Sunday, July 25, 2010

24/07/2010- Izam Pergi Untuk Selamanya

Tatkala hati terasa hiba, aku cuba menahan airmata dr menitis..namun dada terasa sakit menahan sebak... Tidak terdaya lagi utk terus bertahan, akhirnya deraian airmata mengalir deras membasahi pipiku dihadapan sekujur tubuh yg kaku....tiap kali sehelai selendang putih itu ditolak, setiap kali itulah satu persatu kenangan bersamanya muncul dlm ingatan...

Tidak pernah terlintas dlm ingatan, 1 hari kita akan tempuhi apa yg kita lalui hari ini... Disaat jenazah Allahyarham dikelilingi teman2 - Charlie, Megat, Lila, Fuad, Zuraini & aku- tiba2 secebis kenangan silam yg indah mengisi ruang fikiranku - dizaman sekolah ketika kita sama2 mencari kayu/buluh utk campfire/hari sukan...disaat kita sama2 mengelilingi unggun api, bernyanyi riang diiringi petikan gitar oleh arwah dgn lagu lucu yg paling popular di kalangan kita ketika itu...lepas mesyurat pandu putri/pengakap kita sama2 kayuh basikal minum ABC di gerai tepi jambatan Sg Bernam..dan banyak lagi....

Banyak yg kita kongsikan bersama dari zaman sekolah sehinggalah kita semua bergelar ibu & ayah.. Satu ikatan persahabatan yg takkan pernah aku lupakan. Tiap kali bertemu, pasti ada kisah2 lucu yg kita bualkan diikuti hilai tawa yg amat menghiburkan.Hari ini...semuanya tinggal kenangan yg tersulam rapi dlm diari kehidupan...tarikh hari ini pula mencatat kenangan sedih lantaran kita telah terpisah antara 2 alam.. Hidup & mati.

Sahabatku...

Kematian adalah tidur yang panjang. Bersemadilah engkau dgn tenang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohmu.

Ya Allah, ringankan azab kubur buatnya, terimalah amal ibadatnya, ampunilah dosa-dosanya...

Ya Allah, Engkau peliharalah ank2 & isterinya. Permudahkanlah semuanya utk mereka yg ditinggalkan ini. Jadikan ank2nya, anak2 yg soleh & solehah, yg akan selalu mendoakannya. Berilah kekuatan kpd isterinya utk meneruskan kehidupan ini demi meneruskan amanahMu. Peliharalah seorang ibu yg ditinggalnya..dlm kesejahteraan.

Amin.....

Thursday, July 22, 2010

My Picture Gallery.....


Amacam? Cantik? Cun? Hensem? Macho tak aku??? Hahahahahahhahaha!! This software is cool, man!!!

Thursday, July 15, 2010

Hidup & Kehidupan

Semakin usia meningkat, semakin bertambah pengalaman hidup..semakin banyak yg kita lalui membuat aku semakin sedar - banyak perkara yg berlaku di sepanjang kehidupan ini diluar perancangan kita. Tidak pernah terlintas dalam hati, tak pernah terlintas dalam fikiran bahawa suatu hari apa yg kita tempuhi hari ini akan menjadi sebahagian dari kisah hidup kita...semuanya tersirat..namun sudah tersurat...

Apalah yg mampu kita lakukan selain redha tapi berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keadaan, menjadikan segalanya berubah menjadi lebih baik. Dan, setiap yg baik itu harus kita syukuri justru nikmatnya adalah anugerah dari Allah swt.

Tapi..harus aku akui. Kehidupan ini terlalu kompleks. Kadangkala sukar untuk dimengertikan. Disaat kita rasa kita telah melakukan yg terbaik, masih ada insan yg tidak tahu menghargainya. Di saat kita tersilap mengatur langkah, ramai insan yg menunding jari. Disaat kita susah, ada yg mengambil kesempatan. Di saat kita berduka, mereka ceria...disaat mereka sedih, kita masih mampu membuat mereka tertawa.

Aku ni adalah insan pemikir...seringkali berfikir...bagaimana utk menghadapi dugaan, apa yg selayaknya aku lakukan utk mengatasi dugaan, kenapa ujian itu diturunkan, hikmahnya & macam-macam lagi yg bermain dalam kotak fikiranku.. Hanya pada ketika aku berfikir, aku akan diam...nak tau kenapa?? Sebab pd ketika itu aku menelan semua dugaan & cuba menghadamkan setiap dugaan itu satu persatu.... mana yg tak dapat ku telan, akan aku luahkan... Itulah aku!

Happiness is in our state of mind. Kalau kita rasa suatu keadaan tu amat mengecewakan maka kebahagiaan itu bukan milik kita. Tapi kalau kita menganggap sesuatu yg mendukakan itu adalah ujian dari Allah untuk memantapkan keperibadian kita & menganggapnya niqmat yg diturunkan oleh Allah kepada kita, kita akan menerima keadaan itu dgn rasa bersyukur. Dari situ akan terbit rasa gembira....

Registration Day at Kolej Komuniti Selayang


13 Julai 2010,
Syukur Alhamdulillah, Taufiq dapat sambung belajar ke Kolej Komuniti Selayang.. Ibu tak menaruh harapan besar agar Taufiq berjaya dalam pelajaran sebab yang penting berjaya dalam hidup. Jadi manusia yg berguna utk sesama manusia terutama keluarga yg bakal dibina nanti.

Untuk itu, ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan tu amat penting. Setiap usaha yg gigih akan dibalas dgn kejayaan. Ibu yakin Taufiq boleh lakukan dan boleh berjaya dgn cemerlang berbekalkan bakat dan daya kreativiti yg tinggi, kursus Multimedia Grafik (Animasi) memang pilihan yg terbaik utk Taufiq. Doa ibu akan sentiasa mengiringi Taufiq.

Hari pendaftaran Taufiq adalah hari yang paling memenatkan kita tapi ibu rasa hepi jer sebab Taufiq dapat masuk kolej IPTA di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Inilah langkah pertama Taufiq utk menempa kejayaan. Buat bersungguh-sungguh. Ingat tanggungjawab Taufiq - sebagai anak, abg pada 6 adik, pelajar, bakal menjadi seorang ketua keluarga. Semua tanggungjawab ni terhimpun menjadi satu - sebagai hamba Allah. Ingat, setiap pekerjaan yg baik itu satu ibadat. Jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu.

Sekarang Taufiq kena hidup berdikari. Ingatkan diri sendiri utk melakukan hal-hal yg baik. Jaga pergaulan, tata tertib, adab sopan supaya kehadiran kita di dunia ni tidak menyusahkan orang lain.

Tapi kelakar, macam-macam jadi pada hari Pendaftaran. Ada yg ingat Taufiq pelajar OKU sebab diam tak bercakap. Dorang ingat Taufiq bisu. Hehehehe! Tu la...jgn blur sangat. Bina keyakinan & jatidiri sebab Taufiq bukan budak sekolah lagi. Dah masuk kolej pun. Nak enjoy bukan tak boleh but must draw a line. Berdisiplin. Ibu takkan halang Taufiq utk enjoy sbb kalau ibu halang, Taufiq akan rugi masa remaja Taufiq...just go ahead tp ingat...waktu ni, komitmen penting. Prioriti adalah pelajaran. Sampingan baru enjoy bersama kawan-kawan sbb semua yg berlaku hari ini akan jadi kenangan manis hari esok.

Ingat pesanan ibu...ibu takkan dapat ganti Taufiq dgn org lain...siapapun Taufiq, Taufiq tetap anak ibu tapi jangan kecewakan harapan ibu... I love you so much my dear son...Take care!!

Saturday, July 10, 2010

Selamat Harijadi Omak yg ke 77 tahun >> 9 Julai 2010

Untuk Omak yg tersayang...
Dari kami semua - anak2, menantu2, cucu, & cicit...
Dari sudut hati yg paling dalam....jauuuuuuuuuhhhhh tapi ikhlas...
Kami ucapkan:

"SELAMAT HARI JADI...SEMOGA DILANJUTKAN USIA DALAM KEBERKATAN,
BEROLEH NIQMAT IMAN & KESIHATAN,
SENTIASA MENDAPAT RAHMAT ALLAH DI DUNIA & DI AKHIRAT,
BIARPUN BANYAK DUGAAN NAMUN SAMA-SAMA KITA MENGHADAPINYA.
AMIN"




Terimakasih kerana telah melahirkan kami 1o orang dalam susah dan payah, kemudian membesarkan, hantar kami semua pegi sekolah, layan kerenah kami semua, dan bila dewasa - omak sentiasa ada dgn kitorang, waktu senang apatah lagi diwaktu susah, suka & duka.... sama-sama kita menangis, sama-sama kita ketawa....
U are someone so special...
you are the TRANSFORMER, Omak!!!!!

Biarpun apa yg kami semua lakukan, tetap...hanya sebesar biji sawi dari pengorbanan dan jasa Omak pada kami semua. Segalanya amat kami hargai.. cuma kadang-kadang ada sesuatu yang terlalu istimewa dihati, sukar untuk dilafazkan dgn kata-kata kerana bahasa lidah tak sama dgn bahasa hati....lebih cantik dari lukisan yg paling indah....

Omak, stay hard working!! Hahahahaah!
Muuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuaaaahhhhhhh 10000x!!



Hepi Besday LILA!!! >> 28 June 2010.


Hari jadi kauu yg ke berapa tang kuak??? Ompek puluh "TUTTTTTTTTTTTT"!! Ndo bulih disoboit! Yang pasti...A.W.E.T.


Iko muka yg dilahirkan dan muka yg melahirkan... lobeh ompek puluh tahun sudah...dokek nak separuh abad dah ko.....hahahahahah! Rahsia bolum pocah lagi...usah ghisau!!


Firman, macam tak sabar-sabar nk makan kek!!


Tisya pulak, syok sendiri. Perasan macam birthday dia pulak!!



Selamat Harijadi dari kami semua seisi keluarga Sri Pinang..
Semoga dilanjutkan usia dlm keberkatan & kenikmatan iman & kesihatan,
beroleh rahmat disisi Allah di dunia & di akhirat!
Amin.