Tuesday, May 5, 2009

Pelangi Lepas Hujan

5 Mei 2009

Syukur Alhamdulillah..hari ini aku masih bernafas untuk terus menjalankan tanggungjawab aku menguruskan anak2. Tapi bangun lewat sebab semalam tidur lewat bantu Dalis dan Zuri siapkan homework . Jadi, aku terpaksa hantar anak-anak ke sekolah.

Petang nanti aku ada meeting dengan Tan Sri di UEM mercu. Aku terpaksa tunggu anak-anak balik sekolah dan hantar ke rumah mak di Tg Malim. Malam ni, rencananya tidur rumah mak dan pagi-pagi esok direct from Tg Malim - Lembah Beringin. Taufiq ambik bas dari Tg Malim terus ke Kuala Kubu.

Aktiviti harian aku memang memenatkan... Memang kadang-kadang aku mengeluh walaupun aku tahu keluhan tandanya kita tidak redha. Namun jauh di sudut hati aku, aku sedar semuanya satu amanah yg perlu aku pikul hingga semua anak-anak boleh berdikari. Tapi perjuangan aku sebagai IBU takkan pernah selesai hingga ke hujung nyawa! Mudah-mudahan aku dikurniakan kesihatan yang baik, kegagahan dan kesabaran untuk menguruskan anak-anak, dan dilapangkan rezeki.

Selalunya makhluk Allah bernama manusia ini sering mengeluh..sedangkan kita telah mengakuinya didalam setiap solat 5 waktu "......sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku adalah kerana Mu Ya Allah...".

Pada anak-anakku Taufiq, Hidayah, Dalis, Firman, Zuri, Tisya dan Sufi..
Hidup ini akan sentiasa menguji kita. Disitulah keimanan kita akan diukur. Segala susah payah, pahit getir yang pernah kita lalui bersama adalah tanda kasih sayang Allah pada kita. Bersyukur pada nikmat dan redha pada dugaan-dugaan Allah kerana disebalik setiap dugaan itu ada hikmah yang tersembunyi. Namun redha pada dugaan tanpa usaha memperbaiki keadaan pun tak guna jugak! Sedar tak, manusia selalu minta panas tapi bila hujan kita hanya tahu mengeluh. Sedangkan yang kita tak tahu ialah sebenarnya selepas hujan tu, Allah nak bagi pelangi pada kita!!







No comments:

Post a Comment