Wednesday, May 6, 2009

Warkah Buat Ibu




Buat Omak yts,

Dari sudut hati yang paling dalam, Kyah mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki atas segala kesilapan yang pernah Kyah lakukan sepanjang 41 tahun ni.... Terimakasih kerana telah melahirkan, membesarkan dengan kasih sayang dan perhatian. Terimakasih kerana Omak jaga Kyah dan anak-anak Kyah. Sentiasa ada disisi Kyah walau dalam apa keadaan sekalipun - susah senang, suka duka. Kyah nak Omak tahu bahawa kasih sayang Kyah pada Omak takkan pernah padam walaupun kita selalu berselisih faham.. Kyah akan selalu mohon pada Allah agar Allah menyayangi Omak dan Abah, memelihara Omak dan Abah sebagaimana Omak dan Abah memelihara dan menyayangi Kyah. Moga Allah swt mengampunkan dosa-dosa Omak dan Abah....


Kadang-kadang, apa yang ada dihati tak dapat kita luahkan dengan kata-kata. Kerana bahasa hati itu tak sama dengan bahasa lidah. Namun Allah lebih mengetahui.. Disaat anak-anak Kyah lahir dan membesar, Omak sentiasa ada menemani Kyah. Omak sentiasa bersedia mendengar dan memahami setiap kisah duka Kyah. Kita menangis sama-sama. Bila Kyah cerita kisah lucu, kita sama-sama ketawa!! Kita sama-sama jalan ke tempat-tempat yang menghibur dan memberi ilham pada Omak. Pusat kraf tangan, Minlon, Semua House...yang terbaru, ilham yang Omak dapat dari Hot Spring Sg Klah! Kakak, Nyah, Ati, Kayom, Lila, Kyah dan Kjun. Tujuh anak perempuan Omak berkumpul dan buat kecoh kat sana. Tak de sorang pun yang mandi!! Hehehehe! Tapi anak-anak perempuan Omak walaupun dah banyak "isi" masih cantik berseri-seri!!
Segala jasa Omak membesarkan Kyah dan menjaga anak-anak Kyah takkan dapat Kyah balas walaupun sebesar biji sawi. Tapi percayalah, Kyah akan sentiasa mendoakan Omak dan bila-bila Omak memerlukan Kyah, Kyah pasti akan ada menemani Omak.
Kalaulah Omak tau..Kyah amat bersyukur, disaat Allah uji Kyah dengan dugaan yang cukup hebat, Omak ada disisi Kyah. Kyah terasa kuat. Semangat Omak dan mata anak-anak beri kekuatan pada Kyah untuk berjuang dan teruskan hidup. 76 tahun usia Omak sekarang, dah terlalu banyak dugaan yang Omak lalui tapi sentiasa tabah menghadapi semua. Syukur alhamdulillah.. Dalam hidup ini kita saling memerlukan. Disaat Omak berdukacita dan menangis, anak-anak Omak akan buat Omak ketawa semula. Disaat kami berdukacita, Omak akan tenangkan dengan nasihat yang berjela-jela...(hehehehe).

Kadang-kadang, Kyah tertanya-tanya, adakah usia kami 9 orang yang tinggal ni akan sepanjang usia Omak dan Abah. Berpeluang lihat anak-cucu lahir dan membesar... Tapi Kyah selalu mohon pada Allah mudah-mudahan Kyah dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk terus bersama anak-anak. Untuk terus mendoakan kesejahteraan anak-anak... untuk rasa hidup ini amat membahagiakan disamping insan-insan yang kita sayang dan yang menyayangi diri kita.

Kyah ucapkan "SELAMAT HARI IBU". Semoga Omak sentiasa beroleh kesihatan yang baik, tenang dan bahagia selalu disamping kami semua, anak-anak Omak dan 36 orang cucu. Mudah-mudahan amal ibadat Omak dirahmati Allah swt. Amin....

Kyah sayang Omak...



SELAMAT HARI IBU....



No comments:

Post a Comment