1o July 2009
Banyak yang aku belajar dari program ni... Banyak yang buat aku sedar... Banyak ilmu yang aku dapat pelajari, dan boleh manfaatkan pada yang lain. Penceramahnya seorang ustaz yg aku kira dapat menarik minat aku utk mendengar ceramahnya dari awal hingga akhir!
IESQ- Intelectual, Emotional and Spiritual Quotients.
IQ + EQ + SQ ---> Balance Human Being
Tugas ibubapa pada anak-anak - bukan setakat memastikan pelajaran anak-anak terurus, tetapi berikan pada mereka santapan emosi yang dapat menjana satu energy yang memberangsangkan jiwa anak-anak kita. Jangan memarahi anak-anak lagi-lagi di depan orang lain, gantikan dengan sentuhan kasih sayang dan kata-kata perangsang yang dapat menarik anak-anak lebih rapat dgn kita. Kenali keperluan emosi anak-anak, rintihan jiwa dan gelodak rasa mereka. Bawa mereka berbincang, dengar suara hati mereka dan beri nasihat yang positif. Ikut kehendak mereka selagi itu tidak melanggar hukum agama. Didik anak-anak kita mengikut zaman mereka. Yang perlu kita sedar, setiap anak ada keistimewaan masing-masing. Jika mereka kurang cemerlang dalam pelajaran, barangkali mereka lebih cemerlang di bidang lain yang pada hari ini mungkin kita tak nampak lagi.... Menjadi tanggungjawab kita untuk meneroka keistimewaan/kelebihan yang ada pada anak-anak. Jangan biarkan mereka keseorangan. Bersyukur dengan pencapaian anak-anak kerana setakat itu kemampuan mereka.
Ya Allah..aku bersyukur kerana berada di majlis ilmu begini, menyedarkan aku bahawa aku banyak membuat kesilapan...banyak lagi yang perlu aku pelajari untuk menjadi seorang ibu yang dekat di hati anak-anak dalam apa jua keadaan..
Kenapa masakan diluar tidak sesedap masakan ibu?? Justru...selain dari bahan-bahan yang diperlukan dalam masakan, seorang ibu memasak dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang memberi perisa yang ajaib yang sukar digambarkan keenakkannya! Kehadiran "human juice" iaitu 'air tangan' seorang ibu dapat menyalurkan 1001 macam rasa pada masakan.
Sebelum anak-anak pergi sekolah, elakkan dari memarahi anak-anak. Biar emosi mereka tenang dan stabil. Beri anak-anak sarapan pagi dengan makanan bukan cemuhan/bebelan. Tiap kali anak-anak nak pergi sekolah, peluk dan dakap anak-anak ke tubuh kita dgn penuh kasih sayang. Ucapkan:
"Ya Allah, aku ampunkan dosa-dosa anakku. Terangkan hati dan lapangkan mindanya untuk belajar". Tiup ke ubun-ubun anak... Insyaallah, anak pergi sekolah dengan hati yang tenang dan jiwa yang lapang. Mudah menerima pelajaran. Lebih sihat dan bertenaga.
Aku mula mempraktikkan amalan sebegini..dan anak-anak nampak gembira setiap kali aku meniup ubun-ubun dorang. Aku buat pada Taufiq, Dalis, Firman, Zuri, Tisya dan Sufi. Walaupun Dayah tak ada, tapi aku tetap lakukan dengan membayangkan kehadirannya di depan aku.
Doaku, anak-anak berjaya dengan cemerlang..
No comments:
Post a Comment