulurkan 4 helai duit RM10 untukku...katanya ''ini ajer yg ada dlm beg duit pakcik, ambiklah''! Ya Allah, hanya Engkau yg tahu betapa terharunya aku disaat itu...jumlah yg baginya kecil, tapi bagiku pemberian itu amat besar maknanya. Aku tatap wajahnya, kelihatan tenang sekali..dibibirnya terukir senyuman.

Rupa-rupanya, itulah pertemuan kita yg terakhir. Sekali lagi kita bertemu, kita telah terpisah antara dua alam - nyata & roh. Tiada lagi wajah tenang yg mengukir senyuman manis padaku..tiada lagi gurau sendanya yg buat aku tertawa tapi terus terkenang kata-katanya ''pakcik suka dengar Keyah ketawa''. Dia pergi menemui Penciptanya.... Ya Allah, Engkau himpunkan dia dlm golongan para solihin & limpahilah rahmatMu ke atas rohnya. Seorang ayah yg telah menggunakan seluruh kudratnya utk membesarkan anak-anak yg ramai.

Rentetan pemergian mak pula bermula dgn kesihatan yg sering terjejas, kerosakan fungsi buah pinggang, kemudian hilang selera makan mengakibatkan kekurangan gula dalam darah. Mak semakin lemah..tp wajah mak tetap tenang..tiap kali bertemu, mak pasti memohon kemaafan..begitu juga aku.. Sebagai anak, pastinya aku terharu, tiap kali ucapan itu kudengari dr seorang ibu..

30hb Oct 2010, 8.00pm.....

Tanpa kuketahui, inilah malam terakhir buat mak di alam yg fana' ini, aku, ibuku, anak-anak kecuali Taufiq & Firman mengunjungi mak. Tidak bermaya, terbaring diatas katil, separa sedar. Biarpun dipanggil berkali2, amat sukar utk mak membuka mata. ''Ya Allah, berilah sedikit kekuatan pada ibuku ini agar dpt mendengar suaranya utk seketika...'' bisik hati kecilku. Ku pandang ke wajah mak, walaupun matanya tertutup rapat namun kelihatan bercahaya, cantik & tenang sekali seolah-olah bukan dlm kesakitan. Bibir mak kemerahan. Tiba-tiba mak tersedar.. 'Haus' katanya. Kusandarkan tubuh mak didadaku, kurangkul tubuh mak dalam pelukanku. Ita menyuap mak makan bubur nasi, air laici & air masak! Ku urut-urut dada mak, khuatir jika tersedak. Aku lihat mak mengunyah buah laici. Kelihatan sedap sekali! Terdengar mak berkata 'dah'. Lalu, aku baringkan semula di atas katil, dan tinggikan kepala mak.

Disisi mak, aku duduk smbil memerhati wajahnya dekat-dekat. Tiba-tiba mak membuka mata, membesarkan biji matanya memandang tepat ke wajahku dan berkata ''mak minta maaf''!! Dengan pantas aku terus menjawab ''ye, mak. Kyah pun sama''. Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah memperkenankan doa hambaMu utk mendengar suaranya......aku tatap wajah mak, kulihat airmata mak bergenang. Kemudian mak pejamkan mata. Airmatanya menitis. Mak diam. Terus diam... Aku genggam tangan mak. Lembut sangat.

Sebelum meninggalkan rumah antara jam 9 - 9.30pm, aku pergi temui mak semula. Matanya pejam. Ku kucup dahi mak 2 kali. Kutatap wajah mak yg kelihatan sedang dlm tidur yg lena...''ya Allah, letakkan ibu ku ini dibawah jagaan para malaikatMu. Mak, kyah balik dulu...'' bisik hati kecilku. Anak2 mencium wan...

Rupa-rupanya, mak dalam perjalanan untuk pergi...

31 October 2010, 8.15am,

Aku dgr berita yg menyedihkan...mak telah kembali mengadap penciptaNya. Walaupun sedih dgn pemergian mak namun aku redha. Tidak ada kekesalan sedikitpun kerana Allah telah beri kesempatan terakhir buat kami berdua untuk saling bermaafan. KepadaMu kupanjatkan kesyukuran. Alhamdulillah, rahmatMu tidak terhingga bagiku..

Ya Allah,

Tuhan yg maha pengampun. Ampunilah dosa-dosa kedua-duanya. Sayangilah mereka sepertimana mereka telah menyayangi anak-anak mereka. Lindungilah mereka dari azab kubur & api neraka sepertimana mereka pernah melindungi anak-anak mereka. Engkau terimalah segala amal ibadat mereka dan himpunkanlah mereka dlm golongan hambaMu yg beriman. Limpahilah rahmatMu ke atas mereka.

Ayahandaku Allahyarham Hj Baharuddin b Jaafar & Bondaku Allahyarhamah Hjh Insah bt Buyong, mudah2an kalian sempat mengampunkan dosa-dosa anak-anakmu ini. Doaku akan sentiasa mengiringi kalian. Sejahteralah hendaknya kalian disana....

AL-FATIHAH....

Friday, October 29, 2010

Husband & Wife matters

This is the best and most civil way to have a fight between husband and wife instead of resorting to physical force...

As usual the WIFE has the last word.


WIFE:

I wrote your name on sand it got washed.
I wrote your name in air, it was blown away.
Then I wrote your name on my heart & I got Heart Attack.


HUSBAND:

God saw me hungry, he created pizza.
He saw me thirsty, he created Pepsi.
He saw me in the dark, he created light.
He saw me without problems, he created YOU.

WIFE:

Twinkle twinkle little star
You should know what you are
And once you know what you are
Mental hospital is not so far.


HUSBAND:

The rain makes all things beautiful.
The grass and flowers too.
If rain makes all things beautiful
Why doesn't it rain on you?

WIFE:

Roses are red; Violets are blue
Monkeys like you should be kept in zoo.
Don't feel so angry you will find me there too
Not in cage but outside, laughing at you

Tuesday, October 12, 2010

My Life is My Message

Looking back at what had happened in our life so far, we would realize there were so many unexpected things filled up the journey, be it good or bad, yet there were no destinations. It goes on & on.That's our life!! Conclusion: Life is not a destination. It's a journey instead. And each moment we went through always be d moments to remember.. LIFE MAY NOT BE THE PARTY WE HOPED FOR BUT WHILE WE ARE HERE, WE MIGHT AS WELL DANCE!

I went through beautiful days in my life,those days had taught me to be cheerful,jovial, to laugh madly, to giggling naughtily.....But those painful episodes had taught me to struggle to death, be stronger, more patient, be more positive and to look at life from different perspective which I had never seen before.

I must admit, to overcome the difficult situations were not easy for me.. But then, I left with no options! That was the perfect time to develop a different approach - REVERSE PSYCHOLOGY! Converted problems into opportunities!! Turn around all the frustrations to be positive driven factors that motivated me to move forward & look forward!! In between demotivations, there would be a lesson to learn. I just have to train myself to be able to read between lines. What did I do then? I set a dream. I set a wish. I set a goal!! On your mark, get set, GO!! WHEN WE WAKE UP IN THE MORNING, WE HAVE TWO SIMPLE CHOICES. GO BACK TO SLEEP & CONTINUE TO DREAM OR GET UP & CHASE THOSE DREAMS. I chosed the later one.

Life is about survival. How you survive is completely your way. None could show you how because they were not in your shoes. I started to become a fighter. A true fighter. I fought against anything that blocking my way. My hope for success was stronger than my fear of failures. I strongly believed, God will not put a burden that you cannot handle! If there is a way, I find one. If there is no way, then I make one!! That's it. What most important is to look at life as a new door opening to a better future!

Saturday, September 25, 2010

1 SYAWAL 1431H

Akulah, Khairiyah Harun - Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin pada semua yg mengenaliku. Dulu, kini & selamanya....

Hehehehe...Omak sampai mengantuk & keletihan tengok kerenah anak cucu & cicit yg berkumpul. Ditambah lagi dia ikat kontrak percuma dgn MDHS, bersihkan keliling rumah termasuk kawasan awam bersebelahan....Omak tetap kuat di usia 77 tahun.

Cik Yah Muda & Cik Yah Tua!!! Kahkahkah!!
Really wish, umur aku panjang utk melalui pengalaman Omak bersama anak cucu cicit lebih-lebih lagi di suasana di Aidilfitri

My young man, the eldest Taufiq Firdaus

..Hidayah, my blooming rose

Firdalis....she grows faster & bigger than her age
Also, my blooming rose!

My 2nd young man..Firman Firdaus

Zuriati....my rose bud!! Hehehehe!

Another rose bud...Batrisya!

My youngest man of my life...Sufi Firdaus!

Siblings, SIL & Haidar

Ladies of the house!


Ramadhan 1431H berlalu meninggalkan banyak kenangan. Diantaranya yg tak pernah terduga akan berlaku...tidak sedikitpun pernah terlintas dalam ingatan. But one thing for sure 'Everything happens for a reason'.

Sedar-sedar 1 Syawal 1431H menjelma. Yang seronok dan memeriahkan suasana raya bila semua keluarga berkumpul. Ati & family sama-sama meraikan Hari Raya tahun ini. Lengkap. Cuma...Allahyarham Udin tak ada... Dah 4 kali raya Udin tak ada...tp dia tetap di hati, tetap di sanubari, tetap segar dalam ingatan kita semua. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah abah & Udin. Amin.

Macam-macam kerenah, macam-macam yg kita lalui sepanjang meniti Syawal bersama-sama. Dengan jumlah kepadatan dalam rumah hampir 50 orang! Kalaulah arwah abah masih hidup, pasti hati abah berbunga...bermula dari dia, membiak seramai ini!! Pasti Abah tersenyum menggigit lidah...!Hahahaha!

Gambar-gambar kenangan hari raya tahun ini, hampir 2000 keping kalau dicampurkan semua camera & hp camera yg ada...semuanya dalam FB.

Hanya sebahagian yg aku abadikankan disini, sbg tatapan..tanda mata dari keluarga Allahyarham Harun b Yahaya & Puan Hajah Naharowiah bt Tajuddin. Kepada sesiapa yg mengenali kami, terimalah ucapan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN!