19 Julai 2009
Hari ni dari pagi lagi aku dah keluar..mula-mula cari sarapan pagi. Roti canai je la beli kat Restoran Jalal. Cari cempedak nak goreng (Dayah nak) tapi satu pun tak dapat. Kedai buah tepi Sg Bernam pulak tutup lagi. Lepas sarapan pagi aku siap, keluar dgn Lila ke pasar. Bawa Omak, tapi hantarkan ke rumah Mak Ngah Salha yang dah beberapa hari tak sihat. Beli lauk, sayo. As usual, asal jumpa orang kenal ajer, mulalah berborak. Pasar & pekan T.Malim, adalah tempat pertemuan dgn kawan-kawan lama masa sekolah-sekolah dulu juga dgn sedara mara yang jarak berjumpa sejak semua dah berkeluarga dan berpindah ke tempat lain.
Selesai semua kat pasar, aku dan Lila singgah rumah Mak Ngah Salha. Buat lawatan sosial. Berziarah orang sekit! Kaki kiri Mak Ngah bengkak dari lutut ke jari-jari kaki. Mujur Mak Ngah tak ada kencing manis. Mudah-mudahan Mak Ngah sembuh cepat. Di rumah Mak Ngah, aku berjumpa dgn Mak Anjang yang dah lama tak jumpa. Terbukalah balik kisah di JB, tersingkap balik kenangan bersama Pak Utih di Larkin...
Dari rumah Mak Ngah, aku bawa Omak gi ambik gambar. Pastu ke nursey bunga di Simpang Empat. On the way balik, aku singgah beli cempedak. Sampai rumah, kami terus masak. Aku terus goreng cempedak (request from Hidayah). Hmmmmmmmm..........kalaulah cempedak ni tak angin, aku dah sental banyak....
Menu hari ni, sup sayo dan daging padprik (request from Dayah jugak...maklumlah duduk asrama. Bila balik, macam-macam makanan yg dia teringat). Kat pasar tadi, kawan lama masa sekolah sedekah aku 2 bungkus nasi kerabu, 2 bungkus nasi lemak dan 2 bungkus laksam! Amin. Mudah-mudahan lapang rezki pada orang yang bersedekah.
Petang - keluar balik, hantar Dayah gi gunting rambut. Dalis temankan. Aku balik rumah semula dan sambung berborak dgn Lila, Za dan Emin kat meja makan dapo. Meja makan ni simpan macam-macam cerita. Kalau ada memory card kat meja makan ni, dah tentu card ni dah overload dgn cerita-cerita santai, sempoi, gosip hangat/panas, sensasi, controversy!Hahahah!
Malam- aku balik semula ke LB.
No comments:
Post a Comment