Friday, August 28, 2009

34 years Down the Memory Lane..........

BSc (Hons) Computer Science - Leeds Metroplolitan University, Leeds, UK
(1989-1993)

1st Year Degree - Northern Consortium United Kingdom (NCUK), Section 6, Shah Alam
(1988 -1989)

A Level - Sekolah Tun Fatimah, Johore Bharu, Johor
(1986-1988)

Form 1 - MES (Secondary), Tg Malim (1981)

Standard 6 - MES (1980)

Standard 5 - MES (1979)

Standard 4 - MES (1978)

Standard 3 - MES (1977)

Standard 2 - MES (1976)

Standard 1 - Methodist English (Primary) School - MES, Tanjung Malim (1975)

Tuesday, August 25, 2009

1 Ramadhan 1430H

Fuhhhhhhhhhh!!! Ada 31 ahli berdaftar No 1 Sri Pinang yg berkumpul kat rumah ni untuk berbuka puasa! 3 lagi ahli tak berdaftar!!! (jangan marah...) Hahahahah! Tambah nasi! Tambah nasi! Buat macam rumah sendiri ek! Jangan berebut-rebut. Dulukan tuan rumah. Bawa bersabar. Ada lagi yang tak balik...tapi tak per, less people more share!! Huah!Huah!Huah!

Hari ni bermulalah masak untuk berbuka puasa..kecoh kat rumah, kecoh kat pasar Ramadhan, kecoh kat pekan dan rumah pulak berantakan!! Tido tak cukup, rehat tak cukup, makanpun tak cukup! Kene berebut-rebut! Tapi bila dah kenyang, menyesal pulak berebut2 masa nak buka tadi.. Sampai terlupa nak abadikan gambar-gambar berbuka yg kalut dan kelam kabut!

Habis berbuka, sibuk pulak bersiap gi terawih.. ramai pulak kat masjid! Untuk pertama kali Zuri & Tisya ikut aku gi terawih! Terserlah keceriaan kat muka anak-anak aku ni! Yg laki-laki habis terawih (8 rakaat jer) terus gi kedai pekene air panas... Yang perempuan terus balik sebab nak borak!! heheheheheh!! Bukan borak kosong tapi berbincang menu apa untuk saho dan nak bagi makan 30+ orang ni! Bukan senang..penat pikir tau. Akhir sekali, menu paling senang, gi kedai mamak beli kuah kari ayam, rebus telur, masuk dalam kuah kari ayam. Maka jadilah...kari telur! Senangkan???

Hari Ahad lepas terawih semua bersurai! Tinggal aku and the gang ajer. Tapi bangun saho hari Isnin, kepla aku pulak pening yg teramat sangat. Gi klinik, tekanan darah, heart beat semua ok. Yg pastinya tido tak cukup. Aku dapat MC. So, sehari lagi berbuka puasa kat TM. Subuh tadi lepas saho baru aku & anak2 balik ke Lembah Beringin! Hari ni Insya-Allah, hari pertama berbuka di rumah sendiri! Menu apa ye???? Hmmm......chicken black pepper kot.....mix vege... teh susu panas, air sirap, dadih mango.......

"SELAMAT BERBUKA PUASA & BERTERAWIH"
pada semua keluarga di seluruh Malaysia, Indonesia dan di Tanah Suci
(pesanan ini ditaja oleh Rohimin Gas)

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Datang Lagi....1430H

Ramadhan datang lagi....

Malam ni bermula terawih dan esok dah kene bangun pukul 4.30 untuk sediakan sahur..seperti tahun-tahun sebelum ni. Tahun ni, Insya-Allah tahun pertama utk anak ibu, Sufi belajar berpuasa. Tak kira sahur, apatah lagi berbuka, rumah aku dah tentu meriah dengan aksi anak-anak yg dah tak sabar-sabar nak berbuka. Masing-masing sibuk meletak kuih kat pinggan masing-masing. Takut nanti terlepas! Hehehe! Sape yg duduk kat jug air memang penat menuang air...

Dulu-dulu, masa aku kecik tak payah nak pikir apa nak masak utk berbuka. Kakak-kakak yg fikirkan. Bersahopun tak payah bangun awal, tunggu orang bangunkan. Dah basuh mukapun masih mengantuk. Aku tingat masa sekolah rendah, Omak sibuk bangunkan semua orang saho sambil bawa secerek milo panas. Udin, suka tido menerap supaya rambut afronye tak terpenyek. Tiba-tiba Omak sudah tercurah milo atas rambut afro da...hahahaha!! so, sebelum suboh ada orang kene basuh rambut sebelum bersaho.........

Kakak aku si Keyom pulak, punyelah ngantuk sampai senduk nasi bukan letak dalam pinggan tapi atas pinggan yg terlangkup! Waaaaaaaaakakaka! Macam-macam aksi waktu saho..dengan adik beradik yg ramai..

Sekarang, aku buka puasa dgn anak-anak yg ramai pulak! Memang mencabar tapi enjoy! Selalunya juadah "pasti ada" masa Ramadhan - kuih ketayap, kuih buah melaka, puding roti, lopez, & popia goreng. Senang & jimat belanja. Penah aku buat kuih buah melaka 50 biji, aku cuma dapat 3 bijik ajer!! Pastu aku buat 80 bijik, aku cuma dapat 5 bijik ajer. Up 2 ajer....... Waktu tinggal di Puncak Utama, juadah lepas terawih yg berlebihan tu, mesti dorang hantar kat rumah aku sebab ahli rumah aku yg ramai sekali kat Puncak Utama ni! Gerenti selesai! Alhamdulillah........rezeki, rezeki. Aku penah bawa anak-anak aku 7 orang + anak-anak arwah abang (Udin) gi pasar juadah kat Desa Serdang...tu dia...berderet kitorang jalan macam gerabak ketapi..aku cuma bagi RM2 sorang, dorang pilihlah apa makanan yg dorang nak beli! Bila sampai rumah, fuhhh!! penuh meja dgn macam-macam makanan/minuman! Enjoy betul masa tu, bukan tang makan tapi tang berjalan macam gerabak ketapi tadi!

Lepas berbuka, solat maghrib pastu terus ke surau solat Isya' & terawih!! Solat terawih ni..ada satu kenikmatan. Suara imam yg memecah kesunyian dalam masjid dgn bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, memang buat aku rasa aman & tenteram sangat.... makin banyak rakaat, rasa badan makin ringan. Tapi heran...berat tak berkurangan! Bulan puasa kalau turunpun adalah sekilo, tapi 1 Syawal dah naik balik 2kg! Haiiiii....camno tu??

Sejak tahun sudah aku & anak-anak berpuasa di Lembah Beringin. Keadaan tetap meriah lagi-lagi bila yg kecik-kecik mula puasa. Tahun sudah Tisya (5 thn masa tu) mula belajar puasa. Tahun ni tambah sorang lagi, Insya-Allah, anak aku yg paling kecik - Sufi!

Malam ni, family aku janji nak kumpul kat Tg Malim utk bersaho sama-sama. Boleh masak buka puasa sama-sama. Sure Heboh!!! Lauk apa nak masak ramai-ramai ni? Omak, Kakak & Nyah - selamat berpuasa di Tanah Suci! Ati & family di Indonesia, selamat berpuasa!

Thursday, August 20, 2009

Iftar & Imsak bagi Tg Malim & kawasan-kawasan yg sewaktu dengannya

Fadhilat Solat Terawih sepanjang Ramadhan Al-Mubarak

Malam 1 :
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T

Malam 2 :
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).

Malam 3 :
Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.

Malam 4 :
Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Maamur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.

Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.

Malam 11 :
Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukkan.

Malam 14 :
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.

Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 :
Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 :
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18 :
Seru Malaikat : Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 :
Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solehin.

Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 :
Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :
Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.

Malam 26 :
Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 :
Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.

Malam 28 :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.

Malam 29 :
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 :
Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ; "Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kauthar

Aku di masa lampau...


Hehehehehehehe!!! Masa belek-belek gambar-gambar lama, aku terpandang gambar ni..masa aku Tingkatan 1, 13 tahun. Aaaaaaaaayu gitu!! Hai....baiknya muka aku masa tu! Ala-ala malu-malu nak bergambar! Rambut aku panjang betul masa ni, macam re-bondingkan? Buatla camner pun, akhirnya lurus balik. Bila aku rasa teringin nak curly hair, malam-malam sebelum tido aku tocang rambut aku kecik-kecik. next morning bila aku bangun, tu dia! Kembang, kerinting yg halussssssssss! Jimat duit mak aku!

Gi sekolah aku mesti ikat rambut! Bila aku ikat tocang dua, bebasikal wrangler merah lalu depan balai bomba kat stesyen ketapi, mesti bomba sakat aku, terjerit-jerit panggil aku anak Red Indian! Bila angin tiup ekor rambut aku melayang-layang bawah ketiak, bomba tu jerit "fuhhhhhhh!! panjangnye bulu ketiak!!" Hahahahahhaha! aku nak ketawa tapi control ayu je la........

Halusnya aku masa ni. Berat cuma 36kg dgn ketinggian 140cm jer! Sekarang aku dah mencapai ketinggian 150cm! Berat pulak..."tutttttttttttt"! Biarlah rahsia! hehehehehe!




Ini muka sekarang, 27 tahun kemudian!! Banyak perubahankan tapi pipi tetap maintain....

Tuesday, August 18, 2009

15 Steps to Fulfilling Your Wildest Dreams


Submitted by Pravs J on Sunday, 18 January 2009

15 Steps to Fulfilling Your Wildest Dreams

There are 3 keys to success in any new venture:

1) Being in the right place at the right time. (You could well be already there!)
2) Have a vision of where the industry/business you’re working in is going!
3) Taking Massive and Immediate Action! (It is time to act!)

“The future belongs to those who believe in the quality of their dreams.” Was it Johann Wolfgang Von Goethe, the famous German poet and philosopher who said those wise words?
Here are 15 steps to fulfilling your wildest dreams…

1. KNOW YOURSELF

Know and accept your weaknesses and faults (we all have them), but even more so your strengths, abilities and gifts. Build on your strengths and try to minimize or improve on your weaknesses. An honest, objective analysis of yourself is the first step in preparing you for success and realizing your dreams. Celebrate you for just being you, a unique creation.

Aim for mental clarity about what you most want out of life. Think about it and write it down. If it’s happiness, what do you mean by happiness: a sense of belonging, recognition, independence, love, money or security? If you don’t know where you are and where you want to go with your life, how will you ever get there? Aim at nothing and you’re sure to hit it.

2. GET PASSIONATE

Don’t apologize for getting passionate. What excites you the most? If you are not enthusiastic and excited about what you’re doing, your path in life, you’ll never get others to share your dream. Once you find your passion, you will have found your POWER, MEANING and PURPOSE in life.

3. SURROUND YOURSELF WITH POSITIVE PASSION

Always be aware. Negative people will poison your dream faster than anything else. Motto: “If you can’t be positive, shut up!” Try and stay positive…even in the face of negativity.

4. ACCEPT FROM THE START THAT YOU WON’T PLEASE EVERYONE

You’re going to be misunderstood, misquoted, hurt some feelings, perhaps even lose some friends (for the time being). Motto: “What other people think of me is none of my business!” Repeat this statement to yourself, especially when you doubt or feel discouraged.

5. ALWAYS BE YOURSELF

To thine own self be true. (Shakespeare’s “Hamlet”, act I.3.) This is supremely important, no matter what the world may think of you. The masses are conditioned to mediocrity and other people’s success can make them not feel inferior for their own insignificant little lives. Accept yourself. Learn from others–but don’t be intimidated by them, or pretend to be someone you’re not; because…”We are most effective when we’re being ourselves.”

6. DON’T BE SCARED OF MAKING MISTAKES

The only real mistake is one from which you learn nothing. Motto: “Far better to try something and fail, than try nothing and succeed!”

7. ACCEPT THAT IT WILL NEVER BE EASY

Realizing your dream may be the hardest, most uphill thing you’ll ever do. A truth …”You can’t coast uphill.” The key ingredient in success is never giving up. Keep on keeping on with your quest. It has been said that ”success is 99% made up of failures”.

8. STAY HUMBLE (no matter how successful you may be)

Don’t ever think you’ve made it and arrived–there’s always a lot ahead, more to do, higher mountains to climb. Motto: “The greatest way to do our thing has yet to be discovered!”

9. DON’T UNDERESTIMATE YOURSELF

There is incredible power in yourself (in the form of the unique human mind), but far more so in the forces of the Universe. Make them work for you by living your life in harmony with these natural forces. Like positive energy attracts like.

Enough “spiritual” thoughts! Back to the “real world” and you. Avoid developing an inferiority complex (Who am I, a ‘nothing’?”). Don’t be filled with feelings of self-pity (”nobody likes me”), or think “I can’t do it.” These thoughts will steal your dream.

10. HAVE FUN

Nothing is ever as bad as it seems–don’t get too solemn, or serious or too downcast when things go wrong (as they surely will from time to time). Take a leaf from Thomas Edison’s book: “I never did a day’s work in my entire life: it was all FUN!” Laugh at life’s funny moments…and there are plenty of them. “The secret of happiness is not in doing what one likes, but in liking what one does.” - J.M. Barrie

11. DEVELOP ‘THE WILL TO LIVE’

There will be plenty of times when you’ll face the death of your dream. When failures, disappointments, and criticisms come you need the will and faith to keep going. Remember: We learn far more from our failures than our successes, because failures show us what doesn’t work. So, failure is just one step closer to ultimate success. Often the difference between failure and success is trying just one more time, picking yourself up off the canvas after being knocked down time and again.

12. DEVELOP ‘THE WILL TO HELP AND SERVE OTHERS’

Success on its own (i.e., for its own sake) will pollute and corrupt you–it’s a dead end street unless you have meaning in your life. The years of struggle breed fortitude and character. The gold may be an inch away from the seam, where your fellow miners have given up. You need to succeed for a reason, a purpose, a cause that’s bigger than you! and IF (a very big if) you’ve fulfilled all the above requirements…

By the time you finish reading this you will realise its just 12 steps and not 15………..

Sunday, August 16, 2009

Selamat Berangkat

Kakak, Omak & Nyah

Nyah & Hubby (Abg Nuar)

Ibu & anak

Emin, Omak, Erman


Kakak & family





Hot "Tok Mami and Edlin"





Nyah & children













Akhirnya, Omak, Kakak & Nyah berangkat ke Mekah jam 3 pm hari ni. Semua berkumpul kecuali Kjun & family, Aty & Family (kecuali Farrah)...semoga perjalanan atas niat yg baik ini mendapat perlindungan Allah swt. Gambar2 ini diabadikan khusus utk tatapan ahli-ahli keluarga yg tidak ada rezki utk bersama. Hari ini bakal menjadi sejarah yg takkan pernah luput dalam ingatan...

Friday, August 14, 2009

Allah CURES!


DOA' PILIHAN

Satu ikhtiar untuk mengelak wabak Selsema Babi (H1N1) daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)

Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.

Tetamu-tetamu Tanah Suci..Insya-Allah

Ya Allah, ampuni dosa-dosa ibuku.. sayangi dan lindungilah dia sebagaimana dia telah menyayangi dan melindungi aku selama ini. Kurniakan kepada ibuku tubuh badan yang sihat agar dapat ibuku melaksanakan ibadatnya dengan sempurna. Berikan pada ibuku ketenangan hati dan fikiran. Permudahkan segala urusannya. Mudah-mudahan Engkau menerima dan memberkati amal-ibadatnya disana. Amin

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kakakku ini. Sayangilah dia, peliharalah dia sepertimana dia telah menyayangi dan memelihara aku selama ini. Berikan kekuatan dan ketenangan padanya agar segala amal ibadatnya di sana terlaksana dgn sempurna.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kakakku ini. Sayangilah dia, peliharalah dia sepertimana dia telah menyayangi dan memelihara aku selama ini. Berikan kekuatan dan ketenangan padanya agar segala amal ibadatnya di sana terlaksana dgn sempurna.

Semoga 2 bekas penari "Black Magic Woman" ni akan pulang dgn penuh KEINSAFAN!! Hehehehe! Hijrah Itu Perjuangan!

Haa..Nyah, hope you return with this image, so nice and sweet. No more rambut adik beradik dgn David Arumugam!

To Omak, Kakak & Nyah,

Selamat berangkat ke Tanah Suci. Semoga dipermudahkan oleh Allah swt akan semua urusan disana. Amin

p/s BTW, majlis tahlil, kesyukuran, doa selamat dan jemaah Yasin di Surau Sheikh Ismail, Ulu Bernam semalam berjalan lancar. Alhamdulillah.....

Tips For Better Life

1. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
3. Sleep for 7 hours.
4. Live with the 3 E’s — Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Play more games.
6. Read more books than you did the previous year.
7. Make time to practice meditation, yoga, and prayer. They provide us with daily fuel for our busy lives.
8. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
9. Dream more while you are awake.
10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
11. Drink plenty of water.
12. Try to make at least three people smile each day.
13. Don’t waste your precious energy on gossip.
14. Forget issues of the past. Don’t remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
15. Don’t have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
16. Realise that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
17. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
18. Smile and laugh more.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate others.
20. Don’t take yourself so seriously. No one else does.
21. You don’t have to win every argument. Agree to disagree.
22. Make peace with your past so it won’t spoil the present.
23. Don’t compare your life to others’. You have no idea what their journey is all about. Don’t compare your partner with others.
24. No one is in charge of your happiness except you.
25. Forgive everyone for everything.
26. What other people think of you is none of your business.
27. GOD heals everything.
28. However good or bad a situation is, it will change.
29. Your job won’t take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.
30. Get rid of anything that isn’t useful, beautiful or joyful.
31. Envy is a waste of time. You already have all you need.
32. The best is yet to come.
33. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
34. Do the right thing!
35. Call your family often.
36. Your inner most is always happy. So be happy.
37. Each day give something good to others.
38. Don’t over do. Keep your limits.
39. When you awake alive in the morning, thank GOD for it.
40. Don’t be more calculative in your life for all things.


Thursday, August 13, 2009

Lamunan Terhenti.....





KHIRRUDDIN B. HARUN
(7Mac 1959 - 2Mac 2007)




















Terhenti lamunan, bilaku dikejutkan..engkau dipimpin pergi oleh seseorang..
Dalam keterpaksaan kau melangkah pergi.......
Namun sempat jua kau menoleh ku disini.........
Lagu ni bawa banyak kenangan bagi kami semua yg masih disini. Tiap kali karoke, inilah lagu wajib arwah abang aku..Khirruddin b Harun (Udin). Telah dibawa pergi mengadap Ilahi pada 2hb Mac 2007, malam Jumaat yang penuh berkat tanpa sempat menoleh lagi.... Telah gugur sehelai lagi daun dari pohon keluarga kami menyembah bumi. Dia pergi dalam tidur sebelum sempat menyambut hari lahir yg ke 48 tahun pada 7hb Mac 2007. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan. Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah dan diletakkan di tempat orang-orang yg soleh. Amin.

Bukan senang menerima pemergian orang yg kita sayang secara mengejut. Meskipun kita rasa kita redha dgn ketentuan Allah, tapi adakalanya kita akan berkata, "kenapa ko pegi..". Aku sendiri rasa dia tak pernah pergi tinggalkan kami utk selama-lamanya.. dia ada kat merata-rata jalan di sekitar Lembah Kelang, di KLIA, di rumah membuat kerja-kerja yg patut! Mengacau pemandu-pemandu lain dengan meletakkan bola ping-pong kat dua-dua belah mata dia seolah-olah matanya terjojol keluar. Dia akan overtake pemandu sebelah dan kemudian pandang tepat ke pemandu tu.... kitorang dah biasa dgn aksi ni tiap kali berkonvoi kemana-mana!

Penah satu ketika, dia lintas jalan pakai spek hitam sambil bawa tongkat orang buta. Yang prihatin pun tak sabar-sabar capai lengan dia utk bantu lintas jalan! Sampai seberang jalan, dia lipat tongkat, buka spek, senyum dan cakap terima kasih pada yg sudi 'membantu.' Heeeeeee! Geram ajer "Tipah tertipu bangggg"!

Masa terima berita pemergiannya, aku baru selesai solat Subuh..hanya Allah yg tahu perasaan sebak dan sayu aku masa tu. Bayangkan, semalam sebelum aku tidur, aku tahu adik-beradik aku semuanya seramai 10 orang. Pagi tu, aku bangun tidur tiba-tiba adik beradik aku tinggal 9 jer.. Bukan senang bagi kami membenarkan doktor forensik menjalankan post-mortem... akhirnya terpaksa akur dan barangkali telah tersurat untuknya.

He was a very resposible, loving and caring father of 3 children. All boys. A jovial type. Friendly. An over-protective brother! Sampai aku naik rimas... Abah lagi relax dari dia.
Semua tinggal kenangan..takkan datang semula hari-hari semalam.




Naufal (1) dan Daniel (3)




















Syakir (2)



Hanya kenangan.........


Dia jaga Jiro, dari Jiro kecik, sebesar rambut Afro dia sampailah Jiro hampir setinggi dia

Last but not least..........

You & I (taken 1984)

Lamunan sudah pun terhenti!!!!
I will never see or hear you again..but our memories remain

SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT ALLAH S.W.T. Amin
Al-Fatihah