Tuesday, May 12, 2009

My cute and cuddly Tisya


She is 6 years old...shy to strangers but very friendly, jovial and funny... her true colors gives more flavors to my life.. terima kasih ya Allah kerana mengurniakan Tisya pada aku.

Tisya was born on 4th February 2003 at Pusat Rawatan Islam Az-zahra, Bangi. Dia memang gebu dari kecik. Lesung pipit dia cuma satu sebelah kanan. Dia akan "ambik" balik lesung pipit dia bila ada siapa-siapa yang "cabut" dari pipi dia.

Masa kecik, Tisya tak banyak cakap tapi sekarang letih jugak nak layan. But she is mature than her age. A loving person, caring..especially to Sufi, her little brother. She is very independent too.


... Kata-kata Tisya selalu buat aku ketawa... Walaupun aku selalu marahkan anak-anak tapi mungkin dorang tak tahu, perangai dorang ni selalu menghiburkan. Sehingga buat aku terfikir, my life would be so empty if they are not around.

Tisya sekarang belajar di Pra-sekolah SK Lembah Beringin. At this age, Tisha had represented the school twice for sukan pra-sekolah Daerah Hulu Selangor. She participated in 4x25m, 4x50m, 50m and 80m. Mula-mula lawan kat KKB pastu ke Stadium sukan kat Proton City!

Tengoklah...medals ni bukti kemenangan Tisya.. Aku dulu-dulu masa sekolah rendah kuat gak lari. Naik menengah dah mengah!!! Hehehe! Pancit selalu.

Kat sekolah, Tisya penah dapat hadiah "Pelajar Paling Pendiam"! Bila Sufi masuk sekolah hari pertama, she was very frustrated because the teacher asked her to look after Sufi and she could not even learn a thing that day!! Tisya kata "tolonglah ibu, tak payah suruh Sufi datang sekolah esok. Nanti Tisya tak dapat belajar lagi!"


She is a fast learner tough.


That was one day when Tisya told me "Ibu, bila Tisya kawin nanti, anak Tisya 2 je. Cukuplah. Kalau anak 7-8 orang, dorang buat bising aje. Kat rumah, dalam kereta. Pening kepala Tisya. Pastu Tisya kena pulak beli kereta besar. Belum tentu bila besar nanti Tisya dan suami Tisya orang kaya... " Aku saja-saja tanya, lelaki macamana yang Tisya nak cari jadi suami? She answered "Lelaki yang pakai songkok. Dia bawa Tisya dan anak-anak Tisya sembahyang dengan dia..." Amin...semoga para malaikat mengaminkan doa anakku ini. Tersentuh hati aku...



Ya Allah..
engkau restuilah dan limpahkanlah kepada anak-anakku
cinta yang kau jadikan Khadijah Al-Qubra
Ali Karamullahu Wajhah dan Fatimah Azzahra
yang Kau jadikan penghias keluarga NabiMu yang suci

Ya Allah, aku mohon redha Mu
jadikanlah anak-anakku dan pasangan-pasangan mereka nanti
sebagai suami isteri
yang saling mencintai di kala dekat
saling menjaga kehormatan di kala jauh
saling menghibur dikala duka
saling mendoakan dalam kebaikan
dan ketakwaan
saling menyempurnakan dalam peribadatan

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan anak-anakku
dengan menjadikan perkahwinan dan rumahtangga mereka
sebagai ibadat kepadaMu
tanda kasih dan bakti mereka
kepada kedua ibubapa tercinta
dan bukti ketaatan serta kecintaan
mereka kepada sunnah rasulMu

Amin Ya Rabbal Alamin...





































No comments:

Post a Comment