5.30pm Just had a session with the CEO. Dropped by at Admin to check if there is anything in my pigeon hole. Oh yes! Something for me. A gift. The wrapping paper looked so familiar. Later I found out, it's from my one and only Hidayah..all the way from SEMTEG, Gombak!
A mother's day gift! A cute teddy bear key chain. What a lovely thoughts and just the right gift for the right person. Don't you think the teddy looks just as cute as me??...hahahaha!
It happens once in a blue moon... Thanks so much! After a whole day of tiring schedule, at least this surprise made my day. Adding more flavour.
A very sincere thoughts written on a piece of paper...touchy and funny. I guess, I should reply it right here in my blog.
Untuk Hidayah dan semua anak-anak ibu yang ibu sayang..
Taufiq, Dalis, Firman, Zuri, Tisya dan Sufi,
Dayah, terima kasih sebab bg ibu hadiah bear ni. Ibu tau, bear ni comel secomel orang yang terima hadiah ni! Ibu tak kata sorang, Dayah pun bgtau ibu benda yang sama.. Terima kasih atas semua doa Dayah. Mudah-mudahan semua doa tu dimakbulkan oleh Allah swt.
Ibu nak korang semua tahu, apa yang ibu buat untuk korang semua dah jadi amanah yang dipertanggungjawabkan Allah pada ibu. Kalau ibu bebel dan marahkan korang sampai satu kampung dengar suara ibu...semua tu pun amanah yang kena ibu pikul. Kalau ibu tak marah, tak nasihat, esok di hari akhirat Allah akan soal ibu - "Kenapa tak jalankan amanah yang Aku bagi pada engkau?" Soal duit, soal masa itu bukan persoalan. Ibu pergi kerja, ibu cari duit merata-rata - untuk siapa duit tu semua? Dah tentu untuk ibu, untuk korang dan rezki sesiapa yang Allah dah tentukan. Tapi, sebagai manusia biasa..memanglah ibu mengeluh - penat, tak de duit dan macam-macam keluhan lagi yang selalu korang dengar. Mungkin skrip ibu pun korang dah hafal. Tak kiralah Dayah ke, siapa-siapa ke - korang boleh minta apa je yang korang nak tapi yang tentukan boleh dapat atau tidak, cepat atau lambat adalah IBU dan izin ALLAH! Kalaulah korang tau.. ibu selalu wish ibu dapat penuhi setiap permintaan korang lagi-lagi bila korang minta nak makan itu dan ini. Ibu cuba nak sempurnakan. Bila ibu tak dapat, jauh disudut hati ibu, ibu rasa kecewa sangat. Korangpun mesti kecewakan? Tapi takpe...lambat laun bila usia kita berubah, kehendak kitapun akan berubah..Dulu masa ibu umur 9 tahun, ibu nak sangat jam tangan Mickey Mouse sebab ibu nampak kawan ibu pakai. Ibu minta pada Tok Mak tapi sampai sudah ibu tak dapat. Lama-kelamaan kehendak untuk memilikki jam Mickey Mouse tu hilang..dan ibu tak kisah langsung tak dapat jam tu!
Ibu nak korang semua tau, sampai bilapun, ibu tak minta korang balas setiap pengorbanan ibu untuk korang, cukuplah sekadar menghargai dan menyedari hakikat bahawa setiap yang ibu lakukan adalah memenuhi amanah Allah, dan tugas korang pun memenuhi amanah Allah. Jadilah anak-anak yang baik, kenang budi dan jasa ibu ayah atau siapa-siapa jer yang pernah memudahkan kita dari sebarang kesulitan yang pernah kita lalui. Jangan pernah lupa doakan kesihatan dan kesejahteraan ibu dan ayah selepas setiap kali korang habis sembahyang. Doa anak yang soleh sampai hingga ke liang lahat. InsyaAllah... Anak-anak ibu akan membesar jadi makhluk Allah yang taat.
Makin meningkat usia ibu, ibu makin perlukan sokongan korang semua dalam apa aspekpun.. Apatah lagi bila ibu lalui detik-detik yang sukar. Selagi kita lakukan sesuatu pekerjaan tu dengan jujur dan ikhlas tanpa rungutan, InsyaAllah, semua tu satu ibadat yang akan dapat ganjaran dari Allah. Allah tak mungkir janji. Ibu akan tunggu saat Dayah buat ibu "jadi ibu yang terpaling happy di dunia".
Bila memohon pada Allah, mohonlah minta yang TERBAIK sebab kita tak tau apa sebenarnya yang terbaik untuk kita. Barangkali sesuatu yang kita hendak sangat tu bukan sesuatu yang terbaik untuk kita... yang kita tak nak tu mungkin something really good for us. Kita tak tau. Ibu selalu minta- nak itu, nak ini dari Allah. Semua Allah makbulkan tapi pengalaman hidup buat ibu sedar bukan semua yang ibu dapat tu terbaik untuk ibu. Namun, berbalik pada Qada dan Qadar.. satu ketentuan yang kita tak tahu. Dugaan menjadikan kita lebih dewasa dan supaya kita lebih dekat dengan Allah. Untuk bersujud..untuk bermohon...untuk berserah..untuk menangis..untuk apa saja. Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambanya. Kemudian, dari pengalaman ibu belajar dan ibu nak sampaikan pada korang semua, berdoalah...
Ya Allah,
Berikanlah kepada aku segala yang terbaik untukku, keluargaku, agamaku, dunia
dan akhiratku..Amin
Percaya pada Allah, Malaikat-malaikatNya, Rasul-rasulNyaNya, KitabNya, Qiamat, Qada & Qadar... kerjakan suruhan-suruhanNya - ucapkan 2 kalimah syahadat, solat 5 waktu, berpuasa Ramadhan, keluarkan zakat dan tunaikan haji bila berkemampuan.. Mohon perlindungan Allah dari kemungkaran.. Ingat, 2 nikmat Allah yang patut disyukuri adalah iman dan kesihatan.
Ibu ajar korang puasa seawal usia belum mencecah 5 tahun dan semua mampu habiskan puasa sebulan walaupun baru belajar puasa! Cuma..korang kena rajin sembahyang sebab sembahyang tu tiang agama. Bila tiada tiang untuk berpaut, kita senang hanyut dan lemas! Kalau lakukan kesilapan, betulkan semula. Kalau sesat dihujung jalan, balik ke pangkal jalan. Sayangi semua orang disekeliling kita. Nescaya kita akan disayangi juga. Maafkan siapa saja yang menyakiti hati kita kerana dengan memaafkan, kita senang mendapat hidayah Allah. Mudahkan urusan orang lain kerana Allah akan permudahkan urusan kita.
Ibu sayang korang semua... Taufiq, Hidayah, Dalis, Firman, Zuri, Tisya dan Sufi. Korangpun kena saling menyayangi. Perasaan kasih sayang adalah anugerah Allah yang tak terhingga untuk hambaNya. Ambik berat tentang adik-beradik tak kira sampai bilapun. Itu darah daging kita. Sebusuk-busuk daging, dicuci, dimamah juga. Sesiapa yang buat silap, nasihatkan, maafkan dan bantu dia betulkan kesilapan dia. Jangan hindari orang tu selamanya. Pada saat kita marah, mungkin kita akan jauhkan diri tapi jangan lama-lama. Cepat-cepat kawal kemarahan dan bila kemarahan tu reda, dekati orang tu semula dengan sentuhan yang penuh kasih sayang. Mungkin ibu bukan ibu yang terbaik di dunia tapi dengarlah nasihat ibu ye....