21st May 2009
Today is your birthday, my dear. You are now 11 years old. Happy Birthday To You.
Selamat hari jadi Firman. Semoga panjang umur dan sihat walafiat. Dilapangkan rezeki dan mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Ibu sayang sangat dengan Firman. Kasih sayang ibu macam air laut yang luas. Nanti bila Firman besar, jaga ibu ye! Hari ni ibu tak ke Tg Malim untuk beli kek harijadi Firman. Weekend nanti, kita balik rumah Tok Mak, kita celebrate birthday Firman ek!
Time flies so fast. I could still remember those times we shared in Paed Ward, HUKM. You were admitted due to Coxsakie... You suffered so much, mi amor. Only Allah knows.. But He gave you the strengths...
Pengalaman yang menakutkan. Tiap kali Firman menangis, tiap kali tu ibu peluk dan pujuk Firman, dan tiap kali tu jugaklah ibu rasa takut. Bila Firman menangis, bibir Firman yang kering akan merekah keluar darah. Tidur kita selalu terganggu sebab student2 doktor datang nak check itu dan ini. Untuk kajian, untuk belajar, untuk macam-macam. Kenapa ibu rasa takut?? Sebab..ibu takut kehilangan Firman. Tapi kita sama-sama kuatkan Firman. Kita lawan semuanya dengan kekuatan yang Allah bagi pada kita. 1 bulan lebih kita duduk hospital. Akhirnya Firman boleh keluar. Firman makin sihat, berat badan Firman bertambah dan bertambah dan terus bertambah sampailah hari ni!! Sekarang Firman dah hampir sebesar ibu!!
Firman tak nakal. Tak senakal Sufi. Firman pelembut tapi ada kalanya garang dengan adik-adik. Tu sebab ibu marah. Firman caring tapi bila terbaring, ibu tumbuh taring! Malas tolong buat kerja rumah. Ibu ingat lagi Firman bagitau ibu, Firman nak kawin 2. "1 buat kerja kat rumah Firman, 1 lagi tolong buat kerja kat rumah ibu". Jodoh, pertemuan, ajal maut kat tangan Tuhan. Kalau memang jodoh Firman dengan 2 orang isteri, ibu terima. Yang penting dalam hidup kita adalah sifat bertanggungjawab. Kalau kita jalankan tanggungjawab kita dengan ikhlas dan sempurna, Insyaallah, Allah akan beri ganjaran dan permudahkan semua urusan kita. Rezeki kita akan bertambah... Doalah.. Allah takkan tolak doa kita. Tapi Firman kena ingat, apa yang Allah bagi pada kita, sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Selalunya manusia ni binasa kerana dia yang binasakan diri sendiri. Jaga solat. Jaga ibadat. Nescaya Allah akan jaga kita. Lindungi kita. Ingat pesan ibu.
Hari ni Firman makin hensem.. 2 tahun lagi Firman pun meningkat ke alam remaja. Mesti ramai aweks yang pandang Firman 2x kan?? "Fulamak! Siapa mamat yang hensem tu?" "Putih gebu pulak tu"! "Anak siapa tu?" "Nak berkenalan boleh??" Hehehehe! Firman jawablah, "Aku dari keturunan Rawa + Bugis". Kenapa aku hensem? Sebab, IBUKU CANTIK SEKALI!
Hmmmm.... Ibu nak Firman belajar rajin-rajin supaya jadi orang berjaya. Firman ada banyak cita-cita sampai Firman pening kepala nak pilih yang mana satu. Tak payah pening.. Satu hari akan datang, kerjaya tu memang dah ada untuk Firman. Just grab it and give your commitment all out..>>>>>>"I believe I can fly......." <<<<<<>
No comments:
Post a Comment