Tuesday, June 30, 2009

Berkumpul di rumah Ati@TTDI Jaya

Memang seronok bila keluarga berkumpul. Banyak cerita nak borak, banyak gossip panas lagi sensasi yang nak diwar-warkan, banyak aksi2 lucu, banyak kerenah yang nak kena layan. Banyak belanja makan, banyak pinggan kotor nak cuci, banyak sepah.

Anyway, to Ati & Co (Farrah, Zaki, Dilla, Omar, Irma dan Dicky) welcome to your new home sweet home!! It's nice and cosy. Bertambah satu lagi tempat nak berkumpul...makin jauh perjalanan Omak. Dari TMalim-Lembah Beringin-Bukit Beruntung-Selayang-Pantai Bharu-Shah Alam-Bangi-Tegal!!!! Fuhhhhhh! Jauh perjalanan luas pemandangan.

Things were ok in the morning. Tapi, sebelah petang - disaat tengah bersiap-siap nak keluar ke Kompleks PKNS, an incident happened. Tisya jatuh dari monkey bar and broke her arm! Pehhhh!! Kuat anak aku ni. Walaupun pergelangan tangan kanan dah bengkak, dia nangis sikit ajer. Mula-mula aku, Nyah & Lila bawa gi Klinik Sinar di TTDI Jaya, doktor kata maybe cracked atau fractured. Aku minta refer letter dan bawa ke Hospital Serdang. Kakak temankan aku since rumah kakak pun kat Bangi. Nyah, Ati, Kayom, Lila dan Omak bawa anak-anak aku yang lain hantar balik ke LB. To all of you....thank you for the helping hands.....

Tisya should get a credit for being so strong and patient.... Mummy's daughter. You really are my dear!

Berkali-kali aku cakap pada Tisya, "Tisya kuat, tu sebab Allah bagi sakit ni pada Tisya". Tulang besar bahagian lengan kanan yang patah. Mujur, daging Tisya banyak, padat, padu dan mampat. Tulang yang patah dipegang kuat dek daging, so alignment tulang tak lari. Tisya was so cooperative. Jadi doktor, pakar tulang, 'tukang x-ray' dan 'tukang simen' tak menghadapi masalah sikitpun.

Aku sampai Unit Kecemasan, Hospital Serdang lebih kurang jam 9.30pm tapi pukul 1.00am baru selesai. Not because of many patients but so sorry to say the service was very regretful!! Slow. Patients are treated like normal as if they are not in Casualty Unit langsung! Very frustrated. Just imagine ada 3 bilik rawatan kecemasan yet I was informed only 1 doctor is available. Nonsense! I know, the fact that each patient is only need to pay RM1.00 doesn't mean that they have to wait long hours and the back end can have time to chit-chatting and take their own sweet time. Senang ajer pihak hospital nak defend tatakerja yang lembab, kat sign board tulis "Kesabaran anda boleh menyelamatkan nyawa yang lain"! Langsung tak de macam ER kat negara-negara lain.

Nasib baik Tisya kuatkan?? Syukur Alhamdulillah. Cukuplah sekali ni je, ye Tisya. The first and the last. Cukuplah Tisya sorang ajer (itupun sebab Tisya kuat) dan yang lain tu minta dijauhkan. Pesan ibu pada Zuri, Tisya dan Sufi - lain kali hati-hati kat Playground. And......say 'NO' to monkey bar.

The STRENGTH of a Man

Do you know where it lies?????

The strength of a man isn't in how many women he's loved.
It's in whether he can be true to the ONE woman he's trying to love.

The strength of a man isn't seen in the width of his shoulders.
It's seen in the width of his arms that encircle and protect you.

The strength of a man isn't in the deep tone of his voice.
It is in the gentle words he whispers.

The strength of a man isn't in the words he speaks.
It's in how he keeps his word.

The strength of a man isn't in how hard he hits.
It's in how tender he touches.

The strength of a man isn't in the weight he can lift.
It's in the burdens he can carry.

The strength of a man isn't in the hair on his chest.
It's in his heart that lies within his chest.

The strength of a man isn't in how he makes love.
It's in the understanding that
there is more way to making love,
than just making love for fun


Specially Dedicated to 3 men of my life: Taufiq Firdaus, Firman Firdaus & Sufi Firdaus

Friday, June 26, 2009

3 Rejab...

Hari ni aku puasa lagi..qada' dan sunat 3 Rejab. Mudah-mudahan Allah menerima ibadat kita semua yang berpuasa di bulan Rejab dan beroleh ganjaran yang dijanjikan. InsyaAllah....

Zuri, Tisya & Sufi tak pegi sekolah semalam sebab kawan-kawan lain ada lawatan ke Zoo Negara. Jadi dorang tinggal kat rumah bertiga. Tapi gambar kat bawah ni gambar yang diambil kat Zoo juga! Tahun 2008. So colourful kan??

Bila aku balik lunch, rumah memang berantakan! Macam kena lamggar garuda. Entahlah..sabar jelah.. Yang penting dorang selamat dan tak buat apa-apa yg merbahaya. Balik petang, selepas solat Asar akupun terus masak untuk berbuka puasa. Ayam masak bercili. Beberapa ketul, aku goreng biasa untuk makan dengan sambal belacan dan ulam petai. Rebung masak lemak semalam dah licin... Eloklah. Aku nak anak-anak belajar makan lauk kampung. Ada yang dorang boleh terima, ada gak yg dorang reject! Sebelum buka puasa, aku sempat goreng pisang nangka! Beriye-iye anak-anak aku makan.. Hmm dorang ni pun macam aku gak. Suka makan goreng pisang nangka. Hari ni apa pulak aku nak masak??

Haii..semalam yang merunsingkan aku - Taufiq. Bukan semalam ajer..tiap hari sebenarnya. Banyak yang merisaukan... terutama pasal pelajaran. Dah penat aku bagi nasihat, dah penat aku marah. SPM makin dekat. Taufiq tak tekun belajar. Ada jer alasan dia yang boleh buat angin aku naik satu badan. Dah penat aku bagi motivasi, dah penat aku bagi sokongan... Menghadapi kerenah Taufiq memang satu cabaran yang besar untuk aku. Apatah lagi terpaksa sorang-sorang mengendalikan kerenah dia ni. Kadang-kadang, aku rasa aku makin tak kenal anak lelaki aku ni. Aku tak tau apa sebenarnya prioriti dalam hidup dia sebab tak satu perkara pun dia buat serius dan bersungguh-sungguh. Sedih tak usah cerita.
Kadang-kadang aku wish ada seseorang yang mampu memberi nasihat pd Taufiq sehingga betul-betul menyedarkan dia pada tanggungjawab dia....sampai ke satu tahap, aku rasa nak surrender. Tak kuasa lagi nak marah, tak kuasa lagi nak nasihat. Fikirlah sendiri... Tapi, boleh ke aku putus asa? Boleh ke aku mengaku kalah? Rasanya, selagi aku boleh bercakap selagi tu aku akan terus berleter menasihatkan anak-anak aku.

Doa aku cuma satu, mudah-mudahan dia berjaya dalam SPM dan dapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya, keluarga dan berjaya dalam hidup....

Wednesday, June 24, 2009

Syukur Alhamdulillah.....

Memang betulkan...melalui masa yang sukar tu memang payah! Segala yang terpendam di hati kita - sedih, sayu, marah, pilu hanya Allah ajer yang tahu. Lagi-lagi disaat kita tak mampu berbuat apa-apa untuk mengubah keadaan tu. Sehinggakan kita berdoa dalam hati, semoga satu hari yang indah, tatkala kita bangun dari tidur, semua masalah selesai! Kita cuba tersenyum, walaupun senyuman tu pahit tapi sekurang-kurangnya kita dapat membuat orang lain gembira dengan senyuman kita. Luka dihati, hanya Dia yang Mengetahui....

Tapi hari ini, bila kita lihat semula segala kepayahan yang pernah kita harungi, kita akan akui pada diri sendiri, setiap episod yang sukar itu telah mengajar kita menjadi lebih dewasa dan matang untuk menilai baik buruk sesuatu keadaan. Mengajar kita membena kekuatan dan jatidiri. Telah mengangkat keimanan kita kerana pada ketika itu, hanya Allah yg Maha Mendengar segala isihati kita dan padaNya jualah kita luahkan segalanya..

Pada ketika kesusahan dan kepayahan membelenggu hidup kita, ketika itulah sebenarnya masa kita sedar segala kesilapan dan kelemahan diri kita dan barulah kita cuba perbaiki diri kita dengan harapan segalanya tidak akan berulang lagi.

Dalam surah Al-Insyirah..antara lain menyebut "selepas setiap kesusahan itu ada kesenangan.." Percayalah pada janji Allah.




1 Rejab...

Hari ini jadual aku bermula dari jam 5am. Bangun bersahur (makan nasi dan sambal tumis petai + ikan bilis, minum milo panas!!) , pastu solat Suboh dan buat sarapan pagi untuk anak-anak. Roti telur! Hari ni 1 Rejab. Aku ingat lagi kalau arwah Udin masih hidup, mesti dia sibuk bagitau semua orang suruh puasa sunat. Setau aku, dia tak pernah miss puasa pada tarikh 1 Rejab. Mudah2an Allah cucuri rahmat ke atas rohnya. Amin..

Lepas siap sarapan, akupun gi gosok baju Sufi dan Tisya. Alamak!! Taufiq terjerit2 panggil aku rupa2nya dah ketinggalan bas! Aduh....satu hal pulak aku nak kena hantar ke KKB. Tapi nak buat camner? Takkan tak payah gi sekolah! Akupun cepat-cepat siap dan gerak dari rumah ke KKB pukul 6.30am. Gelap lagi. Ikut Kerling. Lagi gelap!! Sampai KKB pukul 7am.

On the way balik, aku terfikir nak balik LB atau TM?? Banyak kali soalan ni kat kepala aku. Tapi disaat aku dah decide nak balik LB, tiba2 aku terlepas simpang ke LB. So, laju jela aku teruskan ke TM. Sampai TM, ingat nak tido jap tapi tak dapat. Aku rasa penat sangat nak patah LB balik gi keje. Beberapa minggu ni memang aku kepenatan. Dengan uruskan anak2, prepare utk Awards' Day...tak cukup tido lagi bila keluarga berkumpul... Apalagi, aku terus je ambil half day EL suka2 aku! Akupun mandi dan siap2 terus gi pasar. Dah lama aku tak gi pasar. Sebulan kot! Aku ingat hari ni nak masak gulai lemak rebong. Ayam goreng kampung. Sambal belacan dan ulam petai!! Fuhhhh! Berselera makan!

(Semalam aku makan macam2. Goreng pisang nangka, jambu air cicah sambal kicap, jus durian belanda, kari daging, sambal ikan bilis + petai. Aku ingat habislah perut aku meragam. Alhamdulillah...selamat. Tak de apa2 sehinggalah ke hari ini)

Kepada Omak dan semua adik beradik aku yang berpuasa sunat 1 Rejab hari ni, Selamat Berbuka Puasa. Semoga ibadah kita mendapat berkat Ilahi. Amin...

Tuesday, June 23, 2009

Happy Birthday Kakak!

Selamat Hari Ulangtahun yang ke "TUTTTTT"! Hehehehe! Semoga dipanjangkan umur, sihat walafiat, dimurahkan rezeki serta beroleh keberkatan dan rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Amin....

Dalam hidup ni tak semua yang kita impikan kita akan dapat sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Apa yang kita mahu, belum tentu sesuatu yang kita perlukan.

Take care and be happy always..

Friday, June 19, 2009

It is said that......

...When the angel of death
is taking the rooh (soul) out of the body whom passes away....
it is a painful experience.
They say that when the dead awake on Qayaamat,
the effect of the rooh being taken out will still be there.
Therefore, ALLAH has told us to recite the Ayatul Kursi after any Farz salaat
and it is stated that whoever recites this,
their rooh will be taken
out as you would take out a strand of hair from a pile of flour.
How light would that feel, MashaAllah!
May Allah save us from any sort of pain and
may He let us die with Imaan in our hearts and save us from the azaab.
There is no word as beautiful as Allah.
No example as beautiful as Rasulallah (SAW)
No lesson as beautiful as Islam
No song as melodious as Azan
No charity as meaningful as Zakat
No encyclopedia as perfect as Al Quran
No prayer as perfect as Namaz
No diet as perfect as fasting
No journey as perfect as Hajj
Let's realize that Islam is for ever beautiful and perfect…

A Creed for Today and Everyday



Think of the future as wonderful door
opening into a promising new land
Learn from the past; but do not determine your future.
Forget about the past mistakes
Be glad that you're living in a world
that is full of opportunity
Be optimistic!
Appreciate the fact that you have God-given talents
and abilities that are uniquely yours
and don't be afraid to use them
Be the best you can be
Seek the advice and help of others but always remember
that yours is the final word
Make your own decisions
Explore your ownself, find your own dreams
Be persistent;
Try not to get discourage when things don't go your way
do all that you can to make this world
a better place to live
Be aware that life is not always easy
but that given time and hard work
it can be everything you want to be
Most of all, be happy and it's a wonderful time to be alive.

Thursday, June 18, 2009

Muhasabah Diri.......

Sepanjang usia aku, aku sedar aku buat banyak kesilapan dalam hidup ni... Saat aku melakukan kesilapan demi kesilapan, aku sebenarnya sedar semua kesilapan tu namun entah kenapa aku biarkan kesilapan itu terus berlaku. Namun aku selalu berharap agar waktu dan keadaan akan memberi titik noktah. Bila demikian itu berlaku, aku lantas akan bersyukur. Kemudian merasa sesal yang teramat. Lalu terfikir, andai aku dapat pusingkan putaran masa ke belakang, aku berharap bahawa aku TIDAK PERNAH melakukan satupun dari kesilapan tu!

Kenapa semua ni boleh terjadi sedangkan kita punya pilihan??? Aku percaya, pada ketika itu desakan naluri memberi isyarat pada emosi bukan pada pemikiran yang waras! Yang nyata dan menyedihkan lagi, apabila setiap kesilapan itu memberi kesan pada orang lain samada kita sengaja atau tidak.....

Aku pasti telah menyakiti hati ramai orang terutama yang paling dekat dgn aku. Aku pasti telah membuat insan lain kecewa dan marah dgn sikapku. Setiap manusia mempunyai maruah diri tapi kadang-kala melakukan sesuatu yang tak tercapai dek akal! Pernahkah aku merancang untuk menyakitkan hati sesiapa? TIDAK! Tak pernah terlintaspun. Apatah lagi menyakiti hati orang-orang yang rapat dgn aku, yang pernah sama-sama berkongsi kasih-sayang dan kenangan dengan aku! Lebih-lebih lagi yang sama seperti aku - seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu, seorang kakak! Aku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Kini, disaat usiaku mencecah 41 tahun, kepada semua yang pernah aku sakiti, percayalah bahawa aku amat sesal dgn sikapku. Percayalah bahawa, aku tidak sempurna. Percayalah bahawa aku masih disini menanti kemaafan.. Percayalah bahawa aku juga seringkali disakiti. Sering dikhianati. Sering terpaksa menjadi gagah walaupun hakikatnya aku semakin hilang kekuatan. Semakin lemah sehingga aku tercari-cari kehadiran sesiapa saja yang dapat memberi aku perlindungan. Memberi kekuatan disaat aku semakin lemah. Memberi sentuhan kasih sayang disaat aku memerlukan belaian. Menenangkan aku dikala aku resah. Menghulurkan tangan disaat aku kehilangan arah.. Percayalah, bukan senang untuk 'survive' sendirian. Dalam usahaku untuk 'survive', harus aku akui - terlalu banyak dugaan dan rintangan yang aku lalui. Sekuat manapun aku, kadang-kala aku kecundang. Aku sering terpaksa berjuang.




Namun dalam lumrah kehidupan, setiap perkara baik dan buruk yang kita lakukan akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah swt justru Allah itu Maha Adil. Aku percaya Tuhan akan membalas setiap perbuatanku.

Sesungguhnya, aku mahu jadi seorang ibu yang baik kepada 7 orang anak-anakku.Aku mohon agar Allah swt menguatkan keimanan dan ketaqwaanku. Sesungguhnya aku tidak sempurna namun aku mohon diperelokkan keperibadianku. Jauhi aku dari pujuk rayu syaitan yg sentiasa mahu menyesatkan.
Ya Allah, sinarilah hatiku dengan cahaya hidayahMu
sebagaimana Engkau menyinari Bumi dengan cahaya MatahariMu.
Wahai Tuhan Yang Membuka,
wahai Tuhan Yang Mengetahui;
bukakanlah hatiku dengan pembukaan yang hampir.
Wahai Tuhan Yang Membuka. Wahai Tuhan Yang Mengetahui.

Rejab Al-Mubarak

Sama samalah kita ingat mengingati amalan- amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.
Bulan Rejab adalah bulan Allah swt.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."