Jiro ni dilahirkan kat dalam hutan banat Gua Musang, Kelantan. Ada 2 beradik. Kehadiran 4 ekor beruang di hutan tu (termasuklah mak dan bapak beruang) menakutkan penduduk disekitar kawasan tu. Dorang pun laporkan kat balai Gua Musang. Masa tu, abang ipar aku bertugas sebagai inspektor polis kat situ. Gerakan mengesan beruang 4 beranak ni pun dimulakan. Akhirnya, sampai di satu lokasi ni nampaklah beruang 4 ekor ni sedang bersantai. Si ibu tengah menyusukan seekor anak, seekor anak lagi sedang lena tidur tak sedar diri dan bapak beruang pun tengah tido, lagi tak sedar diri!!!! Abang ipar aku tak sampai hati nak tembak jadi tembak ke langit biar beruang-beruang tu sedar dan lari ke dalam hutan lagi. Dengar aje bunyi tembakan tu, si ibu yang tengah susukan anak lintang pukang lari sambil dukung anak tu, dan bapak yang tak sedar diri tadi pun bangun lari selamatkan diri sendiri!!
Namun terbukti, binatang pun sayangkan anak... Kasih sayang se'ekor' ibu ni membuat dia patah belakang semula, nak mendapatkan anak seekor lagi yang sedang tidur. Tapi pihak polis terus menembak ke langit supaya ibu beruang tak teruskan niat dia. Lalu.... tinggallah seekor beruang yang comel, yang baru beberapa hari dilahirkan, yang belum lagi membuka kelopak mata, yang belum sempat melihat ibu, bapak dan saudaranya...isk!isk!iak! Abang ipar akupun kesian dan ambiklah anak beruang ni bawa balik ke rumah. Lesen dari pihak Mergastua membolehkan kami menjaga Jiro walaupun dia adalah binatang liar. Kiranya, kisah Jiro ni versi terbalik cerita Tarzan la!
Beruang ni dinamakan JIRO sebab di bahagian dadanya ada bulu putih yang membentuk huruf "O" atau "zero". Jiro dijaga macam manusia. Menyusu menggunakan botol susu. Dimandikan, dishampoo, dijaga kebersihannya. Tidur dalam pelukan.... Bila Jiro buka mata, dihadapannya adalah manusia. Tak ada seekor haiwan pun. Dia membesar, berlari dan bermain dalam/luar rumah, dibawa kemana-mana berdukong. Kemudian 1981, abang ipar aku ditukarkan kerja ke Kuala Lumpur, Jiro pun dibawa pindah dalam kandang besi yang selesa tapi bukan ke Kuala Lumpur. Kediaman baru Jiro beralamat No 1 Sri Pinang, Ulu Bernam, Tg Malim. Rumah omak abah aku. Masa tu umur aku baru 13 tahun. Bertambahlah ahli keluarga kami. Bermulalah kisah dan pengalaman baru dalam hidup kami semua termasuklah penduduk-penduduk sekitar Ulu Bernam dan Tg Malim. Adake orang bela beruang??? It was fantastic indeed!
Kandang Jiro ditempatkan depan rumah. Dalam kandang Jiro ada pangkin kecil untuk tempat tidur dan tayar lama untuk Jiro main dan berbuai-buai. Macam budak kecik yang lain, Jiropun tak kurang nakal, suka main dan suka buat sepah. Abah selalu marah sebab ada kalanya Jiro "membuang" merata-rata dan menyusahkan kerja-kerja pembersihan. Dan..kerja akupun bertambah... Memandangkan aku sekolah sesi petang, aku kena buat kerja-kerja kemas rumah sebelah pagi. Kalau tak, mesti kena bebel dgn Omak. Sesudah solat subuh, aku akan sarapan pagi dulu. Kemas rumah, pegi tusyen. Sementara tu abah akan bagi Jiro makan. Buang najis2. Omak akan cuci keliling kandang Balik ajer dari tusyen aku kene mandi dan shampukan Jiro. Aku korek-korek lubang telinga dia yg bulat dan comel tu. Tapi tak lah aku masuk dalam kandang. Dari luar aje. Kalau abang aku, dia akan wrestling dulu dgn Jiro dalam kandang pastu, sama-sama mandi dalam kandang. Lepas shampu dan keringkan Jiro, bulu dia yang hitam tu akan nampak berkilat-kilat lagi-lagi bila kena sinaran matahari. Ultra-violet tak de kesanpun pada Jiro!!
Apa makanan ruji Jiro? Jiro hanya makan nasi campur susu. Satu periuk bagi, satu periuk dia boleh habiskan. Tapi jangan ada benda-benda asing yang termasuk dalam periuk nasi tu walaupun tulang ikan yang halus. Jiro takkan makan nasi tu. Satu lagi Jiro suka merokok. Kalau disuakan rokok yang dah berasap ke hidung Jiro, air liur dia akan meleleh-leleh sambil tangan dia mencapai-capai rokok kat tangan yang gatal yang sua-suakan kat dia! Bila dapat rokok, dia akan kepit rokok antara 2 kuku dia yang melentik panjang. Sambil berbaring dan silang kaki, dia akan dekatkan rokok tu ke hidung dia....ahhh...tangkap syahdu!!
Jiro takut tengok lembu. Tiap kali kereta lembu lalu depan rumah aku, Jiro akan terjerit-jerit dalam kandang dia. Agaknya dia jerit .."help! Help!" dalam bahasa Kelantan! Hehehe! Penah sekali, seekor anak ular, lalu kat kandang Jiro. Dia menjerit-jerit macam nak pecah rumah kitorang. Tapi Jiro ni penyayang dan berjiwa sentimental. Bila kami adik beradik berkumpul, Jiro nampak happy sangat, berlari dalam kandang dia sana sini. Yang laki-laki selalunya akan keluarkan Jiro dari kandang dan main kejar-kejar di halaman rumah. Tapi Jiro takkan keluar dari pagar keliling rumah aku. Dia akan kejar dan panjat dorang ni. Muka dia akan nampak cerah dan ceria. Aku tahu.. Bila sampai kat yang perempuan, Jiro akan gesel-geselkan kepala dan badan dia macam nak bermanja... Jadi Jiro ni beruang dalam kategori sentimental-rock!
Bila acara perpisahan tiba...bila siapa-siapa yang kerja kat KL dah mula salam-salam nak balik, Jiro akan duduk sambil 2 tangan tongkat dagu ngadap keluar kandang, menangis sampai meleleh-leleh air mata. Bunyi tangisan Jiro aku ingat lagi sampai hari ni. Masa tu muka dia tak ceria lagi. Nampak kedut aje. Basah pipi dia. Tercapai-capai tangan kita nak bersalam. Bila kita hulurkan tangan, Jiro akan sambut penuh manja... Hai..binatangpun ada hati dan perasaan.
Satu hari, kitorang renovate kandang Jiro nak bagi dia lebih selesa. Tambahkan awning. Jadi Jiro terpaksa dilepaskan. Aku ingat lagi, aku keluar dari bahagian dapur masa tu. Tiba-tiba aku nampak Jiro masuk rumah terus menghala ke bilik dan tegakkan badan dia, berdiri dengan 2 kaki sahaja. Sebaik terpandang kat cermin Jiro menjerit ketakutan sambil berlari laju keluar dari rumah. Aku ketawa tertonggeng-tonggeng sebab...aku rasa Jiro terkejut tengok muka dia kat cermin. Mungkin selama hari ni dia fikir wajah dia sehensem penjaga-penjaga dia... Maklumlah, Jiro lahir dan buka mata, dia dikelilingi oleh dunia manusia bukan sekumpulan beruang atau haiwan-haiwan lain kat hutan. Sian Jiro....
Hidup dalam kandang, walaupun badan terkurung tapi mata Jiro bebas melihat aktiviti sekeliling dia. Satu pagi tu, abang aku sidai kain. Bergantung dalam 4-5 helai seluar jeans kat sidaian. Entah macamana, rupa-rupanya kandang Jiro tak berkunci. Bila perasan kandang tak kunci mangga, Jiro dengan selambanya buka penyelak pintu dan terus keluar menuju ke sidaian kain. Tanpa berlengah, Jiro terus angkat satu-satu pakaian yang tersidai, sangkut kat bahu dia!!!! Angin abang aku naik satu badan. Rotan Jiro sebab kotorkan pakaian yang dah dicuci bersih, yang dahpun separuh kering. Aku tak sanggup nak tengok Jiro kena pukul. Aku lari masuk menyorok dalam tandas dan menangis sepuas hati aku!!
Antara makanan kegemaran Jiro yang lain ialah durian dan ais-kerim. Tiap hari adik aku balik sekolah dia akan beli ais kerim, makan dan tinggalkan sikit untuk Jiro. Bila dia turun aje dari bas bapak DJ Dave, Jiro akan capai periuk dia dan tampung. Adik aku akan letak ais kerim dalam periuk. Jiro akan hirup ais kerim tu penuh selera..
Banyak kenangan bersama Jiro.. masa gigi susu Jiro sakit nak patah, aku ingat lagi, dorang guna playar untuk cabut gigi Jiro! Pernah dawai dari tayar kereta permainan Jiro tersengkang kat tekak dia, abah dengan beraninya masukkan tangan dia dalam mulut Jiro, bengkokkan dawai tu dan keluarkan dari mulut Jiro. Tapi apa yg jadi pada abah??? Jiro yang kesakitan berpaut pada tangan abah sampai kuku-kuku Jiro yang tajam tu menembusi daging tangan abah sampai terkoyak. Dorang sama-sama menahan kesakitan. Tapi kasih sayang dan kesian abah pada Jiro mengatasi kesakitan. Akhirnya dawai dapat dikeluarkan, luka abah dirawat dan sembuh tapi tetap meninggalkan parut yang jelas.
Ada beberapa orang yang nak beli Jiro untuk macam-macam tujuan. Harga yang ditawarkan menjangkau ke 20K tapi abah tak nak. Kata abah..."ini anak aku jugak"! Jiro terus tinggal dengan kami semua.. sama-sama berkongsi kenangan dan pengalaman. Abah aku yang sebelumnya terkenal dengan gelaran Harun Merdeka, tiba-tiba bertukar menjadi "Harun Beruang". Harun and the Bear...
Jiro semakin membesar. Saiz Jiro lebih besar dari beruang-beruang lain yang tinggal di zoo walaupun usia dorang sama. Ini kata kurator Zoo Negara Kuala Lumpur yang kebetulan pak cik aku. Semakin besar, Jiro semakin kuat. Kunci mangga kat pintu kandang, dia patahkan dengan mudah aje. Orang-orang yang tinggal kat rumah berkurangan. Abah dah tak daya sangat. Aku pulak "tukang mandi beruang" dah pergi ke Johor Bharu sambung belajar. Akhirnya, selepas perbincangan keluarga, dengan hancur luluh, sedih, sayu dan pilunya Jiro terpaksa kami serahkan ke Zoo Air Keroh, Melaka.
"Perpisahan tanpa relaku...
Saat yang sayu dan menyayat hati bagi kami semua, adalah berpisah dgn Jiro. Lori dari Zoo Air Keroh datang ambik Jiro di Tg Malim. Jiro meraung dan menangis sepuasnya. Begitu juga Abah, Omak, Erman dan Kjun yang pada ketika ada itu di rumah. Gambar-gambar "hari ini dalam sejarah" ada diabadikan..nantilah aku cari dan uploadkan ke blog ni...
Ini dia, gambar Jiro di Zoo Air Keroh. Yang dihujung kiri sebelah bawah, ada seekor beruang yg terlopong tu.. tulah dia pasangan Jiro. Mukanya bengis. Tengoklah tu, duduk pun terkangkang. Tapi cuba tengok Jiro punya posing, cukup kacak dan bergaya!!! Jauh bermenung..agaknya memikirkan "manalah pergi kawan-kawan serumah aku dulu..." Jiro dikurniakan 3 orang anak di zoo. Kami selalu melawat Jiro, dan dia kenal suara-suara kami semua. Tiap kali datang melawat, Jiro ceria sangat tapi bila nak balik, dia akan menangis. Jiro tak dijaga seperti yang kami harapkan. Soal makan, tak dipedulikan. Badan Jiro susut... Jiro mati sekitar tahun 95-96. Abah pergi dulu sebelum Jiro....
Walau siapapun Jiro, dia pernah menghiasi hidup kami seisi keluarga....
"Engkau tiba, bagaikan pelangi
tak bercahya namun kau berseri
tapi cukup menghiburkan hati ini...
seharian waktu bersamamu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi petang kau kan pasti
pergi jua...."
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAllahuakbar...
ReplyDeleteSayunya rasa di hati.
Terima kasih puan kerana membawakan nukilan ini.
Dari Gubuk Kecil Kembara Jalanan
http://mazaaida.blogspot.com